Written by Bella | October 25th, 2016

Menerima kecaman hebat daripada peminat Elly Mazlein kerana lawaknya yang dianggap tidak sensitif dan mempersendakan kehidupan penyanyi berkenaan, pelawak Nabil Ahmad hari ini telah tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya ia dapat meredakan marah mereka.

Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi. Cuma penonton dan peminat sahaja yang tidak boleh terima, jadi saya tidak kisah jika mereka mahu saya buat permohonan maaf kepada Elly asalkan mereka puas hati.

Nabil akui beliau sememangnya sudah bersedia dengan segala risiko dan mempersiapkan diri untuk menerima kritikan apabila GV3 mula bersiaran. Jelas Nabil, beliau tidak kesah dikecam asalkan dapat menaikkan rating program berkenaan.

Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan mereka untuk terus menonton.

Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu.

Buat Nabil, lawak beliau itu sebenarnya tidak mengguris hati peserta kerana sebagai artis mereka sudah terbiasa dengan gosip dan kontroversi.

Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan. Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu. Rancangan ini hanya lebih kepada drama dan bukan pertandingan nyanyian biasa.

Kami faham Nabil hanya ingin membuat kelainan, tetapi tidak salah untuk jaga sensitiviti dan janganlah jadikan diri sebagai “bahan pelaris” untuk sesebuah program sehingga anda menerima kecaman yang teruk.

Sumber Berita : mStar Online

39 responses to Isu Lawak Melampau : Nabil Ahmad Mohon Maaf Pada Elly Mazlein

  1. Usahditambahbarayangtersimpan says:

    Aku tak faham kenapa orang nak kecam nabil. Mungkin niat nabil nak perli ex asben elly. Takkan dia nak cakap “ape ke bodoh bekas laki elly dulu. Punyalah cantik macam ni dia nak cari lain jugak!”. Agak agak kalau nabil cakap macam tu dia kena banned tak? Ayooo.

    Positive sikit la weyhhh!

    111

    1
    • nabil pun bgtw yang lawak tu mase latihan dh die bgtw depan elly..
      lagipun si elly tu pun meroyan gak sblm ni dkt insta pastu die punye peminat nak sentap lelebih..so padan la kl lawak tu org keluarkan sbb die jgk yg buatkan malaysia tahu psl kes cerai die tu…
      poyossss je peminat elly ni…

      2

      3
    • lalala says:

      ntah ape2 ntah.. aku tgk GV mase tu, aku pn rase dia tgh puji elly n sindir bks laki dia tu.. begitu punya cantik elly, tgk jugak dkt pompuan laiin.. dasar jantan takde telugh tpi beria nak jd playboy.. tak malu sungguh..

      18

      0
  2. Anonymous says:

    ahhh kau artis memang cam ni ekkk? buat salah mntak maaf tu je la kj kau….muakk!!!!!

    0

    30
  3. BERPISAH JUA says:

    kalau pade aku la tkde mende pon…
    yg komen lebih2 tu kot yg terase..Elly Mazlien pon rilek je kot!

    29

    0
  4. kak kiah says:

    kecoh la netizen ni..
    tuan punya badan pon xde komen apa2..
    tau nak menghentam jer.. tau tak mcm mana susah host nk hidup kan suasana bagi ceria & gempak utk sesuatu event.. gurau skit dh hentam mcm2.. x paham..
    nabil tu puji kot elly mcm ni punya cantik..yg netizen sentap bagai tu dh kenapa.. derrr

    32

    0
  5. kak kiah says:

    skit2 nk hentam..
    tuan punya badan pon xde hal…
    gelabah lebih netizen ni..
    derrr….

    18

    1
  6. RATU CAPSLOCK says:

    SALAM HAJI NABIL, JANGAN JADI IGNORANT.

    JAGA MULUT ANDA SEMASA HOSTING. ANDA BANYAK MELUKAKAN HATI ORANG YANG MENONTON.

    PUBLIC HUMILIATION & HARASSMENT IS NOT FUNNY. BUKAN SEMUA ORANG ANDA BOLEH BAHAN DAN LAWAKKAN. HAVE SOME RESPECTS UNTUK ORANG YANG LEBIH TUA SEPERTI RAMLI M.S DAN SENIOR SENIOR LAIN. JANGAN PERKECILKAN ORANG LAIN SEPERTI GROUP ZERO DI ATAS PENTAS HANYA KERANA MEREKA KURANG DARI KAMU (KAMU PUN TAK CERDIK SANGAT) JANGAN HARASS WANITA SEPERTI NEELOFA, ELLY MAZLEIN, & SARAH DENGAN HANYA MENGAITKAN WANITA SEPERTI OBJEK LUCAH BUAT ANDA. ANDA BOLEH NAFIKAN, BUT ALLAH TAHU NIAT ANDA.

