Written by AbangNara | November 12th, 2012

Sedar tak sedar sudah 4 tahun rupanya Abang Nara menulis di BeautifulNara ini. Dengan hanya 100 pembaca sehari pada tahun 2008, kini BeautifulNara adalah 10 daripada laman web Malaysia yang paling banyak dilawati.

BEAUTIFULNARA

Pertengahan tahun 2012, Abang Nara mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberikan 100% fokus terhadap BeautifulNara. Senang cerita, Abang Nara kini ialah full time blogger. Nampak macam seronok kerana bekerja sendiri, tetapi hakikatnya agak sukar lebih-lebih kini Abang Nara sudah pun bergelar seorang ayah.

beautifulnara

Kadang-kadang bila nak update blog, si anak tiba-tiba buat muka manja nak berdukung. Bila idea datang, si anak menangis nakkan susu. Wife Abang Nara sekarang ini pula tiada di rumah sebab tengah menjalani kursus kerja selama 3 bulan. Memang kelam kabut dibuatnya.

BEAUTIFULNARA

Ketika si anak sudah tidur, Abang Nara dengan pantasnya akan update berita terkini untuk pembaca BeautifulNara. Abang Nara cuba menulis dengan gaya santai untuk menghiburkan pembaca. Kadang-kadang cuba buat lawak untuk membuatkan anda tergelak. Abang Nara cuba yang terbaik untuk anda semua.

beautifulnara

Kadang-kadang penat juga kerana terpaksa menapis komen-komen melampau yang ditulis oleh pembaca BeautifulNara. Ditambah pula dengan email-email daripada orang tidak dikenali yang berkongsi pendapat tentang industri hiburan negara. Semuanya Abang Nara baca dan kongsikan di BeautifulNara sekiranya bersesuaian.

BEAUTIFULNARA

Selalunya jemputan ke majlis-majlis tertentu pun terpaksa tidak pergi kerana komitmen terhadap keluarga. Bukan sombong, cuma anak masih kecil dan masih perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Diharap tiada yang salah sangka. Mana yang sempat hadir, akan Abang Nara pergi jika keadaan mengizinkan.

BEAUTIFULNARA

Inilah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan Abang Nara sebagai seorang full time blogger. Masih baru dan masih banyak yang kena dipelajari. Abang Nara dah kongsikan cerita ini di www.projectlisten.com.my. Kongsikan cerita anda di sana juga!!!

85 responses to Inilah Cerita Abang Nara

  1. ketot says:

    Terus sukses abang nara…auwww! :)

    4tahun tulis gossip…..
    kan bagus tulis hal2 agama..nasihat dan sebagainye….*cuma pendapat

    0

    0
    • . says:

      ko ni ketot..abg nara tulis gosip pn ko baca gak..kalau nk baca blog agama apa kata ko buka blog agama plk..suka hati abg nara la..dh tentu ni blog dia…

      0

      0
    • Saya Suka Baca Belog says:

      Dah tau blog Beautifulnara blog gosip yang kau baca kenapa?

      0

      0
      • nia says:

        x salah saling mengingatkan sesama muslim…jgn cepat nak hentam orang yg nak bagi nasihat…nak2 pula nasihat tu terang2 ke arah kebaikan..kadang2 bila kita taksub dengan seseorang or sesuatu benda…kite tak nampak keburukannya….kite lagi nampak kebaikannya…kononnye lah kan…..maaf kalau ada yg terasa…buat abang nara…mendedahkan gambar2 artis yang tidak bertudung pun dah dianggap bersubahat..apatah lagi mendedahkan cerita2 yang kadangkala belum tentu kesasihannya….kalau cerita yang baik tak mengapa…tapi cerita2 yang mengaibkan macam mana???katakanlah cerita yang didedahkan itu confirm betul tapi dalam masa yang sama ia mengaibkan artis tersebut…tidakkah hal itu dianggap membuka keaiban orang???hope abg nara lebih peka dgn hal ni…ingat!!! jika kita buka aib orang, tak mustahil orang akan buka aib kita!

        p/s: confirm ada jugak yang akan hentam komen saya ni….mesti akan cakap dah ni blog gosip..suka hati abg naara la nk tulis apa…dh ko baca nape???hurmm….sapa2 yang ada niat nak hentam..fikir dulu ye…kalau bukan kita sesama Islam nak menegur, sapa lagi orang yang sepatutnya?jangan kite senang2 nak hentam orang…konon2 orang yg bagi nasihat belagak alim…padahal masa kite hentam, jauh di sudut hati kita sebenarnya mengiyakan juga apa yang orang tersebut katakan..cuma kita lebih suka menjadi insan yang bodoh sombong yang pantang ditegur…untuk insan2 yang macam ni….sungguh saya simpati dengan anda..sekian;)

        0

        0
    • saya suka gosip says:

      aah ketot..g bace keretamayat..
      msti ko suke..jd x perlu la ko bce gosip lg..

