Written by AbangNara | September 25th, 2017

Pasti akan ada kontroversi dan isu yang timbul setiap kali penganjuran Festival Filem Malaysia. Tahun ini, FFM29 telah berlangsung semalam dan Zizan Razak telah dipilih menjadi salah seorang pengacara. Selaku seorang pelawak, Zizan Razak telah membuat sedikit jenaka ketika Hans Isaac dan Eizlan Yusof tampil ke atas pentas selaku penyampai anugerah. Untuk makluman, kedua-dua pelakon ini mempunyai gelaran Datuk.

zizan razak

Zizan Razak sempat membuat lawak mengusik gelaran Datuk kedua-dua pelakon ini kononnya ia telah pun “dibeli”, dan bukannya diperolehi atas pencapaian yang dilakukan. Ternyata lawak tersebut telah membuatkan Hans Isaac agak marah. Malah netizen juga mengecam lawak Zizan kerana ia menjejaskan imej Hans Isaac dan Eizlan Yusof. Malah Hans telah menulis statusnya di Instagram berkenaan “tahap lawak pengacara” pada FFM29.

zizan razak

Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !

zizan razak

Namun begitu sebentar tadi Hans Isaac telah memuatnaik sebuah video yang menyatakan hubungan dengan Zizan Razak sudah kembali pulih. Malah Hans Isaac sudah pun memaafkan Zizan. Kata Hans Isaac:-

Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia. Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih.

Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya. Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata kasar.

Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan

Bukan mudah untuk menjadi seorang pengacara mengendalikan majlis besar seperti FFM29 ini. Sebagai seorang pengacara, memang sudah tugas Zizan untuk menceriakan majlis. Biasalah kadangkala ada lawak spontan yang dikeluarkan dan tidak mengikut skrip. Anggaplah ia sebagai jenaka antara kawan-kawan dan tak perlu terasa hati sangat. Industri hiburan ini pusing sana pusing sini jumpa orang yang sama jugak. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Isu Lawak “Datuk Beli” Di FFM29, Hans Isaac Maafkan Zizan Razak

  1. Anonymous says:

    memang betul…knp nk sentap???

    13

    1
    • Kudin says:

      datuk prof muhaya, kazim elias dan fadzilah kamzah dpt datuk aku bangga la jugak. ni tak, retis2 “lemak kampung pisang”. heroine plak..neelofa. hahahaha..bahan ejekkan je la jadinya ko!

      20

      0
      • Siti Zawiyah says:

        Zizan was actually telling the truth. Datukship in Malaysia is becoming a joke. The title is just like a knockoff branded handbag in Petaling Street. It is obvious the system has failed us. Some (not all) titles are bought and given to people of low IQ who happen to have plenty of money to support their ego and gain. It gives them a sense of delusional upper-class status. I’m typing this not because of hate. It is a reflection of the failure of our education, politics and our deteriorating cultures. Money dictates social status; not education, achievements or merit. Good luck in becoming a developed nation in 2020.

        80

        0
        • Anonymous says:

          i second that. the best argument of the day!

          19

          0
        • annedee says:

          2020…. while others dh maju with education and economy, the young in malaysoa yngh kumpul duit nk beli title dato… think about it… there is no benefit nor pride in this dato title, unless its truly well deserved

          19

          0
        • Anonymous says:

          Fakta…ko nk marah apahal kannn? Kalau kau tak beli…kenapa sentap. it shows you are offended because it is TRUE.

          20

          0
        • whatever says:

          imagine a country without datoship, people will work hard really for themselves and the people around them. they will work extra hard but its with sincerity. and indirectly the country prosper sbb mentaliti rakyat sngt berbeza bukan dikaburi dgn benda yg sia sia. and yet we question kenapa negeri lain maju dgn cepat…

          7

          0
        • bakabaka says:

          kalau 2020 nk maju, kene ubah weyy, x boleh mcm skrng. dunia hiburan kene downsize bnyk2, rosakkan otak remaja je. Sistem pendidikan kene tiptop… negeri yg tk bnyk focus hiburan hasilkan budak pandai2, contoh china dan finland. research la sendiri. pasal tu ekonomi drng pun booming.

          2

          0
      • dirgahayu raja berperlembagaan says:

        gelaran-gelaran yang dibawa oleh darjah kebesaran diraja ni tunggu masa untuk dimuziumkan, diarkibkan, dan dibukusejarahkan.. apa ertinya dato’, datuk, dato’ seri, dato’ wira, dato’ paduka, dato’ setia?? semua ni hanyalah ganjaran kepada individu yang menumpahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada sistem monarki di malaysia.. bila raja iktiraf pencapaian you, you ada pilihan nak terima ke tidak darjah kebesaran tu. once you terima, you pun munculkanlah diri pergi mengadap raja di istana untuk dipakaikan darjah kebesaran, maknanya you pun iktiraf raja la.. so win-win situation.. maka bait lirik lagu negaraku, raja kita selamat bertakhta tu still relevan dan ada pengiktirafan daripada rakyat jelata terutamanya individu berpengaruh seperti uolz yang marah fefeeling insulted jika orang tak address you dato’ (gelaran yang hanya laku di malaysia, dalam pasport antarabangsa mana you letak title dato kan).

