Written by AbangNara | July 28th, 2015

Nak gelak pun ada tapi tak apa kita bagi can kat ISMA untuk sekali sekala menyelit di BeautifulNara. ISMA atau nama penuhnya Ikatan Muslimin Malaysia menerusi Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah iaitu Ustaz Omar Kassim telah meminta penganjuran konsert K-Pop di Malaysia agar diawasi kerana ia bukan saja boleh merosakkan umat Islam, malah ia dipercayai merancakkan penyebaran dakyah Kristian Evangelis di kalangan masyarakat negara ini.

Menariknya, Ustaz Omar Kassim turut mengaitkan konsert Kpop ini dengan parti pembangkang DAP. Menurutnya penganjuran konsert seperti itu pastinya menggembirakan dan disokong puak Evangelis dan DAP yang ternyata sebagai parti anti-Islam.
isma kpopBeliau berkata, adalah tidak menghairankan jika Evangelis sering kali menyokong segala bentuk hiburan liberal yang merosakkan masyarakat dan membantah sebarang nilai mahupun prinsip yang berakhlak dan menjaga maruah masyarakat.

“DAP yang rapat dengan Evangelis ini pastinya menyokong konsert seperti itu sebagaimana mereka menyokong pesta arak tempoh hari, walaupun ia ternyata satu amalan yang merosakkan masyarakat serta mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat Malaysia.

“Sebaliknya, perkara elok seperti langkah menetapkan couple-seat di dalam pawagam hanya untuk yang sudah sah bernikah untuk mengelak kejadian tidak senonoh dalam pawagam, dibantah pula oleh mereka.

“Tindakan DAP ini tidak lain hanya menggambarkan betapa mereka takut Islam menjadi lebih kukuh di Malaysia”, katanya.

isma kpop

Ustaz Omar Kassim

Ustaz Omar berkata, ada laporan menyatakan kebanyakan artis K-Pop adalah aktivis gereja dan mereka mengambil kesempatan mengadakan konsert dengan membaca ayat-ayat daripada kitab Bible serta mengajak peminat mereka ke gereja.

Sebelum ini, dalam satu keluaran majalah ‘World’ – sebuah majalah Kristian – populariti K-Pop telah merancakkan kerja-kerja dakyah Kristian serta menjadikan agama itu lebih mudah diterima oleh masyarakat awam.
isma kpop

K-Pop (Korean Pop) berasal dari Korea, yang dahulunya hanya memiliki kurang 0.5 peratus penganut Kristian, namun kini mencatatkan Kristian sebagai kelompok agama terbesar berikutan gerakan dakyah besar-besaran agama tersebut sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Bukan nak sokong Kpop tetapi rasanya tak pernah pula artis-artis Korea ini membacakan kitab Bible ketika konsert mereka. Selalunya diorang akan belajar cakap Bahasa Malaysia seperti ‘saya sayang kamu’, ‘aku cinta kamu’ dan ‘terima kasih’. Pada pandangan Abang Nara, sekali-sekala nak dengar juga ustaz-ustaz ISMA ini bahan drama dan industri hiburan tempatan yang secara jelas memang bertentangan dengan Islam. Jangan gajah seberang laut je nampak, kuman depan mata buat tak tahu. Tak gitu? Sumber Ismaweb.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

107 responses to ISMA Dakwa Konsert Kpop Di Malaysia Sebagai Medium Penyebaran Dakyah Kristian Evangelis

  1. aku says:

    pernah bc travel blog…dia g korea…ade org aim kwn dia yg pakai tudung..n ajak utk tukar agama…huhu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ade betolnye jugak.
      jgn nak gelak2 dulu.
      mungkin dia dah buat kajian atau ada aduan2..apepun jgn pandang remenh.
      kpop mungkin salah satunya.
      yg laen mgkin belum lagi dibongkarkan.

      0

      0
      • aku says:

        betul….agenda2 cmni..byk ade kat mana2… hope akidah adik2 perempuan kita terpelihara…hope dorg dpt berfikir dgn waras…taksub taksub jugak..jangan sampai tak waras yer adik2..

        0

        0
        • typical malaysian says:

          abis tu cerita omputih macam mana pulak ????? pelancong2 asing yg dtg malaysia sah2 kristian tu macam mana pulak ???? tengok dorang boleh luntur erk akidah ????

          0

          0
        • hurmm says:

          bukti kpop sebar ajaran kristian ????? nak kata seksi…artis melayu lagi seksi. lagu kpop sama jer dengan lagu melayu….bahasa jer berbeza.

          0

          0
        • giler kentang says:

          tak pernah lagi retis kpop suruh fans sorang tukar agama. sebaliknya suruh hormat-menghormati antara satu sama lain adalah.
          lagu kpop pun mostly pasal cinta, friendship.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Jgn kate taksub dgn kpop..taksub dgn fynn jamal pon jgn..besederhana lah ya..

          0

          0
        • Anonymous says:

          ble org taksub kpop komen..hihihi.

          abes sume mulalah die kate, abes tu si polan tu, si polan neh..mat saleh tu, mat saleh neh..

          bacalah betol2 bknnye org kate dgr nyanyi je murtad bagai.
          huhu kalau kes2 lina joy tu dulu dan yg laen2, ade ke maen suruh je, eh ko tukar islam skrg..haha.
          ini secara halus.

          kpop menda lah tegur sikit melenting.
          yg badan islam taknak bela, kpop gak yg dihadap..
          sok mati, mintak boyband kpop tu talkin kan, yelah dh melampau nau minatnye..
          mcm hampeh

          0

          0
        • nanny says:

          Liverpool yang datang Malaysia baru2 ni ustaz tak nak komplain pulak.
          Pemain Liverpool tu semua kristian tu, tak nak cakap ker Liverpool tu guna bola sebagai dakwah secara halus ?