      0

      0
    • Rooney says:

      Motif Nara letak gambar Dang Suria?

      Macam tuju kat saya je………….

      0

      0
      • Kipas Payah Mati Neelofa says:

        motif? sukati dia la nak letak gambar sape pn.. kang kalau letak gambar neelofa mahu meroyan pengomen2 kat sini..

        0

        0
    • Mariana Kariana says:

      ish bongok la kau ni ketot…..kan berlambak blog agama….g la lawat iluvislam tu……x sesuai la blog gosip yg fitnah sna sni nak cmpur aduk dgn agama……abg nara… I LOVE U…..!!!muaxxxxx

      0

      0
    • KAK CHAM KUAT GOSIP & TIDO KAT TADIKA says:

      muka abg nara sebijik cmm muka nara….hahaha

      0

      0
    • Selitone says:

      Salam, Nara…

      Tahniah kerana sudah 4 tahun menulis dengan jayanya…. Semoga akan terus meneraju menjadi blogger hiburan tanahair di Malaysia.

      0

      0
    • Lagu Hatimu Milikku Nyanyian Nera Adalah Juara Sebenar says:

      bukan tak boleh bagi pendapat, tapi macam tak kena pada tempat, waktu dan keadaan je..;)

      0

      0
    • doa says:

      Ketot , meh kat blog aku baca doa dan nasihat agama.

      0

      0
  2. Tak Beautiful Narong says:

    Apesal Abg Nara tak hensem

    0

    0
  3. lembu chumel says:

    bini abg nara dh gemuk…x cun

    0

    0
  4. Sshh says:

    ha..baru la abg nara tahu ye cam ne kalau jaga ank kecil d rumah sambil nk wat kje..

    0

    0
  5. Nana says:

    Oh dah jadi fulltime blogger…dulu Nara ni keje apa ye? Btw tahniah….semoga jd blogger yg terus cemerlang in future….

    0

    0
  6. cd says:

    sumber pendapatan drpada menyebarkan cerita2 gosip (sesetengahnya fitnah) dan menyebarkan gambar2 artis x menutup aurat. sy secara ikhlas berharap abg nara dpt muhasabah balik dan kira balik hasil pendapatan dari blog ini, adakah ianya 100% halal ataupn tidak, kerana hasil pendapatan ini juga diguna utk menyara isteri dan anak

    0

    0
  7. Kepologi says:

    eh..sy ingat abg nara ketot jer..rupa2nya lbih tinggi la dari amy search…apa pn wat abg nara..tahniah la..moga2 menjadi seorg blogger y cemerlang dan trbilang…ha..ha..tpi seronok gak ada BN ni..time aku boring bila kje aku buka BN ni rasa hilang gak boring aku….

    0

    0
  8. teqoren says:

    smoga terus b’jaya abg nara…:),,dlm byk2 blog gosip beautifulnara plg best lain drpd yg lain..plg best part komen,,mcm2 jnis komen yg ada..kdg2 snyum sndiri bca komen2 yg ada…

    0

    0
  9. . says:

    btl la teqoren..kadang2 bila kita boring kita baca komen dia org ni kadang senyum sendiri..mcm2 komen semua ada…

    0

    0
  10. didie @ says:

    JUST IMAGINE BETAPA BANYAK DOSA KO SELAMA 4 TAHUN NI MENYEBARKAN GOSSIP YG JD UMPATAN ORG. CUKUPLAH 4 TAHUN, BERTAUBATLAH

    0

    0
    • Kipas Payah Mati Neelofa says:

      dosa pahala dia biar la tuhan tentukan.. ko tak pyh nak imagine dosa org.. dosa ko sejak lahir tu yg patut ko imagine kan.. sempurna kah ko?

