Written by Bella | February 24th, 2016

Baru-baru ini aktres Sharifah Sakinah telah dikecam oleh orang ramai apabila bersikap tidak sopan dan menghormati tanah suci Mekah dengan bergambar menjelirkan lidah ketika mengerjakan umrah bersama suaminya.

Menyedari ia satu isu yang membuatkan peminatnya bertelagah dan sudah menjadi viral, Sakinah menerusi portal Kosmo Online telah tampil meminta maaf dan berharap isu ini tidak berpanjangan.

Beginilah, sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Kalau apa yang saya lakukan itu membuat peminat bergaduh di laman sosial, saya betul-betul minta maaf. Saya tidak mahu disebabkan saya, orang bergaduh atau memaki hamun tidak tentu pasal.

Bagi saya senang sahaja, apabila saya buat salah, saya minta maaf dan tidak mahu menyimpan dendam dengan orang lain. Jadi saya salahkan diri sendiri di atas kejahilan atau kesalahan saya.

Ada juga berpendapat bahawa sikap Sakinah masih lagi sama meskipun beliau baru sahaja pulang daripada Mekah.  Namun, Sakinah tidak mahu ambil pusing mengenai kritikan terhadap dirinya dan akan berubah secara perlahan-lahan.

Biarlah, mulut orang mahu cakap. Biarkan sahaja. Apa yang telah saya lakukan tidak kiralah perkara baik atau buruk, itu antara saya dengan Tuhan. Saya harap perubahan positif dalam diri saya sebagai seorang muslimah berlaku perlahan-lahan, Insya-Allah.

Bagi saya, apa yang penting adalah dalaman kita, bukan hanya fizikal luaran. Namun, saya sentiasa berdoa agar menjadi lebih baik berbanding hari semalam.

Bak kata orang zaman sekarang, tidak semestinya mereka yang  tidak menutup aurat dan pada luarannya tampak “liar” itu jahat. Apa yang penting adalah hati mereka. Kita doakan sahaja agar Sharifah Sakinah dapat berubah ke arah yang lebih positif tanpa paksaan secara perlahan-lahan. InshaAllah.

Sumber Berita : Kosmo Online

 

 

 

28 responses to Isu Jelir Lidah Di Mekah : Sharifah Sakinah Tampil Mohon Maaf

  1. Anonymous says:

    dia tak berubah mendadak sebab dia tak hipokrit ..

    0

    0
    • Joy says:

      aku paling meluat minah2 yg suka buat muka mengada-ngada dlm fb dan ig. kalau budak2 takper jugak. ko dah level mak orang..bini orang bukan single mingle lagi kinah. ada mertua, laki, ipar duai plak tu. mcm terencat je. x malu ke ???

      0

      0
      • Cili Hijau says:

        Jagalah maruah suami ko dan yg penting, jagalah maruah wanita.Okey nilai wanita dari segi gelagat. Kalau kita tengok di facebook berlambak ada. Ini lah manusia yang lupa akan Allah. Aku tengok mereka yang sebegini rupa rasa menjengkelkan lagi. Mengedik dan memualkan bila aku tengok dan baca status mereka macam ni. Ini pasangan yang belum tentu jodohnya kekal atau tidak. Kalau kekal maka dia “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji” Oleh yang demikian, aku rasa apa yang perlu korang fikirkan adalah siapa pasangan korang yang betul-betul boleh jadikan isteri yang solehah kepada korang?

        0

        0
      • Kak Mary Lordes says:

        artis..biasalah. sebelum berhijab, mcm berok perangai.
        bila dah berhijab, menggelupor suruh pihak media jgn siarakan gambar2 lama.
        podahhhh. think before you do….

        0

        0
    • kuis sikit says:

      susah kalau perangai terbawak2 ikut si azwan ali. dia tu mereng..ko pun nk mereng sama ke???

      0

      0
    • poyo! says:

      kalau nak berubah, pagi ni juga boleh berubah. x pyh nk mendadak lah, mendidih lah, mendedak ayam lah.

