Iqbal Bukan Lagi Pembantu Peribadi Saya – Datuk Seri Vida

Hiburan

Iqbal Bukan Lagi Pembantu Peribadi Saya – Datuk Seri Vida

Gosip percintaan yang melanda Datuk Seri Vida bersama pembantu peribadinya yang kacak dan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli nampaknya sudah berakhir apabila Vida memberitahu sudah menukarkan jawatan Iqbal.

Advertisement

Keputusan itu dibuat agar tiada lagi spekulasi liar mengenai hubungan mereka terus diperkatakan dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang usahawan kosmetik terkenal.

Saya buat keputusan Iqbal tidak lagi menjaga media sosial dan sekarang dia ditugaskan di bahagian pemasaran supaya cerita tidak manis ini tidak lagi berterusan. Kalau dalam bahagian media sosial, dia perlu bersama dengan saya selalu. Jadi hal ini akan berpanjangan walaupun saya sudah beritahu hubungan saya dan dia hanyalah antara majikan dengan pekerja.

Iqbal juga memberitahu beliau akur dengan segala keputusan yang dibuat oleh majikannya itu demi kebaikan semua pihak.

Saya ditukarkan ke Jabatan Pemasaran untuk menyelamatkan dan meredakan keadaan termasuk ingin menjaga hati keluarga. Iqbal ikut saja apa yang terbaik… Vida percaya Iqbal boleh kuasai semua ini (bidang pemasaran) , jadi saya ikutkan saja.

Biasalah kalau ada netizen yang mencetuskan spekulasi bila lihat seseorang itu rapat dan mesra lebih-lebih lagi Datuk Seri Vida yang memang terkenal bukan? Apa-apa pun, dengan keputusan ini memang terbukti mereka tidak mempunyai sebarang hubungan percintaan dan meredakan segala kontroversi hangat sebelum ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...