Written by Bella | November 7th, 2016

Lama juga kita tidak mendengar sebarang perkembangan terbaru mengenai aktres, Intan Ladyana. Meskipun jarang muncul di kaca tv, kisah cinta Intan masih lagi hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan Intan sedang hangat bercinta dengan kerabat diraja. Eh, kerabat diraja mana pula ni?

Walaubagaimanapun, Intan menerusi portal Utusan Online menafikan gosip berkenaan. Malah, Intan juga buat masa ini enggan mendedahkan lagi siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya sekarang.

Minta maaf. Saya tidak bercinta dengan mana-mana kerabat diraja dan perkara tersebut tidak benar sama sekali.Kalau boleh saya memang tak mahu mendedahkan dengan siapa saya berkawan sekarang.

Cukuplah dahulu (kisah cinta lama) diketahui umum dan perkara tersebut benar-benar memberikan pengajaran buat saya secara peribadi.

Sekarang biarlah saya sendiri sahaja yang mengetahuinya dan bila tiba masanya nanti pasti saya akan kongsikan. Rasanya itu yang terbaik daripada terus bercerita perkara yang tak perlu.

Intan lebih selesa berahsia dan menunggu masa yang sesuai sahaja. Tambahnya, soal jodoh bukan satu hal yang remeh dan beliau sendiri sudah mempelajari beberapa pengajaran berguna selepas beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini dan enggan mengulanginya lagi.

Sumber Berita : Utusan Online

4 responses to Intan Ladyana Nafi Bercinta Dengan Kerabat Diraja

  1. sakit mata says:

    attention seeker…

    4

    3
  2. One Loop says:

    Aku memang minat dia. Cantik, ayu, very pretty. Walaupun dah tak sefemes dulu, tapi xlah melenting tak tentu fasal. Ok bye…

    5

    1
  3. joshua says:

    Ada jugak ke kerabat nak mcm muka dia ni. Bkn lawa pun, mcm amoi je…Anyway, kenapalah semua nak kat kerabat. Bkn semua kerabat kaya or baik…

    0

    3