Written by Bella | May 3rd, 2016

Sebelum ini timbul satu kes dimana Fattah Amin hampir bertumbuk dengan aktor baharu Aman Nassim kerana mulut celupar beliau, yang bertanya soalan yang agak sensitif berkaitan Fattah dan Sherry sedangkan mereka berdua tidak rapat.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan, Fattah yang ditemui pihak media baru-baru ini memberitahu beliau menganggap ia sebagai satu pengajaran buat Aman.

Kes itu sudah selesai dan dia pun sudah memohon maaf dengan saya, saya faham dia manusia biasa dan kadang-kadang terlepas cakap secara tidak sengaja.

Ia bukan kerana saya yang bersikap tidak boleh bergurau, cuma dia mecelah pada masa yang tidak sesuai.

Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk untuk melakukan persiapan untuk membintangi filem pertama beliau yang bakal diterbitkan oleh Skop Productions dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Saya berehat daripada penggambaran drama untuk persiapan filem pertama saya arahan Shafik Yusof yang bakal bermula Mei ini.

Saya cuba bina dan tambah berat badan untuk watak dalam filem ini. Selain itu filem bergenre aksi memerlukan saya untuk membuat latihan asas mempertahankan diri.

Harap perkara ini menjadi pelajaran buat Aman Nassim, kalau hendak bergurau kena lihat keadaannya dahulu. Bagaimanapun, beliau dan Fattah pasti akan bertemu juga dalam mana-mana majlis dan tidak elok kalau terus bermasam muka bukan?

Sumber Berita : mStar Online

 

 

 

8 responses to Isu Hampir Bertumbuk : Fattah Amin Sudah Maafkan Aman Nassim

  1. Anonymous says:

    Perbezaan artis lelaki dan ppuan..
    Le

    0

    0
    • Opah Maheran says:

      Memang nak kena cili mulut pelakon baru yang opah yakin baru first time merasa pic nye terpapar di media arus perdana ni. Kau tu dah la pelakon baru, muka tak cukup kouta untuk jadi hero, badan plak pengarah pun musykil nak bagi watak gengster ke watak suci murni, patutnya mulut tu sekolah kan lah sikit. Kalau tak pandai, sini opah tolong educate kan mulut kau tu. Stok cili opah pun banyak. Kau pilih je cili kering, cili padi, cili benggala, benggali.. semua ada. Berani-berani kau memasal dengan fatah amin cucu opah yang hensem tu. Memang menempah cili lah namanya..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Perbezaan artis lelaki dan ppuan..
    Lelaki – minta maaf ok dah setel..
    Perempuan – minta maaf (maafkn tapi akn kluar lg siri2 berbls x puas hati itu ini sampai mereput)

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Mmg muka mintak penumbuk pn mamat aman ni

    0

    0
  4. mizzmuzzy says:

    Muka mamat ni memang muka mintak kena tumbuk. Aik. aku dah taip ni baru aku perasan komen atas pun pikir bende sama.

    0

    0
  5. Linzy Longkang says:

    mamat nih dah laa muka tak semengah, nak jadi pelakon tempelan pon agak2 laa pastu mulut celupar mengalahkan kak piah, baik ko carik kejer lain jer dik oiiii

    0

    0