Written by Bella | May 6th, 2016

Sejak beberapa minggu ini, ada khabar angin mengatakan isteri kepada pelakon Izzue Islam iaitu Awin Nurin sudah hamil berdasarkan satu foto di Instagram yang seakan menampakkan perutnya sedikit berisi. Malah, ruangan komen di foto berkenaan penuh dengan ucapan tahniah buat Izzue dan Awin.

Tidak mahu salah faham ini berterusan, Awin menjelaskan beliau masih lagi belum berbadan dua tetapi menganggap pertanyaan orang ramai berkaitan cahaya mata sebgai satu doa buat mereka.

Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun.

Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan.

Hampir tiga tahun berkahwin, Awin memberitahu beliau menyerahkan soal cahaya mata kepada ketentuan takdir dan setakat ini beliau belum mencuba sebarang rawatan untuk hamil.

Saya menyerahkan perkara itu kepada takdir dan rezeki sahaja, setakat ini belum ada lagi berusaha untuk menjalani rawatan-rawatan untuk hamil termasuk IVF.

Insya-Allah kalau ada rezeki anak nanti saya akan beritahu kepada semua, apa yang penting terus doakan kami supaya diberi rezeki.

InshaAllah ada sahaja rezeki untuk Izzue dan isterinya bergelar ibu bapa. Teruskan usaha dan berdoa, tidak perlu rasa tertekan dengan tanggapan orang ramai.

Sumber Berita : mStar Online

15 responses to Isteri Izzue Islam Nafi Khabar Angin Sudah Hamil

  1. gigi emas says:

    Kalau dia mengandung sekali pun, apa yg penting sangat yg satu malaysia kena tahu? Bukan yg dunia kiamat kalau dia mengandung……mentaliti melayu yg cetek

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Hahaha. Kaann… Tapi tula, peminat2 diorang nak tau la kot perkembangan peribadi artis pujaan diorg. Ermm memacam…

    0

    0
  3. kaki tabur says:

    xde motif langsung….dia hamil pun ekonomi malaysia macam tu je…

    0

    0
  4. cik brown says:

    biasalah bila dah kwen orang akan tnya mana anak??

    cik brown pon penat nk layan orang tanyaa bila nak ada anak?

    klau buat n jadi anak tu senang mcm beli barang kat tesco. cik brown dah beli 10 dah. huhu.

    doakan cik brown ye

    0

    0
    • deena says:

      aah betul.
      sabar cik brown kang ada rezeki tu..
      saya sama kawen lambat last2 dapat time kita tak sangka2.. terkejut den laki bini baby dalam perut dah 3m pon masih tak caya ag.muahaha

      macam awin tu baru 3y.. ilek2 dulu.. no stress2 nak dapat anak ni hehe..
      p/s: ala mulut orang emang. ada anak berderet cakap macam kilang.. tak de anak kang kata mandul.. pedulikan

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Semoga pasangan ini mendapat berita bahagia di penghujung tahun ini, yakin allah ada dalam setiap doa yang diberikan. Abaikan kata2 yang mengganggu kehidupan kalian berdua. Insyallah semoga bahagia ke anak cucu.. amin

    0

    0
  6. aini says:

    suka dgn statement yg dia bagi….jelas tenang dan matang…

    0

    0
  7. anon says:

    Wife dia ni bkn setakat kurang lawa, tapi nampak mcm tua je……nampak mcm mak dgn anak pulak. Hmm….kesian pulak dah jodoh kan, nak wat camne…. wife hafiz rosli tu wlpn krg lawa tapi nampak muda….Sori ye, cume berterus terang je…..

    By the way, kenapa org sebok sngt psl dia ni hamil ke belum, bkn artis femes sngt pun…

    0

    0
    • BINI BINI INSECURE says:

      Setuju..!

      0

      0
    • anone says:

      aku benci betul org yg bg komen negetip sesedap mulut puaka dia pastu cakap..saya hanya berterus terang..
      akak nak terus terang dik..mulut ko macam puaka..
      ingat ko tulis org tk kenal tapi malaikat kiri kanan dok catat ..banyak sgt dah pahala?
      dok dendiam je tak boleh?

      0

      0
    • antipengutuk. says:

      anon, awak x cakap pun, semua orang dah tahu la. yang senyap ni menjaga mulut, adab sebab itu ciptaan Allah, sapa kita nk kutuk ciptaan Allah. kita pun x pasti sempurna mcm mana. hapolah

      0

      0
  8. Anonymous says:

    terus terabg bini dah mcm 40an….

    0

    0