Written by Bella | November 30th, 2015

Dek kerana perkara yang sudah berlaku 5 bulan lepas, Emma Maembong serta keluarga terkena tempiasnya apabila ada seorang penulis mewujudkan salah faham hanya kerana Emma membeli alat ujian kehamilan buat kakaknya Yaya Maembong.

Malah, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita kononnya Emma mengandung anak luar nikah selepas membaca isu aktres itu di media sosial.

Ingin membersihkan namanya, Emma dan keluarga beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang telah memulakan cerita tersebut.

Mengenali penulis itu secara peribadi, Emma agak tidak sampai hati untuk berbuat demikian. Namun, kerana imejnya sudah tercalar sehingga orang ramai percaya beliau menggunakan alat ujian kehamilan itu untuk diri sendiri, Emma akhirnya membuat keputusan untuk menyaman individu berkenaan.

Memang ikutkan ini berkaitan maruah. Saya memang kecewa. Malah keluarga saya juga marah. Keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang dalam soal ini memandangkan mereka mahu nama saya dibersihkan, tetapi buat masa sekarang saya serahkan kepada keluarga sahaja.

Membayangkan saya sendiri kenal pihak yang menulis kisah ini memang saya tidak sampai hati.

Erm, sebenarnya semua bermula dengan satu salah faham sahaja tetapi ia sudah dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk menjatuhkan nama Emma Maembong. Harap Emma bertabah dengan dugaan ini,  kami tahu ramai peminat yang akan selalu menyokong anda.

Sumber Berita: Utusan Online

10 responses to Isu Beli Alat Ujian Kehamilan : Emma Maembong Bakal Saman Penulis Yang Wujudkan Salah Faham

  1. Astro awani segenap dimensi says:

    Saman lah selagi bumi ni blm hancur..samanlah selagi bumi ni blm brgegar..aku nk tgk ajer manusia atas bumi ni bercakaran sesama sndiri..stakat masalah retis2 ni..aku dah penat..masalah anak2 bumi syria lg penting utk aku ambik berat..sampai masa allah gegarkan semua,baru nk saling mintak maaf.dah trlambat ok.bye.

    Ikan siakap ikan kembung
    Aku dah fedup dgn anak beranak maembong ni!!
    Boleh jalan lah dgn The House korang tu.
    Bajet the kardasians lah sgt.
    Sila brhenti bermimpi.
    Peminat dah muntah hijau ok.
    Aku rela tgk The Senrose punya adik beradik.beauty wth brain..

    Sekian.

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Confirm kalah…
      1- Artikel ni ada ke cakap yg ko mengandung? Part mana yg berunsur fitnah? Sebabnya assumption mengandung dibuat oleh yg membaca…. dan bukan semua org automatic judge ko mengandung lepas baca artikel tu… different people have different opinion towards u.
      2- Artikel ni hasil dari penceritaan ko kepada wartawan tu sendiri cuma tarikh publish je yg lambat..
      3- Berapa kerugian ko untuk artikel ni? Hilang job? Hilang peminat? Honestly Emma… peminat ko dah lama hilang dari hari ke hari… bukan sebab artikel ni… tp sebab your attitude. People nowadays bijak menilai….

      0

      0
  2. kak leha says:

    Udah le tu..tak payah la nak besar2kan perkara ni. Dah memang tak mengandung kan. Tak payah la kalut sgt…simpan la saman tu utk perkara yg lebih mencabar lg…

    0

    0
  3. melati says:

    memang lah Rupa ko macam Dato Virda, tapi ko ader duit ker macam Dato Virda??? Peguam ni ko bukak Fail jer 5K….pastu masok mahkamah jew ko kena tanggung Gaji dia apa2 yg patut jer 5K…kalau ko menang kes pun ko nak tuntut penulis yg keja Klinik tu……..setakat ckp boleh lah Emma…kalau ko kalah ?? ko kena tanggung semua, setakat pelakon suam2 kuku nk saman org tu simpan jer lah niat ko…

    0

    0
  4. Mimi says:

    Get a life lah Emma.
    Takde siapa peduli kot.
    The more you bersungguh nak fight, makin lah orang sangsi.
    Bukan you punya bukan you punya lah
    dont make such a fuss on it.

    0

    0
  5. mira says:

    xperlu la smpi saman. penulis ni mmg keja dia mcm tu. create story. xserik2 diorg ni. kdg2 crita kuar dr mulut ke mulut. emma kena pesan kt reporter tu lps ni jgn lupa kuarkan berita emma mengandung n bersalin ye. biar kena setepek kt muka diorg.

    0

    0
  6. mika says:

    Dah tahu cmtu..tak payah lah kau sebuk nak beli bnde alah tu..kau tu artis..beli apa pun owg bercerita..beli spender rm 10 pun owg cerita..beli ferrari pun owg bercerita..apa lagi beli bnde nie.len kali suh bibik kau yg belikan..
    Mulut tempayan sng nak tutop.mulut org…payah..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    no komen.

    0

    0
  8. Huh says:

    Saman emma.. biar org yg sebar fitnah tu menyesal.. kalau kena kat korang apa korang rasa?? Dosa fitnah lebih besar dari membunuh. Malu ko tau x .aku penah kena fitnah mengandung luar nikah..satu kampung tuduh aku betina murahan..aku malu sampai skrg.dh 10tahun dah..aku xkn maafkan penyebar fitnah.aku juga xmampu nak hire peguam.jumpa lah kat akhirat nanti.

    0

    0
  9. ddd says:

    cte kau lg..artis sendu yg penuh kontroversi..kalo ko xbuat bolayankan aje..ko hengat saman org xaibkan ko lg?gtu ke senah??tolong la..job pn ade xde..sebok nk mnyaman..bakal rita laa nie..bnda xda ape mencicit mcm tikus..bosan lah kau

    0

    0