Isu Memaki Wanita: Zul 2 By 2 Jelas Perkara Sebenar

Hiburan

Isu Memaki Wanita: Zul 2 By 2 Jelas Perkara Sebenar

Baru-baru ini menerusi satu ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan ada melaporkan tentang tindakan seorang penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 dan isterinya, Isma yang telah memaki hamun seorang wanita di sebuah restoran sekitar bulan Ramadhan lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, menerusi portal mStar Online Zul menjelaskan kejadian tersebut tidak sama seperti yang digambarkan oleh akhbar berkenaan.

Apa yang berlaku ketika itu ialah saya dan isteri, Isma bercakap tegas meminta penjelasan kepada mereka yang terlibat menabur fitnah kepada kami, kami dianiaya dan mereka menuduh kami tanpa bukti sehingga menjejaskan maruah kami.

Saya malas nak besarkan lagi perkara itu, tetapi kejadian itu tidaklah sampai mengamuk seperti yang ditulis dalam akhbar tersebut. Kami masih sedar itu tempat awam dan kami juga masih lagi waras.

Zul yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan berkata beliau sudah menyelesaikan kejadian yang berlaku dengan wanita tersebut secara baik dan tidak mahu ia diperbesar-besarkan lagi.

Malah beliau dan isteri juga tidak mahu melakukan sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut meskipun telah menjaja cerita tidak benar mengenai mereka.

Saya malas nak ungkit dan besarkan fitnah yang dibuat terhadap kami walaupun ramai yang menyuruh kami saman malu terhadapnya.  Saya dan isteri sudah buat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan, cukuplah mereka mengaku kesilapan dan meminta maaf.

Dengan penjelasan Zul harapnya tiada lagi pihak yang memandang serong kepada mereka. Pasti apa yang berlaku mempunyai sebabnya tersendiri. Perkara pun sudah lepas dan dapat diselesaikan secara baik jadi tidak perlu sebarkan fitnah lagi.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...