      0

      0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

      Elehhhhhhh bukan bang nara sorang yg bikin blog cangini banyak lagi bloger2 yg lain jugak huh !!!!! semua orang ada dosa dlm donia yg fana ni huh !!!!! kau sorang je ke yg tkde dosa ? kau sorang je yg baik ? jangan nk eksen alim la macm si yatt tu n jangan pemikiran cetek macm si abby ….tuhan maha berkuasa biar tuhan yg menentu kn segele2 nye…

      0

      0
      • sakit mata mengadap ipad 24jam kelabu asap hitam same aje says:

        dah kau tu masuk blog ni..mengata kt org berdosa jugak..menyampah toll

        0

        0
    • Abis brape byk plak dosa kau bace gosip dkat blog nie ??

      0

      0
  11. mims says:

    Tapui blog ni kira tapis la jugak. Abg nara jarang update cerita yg tak tentu sahihnya mcm sesetgh blog yg terang2 tulis gossip yg tak sebut nama. jarang mengutuk orang tak mcm sesetengah pengomen kat sini kutuk gemuk la tak hensem la. Mentaliti oh mentaliti

    0

    0
  12. Prince Noob says:

    tahniah la bro nara… dah jadi blogger hebat sekarang. keep it up

    0

    0
  13. winter light says:

    blog penyebar gosip n fitnah….taubat la nara….

    0

    0
    • Kipas Payah Mati Neelofa says:

      Dah tahu blog ni penyebar gosip dan fitnah ko baca juga kan? Bertaubat la ko sbelum ko taubat kn org..

      0

      0
  14. ... says:

    sanggup berhenti kerja utk jadi full time blogger…berapa bleh dpt sebulan? ada tak dlm puluhan ribu rm?

    0

    0
    • titi says:

      ha’ah, boleh cecah puluhan ribu, paling pon belas2 atau lebih dr gaji dia dulu..duit dtg dr iklan2 yg ada kat blog ni, nak2 blog ni ramai jengok, kalau tak, takkan lah abg nara sanggop behenti keje..

      0

      0
  15. kan2 says:

    tahniah..kerana menang..dan menjadi blog paling dminati..dan paling bnyk mnyebar fitnah dan gosip..teruskan usaha..=)

    0

    0
  16. Courts Mommoth says:

    SIAPA KORANG NI UNTUK JUDGE ABG NARA???
    At least dia buat sesuatu yg dia suka dalam hidup dia… Dari seumur hidup bekerja jadi kuli orang.
    Meleis memang terkenal dengan sifat busuk hati dan dengki.
    Sampaikan ke fizikal dan hal rumah tangga Abg Nara korang keji!
    Ingat diri korang tu bagus sangat ke? Tak malu ke datang ke ‘rumah’ orang tapi tak hormat tuan rumah. Tak suka blog ni sila berambusssss!!!

    0

    0
    • Aisahwayar Rai says:

      Aku setuju dgn ko ‘Courts Mammoth’. Diorang ni dah la masuk rumah org, tapi hina tuan rumah mcm2, kata anak bini tuan rumah. Bukan siapa2 pun kena paksa pun masuk blog ni, aku rasa diri korang sendiri yg rela hati masuk Beautifulnara kan? Memg tak tau malu.

      0

      0
    • Court Badminton says:

      Courts Mommoth ni mesti Abang Nara kan? hik3. Papepon saya tetap nak ucapkan tahniah untuk Abang Nara..hehe..

      0

      0
  17. teh says:

    sentiasa menyokong blogger yang bagus dan berpendirian seperti abg nara..

    0

    0
  18. ~kukukakikukaku~ says:

    kadang2, muhasabah diri tue perlu…yg baik kita kekalkan, yg buruk kita jauhkan….wallahualam.

    0

    0
  19. congrats bang
    jgn kekwat sudey
    muah

    0

    0
  20. roxannacash says:

    Tahniah abg nara, semoga terus maju jaya. Apa kerja segala pun sama memang sukar…menganggur je tak susah tapi susahkan org…haha. Bukan mudah untuk juggle kerja sambil menjaga anak…takpela Insyallah bila dewasa kelak anak AN akan kenang segala kerja keras AN…Yang penting apapun yg dilakukan iklas & sungguh-2, untung anda mendapat kerja yg anda memang suka…apapun tahniah ye ;) Happy 4th yr Blogger, Congrats!

