Isu Dikecam Kereta Besar Otak Kecik : Iqram Dinzly Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Isu Dikecam Kereta Besar Otak Kecik : Iqram Dinzly Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan pelakon Iqram Dinzly yang dikatakan telah meletakkan kenderaannya sesuka hati sehingga menghalang laluan masuk sebuah bangunan di Pulau Langkawi. Malah,ada yang meninggalkan nota “ kereta besar otak kecik” di atas cermin kereta Iqram.

Advertisement

Hari ini menerusi portal mStar Online, Iqram memberitahu beliau bukan sengaja berbuat demikian dan tidak tahu tempat beliau meletakkan keretanya itu merupakan laluan utama. Menurut Iqram beliau masih lagi baharu di Pulau Langkawi dan masih belum tahu selok-belok jalan di sekitar pulau tersebut.

Ketika kejadian ruang parkir di Pekan Kuah, Chenang penuh dan saya nampak ada kereta lain yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Jadi saya pun melakukan perkara sama memandangkan urusan saya di sebuah bank mengambil masa singkat sahaja. Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala.

Bukan itu sahaja, tindakan Iqram yang memuat naik foto nota berkenaan di akaun Instagramnya turut mendapat kecaman netizen yang rata-rata melabelkan Iqram sengaja ingin mempertahankan dirinya yang sudah melakukan kesalahan.

Sejujurnya saya tidak marah cuma rasa agak keterlaluan apabila ia disebarkan di laman sosial oleh individu yang meletakkan nota itu pada kenderaan saya. Apabila saya memuat naik status mengenainya ramai pula menghentam saya. Jika baca betul-betul, tulisan saya itu hanyalah gurauan semata-mata. Saya memohon maaf atas kesilapan saya dan tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi. Saya anggap ini sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Baguslah Iqram sudah mengakui kesalahannya dan memohon maaf . Harapnya dengan kejadian ini, ia turut memberikan pengajaran kepada pemandu lain juga.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...