          0

          0
      • akim says:

        ustazzz…dekat korea pun ada orang islam. saya pernah pergi korea. orang islam kat sana still mengamalkan ajaran islam malah lebih perfect kot dari kita kat Malaysia ni. student kita dekat korea pun still sedar diri dorang tu muslim, still pakai tudung jalankan suruhan islam.

        0

        0
        • Anonymous says:

          xde haku hadap sgt kpop neh.
          islam tak dibela, kpop tu dibelanya..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Oi jemah..xde le nk suruh ko hadap kpop tu..tp mntk ko pikir…kpop salah ke atau islam itu sendiri yg lemah?????dari tuduh mcm2..baik si oztaz ni pergiatkn dakwah islam kt anak2 muda…btl la org ckp..ape…islam je blh bedakwah?kristian xleh?org malaysia ni sensitif sgt2..tp negara?mcm tu gak…sbb ape?sbb ske tuduh and tuding jari kt org lain padahal xnk perbaiki diri sndiri.

          0

          0
        • Anonymous says:

          teruknye bela kristian, bela dakwah dorg unuk tarik org islam ke jln murtad.
          takde aku hadap pon..

          aku pon mintak ko pikir..mane perlu didulukan..
          ko pon nak sentap sgt ape ke hal..hahah.
          keyboard warrior sgt u..

          0

          0
        • Sedih says:

          Betul3..kite pun bukan la minat kpop pun. tp kalau nak tentang biar tentang semua la… dari bola, kpop, hollywood, air coke,sume y diimport dr negara kristian dan sekutunya…

          Tapi saya xdela nak bangkang ustaz pun, ustaz tu pun minta konsert2 sedemikian diawasi je.. yang xawasi yang jadi pesta arak bagai…mungkin sekarang nara gelak la.. anak2 kite masa depan kite masa tu la menangis..

          pokok pangkalnya diri kita sendiri, nak minat kpop, minatlah..tapi tidak lah sampai rosak akidah.. simpati dan teramat kesal juga perkara macam ni tak diawasi bila dah berlaku pelok2 kpop bersama gadis2 melayu atas stage.. sekarang sape minat kpop n bertudung je kena stereotaip mcm tu.. ape la manusia.. yang bercakap semua tu x tgk cermin.. abes mata kau tgk benda seksi meksi lucah bagai bagus la?sbb xde sape nampak kan?.sbb tu boleh sembang hebat….

          kawan saya juga pernah bercuti di korea.. n ade bertemu student2 korea y boleh berbahasa melayu/indonesia.. kawan saya tu mula2 amaze sbb mereka boleh berbual bahasa kita, tapi kemudian mereka beri flyers, ajak tukar agama..n kawan saya terus buang benda2 tu selepas student2 tu beredar. Jadi, point saya, xsalah kita nak minat siapa pun, di mana pun. cuma jangan keterlaluan dan juga perlulah kita ada kesedaran diri… xperlu gelak sangatlah NARA klau benda kecik macam ni..

          0

          0
      • berat tuduhan ni says:

        amboiiii tuduh anak orang bukan2 jahat lah…murtad lah….lets say kalau orang kau tuduh tak buat……berdosa lah kau.

        0

        0
    • Anonymous says:

      jgn lah cerdik sgt..xkan nak bace bible depan2 kot..
      dan tak semestinya kena baca bible nak murtadkan org.

      tak dinafikan agenda seumpama ini dibuat secara halus..renung2kan..berape banyak yg dah murtad..kan elok berhati2..

      mane tak gajahnye..konsert kpop masuk dan tentu belanja besar, kan..
      yg ade kat malaysia pn pantau juga..jgn la buat ayat, hah yg tu tak pulak tegur, siasat, yg neh siasat.
      same je

      0

      0
      • Pop religion: Korean pop says:

        Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

        0

        0
    • gigi emas says:

      Apabila DAP menang didalam PRU 14, marilah kita ramai2 berdoa kepada Allah agar ISMA akan di ban oleh ROS kerana sifat ekstreme lagi rasis…….NGO seperti ISMA lah yang akan menjatuhkan negara, bangsa and agama…

      0

      0
      • apihbarthez says:

        Bertaubatlah kepada Allah wahai gigi emas jika kamu seorang muslim. Kalau bukan, tolong jgn burukkan name NGO Islam ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada mu.

        0

        0
      • Dgn sapa ko doa? says:

        Jangan lupa Kristian di Malaysia refer Jesus sebagai Allah dalam bible yg dorg mohon versi BM. Refer 14 tuntutan IFC

        Gigi Emas confirm puak Kristian atau melayu liberal.

        Maka faham2lah ‘Allah’ yg mn bila mereka doakan DAP yang memang anti Islam utk berkuasa di Malaysia ni.

        Mereka dakwa Melayu Muslim sbg rasis sedangkan perangai rasis mereka lebih teruk.

        Malaysia juga diambang kemelutan bila pemimpin biarkan saja pihak2 ni buat onar tp bila kita dedah sikit je habis dituduh rasis.

        0

        0
    • double dacker says:

      FITNAH, artis kpop tak pernah ajak peminat masuk church.
      berdosa lah tuduh orang murtad.

      0

      0
      • Anonymous says:

        geli bacanye..bela sgt org kapir.
        tau pulak pasal fitnah tu..

        0

        0
        • double dacker says:

          bukan bela orang kafir, benda betul sebab tu aku berani cakap.

          0

          0
        • Anonymous says:

          kalau takde ribut pokok tak bergoyang..kejadah hape nak ckp masuk churh tetibe..sebab isu neh sensetif..mestilah ade aduan atau mmg betol

          0

          0
        • okie says:

          Selalunya retis kpop datang Malaysia lepas perform terus balik airport sebab security. Tak ada masa nak pergi church lepas tu siap ajak fans muslim masuk church…..duhhh nampak sangat berita fake.

