Written by Bella | November 2nd, 2016

Pernah memberitahu ingin menarik diri daripada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31 kerana sedar dengan kemampuan vokalnya tetapi  membatalkan hasratnya  itu selepas dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak, ramai yang menganggap Janna Nick sengaja mencetuskan gimik dan publisiti murahan kerana seakan berdolak-dalik mengenai penyertaannya itu.

Namun, Janna enggan ambil peduli dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada dirinya.

Selagi saya tahu apa yang saya buat, saya tidak peduli apa orang nak cakap. Memang sebelum ini saya berat hati dan rasa macam nak tarik diri sebab tak yakin dan rasa tak layak tetapi lepas berbincang saya batal hasrat itu.

Saya tidak perlu panik, risau atau terlalu memikirkan benda-benda remeh begitu sebab saya tahu apa yang saya buat.

Pernah berhadapan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini membuatkan Janna tidak cepat melatah apabila dikritik.

Pada saya tak payahlah nak melatah. Dulu, mungkinlah saya beria-ia nak mempertahankan diri kononnya berani kerana benar.

Sekarang ini rasanya lebih baik berdiam. Yang penting jaga diri dan kerja saja. Yang suka pada kita akan tetap suka manakala yang tak suka akan tetap tak suka.

Biasalah kadang-kadang seseorang itu tersilap dalam melakukan sesuatu dan apabila difikirkan semula dan dipujuk mungkin Janna Nick mahu mencabar dirinya untuk bersaing di pentas besar seperti Muzik-Muzik 31.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Isu Muzik-Muzik 31 : Janna Nick Tidak Kisah Dikritik Kerana Seakan Berdolak-Dalik

  1. One Loop says:

    Yerlah, tu bukannya pertandingan ukur suara, tapi lebihy kepada penciptaan lagu. Suara yang tak best pun boleh menang. Kalau Mat Cangkul nyanyi pun gerenti menang sekiranya lagu itu sedap.

    8

    0
    • zuan says:

      ko punye statement mcm ko punya suara sedap & lagu ko compom bh sapu bersih anugerah ajl.

      haiyooo. berhati2 lah dik, nampak sgt takbur. padahal suam2 kuku jew.

      kena bijak bila nk berconfident tanpa membodohkan diri

      1

      4
  2. Anonymous says:

    Adehh.. kemain ari tu dh bgus tarik diri.. sore hang mmg x sdap.. nyanyi tpi mcm bckp dgn diri sendiri suara mcm dipaksa2 kluo.. Sian ko dik. Xde penderian..

    4

    3
  3. nok gebuzzz says:

    lebih baik undur diri dan beri pd yg lebih berbakat dan menguji kekuatan vokal dlm lagu….

    3

    5
  4. LESONG says:

    Yang ko pegi terima offer untuk mula² menyanyi tu kenape? Bila lagu dah masuk separuh akhir…sedo diri pulak ko pasal vokal ko tu. Serius beb…suara ko mmg tak best.

    11

    0
  5. charlie puth says:

    news ni tak penting. seriously.

    6

    1
  6. p.cik tggu je crite psl cik ta yg x byr cukai 2.. ape ke hal ye…

    1

    0
  7. smile says:

    Antara artis baru yg lakonan dia tak kayu dan ada bakat, lebih baik fokus pada lakonan la dik oii.

    11

    1
  8. huhuhu says:

    muzik2 bukan persoalkan siapa.. yang penting lirik lagu yang dipertaruhkan.. anugerah vokal dan persembahan kita bonus lah kepada artis.

    0

    0
  9. Meezamra@yahoo.com.my says:

    Nyanyi jer..

    Yg jadi juri bukan kami2 di sini tapi pakar2 muzik tempatan.

    Jgn takut lah.

    0

    0
  10. anon says:

    poyo n acah2 diva dia ni…kahkahakah

    2

    2
  11. nyonya says:

    Kita kene ingat, sebuah lagu tuh adalah hasil kolaborasi 3 org seniman; penulis lirik, lagu dan penyanyi… so sebenarnya mmg tak fair to the other two if Janna Nick buat keputusan sendiri utk tidak menyanyikannya. Keputusan yg btul adalah menyanyikannya sebaik mungkin… penilaian pun oleh juri, bkn undian…

    1

    0
  12. sentap says:

    vokal ke laut…2×5 aida jebat la…

    0

    0