    0

    0
    • aku tak nampak mcm mana org menganggur susahkan org coz skang ni mcm2 keje leh buat duit termasuk bila ko menganggur

      yg susahkan org ialah manusia dengki busuk hati mcm ko tak boleh tgk org senang yelah ko jeles kan sebab ada job mcm jadi anak ikan tak yah buat apa2 tapi income masuk je

      haha mesti ko ni buruk choyy!

      0

      0
      • roxannacash says:

        apa yg awak ckp ni…? menganggur ertinya :-sila bukak kamus ye cik siti…maknanya tak bekerja langsung, takde usaha…abg nara tu bekerja he is a blogger…saya ada kata pandai dia mencari pekerjaan yg digemari…dia sememangnya bukan penganggur…adakah anda ini seorang yg buta huruf? atau minda lembab? someone like you is really wasting technology, do you even know what that means? mengadap komputer untuk jadi lebih pandai bukan sebaliknya…
        sudahla ucapkan abg nara the best, stop this nonsense siti…hai tak kuasa apa sajalah ye…tak kisah la jika awak fikir saya buruk… yg penting saya bukan buruk hati & sangka seperti awak…

        0

        0
    • amboi sedapnye ko ckp aku mcm2 ko ni memang dasar suka buruk sangka dan suka hina org kan kalo aku ni buta huruf takkan aku boleh menaip!!! kalo aku minda lembap takkan reti nak baca gosip pon!! kalo aku buat duit guna blog ke hape jadah dgn teknologi ko tau ke masalahnyee ko memang dasar puaka perasan bagus poyo nak mamposs
      tak kesah ko jantan betino or bapok memang ko dasar jahanam busuk hati bangang sial nak mampossss!!

      ntah2 ko ni penganggur takde sape nak amik keje coz muka buruk perangai mcm puaka haram jadah!! pelacur lorong lagi mulia dari ko sial!!

      anyway congrat nara for yo fruity achievement!!
      kisses to yo baby kim salam mrs nara muahhhh!!

      0

      0
      • roxannacash says:

        saya tak kenal awak…dan saya pun tak tau apa masalah awak ni…awak agaknya perlukan rawatan ni jiwa…ye saya tak bekerja masih belajar lagi…sudah relax k…bawak mengucap nanti hi-blood…ok saya pun salah…awak memang tak buta huruf…cuma kurang fahaman, & kurang dewasa nampaknya…awak menang ok, happy?… btw it’s not all about u it’s about AN & kejayaan beliau…poyo tu burung puyuh ke pe?

        0

        0
  21. saya manja says:

    ptutlh sy terserempak kak nara dlm stesen putra smlm…pkai tshirt n sluar sukn…comel isteri abg nara+tutp aurat..bgus2..tahniah krn dpt isteri yg bek cm kak nara…ingt nk tegur sapa tp rse segn plak…pulak2 smlm sy demam..huhu,duduk dlm tren pn melepek..pe2 pun selamat berbahagia…

    0

    0
  22. Akoo says:

    Pppeelleeez lah tolong jgn berlagak suci nk nasihatkan org kat blog ni…kumpul pahala adalah bonus…..sayang…. Pilihan me lawat blog ini adalah tanggungjawab sendiri… So let’s njoy….

    0

    0
  23. shah ezwan says:

    to abg nara ONLY, the rest x yah nak menyibuk k utk menjawab bg pihak dia.

    abg nara dgn berhenti kerja n fully jd blogger, abg nara rasa duit yg abg dpt tulis blog ni ok ke statusnya? klu ade bisness len okla =) just a piece of tegur menegur as muslim, mgkn as part time hobi xpekot tp as sumber pendapatan .. fikir-fikirkan lah.

    0

    0
    • abg Nara says:

      Tq shah igt kan abg.. abg tahu apa abg buat.. buruk baik abg biar la ia antara abg dan tuhan.. kita kenali buruk baik kita dulu sebelum nk jatuh hukum ke atas org.. :-)

      0

      0
    • watduh says:

      to abg nara ONLY but watduh tut?
      Biarkan dia, dia tau apa yg dilakukan…r u gonna help feed his family…dlm zaman modern ni smua buat pun salah beb…klau kau muslim yg alim sangat kau baca blog-2 ni dah kira salah…fikir-fikirkan lah…cam real je.