        2

        0
    • Anonymous says:

      yg paling nk tergelak ada member aku. bapak dia dato. terang2 beli.
      dlm fb nama dia…nur XXXXXX dato XXXXXX
      gigih tak?

      12

      0
      • Anonymous says:

        nk cerita my ex boss dulu ms i keje ngan dia, bapak dia berpangkat dato.. suh aku tulis surat. dlm surat tu aku x letak title dato kt bapak dia, suh aku tukar siap mention “bapak saya ada dato ye”.. walhal senior kt situ cakap bapak dia xde dato pun… pastu bila aku da resign, aku call balik ofis tu sbb nk settle pasal epf bagai, staff kt situ mention dia pulak yg dato…aku siap tanya bapa dia dato x, diorg ckp bapak dia xde dato, dia je dato. bila aku tanya “sejak bila dia dapat dato..? sultan mana bagi..? negeri mana..?” terkedu staff dia. punyalah aku anti sgt ngan exboss aku ni! pepoyo dato.. hari2 org call tya hutang!

        6

        0
      • Anonymous says:

        very gigih..x putus asa.

        5

        0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      suka hati kau la jijang asalkn kau jangan hina SAHARA yaakop suda…

      0

      2
      • Anonymous says:

        sahara yakon title..nenek je lah.

        0

        0
      • dirgahayu ratu rock says:

        sahara yaakop tetap vogue gitu.. usia dah mencecah 6 series harus warnakan rambutnya yang keriting tu.. letak lagi eye shadow.. still nampak mengancam walaupun dah berkedut kulitnya kerana faktor penuaan..

        2

        0
  2. Anonymous says:

    SIAPA MAKAN CILI PEDAS SILA LAH TERASA KEPEDASANNYA.
    LAIN LA TITLE DATO KO DRI JOHOR, PERAK, KEDAH ATAU DRI YDP AGONG….

    18

    0
    • masak lemak cili padi my favorit says:

      amboi amboi ammbbooii.. sebutlah banyak mana kau suka..

      siapa makan cili? dia rasa pedas!
      siapa makan santan? dia rasa lemak!
      siapa makan garam? dia rasa masin!
      siapa makan gula? dia rasa manis!
      siapa makin peria? dia rasa pahit!
      siapa makan ais? dia rasa tawar!
      syukurlah deria rasa kita masih berfungsi.. lidah kita boleh menikmati aneka rasa.. dah sakit terlantar nak makan apa pun tak selera..

      3

      0
  3. Jessica La Vouge de Savore says:

    terpaksa bersetuju dgn zizan. dato2 skrg x da kualiti. sumbangan sejemput, berlagak mcm dah mengubah keamanan dunia. kembang bila title disebut. encik sajat pon dato weiii.

    25

    0
  4. shopia lorren says:

    Ssh nk bezakn datuk..dato’..atau yg sewaktu dgnnya skrg nie…bak kata Tun M..10 biji batu lau baling rambang 10 biji batu nie semua terkena kat datuk2 tu..dh cam xde nilai kn..

    10

    0
    • ada aku kesah ko title dato?? says:

      jujur cakap.. title tun je yang I truly appreciate and respect.. title lain semua tu simpan dalam buku sejarah je la.. jika kau fikir kau dah bagi sumbangan kepada negara, fikirlah orang lain lebih banyak bagi sumbangan daripada kau.. so kau jangan bongkak sangat nak orang address kau dato, datuk seri. ko pergi oversea, mana ko letak title dato dalam pasport antarabangsa.. nampak betapa title dato tu hanya syok sendiri dalam malaysia sahaja.. sekian. fullstop

      6

      0
    • demi tok nenek moyang, kita wujud says:

      kita semua boleh tok nenek bila dah timang cucu.. tok nenek biologi.. cuma bukan dibawa oleh darjah kebesaran yang diiktiraf oleh monarki malaysia lah kekdahnya..

      1

      0
  5. Anonymous says:

    aahhh zizan poyo laa..nk melawak pn agak2 der…ac mizan tu xnk pulak ko perli2…awie tu lg terang2 dato beli..seb baik y ko melawak tu hans kot awie mmg berterabur gigi ko zizan..silap2 hidung ko pn jd kemek…don wori laa zizan nti ko byk duit blh beli tittle datok ok..x pyh nk perli2..silap2 haribulan ko pn beli gelaran tuh…kahkahkah…

    3

    8
  6. Makminah says:

    Hans Isaac ni da umur sebenarnya… sensitip tahap gaban…nak kahwin pun postponed…..baru FFM blum lagi golden globes dengan president dorang pun kena sentap…masa gemilang da berlalu pergi…semoga cepat kahwin dapat baby k tick tock tick tock

    7

    0
    • retis malaysia terkongkong gini le says:

      hans isaac nak tercalon dalam golden globes??? jadi penonton bolehlah.. ramai lagi pelakon hollywood kelas A jauh lebih hebat dari ko.. ko level ffm je mampu..

