Written by Bella | August 29th, 2015

Kisah percintaan Intan Ladyana dan Kamal Adli masih lagi terkesan di hati peminat industri hiburan tanah air. Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, nama mereka masih lagi dikaitkan dengan pelbagai macam cerita.

Tidak mahu lagi terus dibayangi ataupun dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu, Intan Ladyana telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi kisah cinta beliau kepada umum.

Jelas Intan, sejak mereka berpisah beliau tidak pernah menghubungi Kamal dan kini tidak mahu lagi ambil tahu jika aktor tersebut sudah bertemu pengganti. Pada masa yang sama, beliau berharap orang ramai tidak lagi bertanya dengan beliau tentang sebarang perkembangan terkini Kamal .

Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Selepas berpisah, saya tidak berhubung lagi dengannya. Saya juga tidak mahu ambil tahu sama ada dia sudah ada pengganti atau tidak kerana ia bukan urusan saya lagi. Saya berharap orang juga tidak bertanya saya mengenai perkembangan dirinya lagi.

Saya mohon maaf tidak dapat berkongsi kisah cerita peribadi mahu pun kisah cinta lagi. Memang dulu, saya sangat terbuka berkongsi kisah cinta dengan pihak media dan peminat tapi kini tidak lagi. Banyak yang saya belajar dari pengalaman putus cinta sebelum ini.

Untuk apa nak kaitkan mereka lagi, sekarang Kamal Adli pun sudah menemui kebahagiaan beliau sendiri bersama orang lain, jadi berilah ruang untuk Intan Ladyana mencari ketenangan dan doakan beliau bertemu dengan jejaka yang betul-betul sesuai buat dirinya. Memang susah nak hakis perasaan sayang buat seseorang yang kita cintai bertahun lamanya, tetapi kita harus move on .

Sumber Berita: Harian Metro

6 responses to Intan Ladyana Tidak Mahu Lagi Kongsi Kisah Cinta Kepada Umum

  1. gud job says:

    Makin cantek … sweet senyummmm .
    Baguslah sorok tp jgn nanti klu pisah … jgn ikut meroyan mcm TS sampai gi club mabuk2.

    0

    0
    • Shila Oh La La says:

      Who is she ?

      0

      0
    • Tijah says:

      That’s the right thing to do. Dlm industry hiburan mmg susah kalau terlalu expose psl love life. Ambik cth zizan & emma, tasha & han, n a few more. Bgtau satu dunia tpi last2 tak jadi mmg buat malu.. Ikut la jejak fahrin ahmad & ramona zamzam, bercinta diam2 bila nak kawin baru heboh. Play safe!

      0

      0
  2. Neng Dayang says:

    Bagus.

    0

    0
  3. ila says:

    comel..

    0

    0
  4. zaza says:

    respek sbb intan ni jenis wanita hati keras. sebb dh pujuk byk kali pon satu pon xbagi kesan.
    kalaw pompuan2 lain kt luar sana kene pujuk skjap dh cair balik. lagi2 yg dpt bf kaki pukul perempuan.
    apatah lagi kene pujuk dgn kamal adli. heh.

    0

    0