          0

          0
        • sssssssss says:

          kpop fans malaysia tak adalah bodoh sangat sampai nak tukar agama.
          apa2 yang berlaku dalam industri kpop, kpop fans still backup agama islam lah. Kau tak layan kpop kau tak tahu.

          0

          0
  2. Anonymous says:

    Apa yg lawaknya nara oiiii…benda yg haram elok lah klu kite berprasangka buruk..xde yg lawak la nara..xpun, ko nak masuk raja lawak?..saja nak test power kot..

    0

    0
    • maibiskut says:

      ntah nara ni…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Nara menaip guna kepala lutut.. islam kat Malaysia ni orang perlekehkan.yang haram dihalalkan dan halal diharamkan.. tak tau ke kat mana? kat MALAYSIA la…salah satu sebabnya orang2 macam kau ni la Nara… jika ilmu didada tu cetek.. jangan sibuk nak berenang kat laut dalam Nara oi..

      0

      0
  3. Anonymous says:

    Dear Abg Nara,

    Please dont take lightly this matter..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    berdakwahlah mcm mana skalipun klu iman tetap kuat pun tak akan menggugat. alahh..mcmlah kristian jer yg berdakwah. islam tak de ke? yg lain pun ada jg rsnya cuma yg dihiglight kristian dan islam jer. pendek kata tny hati dan iman sendiri.

    0

    0
    • Anonymous says:

      org cite pasal dakwah tarik org jadik murtad..ape ko neh??? lebih makan lemang?

      0

      0
      • Anonymous says:

        Islam bleh dakwah untuk agama lain, other agama jgn harap ok! Islam jek ada hidayah, agama lain sampah ok!

        0

        0
        • kaki ayam says:

          amboiii mulut,otak dan hati hang lebih busuk dari najis tau..senang jer ko ckap agama lain cam sampah ek..moga tuhan ampun kan semua dosa2 ko yang kutuk agama lain..

          0

          0
        • Anonymous says:

          hahaha kesiannnn

          0

          0
        • redmerah says:

          klu ko yg berdakwah dgn bahasa mcm sampah ni..kompom gua x tertarik hati.. bahasa melambangkan bangsa dan agama..

          0

          0
        • Anonymous says:

          hahahaha…cantik sungguh bahasa dan pegangan awak yerr. org mcm awaklah buat org ramai pandang rendah kat agama awak sendiri walhal setiap agama tu adalah suci. tak malu ke merendahkan martabat agama sendiri secara halus???

          0

          0
        • Apa! says:

          kau je yang sampah. Belum tentu ko cukup hidayah. Sensitif sangat tak boleh nak ditegur. Kalau ada hidayah Kpop ke Movie orang putih ke, apa ke boleh je asalkan iman tak goyah itu baru ada hidayah!!! Kepala hotak engkau extreme!

          0

          0
        • Anonymous says:

          Hahaha…cara kau kutuk agama lain dh menunjukkan diri kau tu sampah. aku tak pndang hina pun islam tapi muslim mcm kau ni la yg memburukkan nama islam. muslim yg ego, bongkak dan riak. suka pndang rendah dgn org lain. padahal kau tak sedar org lain yg kau kata sampah tu lebih mulia dr kau. agama kau agama kau..agama aku agama aku.

          0

          0
      • Anonymous says:

        sama lah juga tu. kalau org lain nak, tapi sendiri tak nak takkan menjadi punya. kalau org nak terjun klcc, kau nak ikut juga ke kalau masih syg nyawa?? sbb tu dia ckp berdakwah lah mcm mana sekali pun tapi kalau kukuh iman sendiri takkan terkesan langsung punnnn. iman sendiri tak kuat tak perlu nak slhkan org lain. agama lain convert islam pun murtad jg

        0

        0
  5. makcik tipah tertipu says:

    tak payah nak tergelak sangat la.. saya sokong n setuju dgn ISMA..

    0

    0
    • Anonymous says:

      YUP ME TOO..TRUTH HURTS.MSIA SKRG NI DLM MATA MISSIONARIES AGAMA LAIN UTK MURTADKAN ORG ISLAM..SENTIASALAH BERJAGA2..JGN KATA BILA DAH JD TERUK NNT SALAHKAN XDE ORG NAK SEDARKAN..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Aku x dapat nak halang kalau ko nak murtad..tp kalau iman dan pegangan agama ko kuat…xkn terlintas ko nk murtad..
        Dan kalau pon ko murtad..100% salahkn diri kau sendiri

        0

        0
        • Anonymous says:

          sangat stuju. thats the point! tp msh ada yg tak faham ‘iman yang kuat’. kalau sygkan agama sendiri tinggi menggunung, takkan terlintas nak beralih arh ke agama lain. nmpk sgt takut dan salahkan agama lain. cuba2lah kukuhkan diri dgn agama sendiri.

          0

          0
  6. Anonymous says:

    Kpop tu buruk eh.. Seburuk2 kpop, tak penah pulok buang bayi mcm muslim kutuk kat mesia ni.. Your beliefs dont make u a better person, but your behavior does. Isma ni takyah diamik pusing… Statement sampah yg slalu dikuarkan isma ni selayaknya buat lap longkang je. Isma nk tukorkan mesia jd arob.. Pi la join isis kt syria sana nu. Org progresif mcm kami tak perlu sampah mcm isma.

    0

    0
    • Anonymous says:

      islam tak perlu org prigresif jenis neh..huhuhu..
      org cite pasal sebar kristian, murtad die cite pasal buang bayi..twist ayat tak hagak..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ouhh tudoh kpop mcm2 takperrr. Bila sebut kenyataan pasai pangai burok muslem kutok kt mesia ni yg buang bayi, beromen dlm ladang sawit ladang gotah, dera bby dera kanak2, teruih ckp kita twisttttt… ptuihhhh… so called pious people. Ko beramal alim setara mane pub klau pangai ko buruk kelaut, tarak guna jugak sampah oii..opkos ler tak sume muslim mcm tu.. tp muslim cam isma ni tak bleh hrp.l punya org.

