Written by AbangNara | April 29th, 2014

Laman sosial sekiranya tidak dikawal dengan rapi sememangnya boleh menjadi punca pergaduhan antara suami isteri. Itu yang Abang Nara jarang update status di Facebook, Twitter atau berkongsi gambar di Instagram. Kalau kongsi gambar pun, sekadar gambar anak sahaja. Kalau tak kena cara dan terpengaruh dengan komen para pengikut di akaun sosial, memang boleh berperang laki bini. Agaknya itulah yang terjadi sehingga berlaku penceraian antara Fiza dan Adam.

fiza dan adam

Oleh kerana Fiza dan Adam tidak memuat naik gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing, para pengikut mereka di situ mula mempersoalkan mengenai kebahagiaan rumah tangga mereka. Akibatnya, Fiza dan Adam bergaduh kerana perkara tersebut. Kata Fiza kepada Mstar Online:-

Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan. Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah. Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami

Walaupun ada desas-desus kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Fiza menafikan perkara tersebut. Tambah Fiza lagi:-

Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN. Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera

fiza dan adam

Sesungguhnya perbincangan dari hati ke hati harus dilakukan sekiranya berlaku pergaduhan antara suami isteri. Elakkan meluah perasaan di akaun media sosial. Buat apa berkahwin kalau tak boleh bincang masalah. Bila kita luahkan di akaun media sosial, para pengikut “bakar line” dan buat kita ragu-ragu dengan pasangan masing-masing. Media sosial boleh digunakan, namun haruslah berpada-pada. Jangan sampai dalam “real life” tiada komunikasi. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: VW Jetta CKD dilancarkan pada harga RM130,888

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

72 responses to Instagram Antara Punca Penceraian Fiza & Adam

  1. Anonymous says:

    first time dengar ini semua salah instagram.
    Selalu jawapan cliche ‘tiada jodoh’
    Hikhik.

    0

    0
  2. cantikmanis says:

    semoga ALLAH memberi petunjuk kepada kamu berdua. usia perkahwinan yang baru setahun jagung. ingat lg masa tu otw pergi kerja, dgr temubual fiza n adam dlm radio hotfm. sweet sgt masa tu, ingt lg adam ckp, bila dia kenalkan fiza pd family, semua berebut2 nak menantukan fiza. Allah lebih mengetahui.

    0

    0
  3. Why bother says:

    Ape ntah minah ni merepek
    Aku prasan dari awal orang duk gosip pasal rumah tangga diorang fiza ni banyak sungguh buat statement. Skarang die kata salah instagram pulak. Senang cerita fiza ni macam huru hara kecelaruan identiti pon ade. Ape2pun aku doakan yg terbaik utk diorang. Lepas ni jgn duk buka aib bekas suami pulak. Lebih baik diam. Tengok lah adam, die banyak diam so org susah nak judge die.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    dahtu xkn la sbb komen2 tu korg xleh nk manage masalah korg.
    komen2 org ni mmg xleh nk bendung. korg kne la kuat..mmg la ckp tu senang. mmg tu adalah ujian, dugaan dlm perkahwinan. next time kalo jd cmtu lg, senang la cerai je..

    0

    0
  5. nail clipper says:

    model tudung zaharahhh…ko mmg owner ek???gmbr ko sendiri kat sebelah ni kan??? ni aku nk bagitau…boleh tak ko keluarkn bajet skit utk tukar model org lain???carik ler yg muka lembut ke…ko phm x?? sekian timer kaseyyyyy!!!!!!!!!!

    0

    0
    • tudung zaharah yang seram says:

      aku setuju.. tukar model tu.. seram nengoknya.. tudung cantik..tp bila tengok model yang pakai.. uiiiikk tak jadi nak tengok. serammmm… baik amik kak limah..

      0

      0
  6. fishball says:

    haiyoh! irritatingnya! jangan kisahkan apa orang cakap lah -___-

    0

    0
  7. Anonymous says:

    salah laman sosial plak..yg penting hati laki bini, persetankan cakap2 org kt laman sosial tuh..jgn la salahkn itu salahkan ini bila kesusahan menimpa..klu dah tutup semua insta FB semua tuh, nak salahkn sapa lg?

