Written by Bella | June 27th, 2016

Baru-baru ini, kecoh dengan isu dimana agen dan juga pembeli baju Elle Zada mengamuk dengan butik berkenaan yang menabur janji palsu dan tidak dapat menyiapkan baju raya yang sudah ditempah serta tidak memberikan sebarang penjelasan kepada pembeli atas kegagalan mereka itu.

Dek kerana isu ini, nama Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam turut terkena tempiasnya sehingga ada segelintir netizen mengecam pasangan berkenaan.

Tidak mahu orang ramai salah faham, Syatilla memberitahu apa yang berlaku adalah diluar bidang kuasa beliau dan Sam. Mereka hanya bertidak sebagai duta untuk mempromosikan baju raya berkenaan.

Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.

Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja.

Pada masa yang sama,  pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif  turut tampil menjelaskan isu yang sudah cukup hangat diperkatakan ini.

Menurut Elliyin, mereka menghadapi masalah bersama pembekal dan pasangan Syatilla dan Sam langsung tidak ada kena mengena dengan isu ini. Elliyin berharap orang ramai tidak lagi meletakkan kesalahan diatas bahu pasangan itu.

Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal. Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih.

Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini. Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar.

Elliyin berjanji beliau akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini sebelum Aidilfitri tiba.

Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula.

Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami.

Kalau pihak Elle Zada awal-awal lagi sudah tampil memberikan penjelasan tentu tiada orang yang akan mengamuk. Bukan mudah hendak jadi agen, hari-hari mereka merasa tertekan dengan pertanyaan pembeli yang sudah lama membuat pembayaran. Hari Raya Aidilfitri pun sudah dekat, tentu mereka risau tiba-tiba nanti tiada baju pula untuk dipakai. Hmmmph…harapnya pihak Elle Zada dapat menyelesaikan masalah ini sebelum Aidilfitri seperti yang mereka janji.

Sumber Berita : mStar Online

26 responses to Isu Baju Elle Zada : Sam Dan Syatilla Tidak Bertanggungjawab, Cuma Duta Untuk Promosikan Produk

  1. minah jambu says:

    kosong aje..

    0

    0
  2. missv says:

    sama kes dgn ig leeyanarahman…kecoh bergaduh2…amik pre order byk2…kesian pembeli…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    kawan aku pun dah terkena..kesian betul

    0

    0
  4. melati says:

    hahahaha…tk berani plak buat Memek muka lagi yer..!!!!! kikiki

    0

    0
  5. X says:

    Melayu kemaruk nak bergaya mcm artis,artis pun sampah masyarakat.banyak je baju raya bersepah kat luar sana.bayar dan bawa balik.

    0

    0
    • Anonymous says:

      baju ni tuk orang yang suka shopping last2 bagusla & tuk family kalu nak sedondon..macam aku nak sedondon 1 family 2 bulan sebelum posa dah pegi cari kain kat jakel..tu pun punya ramainya ummat dah walaupun posa belum start..so tak payahla nak kata orang..diorang yang nak beli adala reason sendiri

      0

      0
  6. mak jemmsssss says:

    nasib lah aku xbeli.. haritu kemain excited nk beli tp terdetik hati xyah lah …. klo x dgn aku2 xberaya taun ni….haha

    0

    0
  7. Me says:

    Minta maaf pada sam dan shatilla je ke ? Pada your cust yg lama menunggu ? Mmg kebanykan peniaga manis mulut waktu nk auruh cust beli je . Pastu dh dpt duit lantak la nk jd ape pown.

    0

    0
  8. Akak kaki jimat says:

    Bukan tak sokong peniaga kita, tapi inilah sebabnya.#tempahawal#ukurbajudibadansendiri.#jgnkecamsaya.

    0

    0
  9. lawok says:

    nak mgamuk pun, pegila ke port yang betul. alahai customer. pegi mngamuk kat duta tu wat pe. hahha

    0

    0
  10. Anonymous says:

    hadap sgt dgn baju retis..padan muka..kalau ye pun nk sedondon..byk lg pilihan lain. ni tgk design pun tahu buruk..baju sam ok la..yg design2 baju tilla tu…ya ampun very old fashion okeh xsetimpal dgn harga…kalau pegi kat giant boleh dpt rm50 je utk design camtu..ekihkih.korg jgn harap la raya ni tilla nak pakai baju2 yg dia promosikn tu..hauk sehauk hauknya..kna bayar sggup la pakai..aku, bg free pun aku taknak

    0

    0
  11. nice says:

    baiklah pergi beli dkt gene martino, xpayah tggu2, lagi cantik,berkualiti, harga pun xde la over sgt

    0

    0
    • X says:

      Gene martino nie kalau artis promosi mesti pecah kedai kena serbu dengan makcik2 kemaruk artis melayu.

      0

      0
  12. Saper2 je la says:

    Elle zada ni top kan? Dulu ms ade ig ade gak tgk ig owner butik ni…kemain woo…rega baju kt butik dia bukan calang2..yg owner pompuan tu dh mcm motivator biz pn ade. Tp ye lah adat berniaga ye ade aje dugaan dan pasang surut..yg mampu beli dgn butik dema ni pn kira bukan calang2 la berduitnya …

    0

    0
  13. Sammcmterencat says:

    Nak tanye…shatilla da ngandung ke????ckp nak anak 1team bola…kihkihkih
    Kalau kail panjang sejengkal…

    0

    0
  14. noon says:

    camner buat biznes?
    patutnye si elle ni make sure lah pembekal dapat bekalkan setiap order dari pelanggan yang dah dibuat. kena ada back up plan jugak.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Alahai aku bli baju 50 ingit jerr..cantik jer pwon…maslah apa mesin jait lingkup ker..tukang jait lari ka..stoq kain tergolek jatuh gaung ker..klau mcm ney la rupa pas ney x pyh la dok haqap sngat…kat luar bju becambah lawo lg dri retis2 pkai ney…dok behaqap lama2 teqap..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Lol

    0

    0
  17. kak tara says:

    abang nara..tolong cover pasal this year banyak customer terkna beli online …sy sebilan tggu xdpt jnji ready stock..dah dapat buatan macam jahit dengan kaki.siap ase grup dkt whtsap..brand qiszar.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    adik aku bju xsiap2 ag..order kt minaz..ambk preorder tp skrg xpos2.. mjur ada bekap bju ry lain..hancengg

    0

    0
  19. kidungmu says:

    Hurmm. Suka hati je delete komen. Ambik pre-order banyak-banyak boleh pula sebab nak untung banyak cepat-cepat. Jangan nak salahkan pembekal lah. Pembeli apa kesah masalah daripada pembekal ke kain tak cukup, benang tak sama warna ke hape yang jelas tu salah penjual sebab tak peka dengan stock. Patutlah batalkan untuk program datang http://www.klsogo.com.my sempena jenama ni itu hari kannnnn….

    0

    0
  20. baby says:

    baju mcm ni rupe pon korang terliur nak beli. hahaha

    0

    0