        0

        0
    • maibiskut says:

      tak buang anak… harap2 kpop tak gugurkan anak lah juga

      0

      0
      • ju says:

        fitnah oiiii, tahu lah kau benci kpop…tapi tak payah lah fitnah orang bukan2.

        0

        0
      • Joyah Rage says:

        saranghae = i love you <—— dengar perkataan "saranghae" boleh murtad jugak ke ?
        cetak sungguh pemikiran.

        0

        0
  7. Anonymous says:

    malaysia ni ..itu tak boleh ini tak boleh..yg boleh rasuah..riot..maki hamun antara parti..dia sindir dia..nk ikutkan tgk tv pun haram..dengar radio pun haram..melainkan dengar lagu nasyid dan tgk forum perdana..come onlah..kpop tak berslah..yg fanatik tulah yg slah….semua salah…semua salah..naik muak aku.

    0

    0
    • lili says:

      ko bukan org msia ke?ke ko org korea ?!!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        akal kau ternyata pendek..dok rmh je..jgn buat apa2.pandang tdmbok 24 jam KALAU SEMUA TAK BOLEH..SEMUA HARAM!!!!!!!! tuhan beri akal..pilih yg baik bukan sekat .jgn samakan org lain dgn kecetekan otak kau tu..

        0

        0
    • aku says:

      anon: ni la yg d katakan mencegah lbih baik dr mengubati…xkan ko xtau kot..nak tunggu parah baru nak tergadah..baru nak tunding jari kat org tu..org ni..kata x bendung gejala ni?

      0

      0
  8. ashaakyra says:

    pelik pelik . why always kena salahkan agama kristian? jahat sangat kea apa , jangan buat kelakar lah . im christian , rasa iman tak kuat tak payah pergi konsert2 macam ni . and jangan support juga konsert yang ada dekat malaysia ni .artis malaysia buat konsert untuk apa ? haiyooo , macam ni lah kalau ada masalah racist . i still cannot understand why ada lagi manusia fikiran kolot macam ni .

    0

    0
    • Anonymous says:

      Itu lah…pandai salahkan agama lain dan kpop plak..lawak plak rasa..akak aku 3tahun belajar kt korea..tudung labuh lagi..sket pon xde dia cerita kt korea paksa or pujuk masuk agama lain..dorg bz la cari rezeki..siap hormat agama islam lg..dah kalau org islam sndiri tp malas semayang,malas ngaji..iman plak senipis tisu..org agama lain pujuk sket tukar agama goyang la ko..nk salahkn agama lain..menyampah la..anak2 muda yg liar and liat semayang..mak bapak tlg la pantau..jgn pndai tuding jari je..dasar x tahu malu

      0

      0
      • ashaakyra says:

        nanti ada lah manusia backup malaysia punya konsert nak kumpul dana . whatever , padahal boleh jea dengan cara lain .kolot pemikiran tak boleh juga , salahkan agama lain , sedangkan tak 100% kristian percaya dengan kristian , still can respect islam . and we know islam lagi indah .

        0

        0
  9. Anonymous says:

    Serius…isu ni memang lawak..kpop plak disalahkn..pas ni salahkn running man plak..xpon lee min ho..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Setahun aku dok pedalaman sarawak yg mijoritinya org kristian..gereje bnyk..surau ada 1 je..g hotel2..bukak laci..mesti ada bible..arak,babi,kedai makan bercampur halal dan xhalal..mmg bnyk..g perasmian majlis..xde bacaan doa utk islam melainkan paderi yg baca doa beserta renjis2 air holy mereka..
    Org islam yg aku kenal..kebanyakan semua dh xmcm islam..minum arak..g pusat urut..bela anjing..mkn babi..
    So aku nk tny..korg nk salahkn agama kristian atau org islam itu sndiri?

    0

    0
  11. iamwhoiam says:

    Assalam,
    Ini pandangan sy la kan.
    1) Sy penah 3 kali g Korea. Yes…sy akui ada di approach oleh penganut Kristian kt sana ms dlm subway. Dia cerita ttg agama dia…tu ini. But, sy juga mengatakan bla bla bla…ttg Islam. So everyone respect each other.
    2) Walaupun bkn penggemar tegar K-Pop, tp sy peminat one of the band. Sy akui penah g konsert band tu di M’sia. Tp stkt ni xpenah plak ada apa2 penyebaran psl agama dia.
    So sy rs it depends on how u respond/react dgn sume ni. xsemestinya bila kite minat org tu…bnda xbaik pn nk ikut. Buruk baik, pertimbangan adalah pd diri kite sndri. Jgn slhkan org lain…bila something bad happen to u. Slhkn diri sndri…sbb msg2 dianugerahkan akal utk b’pk.

    0

    0
  12. kiko lette says:

    kalau letak lagu arab tapi lirik menghina islam…apa pendapat ustaz. ??????
    nak sanjung jugak ker sebab bahasa arab ?????? apa punyer pemikiran lah macam ni. Ustaz pergi lah dulu belajar bahasa korea walaupun sepatah sebelum keluar statement macam ni.

    0

    0
  13. kiko lette says:

    ustaz ni lupa agaknya agama islam pun berkembang sama.. pengikut pun semakin bertambah.
    Compare tahun 70an dengan zaman sekarang….alahai manusia ni semakin bertambah lah.

    0

    0
  14. liza says:

    wow nara statement tak ingat. nak gelak pun ada wow. ISMA kot tu.
    sebelum taip fikir dulu ye nara.
    siapa beautifulnara compare tu ISMA?