      0

      0
    • Rimas says:

      mmg la x berdosa jelir tu tapi… seolah-olah merendahkan martabat tanah suci dengan menganggap ianya selevel zoo, pusat peraginan dan muzium. kalau org islam sendiri x pandai nk hargai rumah allah..tak paham makna tanah suci mekah……siapa lagi?! mencari seronok atau mencari keredhaan allah swt? tak tahu atau tak peka? please…grow up!

      0

      0
  2. adamalam says:

    ok.

    0

    0
  3. sakinoh says:

    orang kata…bila kite di Mekah..Allah akan lihatkan perangai kite yg sebenar…banyakkan solat taubat sebelum kesana..ingatan untuk diri sendiri..kbye

    0

    0
  4. monah says:

    kurang2 dia dah p umrah… ko hadowwww????

    baik la kita ni berdoa agar terpilih untuk mengerjakan umrah………. ni tidak….nak cari salah orang ja………

    0

    0
  5. Mari...Bergosip...Hemah.. says:

    Balik Mekah sama aja!!!Tayang body dia yang fit lagi ada laa….Ingatkan bertudung la…Hey…

    0

    0
  6. gigi emas says:

    Mana ustaz2 mee segera, tak nak comment ke yg tak pakai tudung ……..cepat le comment le supaya kena lakhnati allah

    0

    0
  7. Anonymous says:

    ayooo si pompuan wayar putus ni. next???

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku tak kenal dia. so tak boleh komen. hati perut dia..antara dia dgn Penciptanya. jadi celebrities jangan marah kalau org menilai dari pictures n video yang kamu upload dlm social media. Nasib la. Bukak pekung sendiri.. orang tegur, jangan melenting. Share pictures gedik, itu pun dah tunjuk ada artis ni yang masih tak dapat bezakan yang elok ke tak…sesuai ke tak. Org bahan kan kamu, kamu telan jelah.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    dia ni mmg perangai gila2 sikit…tapi dh bersuami dan berada di tanah suci bawak2lah waras sikit dik…happy go lucky tu ok tapi berpada2 la…semoga sakinah sentiasa dlm lindungan Allah ye…nama sakinah dh molek, perangai kena molek la juga

    0

    0
  10. loyalmalaysian says:

    Sesiapa yang pergi ke Mekah dan Madinah balik buat perangai sama jugak bermakna ibdah dia x di terima Allah. Sekian.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    dosa org korg sume nampak kan… dosa sendiri korg buta kan mata dan hati…
    kain yg rabak tu jgk korg dok gelakkan padahal kain korg lagi besar rabak nye korg tak sedar…

    0

    0
  12. gago tepi kain owg jak kitak owg ya..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    one thing i like bout her is dia x hipokrit.
    dia salah dia mintak maaf,dia jadi diri dia sendiri,tak fake.
    and soal berubah ni semua Allah yg tentukan,kita tak tau relationship dia dgn Allah swt,so jgn lah judge lebih2.
    hari ni mungkin di jahil one day dgn kuasa Allah tak mustahil dia lg baik dari kita semua.
    we’re all a sinner,tak ada yg sempurna atas dunia ni.

    0

    0
  14. Cik kiee says:

    Tanda2 ibadah di mekah diterima ialah yg berubah positif apabila kembali…cerr belek2 buku agama sikit. Peribgatan utk sy juga.

    0

    0
  15. that is islam…sgt merumitkan…
    yg kritik pun sesama bangsa dn agama..
    mrendahkan mertabat sndiri…
    kesian nya…wek…

    0

    0
  16. sgt merumitkan…islam
    yg kritik pun sesama bangsa dn agama..
    mrendahkan mertabat sndiri.

    0

    0
  17. loyalmalaysian says:

    ko ni mmg islam ke atau bukan islam betul..klu betul islam ko dah jadik kafir ni…baik ko taubat…

    0

    0
  18. kan sya dh tulis # sya bukan islam. x reti baca ko?

    0

    0
  19. rhz says:

    saya doakan anda berubah perlahan2.. in Shaa Allah..

    0

    0