    KAMI MUAL DAN MALU DENGAN LAWAK LOW CLASS ANDA. WALAUPUN ANDA TAK EDUCATED, JANGAN TUNJUKKAN KECETEKAN ILMU DAN PEMIKIRAN ANDA. KALAU KAMI MAHU TONTON RANCANGAN LAWAK, KAMI BOLEH TONTON MAHARAJA LAWAK. INI BUKAN RANCANGAN LAWAK. OLEH ITU, BERSEDERHANALAH YA HAJI NABIL.

    SEKIAN TERIMA KASIH

    5

    6
    • Anonymous says:

      kepada makcik capslok..

      dah terang2 dorg pernah cakap hari tu, dorg dbayar utk mengutuk…benda tu semua ada dlm skrip..

      kalau sengaja2 nak kutuk, ko ingat datok ramly tu semua suka2 nak terima lawak dorang tu ke?ingt satu je makcik..asal tgok tv, semua tu lakonan je pun…mcm ko tgok wwf,wwe…bukan main hempuk2 bagai..rupanya dlm skrip dah suruh dia buat gtu…

      15

      2
    • Anonymous says:

      ‘KAMI MALU DENGAN LAWAK LOW CLASS ANDA’
      huk elehhh! sembang lebeh mak cik ni. ngko je yang malu kot, takyah nak kami2 sangat mak cik oii. hang ingat hang high class sangat??

      2

      0
  7. hurmmm says:

    senang citer xtahan tgk cara nabil buat lawak jangan tgk GV..tutup tv ok

    24

    4
  8. spongebob says:

    duduk dlm gua la kalau sikit2 pun nak hentam.itu tak bleh,ini tak bleh..hidup jgn terlalu serious sgt..nanti senang dpt darah tinggi.haha..

    11

    1
  9. Ye la tu says:

    X nak sentuh pasal elly ni tapi x salah kot klu nak jaga bahasa tu sikit. Buat la lawak mcm biasa n x perlu nk bahan org je memanjang. Klu asyik nak mempersenda org, kita yg menonton ni x tau nak ketawa ke apa. Tgk GV ni sebab minat nak tgk artis2 yg bertanding tu….. tapi terganggu pulak dgn benda2 mcm ni……

    15

    5
  10. Hm says:

    Bagi aku lawak strok dan sakit jantung tu agk melampau. Lawak lain boleh la terima. Tok ram diam je malam tu

    8

    1
  11. orang Kedah says:

    Nabil….nabill…nabilll…

    biaq p la kat depa nak cakap apa…kami tau hang nak melawak ja dengan elly …nak bagi hangat sikit pogram tu…kami suka lawak lagu tu…biasa la…tak terlalu melampau…bukan hang dok kutuk dia pun….pada pandangan aku, tu cara hang nak bagi meriah lagi pogram…….ok Nabil…keep it up…dont bother those fans…the important thing, both of U “rock the GV3’……….

    9

    3
  12. NABILah says:

    Aku bukan minat Nabil atau Jihan sgt pun, tp ntahla selain dari Siti Sarah, lawak yang ntah apa2 Nabil dan Jihan ni yang buat aku nak tgk GV pun… cuma yang perasan semakin hambar plak lawak2 dorang tu. Mcm tak fresh. tp kalau bab Elly Mazlien tu tak de la apa sgt yg nak dikecoh2kan.. Alaaa, kita ni semua bendaaa la tak boleh…. annoying.

    8

    1
  13. azian says:

    “Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi”..natizen yg tgk live je yg sentap…

    10

    1
  14. org jauh says:

    Salam, Nabil (dan Jihan jugak)..Kalo nak melawak, biarlah jaga hati semua orang..hormat menghormati, biar beradab. nanti haji awak tak mabrur, rugi tau.. hilang pahala, bertambah pulak dosa. Hormati juga hukum2 agama. Apapun.. all the best gegar vaganza 3.

    10

    -3
  15. Anonymous says:

    Hoii netizen!!! lebih2 pulak keyboard warrior kamu ni. GV kan rancangan hiburan, so berhibur lah bersama2, kenapa pulak nak cari kesalahan orang lain, bukan senang tau nak berdiri atas pentas depan jutaan penonton! apa yang terlintas di fikiran mesti lah kita cakap kan saja, nanti dia diam2 berfikir untuk menepis ayat yang nak dikeluarkan, kamu pulak cakap host kayu dan lembab! porah

    5

    1
  16. Nabil vs negro&omputih says:

    Pasal kes elly ni memang aku ok je..aku paham je nabil perli bekas suami elly..aku ckp sama gak..elly cun meletop pon mamat tu tak hargai..cari gak yg lain..dasar tak menghargai..tu maksud nabil..tapi..
    Nabil ..tolong jangan merendah2kan tamu luar macam kes orang putih tu.dia paham kot..nampak macam kite tak hargai kehadiran dia.aku ingat lagi 2 tahun lepas nabil kata kat negro kawan ibu katijah ibrahim tu..suka2 je kata tang warna kulit..yang tu racis kot…bahasa kite budaya kite en nabil oi.. tunjuk yang baik2 baru la orang luar respect .. bukan hentam keromo je melawak sampai kene kondemkan orang lain..its not funny..jadi annoying lebih..ok..