    0

    0
  15. Beras Nasional says:

    Jadi, cuma Islam je boleh berdakwah? Agama lain tak boleh? Kalau anak anda yang murtad, tu salah anda sendiri. Bukan salah Kpop. Tuding satu jari kat orang lain, empat tu tuding diri sendiri.

    0

    0
  16. Lara says:

    Macam mana orang luar takut ngan Islam (Islamophobia), macam tu la orang Melayu takut dengan Kristian (Christhianophobia).

    0

    0
  17. luna says:

    aku minat kpop and kdrama tapi takde pulak sampai rasa nak tukar agama. Agak2la ustaz oi -_-

    0

    0
  18. Endo says:

    Kita islam selalu dilabel terrorist la extremela bertujuan jahat. Punyala la kita bengang and ckp dorg salah. Tp tgk org islam sendiri menuduh orang bukan islam dtg negara kita berniat jahat. Tolongla jangan mengada-adakan agenda org yg x beragenda. Jgn buat org luar makin menyampah dgn kita. Menyukarkan masa depan kita

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Ustaz….pasni tuding kt industri malaysia yg sendu ni plak tau…almaklum lah…bnyk nau drama soft porno skang..sbb ape..bila bnyk sgt tgk adegan2 ghairah ni..wat hati jadi gelap..ha..mulalah mls nk semayang..pastu cpt la tegoda bila di ajak murtad…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Kejadah apa ni. Melampau betul kan org malaysia bash kpop ni. Takyah la nak kaitkan dgn pengaruh agama bagai. Memangla hiburan tapi takdela sampai tahap nak pengaruh org islam tukar agama jadi kristian. Takde pun org islam yg snggup tukar agama semata-mata gilakan sgt kpop ni, padahal dah berdekad kpop bertapak kat malaysia ni

    0

    0
  21. mimimi says:

    asal layan kpop di cop taksub, kau layan bola tak taksub ke sampai gaduh2 tu.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    kesimpulannya,kalau dah suke,kentut pun bau bunga ros..hahaha

    0

    0
  23. Freedomofspech says:

    Jangan bodoh sangat boleh???, adoiiii x tahan membaca,, ingat apa org mo bdakwah pasal agama suka2 buat time konsert?? Otak bro otak!!! Lagi satu apa masalah diorang ni ngan Kristian aaa? X habis2 mburukan Kristian, sikit2 Kristian ketara sangat tuuu religion bias,,abis agama Lain tu xkisah? Hurmm kes sendiri rasa terancam,, lucu plak hahaha

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Aku pon minat kpop tp alhamdi

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Aku pon minat kpop tp alhamdulillah solat 5 waktu, malam2 bce yassin…yg penting iman kite ni…tepuk dada tnye iman…kalo tgk tanda salib pon dh kte menggugat iman ssah la sedara…lemah sgt iman tu…

    0

    0
  26. zikry haikal says:

    islam je boleh menyebarkan dakwah, kalau agama lain tu dipanggil dakyah.. boleh nk minat kpop tp bersederhana je lah ye,, anyway, knp exo xde kat dalam poster atas? haha

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Ha..setaun aku dok kt pedalaman sarawak..majoriti kristian..org2 islam kt sana dh mcm bkn islam dh..main judi,arak,tuak,pusat urut,mkn babi,bele anjing dlm rumah…nk kate xde surau,surau ada siap dgn imam..mknn halal pon ada..nk salahkn sape ni???kristian ke atau org islam tu sendiri?atau kpop?

    0

    0
  28. Ekkk says:

    Tak pernah plak sy baca artist KPOP ajak fans muslim depa msk agama dorang.. tak pernah ok.. lirik2 lagu depa pun tak menjurus ke arah itu..(translation kan ada) kalau ada pun satu dua yang menggunakan elemen islam itupun dah kena banned/ dikeluarkan oleh pihak label mereka sbb nak jaga sensitiviti umat islam. bukan sy nak bela KPOP ke or sebagainya.. tp menjadikan alasan KPOP adalah salah satu mengheret umat islam msk agama mereka adalah nonsense.. just because.. mereka bukan Islam.. lagi satu bukan semua artist KPOP tue Kristian.. kebanyakan mereka Buddhist..

    Sy minat KPOP sebab muzik dan gerak tari mereka dan juga bahasa mereka.. skang sy sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa korea sikit2 disebabkan KPOP..

    Susahlah setiap kali concert KPOP ada jea puak racist yang muncul.. Artis barat takder plak dorang nie nak bangkang.. lagi-lagi music dorang memang menjurus memuja syaitan,seks,drug, n sebagainya.. takder plak nak buat statement mcm nie.. sebelum kedatangan KPOP kat negara nie, puak mana yang dulu datang menjajah pemikiran orang kita.. Bukan Barat ke??? tayangan filem yang kata tapis tp mcm x der tapisan jea aku tengok.

    Sesiapa yang risau mengenai akidah fans KPOP yang muslim..Pandailah mereka menjaga akidah mereka, selagi mereka boleh mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, iman kuat dan didikan agama dari mak ayah dan guru, In sha ALLAH, Islam akan kuat bersama mereka.