      2

      0
  7. Matsaleh says:

    Dier ni not that smart afterall. Stage jokes are not personal. Ko buat komedi lawak ker der tapi ko sentap ngan statement tu apa hal? Zizan pun baca script siap punchline sebagai hiburan. U are making a fool of yourself dude. Only making others laugh at you for your reaction to this joke.

    9

    0
  8. Anonymous says:

    Kenyataan tu mmg pedih…kenyataan kot.

    6

    0
  9. Anonymous says:

    telan cili….pedas la kan tok???

    4

    0
  10. Anonymous says:

    fakta dlm lawak….good. at least zizan berani cakap benar.

    9

    0
    • hidup ini hanyalah sementara says:

      fakta tersebut disampaikan dalam mood jenaka.. orang pun gelak ketawa.. taklah tegang sangat.. berbanding dengan fakta yang disampaikan dalam mood serius. orang pun seram rasa terancam pulak.. syukurlah malaysia ada sistem raja berperlembagaan.. indonesia singapura dah jadi republik.. di sana gelaran dato ni dimuziumkan saja.. tak caya ko pergi sumatera riau pergi ziarah muzium kesultanan yang pernah wujud di nusantara ni..

      2

      0
  11. Anonymous says:

    Rmai lg ank seni yg berjuang serta memperkembangkan mutu seni yg lgsung x dpt apa2 gelaran spt Ogy Ahmad Daud, Eman Manan, Erma Fatima ( mereka bkn sahaja pelakon popular dan menang byk anugerah dari Eizlan dan Hans, tp melebarkan ilmu seni etc pd generasi pelakon skrg)…sbb apa..sbb mereka berjuang seni atas keikhlasan dan tidak pandai ‘berjual beli’ atas nma gelaran. Salute pd mereka ini…dan sekiranya mereka ber3 ini diberi penghargaan Dato’….mereka mmg layak dan tidak ditertawakan.

    7

    0
  12. kongkalikong says:

    Hans mmg layak dapat datoship sbb dia byk berjasa utk industry, selain dia kuat kerja, byk terlibat dlm manage artist di Msia..dan datoship Hans tu memang DAPAT..
    tapi Eizlan tu mmg datoship beli..apa jasa dia????? tiba2 aje dpt dato…hmmmm..

    2

    2
  13. MerakSekampung says:

    si hans ni baru cakap sikit dah sentap. si fattah amin tu orang kecam dia . lek lek je.

    7

    0
  14. kau says:

    bangga kan dato tu watpe moroonn

    1

    0
  15. Kakak kau punya Adik says:

    Hans oh Hans.. da makin tua ni makin sensitive pulak , budak Zizan tu cakap ada betul juga.
    Btw apa kata HANS pulak lempang muka zizan mcm si SHARNAAZ buat pat Bangla tu .

    2

    0
  16. jijah says:

    Jom check status dato2 yang korang kenal.
    Nah link to check datukship tulen ke wannabe ==> https://goo.gl/q4KS2U
    Setakat ni artis yang tulen dato nye:
    1. Pak Nil
    2. Siti Nurhaliza
    3. Sheila Majid
    4. Shah Rukh Khan
    5. Norman KRU
    6. Allahyarham P Ramlee
    7. Michelle Yeoh
    8. Rahim Razali

    1

    0
  17. bella says:

    noraniza idris pon layak jugak klu diberi gelaran datuk, sbb dia selalu memperjuangkan lagu2 melatu tradisonal

    2

    0
  18. bella says:

    *melayu

    1

    0
  19. mok cute says:

    bakal2 dato

    lopak
    fizz fairuz
    ahmad idham
    samsul yusuf
    fattah amin

    sapa nak sambung lagi silakan….

    0

    0
    • lofattah fattzura masih laku ok says:

      datuk seri nur fazura… sumbangannya.. mendendangkan lagu hancur.. katanya nak promosi lagu tu ke hollywood.. agak-agak mencanak naik ke dalam billboard?? di samping itu, fenomena lofattah buat peminatnya berkhayal seketika melihat pasangan hero dan cinderella.. acting skill pun not bad.. dia tahu apa tujuan dia berlakon..

      datuk seri fattah amin.. sumbangannya.. menulis buku 99 kata-kata #qalifmoden.. best seller kot di mph dan popular.. tak caya gi la tengok.. ada yang gigih duduk bersila kerana ada rasa ingin tahu, ada masa sungguh selak-selak buku bintang popular abpbh30 tu..

      neelofa pulak sumbangannya masuk carta 30 under 30 forbes asia. kejayaannya jual produk naelofar hijab.. spm pun straight A.. masuk dunia hiburan pun dengan niat nak perkenalkan brand neelofa kepada khalayak.. straight A student lain ada hala tuju masing-masing.. still respect keputusan neelofa..

      well itu pandangan seposen yang tak seberapa.. walaupun nampak macam agak bimbo tapi itulah budaya popular yang tidak dapat dinafikan sedang berlaku di malaysia.. hehe

      1

      2

Leave a Comment

Optional