Isteri Terima Effa Maembong Bukti Saya Tidak Curang – Dato’ Boy Iman

Hiburan

Isteri Terima Effa Maembong Bukti Saya Tidak Curang – Dato’ Boy Iman

Legendary juga isteri kepada Dato’ Boy Iman yang seolah-olah merestui perhubungan suaminya dengan Effa Maembong. Walaupun kini sedang dalam proses penceraian, sesuatu yang agak pelik apabila seorang isteri menerima kenyataan yang suaminya sedang berkawan baik dengan wanita lain. Mungkin isteri Dato’ Boy Iman iaitu Kumala sudah redha yang perkahwinan mereka bakal berakhir tanpa dapat diselamatkan lagi.

boy iman effa maembong

Advertisement

Apa pun tindakan Kumalan yang menerima kehadiran Effa Maembong dalam hidup suaminya itu membuktikan bahawa penceraian antara mereka bukanlah terjadi kerana Boy Iman berlaku curang, sebaliknya kerana masalah kewangan yang melanda mereka. Kata Boy Iman:-

Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.

Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.

Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini

boy iman

Apa pun Boy Iman dan Effa Maembong belum lagi sampai tahap bercinta (walaupun ada caption bertulis cinta mati di Instagram Effa). Mereka berdua hanya berkawan rapat terlebih dahulu. Kata Boy Iman lagi:-

Sebenarnya saya sudah lama mengenali Effa tetapi kembali bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong akhir tahun lalu.

Kami kembali rapat sejak tiga bulan lalu selepas saya meminta nombor telefonnya daripada adiknya, Emma Maembong. Buat masa ini saya selesa berkawan rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Effa seorang yang baik dan memahami saya dan sentiasa berada di sisi saya ketika berada dalam kesusahan

boy iman

Respek juga kepada Yaya Maembong yang mengetahui masalah kewangan Boy Iman tetapi tetap setia berada di sisi teman rapatnya itu. Bukan senang nak cari wanita sebegini di zaman serba moden ini. Semoga perhubungan mereka akan berkembang lebih jauh. Sama-samalah kita doakan. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...