    0

    0
  29. Hamba Allah bukan hamba k-pop says:

    Apa pun kenyataan Ustaz tu walaupun ada keraguan ttg isinya, tp ia adalah untuk kebaikan umat islam sendiri. Apapun kita sebagai orang islam kalau tak setuju pun akan pendedahan ustaz ni, walau mendalam cinta sangat pun pada k-pop anda boleh ambil sikap berdiam diri sekurang2nya, kaji jika ada menafaat lain yang boleh kita ambil jadi panduan. Ini tidak, komen2 dari orang islam sendiri, disini anda utk kekal menyebelahi k-pop menambahkan lagi padangan serong orang bukan islam pada agama islam. Anda buka lagi ruang utk orang bukan islam salah faham ttg agam islam dan terus mencela agama islam. Nara dan orang2 islam kat sini yang bagi komen menyokong k-pop takpelah, apa yang korang buat sila deal dgn Allah. Nara kau mmg blogger keparat, hilang respect aku dengan kau, article kau ni mmg kurang ajar, jelas kau mentertawakan agama Islam, agama kau sendiri, Apa kau bukan Islam Nara? Jika bukan sila wawarkan agar mudah kami semua menilai kau.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Der…aku sket pon xminat kpop..tp ustaz ni buat aku menyampah sbb ape hang tau..sbb dia ske salahkn agama lain..suka dakwa dakwi mcm xde keje lain..malu la kt agama2 lain..
      Running man smp la ni xdtg2 wat race kt malaysia..sbb ape?sbb dorg takut la..org malayu yg layu ni suka pandang serong agama lain padahal diri sendiri yg lemah…aduhai

      0

      0
      • Hamba Allah bukan hamba k-pop says:

        aku mmg suka muzik. kpop aku suka dengar. aku suka drama korea. tp aku fhm benda ni bawa budaya tak elok jika ia menular secara hakiki dalam sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat beragama islam harus kita pelihara. Setakat dengar dan tgk cukupla, ambil sekadar hiburan. yang tak boleh dan tak baik biarla kekal tak boleh. islam melarang bukan sbb suka suka tak boleh itu ini, ada sbb la agama melarang. tp ramai nk buat jugak. aku pun tgk RM, tp aku fhm dlm RM ttp pegang sana pegang sini, pecampuran lelaki perempuan. yang dah ada kat malaysia ni pun tak blh bendung. so aku lebih suka RM dijauhkan. takat tgk dlm tv cukupla. cakap pandai salah kan diri sendiri kalau apa2 belaku. salah kan diri sendiri kalau tak kuat iman. Mcm mn nak kuat iman kalau apa yang kita tunjuk kat anak2 budaya2 yang meransang mcm ni. Demi agama dan bangsa kenapa tak blh terima jer. aku pun tak suka ustaz ni, tp aku fikir pasal agama aku dulu dan bangsa aku yang cantik kalau betul2 ikut hukum agama. Orang Brunei pun blh redha dgn Sultan dia yang laksana hudud hampa lagi ralat sgt RM tak dpt masuk. terpeliharanya Brunei skrg, aman. Kesian, kalau korang boleh fhm erti merdeka dari semua penjajahan ni pasti cantik bangsa melayu kita, silap2 Korea datang tiru Budaya Melayu. Selamat menyambut hari kemerdekaan semua. ayuh sedar bangsa ku!

        0

        0
      • Pop religion: Korean pop says:

        Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

        0

        0
  30. anon says:

    aku minat k-pop and anime, tapi xda la plak nk terpesong akidah aku. aku follow anime dr tahun 2002 and k-pop dr 2008 xda plak aku nk convert pi agama lain. tudung aku labuh je, baju pun x ketat. jgn nk salahkan k-pop kalau iman dlm diri tu xckup kuat. negara asia dikenali sbgai negara konservatif, diaorg xda la seksi sgt. yg msia ni dgn adegan peluk mcm mngalah suami istri yg sah. kalau tgok drama diaorg pun, nk ada adegan peluk pun kat hujung2 episod bila nk tamat da. yg msia ni baru 3-4 episod da peluk bagai da.. klau nak banned, banned habis smua konsert kat msia jgn tuju dkat kpop je

    0

    0
  31. aku says:

    Mgkin btoi, dh p konsert mesti x solat… Ni cr halus org kafir nk sesatkan org islam.. Renung2 kn…

    0

    0
    • Luna says:

      Habis tu org kafir je ke yg buat konsert kt malaysia ni? Org islam takde yg buat konsert? Pastu yg tengok drama melayu peluk2 time2 maghrib tu tak nak complain plk? Dh tentu2 pelakonnye islam jgk. Tu takpe plk? Aduhai. Apa2 pun berbalik pada diri masing2 la weh. Takyah duk salahkan agama lain

      0

      0
  32. Ah Chai @ K-POP says:

    Bodoh piang punya ustaz..mungkin dia datang bulan kot..?

    0

    0
  33. anti kpop says:

    asyik kpop je abg nara, saya tak minat la kpop ni bukan ade faedah pon. abang nara minat kpop sbb tu dia letak kt blog dia ni.

    0

    0
  34. Peliks says:

    Satu soalan aku; ustaz ni ada attend mana-mana konsert kpop tak? Kalau tak, mana dia tahu artis kpop tu recite Bible dan ajak fan ke church? Ada beribu fancams on youtube/internet, prove us ONE video from ANY show yg mana artis kpop recite Bible dan ajak ke church. Just ONE.

    0

    0
    • Pop religion: Korean pop says:

      Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

      0

      0
  35. ada aku kesah says:

    ehek. bkn nak memperlekehkan ustaz ni. nak nasihat tu betoi dah.
    tp biau le betoi sikit lg. sy minat kpop dari 2009 lg ustaz.
    smpi skrg Alhamdulillah masih Islam, solat dan puasa mcm biasa.
    agak2 le nak bg point pun. bkn nak bangga sgt dgn kpop.
    pnh je pi konsert depa. pi korea. depa okay je takde nak hasut2 bagai.
    secara kasar atau halus sekalipun, NO ~
    evangelis tu pun sy taktau, pebende tu ?? huhu sori dok tau ~~

    0

    0
  36. Pop religion: Korean pop says:

    Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

    1. Tajuknya sendiri telah menyebut bahawa industri K-Pop itu telah merancakkan kerja-kerja dakyah Kristian. Dan diulang lagi dalam artikel tersebut … “The popularity of K-pop has boosted South Korea’s economy and tourism. More surprisingly, it has boosted Christian mission work.”