    0

    0
  8. rhejfndsmfnd says:

    apesal korang sebokkan model tudung zaharah?mesti korang jeles sbb korang tak cun kan

    0

    0
    • lemau says:

      mesti ko model tudung ni kan.. tak pun ko ni sedara mara.. kawan2 kenalan atuk nenek model ni.. helowwww… bukan dengki hokey… masalahnya mmg hodoh, dgn makeup tu buat model tu mcm antu …seram lemau melihatnya.. then i tak teruja nak beli.. tudung cantik tp spoil dgn model tu.. ganazzzzz.. baik dia jd model sukan rugby..

      0

      0
  9. mimi says:

    suami isteri kena kurangkan upload status ke apa ke dekat instagram atau laman sosial, bila orang lain judge baru nak bising dan blame orang, sedangkan jari jemari sendiri juga tekan button upload T_T

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Jgn nk salahkan instagram dan org lain…jika anda sendiri tdk hebohkan cerita disebalik kain anda tiada org yg tahu fiza…baru Kawin berapa hari saja…anda mula Ltk status yg menunjukkan anda Ada masalah dgn Adam …selepas tu berkali2 juga anda update status yg menampakan hubungan anda berdua bermasalah ..bla anda dh Ltk status yg pelik2 Dlm instagram or mana media sosial pasti byk org yg baca dan mula bg komen…semua Bermula dr anda…Adam Diam je selama ni…lg 1 jika hubungan Suami isteri mmg Utuh …tak Ada apapun yg blh musnahkan hubungan itu…apatah lg just a comments from pengguna instagram…nmpk sgt anda yg bermasalah fiza…

    0

    0
  11. Dyieba says:

    Fiza perlu diamkan diri. Adam diam, maka fiza baik berdiam. Kalau rasa instagram tu penyebab pergaduhan, delete account. Kalau sebab facebook, delete account. don’t have to use it.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Patutnya dia delete IG, baru x cerai kot?org kalau cinta sepenuh hati.. x kiralah apa masalah dtg dr IG ke, Org ke..sure x jd apa..yalah dah xde jodoh, apa nak buat..redha je la, apa2 pun keputusan sendiri..bukan org lain yg buat.

      0

      0
  12. Amina says:

    What??? Instagram punca perceraian? Its either you are stupid Fiza, or you think everybody else is stupid! What kind of excuse is this? Thousands of other artistes (more famous than u ok) also get hate comments on their Instagram, same as your case but they didnt divorce right? I dont know what happened in ur marriage, but u seem like a person who just want to take the easy way out and not work at your marriage, means basically turn a blind eye on what other’s say. What is wrong with you?? Not even married a year..in your second marriage and u give up again? Then you 3rd marriage end up in divorce and u will say Facebook punca perceraian. Come on this religion always say bila nak kahwin ‘Dah jodoh’ then want to divorce ‘Takde jodoh’ what the hell? That’s why there is a word called ‘perseverance’. Please check in dictionary the meaning for this word. U didnt even go for counselling I think..so easy to marry and divorce just like that. Hopeless case u people! Marriage is not a bloody game ok!!

    0

    0
  13. kita says:

    aku nak cakap bodoh..kang kata anak-anak die baca plak nti. cakap padan muke..kang org kata tak baik. abes..dari mula kau dok la canang masalah melalui instagram. kau wt caption sedih itu ini.minta org fhm. skrg salahkn instagram plak? aritu kata sbab adam keterlaluan islamic sgt smpai jln pgg tgn pn xnk. abes cane?

    mana pic model tudung tu?nak gak tgk

    0

    0
  14. barrack obama says:

    Oh my goat!