      0

      0
    • amir maharajalawak says:

      Hellooo… Orang bagi pendapat, siapa pula menjawab untuk abang nara. Kalau tak, tak perlu la ruangan komen kat sini!
      Yg kau nak pertikai status income orang tu ngape… Ko duduk saje2 kat office lepas tu guna kemudahan majikan ko suft BN tu bukan haram ke?
      Bodoh, kesian kat ko. Lain kali beli cermin 10 x 10 kaki cermin diri, muhasabah banyak2!!

      0

      0
  24. mel0 says:

    BN kena sabar bnyk ye..
    Pedulikn mereka yg x senang bkny mereka yg bg BN skluarga makan pun

    0

    0
  25. kagum dgn ko nara. for whatever reason, beribu org wat blog, tp blog ko ttp top.. mungkin cara penyampaian yg bersahaja dan layout yg sejuk mata memandang, pedulikan haters, its their job to hate.. let them b…

    0

    0
  26. rika says:

    Salam.. Bg sy blog BN ni cara penyampaian tulisannya lebih berhemah
    Jika nk dibandingkn dgn blog-blog lain. Bg sy Abg Nara mst dh pikir baik buruk
    Klu nk update blog dia. Mst dia dh tahu ape nk buat ape patt tulis agr x menyingg mn2 pihak. Kenape kt mst sll mcr kesalhn org?? Mmg sbgi muslim kita ptt menegur sesama muslim. Tp bialah adil. Adil itu meletakkn sesuatu pd tempatnya. Rmai yg x puas ht abg nara jd full blogger dpt duit buat blog. Pernah tak kita tgur atau berfikir mcm mn pula dgn wartawan akhbar?? Kdg2 brt di akhbr tu byk tokok tambhnya. Buka la minda sedikit.jgn tunding jr kpd abg nara shj.kdg2 kita sndr ske bergosip dgn rakn2. Wlpn kita bgosip free dan abg nara bgosip dapat duit itu pun sbb ikln. Tipula klu korg smua x pnh gosip. Sebelum nk hentam org tjuk baik pkir dlu dalam2.. Jgn jdkn abg nara ni bahan korg.klu xske gosip jgnla bc blog ni. Abg nara tak suruh pun korg baca klu korg x ske. Lastly pasal gosip2 ni kta spttnya just skdr mbc at least kita tahu something dan x semestinya kita kn trm bulat2 ape yg dtulis.

    0

    0
  27. mak jah says:

    salam. abg nara,

    tahniah dan semoga terus maju di dalam area blogger ni.

    tu ah. aku rasa dlm byk2 blog gosip, beautifulnara je aku buka. sbb senang nak baca and ramai org komen x mcm tmpt lain. nak buka pun dah pening lepas tu, xde org komen. hambar je. hahahahaa

    we love BEAUTIUFULNARAAAA. ahahhaah

    0

    0
    • comei says:

      yeah..suka beautifulnara coz senang nak baca & tgk gambar. kalo blog lain, penat klik satu2. baca komen2 pun best wpun adakalanye melampau. aku tgk nara ni amik jalan selamat. dia copy paste & bagi kdt kat blog tu supaya dia x kena saman dengan artis. sebab tu ramai yg kata beautifulnara ni slow dan copy paste je keje.pa pun, gd job n teruskan berblog. blog ni dah jadi fav list dah. hari2 mesti buka punya..

      0

      0
  28. JIBON says:

    itulah nama reeki anak

    0

    0
  29. KEchikgraphy says:

    gud job abg nara:

    jumm ke link page sy pulak : http://kechikkimora.wordpress.com/
    nak try servis photography saya??

    0

    0
  30. Anonymous says:

    rilex je bro nara…xmrh pun org kutuk2 die..

    0

    0
    • mama comei says:

      sebab abg nara pon jenis suka kutuk orang…hehehehe….tu yg ALLAH swt balas orang kutuk dia plak…

      0

      0
      • Xyara says:

        Kalau kita tak kutuk orang pun orang boleh kutuk kita, cik kak. Lagipun masuk blog Nara ni kan ke pilihan masing-masing.

        0

        0
  31. Lagubestbest says:

    Tahniah NARA! hebat la fulltyme blogger da skrg.. Haih sy cme dapat average tiga ratus sebulan je dari blog, lepas wat makan McD je. Napela tak menjadi puluh ribuan macam nara nih.

    0

    0
  32. sasa says:

    errr…abg nara ni mcm poyo lah.balik2 promote muke sendiri jek.

    0

    0
  33. Anonymous says:

    tahniah bang

    0

    0