    2. Disebut lagi … “Fans may be responding to the catchy tune, or the dancing—in the video nine pairs of incredibly long legs sweep in sultry ripples, then perk into a foot-stomping dance—but at least part of the popularity comes from the group’s Christian image“. Imej Kristian kumpulan K-Pop itu membantu mereka menjadi popular.

    3. Mereka tidak sorok-sorok pegangan Kristian mereka ada yang berama “publicly declare themselves “devout Christians.” Dan di antara mereka mengaku bahawa mereka “always prays before a performance …dan … quotes Bible verses to her fans.”

    4. Majalah tersebut juga memetik seorang aktivis evangelis kampus bahawa beliau “thinks God is allowing the K-pop boom for the sake of a global Christian revival.”

    5. Artikel tersebut juga memetik seorang wartawan dari China menceritakan tentang pengaruh industri hiburan dari Korean ini sambil menyebut bahawa “Hallyu has ties to Christianity“. Hallyu adalah istilah yang mula diguna di China terhadap industri musik pop dari Korea ini dengan mengambil dari perkataan Hollywood.

    6. Seorang professor sosiologi dari sebuah universiti Kristian di Amerika berkata bahawa “many South Korean missionaries say Hallyu has made Christianity—viewed as part of the Korean culture—more culturally digestible and appealing to the public.”

    7. Seterusnya artikel tersebut menyebut tentang semakin banyak gereja Kristian di Korea Selatan menggunakan K-Pop sebagai alat pendakyahan – “Perhaps that’s why many churches embrace K-pop … “

    8. Seorang peminat K-Pop dipetik berkata “I wouldn’t be surprised if some [fans] come to church just for celebrity sightings. These fans, they love K-pop bands like a religion.” Apakah kerana ketaksuban peminat K-Pop ini tidak mempeduli semuanya semata-mata untuk bersama dengan selebriti K-Pop ini? Apakah ini gambaran yang cuba diberikan tentang apa yang telah berlaku di KL Live Centre di mana anak gadis Melayu sudah hilang perasaan malu untuk berpeluk di atas pentas?

    Dalam satu persembahan di Singapura, Choi Siwon dari kumpulan Super Junior mengajak peminat untuk turut serta mengikutnya ke gereja keesokkannya. Dan Siwon menyertai majlis di gereja Baptis pada keesokkannya. CBN Asia pernah melaporkan bahawa Siwon “regularly updates his fans on his discipleship activities, tweets Bible verses and prayers” dan “share his faith, choosing to sing Casting Crowns’ “Who Am I” for his solo stage, and sharing the gospel during the song’s bridge.”

    Nota: CBN adalah Christian Broadcasting Network yang diasaskan oleh Pat Robertson dan CBN Asia berpusat di Manila. Dua sumber yang saya petik kali ini (World dan CBN) adalah dari media pelampau evangelis Kristian. Bukan dari pihak musuh Kristian. Dalam siri-siri pendedahan agenda jahat Kristianisasi di blog saya, hampir keseluruhannya bersumberkan dari rujukan/tulisan/bahan yang diterbitkan oleh pelampau evengelis Kristian sendiri.

    Baca juga tulisan susulan yang berkaitan:

    Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?

    0

    0
  37. Pop religion: Korean pop says:

    Majalah “WORLD”, dalam keluaran bertarikh 20 Oktober 2012, Jilid 27, Bil. 21 dengan laporan bertajuk “Pop religion: Korean pop industry boom may boost Christian mission work but it’s harming its young stars,” dengan jelas bercakap tentang peranan yang dimainkan oleh K-Pop dan budayanya dalam mempromosikan Kristian.

    1. Tajuknya sendiri telah menyebut bahawa industri K-Pop itu telah merancakkan kerja-kerja dakyah Kristian. Dan diulang lagi dalam artikel tersebut … “The popularity of K-pop has boosted South Korea’s economy and tourism. More surprisingly, it has boosted Christian mission work.”

    2. Disebut lagi … “Fans may be responding to the catchy tune, or the dancing—in the video nine pairs of incredibly long legs sweep in sultry ripples, then perk into a foot-stomping dance—but at least part of the popularity comes from the group’s Christian image“. Imej Kristian kumpulan K-Pop itu membantu mereka menjadi popular.

    3. Mereka tidak sorok-sorok pegangan Kristian mereka ada yang berama “publicly declare themselves “devout Christians.” Dan di antara mereka mengaku bahawa mereka “always prays before a performance …dan … quotes Bible verses to her fans.”

    4. Majalah tersebut juga memetik seorang aktivis evangelis kampus bahawa beliau “thinks God is allowing the K-pop boom for the sake of a global Christian revival.”

    5. Artikel tersebut juga memetik seorang wartawan dari China menceritakan tentang pengaruh industri hiburan dari Korean ini sambil menyebut bahawa “Hallyu has ties to Christianity“. Hallyu adalah istilah yang mula diguna di China terhadap industri musik pop dari Korea ini dengan mengambil dari perkataan Hollywood.

    6. Seorang professor sosiologi dari sebuah universiti Kristian di Amerika berkata bahawa “many South Korean missionaries say Hallyu has made Christianity—viewed as part of the Korean culture—more culturally digestible and appealing to the public.”

    7. Seterusnya artikel tersebut menyebut tentang semakin banyak gereja Kristian di Korea Selatan menggunakan K-Pop sebagai alat pendakyahan – “Perhaps that’s why many churches embrace K-pop … “

    8. Seorang peminat K-Pop dipetik berkata “I wouldn’t be surprised if some [fans] come to church just for celebrity sightings. These fans, they love K-pop bands like a religion.” Apakah kerana ketaksuban peminat K-Pop ini tidak mempeduli semuanya semata-mata untuk bersama dengan selebriti K-Pop ini? Apakah ini gambaran yang cuba diberikan tentang apa yang telah berlaku di KL Live Centre di mana anak gadis Melayu sudah hilang perasaan malu untuk berpeluk di atas pentas?

