Written by Bella | December 29th, 2016

Sejak beberapa hari ini, isu rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya, Norshahida  yang didakwa bergolak hangat diperkatakan sehingga ada wanita yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Adi termasuk menggelarnya lelaki dayus.

Terbaru,  Norshahida telah tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi portal BH ONLINE. Menurut Norshahida, beliau dan Adi tidak mempunyai sebarang masalah dan cukup bahagia bersama dan menyifatkan Adi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab serta berlaku adil dengan isteri-isterinya.

Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.  Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai.

Norshahida juga menepis dakwaan kononnya beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan madunya, Aida Yusof.

Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.  Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh.

Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida. Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida.

Berbicara mengenai berita beliau sebenarnya sudah keguguran, Norshahida mengakui mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan kira-kira beberapa minggu lepas. Norshahida  tidak sedar beliau mengandung pada waktu tersebut.

Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran.

Nampaknya semua perkara sudah dijelaskan dengan terperinci. Harapnya tiada lagi pihak yang menyebarkan spekulasi tidak benar mengenai rumah tangga Adi Putra dan Norshahida.

Sumber Berita : BH ONLINE

21 responses to Isteri Kedua Adi Putra Nafi Dakwaan Rumah Tangga Sedang Bergolak

  1. Fidot says:

    Apela manusia ni, org lain pnye rumah tangga ko dok melaga-lagakan…biarlah dorg, Allah lebih mengetahui. Jaga family sendiri sudah…

    23
    0
  2. Anonymous says:

    over la macik ni…..respek aida 1st lagi hal2 umahtangga takde nak gebang2 aih!

    9
    3
    • Anonymous says:

      abis org lain sibuk dok gebang gebang rumahtangga dier ngan Adi so dier pun start gebang gebang balik lah…… aper daaaa

      20
      0
      • Anonymous says:

        Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida
        so diam2 sudeyyyy…ko ada laki kan…soh la dia yang explain a-z

        2
        6
        • Pekerja Gomen says:

          Ada pmpn gila fitnah Adi dan Family…
          Ramai la netizen yang percaya…

          Kalau ikut perkiraan ko…. yg no 2 jangan cakap apa2 la…
          Biar Aida atau Adi yg jawab..

          Pastu ko expect Adi yg jawab

          Saya pandai jaga isteri….. saya dah jumpakan isteri2 saya..
          isteri pertama baik ngan isteri kedua..
          Isteri kedua bahagia hidup ngan sy

          4
          1
  3. akulgsantek says:

    ni la padah nk kene hadap bila kawen ngn laki orang.

    6
    2
  4. melati says:

    Memang Adi Putra ni Dayus …..Pompuan macam org Hutan pun dia sanggup mengawan..!!! kalau benar2 lelaki sekurang2 nya macam Erra Fazira…!!

    2
    6
    • Anonymous says:

      kuang ajaq ko ni…hahahahhaa
      at least dia ada anak laki yang kiut hokey!

      12
      0
    • xoxo says:

      alamak melati..ko neh ..tk baik tau ckp mcm tuh..kalau yang macam erra fazira tuh sume lelaki nak…pempuan2 yang tak brp nak cam erra fazira nak letak mane..adoii ko neh…suke2 je ckp pompuan mcm orang hutan..

      4
      0
      • Anonymous says:

        Pompan macam erra semua lelaki nak kau kata? Memang betul..tapi bila dah dapat semua nak lepaskan dia..semua tak boleh lekat..mesti ada yg tk kena dgn erra ni..kalau tak takkan baik dari matair dgn awie.. hans izack..kwn dg yusri pas tu engku emran..habuk pun takde..saka erra kuat kot

        0
        7
    • tak upe erra pun says:

      bongok dan gile melati ni..klo ko pompuan,muke ko level erra ke?
      klo ko ni jantan,mak ko pun upe levek erra ke?please la…statement bodoh bangang apakah ko buat ni?
      ooo..ke ko bapuk?patutla..ko da conteng2 muke ko sampai da upe erra la tu..sbb tu buat statement bangang gini…akak tak level erra pun..tapi akak cantik jugak hokeyyyy..
      ksian????

      0
      0
  5. Anonymous says:

    Untung haji adi. Rupa2nya rampas bini orang sebab bini orang tu pandai dgn wartawan. Mcm wan sakinah pula lepas ni curah perasaan di media…. org tya ckp saja tunggu suami yg ckp mcm aida masa adi kwin dgn dia x biat apa2 kenyataan. Berguru dgn bini ke 2 serap.

    3
    4
  6. Anonymous says:

    kenapa keluar lagi cerita haji adi putar ni………… dia kan bukan retis lagi…….. nasib ada bini ke 2 bercakap di media………… untung haji adi ada bini macam ni… mungkin haji adi penat kali……… maklum lah penat rebut bini orang belum habis lagi terpaksa bini ke 2 buat PC di media…… untung jadi isteri derhaka curang dengan laki bersuamikan lelaki perampas dan pemusnah masjid orang……adi pun pandai ajar bini ke 2 ni maklumlah sudah belajar macam mana nak derhaka kepada laki hasil ajaran adi juga……

    7
    1
  7. kak mah kebabom says:

    Whatever it is..kakmah tetap respect isteri2 pertama yg tabah dan sabar terima taqdir dimadukan..pd isteri2 kedua kakmah nasehat..tlg jaga hati dan perasaan isteri pertama..jgn over..jgn lebih sudu dari kuah ya…

    12
    2
  8. Anonymous says:

    Inilah berkat ajaran hj adi masa berzina dulu dgn bini org(byk jenis zina ya). Anak pun malu nak keluar. Sebab malu ada bapa dan emak yg meruntuhkan masjid…. tahnia adi sekarang apa yg awak ajar sikit2 di praktiskan….. mcm orng ckp sikit2 dulu lepas tu byk2.

    2
    3
  9. Yekeni says:

    Kalau lelaki kahwin dua dengan tiada silap besar isteri pertama, walaupun isteri pertama jaga makan minum, jaga diri, setia, jaga anak, jadi ‘ladang’ laki whenever laki nak bercucuk tanam, oh, have i mentioned SETIA? Maka itu namanya jantan gatal, penuh nafsu, nafsu serakah yg tiada kawalan.

    Kalau 1st wife dah tak perfect, dah tak berstamina, dah tak bergetah, si laki tu perfect ke? Berstamina ala umur dua puluhan ke? Kulit bergetah ke? (Sorry I’m not sure if the word they use is ‘bergetah’). Kalau muka dah berkedut, sama2 berkedut. Ada ke bini keluar pergi cari jantan lain? Ada bini tengok jantan lain sampai mata tak berkelip?

    Sorry, i am totally against polygamy as the reasons almost all the time are about nafsu, looking for younger women. Wrong reasons totally. If you wanna follow, kenapa tak ambil mak janda (oh sorry, ibu tunggal. Nanti rita cakap tak bijak pulak) yg ada anak, or balu yg ada anak, dengan tujuan menyara mereka yg tidak berkemampuan? Why go for bitches yg terang2 memancing, tak peduli kau dah ada bini ke, anak ke, tak peduli hati 1st wife. And you, as the husband who once upon a time loved your 1st wife so much but when your eyes lay upon a younger one, you put her feelings aside, you would rather destroy her happiness, let her cry a river ke, a tsunami ke, you tak kisah. Well, then, You are just a despicable piece of poop (go figure out the synonym).

    These are not directing to any individuals. These are directed to all poops who remarry for the wrong reasons.

    4
    0

Leave a Comment

Optional