    0

    0
  15. DEENA says:

    kenapa pulak nak salahkan instagram wahai fiza???
    mmg la, laman sosial seperti fb pyebab kepada penceraian kerana blakunya kecurangan, namun dalam rumah tangga ni, saya lihat anda tidak belaku curang tetapi anda banyak mempamerkan ayat2 kesedihan anda.
    rasanya instagram tdak ada kena mengena dgn penceraian anda.
    kalau diri sendiri yang tak buat, maka ia tidak akan terjadi.
    Sebaiknya hal rumah tgga or kesdihan jgn terlalu pamerkan. tnjuk ja happy. so, insha allah automative badan kita akan menjadi positive. :)

    0

    0
  16. Bukan orang alim says:

    Takde alasan lain ke Fiza oi?ko canang kat instagram nslh rumatangga engko lepas tu salahkan instagram la pulak.Ko da pernah kawen patutnye ko ambil ikhtibar dr kegagalan rumatangga ko yg berkecai dulu,takkan gara2 instagram senang2 je ko nak cerai.Nonsense!!!

    0

    0
  17. yattie yatt says:

    Asuhai.. matang lah sket weit.. senangnya nk cerai berai.. aduhai dunia…

    0

    0
  18. Anonymous says:

    tu la asyik melayari internet jer kerja yer.pegi la memasak ke,membasuh kain ke,mengemas rumah ke.kan banyak lagi kerja rumah yang boleh dibuat.tak pun pegi mengangkut air adam nak mandi ada pakedah yer.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Mereka ni artis. Penyanyi. Instagram tu dah jadi asam garam kehidupan mereka. Tak logik jika nak persalahkan instagram kerana perceraian mereka. Apa tujuan mereka berkahwin sebenarnya? Ada gambar ke tak de gambar ke …apa kaitannya dengan ikatan perkahwinan. Tak kan mereka berdua ni tak tau kehidupan artis dengan peminat. Bukannya peminat yang melayari kehidupan berumahtangga Fiza dan Adam. Sepatutnya fokus macam mana nak eratkan hubungan suami isteri bukan nya macammana nak menambahkan gambar dalam instagram. Jangan kerana salahkan nyamuk, habis kelabu di bakar. Jangan kerana bergaduh suami isteri habis instagram dan peminat dipersalahkan.

    0

    0
  20. Suzi says:

    Mereka ni artis. Penyanyi. Instagram tu dah jadi asam garam kehidupan mereka. Tak logik jika nak persalahkan instagram kerana perceraian mereka. Apa tujuan mereka berkahwin sebenarnya? Ada gambar ke tak de gambar ke …apa kaitannya dengan ikatan perkahwinan. Tak kan mereka berdua ni tak tau kehidupan artis dengan peminat. Bukannya peminat yang melayari kehidupan berumahtangga Fiza dan Adam. Sepatutnya fokus macam mana nak eratkan hubungan suami isteri bukan nya macammana nak menambahkan gambar dalam instagram. Jangan kerana salahkan nyamuk, habis kelabu di bakar. Jangan kerana bergaduh suami isteri habis instagram dan peminat dipersalahkan.

    0

    0
  21. Piah says:

    Apa kena mengena gan Abg nara dalam topik ni yop !!!

    Kalau abg nara post pun kita tak heran la abg nara oi !!!!!

    0

    0
  22. minah jambu merah biru says:

    MENGAROT !

    0

    0
  23. Eyanti says:

    orang PKR kat SELANGOR tu mesti tak marah kat parti diaorang kan walau pun dicatu bekalan air. KHALID IBRAHIM sedap je berenang kat kolan renang depan rumah dia tapi hang orang lain dok pegi jinjing baldi turun naik flat. padan muke korang, nak sangat kan?

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      helo ! kenape politik politik pulak kt blog ni ! dh dorang suka ngan Khalid Ibrahim biar laaaaa yg kau sakit hati kn sangat tu kenape ?????? rumah kau tkde air ke ? cian Nye kauuuuuuuuuuuuu…

      0

      0
  24. elle says:

    Haha lwk org yg komen… Tiba2 kaitkn politik.. Nmpk sgt tmkan ngn taktik pondan media… Heboh2 psl air kt slngor…kaitan- pkr x pndai urus ngri…. Fyi, daerah asal usul najib tu sndri, ada kwsn yg x dpt air btaun2…blum lg listkn kwsn2 lain kt phg. Blum lg msuk sbh srwk… Apa mknanya tu?????????? Jgn pndg brt sblh.. Jgn tksub sgt ngn certain pihak… Parti yg ko sokong smua betul. Pd parti lain trus mnyalak x kira betul o x.. Ak x undi mana2 n x bekap mana2. Ak cuma nk org kita mnilai dgn bijak n telus… Betul2 concern kbjikan rkyt? Then listkn setiap ceruk ngra yg alami mslh air tnpa kira area under sape2… Hebohkn smuanya… X adil amik berat psl slngor je kn… N nk buat kbjikn jgn tggu ada media je… Klau bn mmpu buat stelus itu, ak undi bn. Pkr x perfect, pdnlah dgn usia mentahnya… Bn 50 thun lebih, bkali2 ganda byk cacat celanya… X pdn dgn usianya yg spttnya mkin lama makin bagus… cairkn otak tu dulu. Jgn biarkn keras smpai x mampu judge smthing dgn adil n munasabah

    0

    0
    • pening says:

      tula pasal….aku rase negeri bn byk je yg susah byk je yg xde air…tp bile slangor jadi asal kecoh 1 dunie….dah memang xde air….kurang hujan….klu hujan pn kne la rawat air tu dulu…sabar la sket…aku dok slangor gk…kne catu die siap bg jadual…ikot je la jadual tu…ko rase klu air banyak die xnk bg ke…dah bertahun aku x baya 1 sen pn bil air…sume free…skali susah tahan la sket…minyak naik hrge barang naik korg x bising lak…

      0

      0
      • Anonymous says:

        PR perintah, 1 Selangor air kena catu..sebelum ni mana ada negeri,yg 1 negeri air kena catu..kalau dah x perfect yg ni, x pyhlah nak ckp bagus sgt..sibuk air free yg x brp sgt tu, ko duduk sorg dua dlm rumah bolehlah..yg family ramai ko ingat boleh dpt air free jgk ke?apa kata ko yg dpt air free tu je susah sikit sekrg, boleh?!

        0

        0
  25. cik tipah says:

    pray for their best and hope they are happy after this….xoxo

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Dr khairul gan adriana .. Tu la couple paling cun 8

    0

    0
  27. what so ever says:

    bile masa plok ayah die buat operation kat ijn. huhu xkan malu nk ckap buat kat hospital serdang je kot.. penipunye..

    0

    0
  28. what so ever says:

    bile masa plok ayah die buat operation kat ijn. nampak sgt penipunye.. buat kat hospital serdang je po . xkn malu nk bgtau .. buat kat hospital kerajaan

    0

    0
  29. mamat melayu says:

    instagram.. twitter… Fakebook…. tempat2 d mana *duda*2 dan buaya darat bapak org menyamar mencari mangsa!! Friends =semua ppuan… tepak gambar yg blur jauh *hansem* konon….* belum ada yg punya lagi*……..HAHAHAHA.

    0

    0
  30. jane says:

    ala fiza ne yg prangai mcm sial .. kotoh !! ko yg tdk mau p kg adam kan ? bila dpt tau kg adam cmna, terus ko jijik mo dtg .. puiii … p mampus cpt2 betina sial ! !

    0

    0
  31. intan nur azzura mohammad says:

    akak plak selalu gaduh ngan laki akak pasal candy crush & Farm Heroes Saga.tp bahagia sampai skang

    0

    0
  32. ayunabila says:

    sebenarnya Adam tak kerja tetap mcm mana nak sara anak bini,nafkah bini wajib nafkah anak pun wajib,saya tahulah bukan salah fiza…nenek dia berjiran dgn saya…cuba kita kawin dgn lelaki tak ada duit apa macam…hari-hari perlukan duit…baru nak belajar hidup Adam tu…asyik ikut cakap mak dia bila nak berdikari…belajar cari duit jgn harapkan mak bapak….

    0

    0
  33. Branden says:

    This site was… how do I say it? Relevant!!

    Finally I’ve found something which helped me.
    Cheers!

    0

    0