    Dalam satu persembahan di Singapura, Choi Siwon dari kumpulan Super Junior mengajak peminat untuk turut serta mengikutnya ke gereja keesokkannya. Dan Siwon menyertai majlis di gereja Baptis pada keesokkannya. CBN Asia pernah melaporkan bahawa Siwon “regularly updates his fans on his discipleship activities, tweets Bible verses and prayers” dan “share his faith, choosing to sing Casting Crowns’ “Who Am I” for his solo stage, and sharing the gospel during the song’s bridge.”

    Nota: CBN adalah Christian Broadcasting Network yang diasaskan oleh Pat Robertson dan CBN Asia berpusat di Manila. Dua sumber yang saya petik kali ini (World dan CBN) adalah dari media pelampau evangelis Kristian. Bukan dari pihak musuh Kristian. Dalam siri-siri pendedahan agenda jahat Kristianisasi di blog saya, hampir keseluruhannya bersumberkan dari rujukan/tulisan/bahan yang diterbitkan oleh pelampau evengelis Kristian sendiri.

    Baca juga tulisan susulan yang berkaitan:

    Lagi-lagi K-Pop … Apakah Semua Hendak Dikaitkan Dengan Evangelisme Kristian?

    -kopipes-

    0

    0
    • Nara sangat la says:

      TQ @Pop religion: Korean pop for sharing your post here. Aku mohon terbuka minda2 orang islam kat sini terutama yang berbangsa Melayu, sbb aku Melayu, aku nak perjuang kan bangsa aku, sama macam Cina depa pejuang bangsa diaorang sejak zaman komunis dtg jajah Malaya lagi.

      Jelas dakyah agama krisitian. K-Pop adalah medium utama sekarang. Meraka terap kan nilai agama kristian secara “halus”.

      Puas hati Nara? Kesian mesti Nara ingat dah pandai sgt sbb belajar sampai ke Korea. tapi gaya tulisan lebih teruk dari budak tadika. Nara, kalau nak tulis tu lain kali pikir pjg sikit, buat kajian sikit jgn sampai bagi bangsa hang sendiri keliru dan orang luar kutuk agama dan bangsa kau. atau Nara ingat dia orang Korea kot. Nara, muka buruk takpe, pakai lah apa pun yang cantik tapi muka tetap buruk takpe, tapi peraangai kalau buruk susah Nara wei.

      0

      0
      • Pop religion: Korean pop says:

        Artikel asal tajuk

        Kepopularan K-Pop Telah Merancakkan Kerja Dakyah Kristian oleh sauda A.karim Omar
        akarimomar.wordpress

        search fb karim omar follow fb A.Karim Omar
        utk bukti bukti kukuh dakyah kristian
        Beliau update byk maklumat2 berguna untuk2 pejuang agama ,bangsa & negara.

        Sy kopipes je artikel. Terima kasih.

        0

        0
  38. Bunga says:

    Astagfirullahalazim….saya tk sangka ramai org islam sendri membodohkan ulama…hnya sebab hiburan sanggup menidakkan kata2 ulama….kita berada betu2 dekat dgn hari kiamat..

    0

    0
    • kpop plastic pop says:

      budak lahir tahun 90’an mmg br nak up dgn hiburan padahal artis2 kpop ni klon jer dr omputhe..baik dr lagu & plastic surgery ..bila oda rumours ckp ada plastic surgery budak2 bangang ni dok kaver kt x der..padalah bersepah bukti drg sndiri kat luar artis ni ada surgery..

      pelik betol aku minat mcm org bodoh jer.pastu membodohkan org …bayangkan artis kpop yg dorg minat tu sendiri drg x buat research apatah lg nak phm agenda2 lain kat msia ni ..

      pemimpin dahlah corrupt budak bodoh membodohkan org bijak pandai …mmg tunggu jahanam jer yg msia ni

      0

      0
  39. jung ah says:

    bodoh gila ustad ni kpop ni muzik je kot. kecoh.

    p/s: try tengok drama healer sumpah best.

    0

    0
    • kpop plaslic pop says:

      contoh didikan nara ajak bergosip satu hal maki hamun org satu hal tmbah2 org tu org alim..tanggunglah besok nara…lembap melody pon x ajak org maki hamun org2 agama

      0

      0
  40. cecilia says:

    HAHAHA .. meleis … sebab tgok salib, bulih murtad .. sebab kpop, bulih murtad ..HAHAHA ..kmurg buat lawak jenaka kaitu … iman kmurang senipis kulit bawang ….kasian ba … doiii, p bljr balik …

    0

    0
  41. I AM CHRISTIAN says:

    Kristian tak pernah memaksa seseorang itu untuk masuk kristian.. sama juga macam Islam tak pernah memaksa seseorang itu untuk masuk islam.. dan juga sama bagi agama2 yang lain.. jadi janganlah nak menunding jari sesama sendiri sebab semua sama.. kalau ada pun ada sesetengah orang Islam yang murtad, itu kehendak mereka sendiri, mungkin ada alasan tersendiri.. sama juga kalau kristian yang nak masuk Islam, mungkin ada alasan tersendiri.. tolonglah jangan memandang kami sebagai musuh.. pandanglah kami sebagai sahabat seperti mana kami pandang kamu sebagai sahabat.. saya tak rasa agama kamu diajar untuk membenci agama lain bukan? berhentilah.. berdamailah kita.. :)

    0

    0
    • XSukaKPop says:

      Merekakan diajar untuk menuduh agama lain kalau rasa tergugat….Contoh cicak pun mereka salahkan…- baca sejarah Islam kenapa perlu bunuh cicak…

      0

      0
  42. ANTI ISMA says:

    ISMA ni dh mcm ISIS je aku tgk.. pandangan radikal and orthodox semacam jer.. so irrelevant. pui!

    0

    0