    8

    0
    • Rashya says:

      Awak pun sama jugak racist panggil dia negro.

      0

      5
      • rashya pikir dulu seblm hentam says:

        sekurang-kurangnya, dia cakap dalam ni cik rashya, takda orang afrika tu nak baca dalam ni. masa dalam konsert tahun lepas tu dia cakap depan-depan muka orang tu kot.. dalam tv ..secara langsung! kalo orang kata rashya depan satu malaysia?? ape rasha rasa?????motif rashya bela nabil tentang isu hormat ni?? kenapa??? hormat sangat dia layan orang??? dalam skrip jugak ke nak kene sinis kat tamu yang datang???

        4

        0
  17. Sabri Ali @ Nick says:

    C Nabil ni patut tukar dgn Babil atau Babel baru sesuai.. Buat akak Elly, tabahkan hati.. Buat Babil nih, tiada maaf bagimu..

    2

    2
  18. aku says:

    rilex la…….duniawi semua ni….x pyh melalak…nabil sorang yg berani la beb…..berani buat berani tanggung

    1

    0
  19. hmmm says:

    aku myuskil..astro bagi lagu2 kat elly 2 minggu yg sudah2 tak sensitive kat netizen..patutnya astro juga patut mendapat keritikan dari netizen.ni nabil seorg jer yg kena nape tak baikot astro juga netizen2 semua???nmpk semua netizen ni nak mencari kesalahan nabil…nanti tahun2 akan dtg cerita2 kesalahan nabil yg lalu juga di exposekan..memori netizen n haters2 nih tak bole move on kerr??

    1

    0
  20. Joyah Spot says:

    alah korang ni.. kecoh je lebih..aku xnmpk pun lawak nabil kasar., dia perli ex asben elly jer kot, korang yg xfhm pastu nak meroyan x tentu pasal, kang klau nabil n jihan serius korang ckp x hapening r, x best r, pe r yg korang x puas ati pun xtahu..

    1

    0
  21. makcik says:

    semak

    0

    0
  22. azura says:

    “Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu”…amboi ayat…lawak ko tu ” begini elok, berpisah jua”…itu bukan gossip la nabil….ada kaitan dgn kisah hidup Elly…mengapa perlu sakitkan hati orang? hormatla sikit perasaan orang…esok lusa musibah ‘terkena’ dgn keluarga ko yang sedang bahgia tu..baru padan muka…

    1

    0
  23. nakhappy2je says:

    Senang jee x suka x yah nonton GV3 .Dah nama pun hiburan smuanya diatur klau yg cpat tersentap tu rasa2 xyah nonton buat sakit hati jee.Mereka kt sana happy2 je dpt duit lagi buat rezeki.Rasa2 yg sakit hati tu xsuka nabil saje nk buruk2kan dia.Padahal ramai lgi yg faham apa yg nabil buat dan xrasa bnda tu salah.Banyak benda lgi org buat salah lgi truk.Tak perlula nk kondem smpai supaya org benci nabil.Sensitif x kena tempat memang dah tahu konsep GV memang macamni dr GV1 lagi.Klau benci sgt xyah tngok lpas tu nak kondem2 boring la org mcamni xsuka tpi tengok jugak…

    0

    0
    • Anonymous says:

      sebab org nak tgk GV ni la dorang tak suka nabil spoil the mood & sbb tu la dorang tegur. bukan kes elly je tapi sblm2 ni nabil buat lawak menggunakan kelemahan org lain & it’s not cool ok. Bnyak cara nk melawak tanpa guna kelemahan @ kesedihan org lain.

      0

      0
  24. ZZZ says:

    Aku paling benci Drama Melayu kemaruk celah kangkang.Aku tak tengok.Kalau aku terbuka drama Melayu kisah kemaruk celah kangkang..aku samak tv aku.Tapi GV menghiburkan.So..kalau dah tak suka sangat..jgnlah tgk.

    0

    0
  25. Oang Singapor says:

    Apapun semua dah lepas dan Nabil willing to make a public apology which I personally feel not necessary sebab semua itu is just an entertainment in his style dan satu kebenaran yang nyata. So keep up the so called “low-class” jokes by same standard people who classify that n have fun being the host of GV, same goes to Ms Jihan.

    0

    0
  26. sentap says:

    klo dah ckp lebih pada drama bkn nyanyian…makna dh tau la sapa juara…lps ni sumer drama2 je la…penat je pserta melalak bagai nak rak…juara dah tau

    0

    0