Ini Tempat Menarik Bila Datang Ke Labuan, Jom Bercuti!

Hiburan

Ini Tempat Menarik Bila Datang Ke Labuan, Jom Bercuti!

Labuan antara lokasi percutian yang menyeronokkan. Terbayang terus pulau yang cantik. Ramai rakan “traveller” kami cakap menarik, namun mungkin kebanyakan orang masih belum tahu.

Awal Ogos baru-baru ini, team BeautifulNara berpeluang terbang ke Labuan bersama 3 orang wakil media yang lain dan AirAsia untuk “mencari jawapan”. Serius, lawa gila tempat ini.

Advertisement

Hari Pertama Di Labuan

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan dalam masa 2 jam 30 minit.

Penerbangan ke Labuan dari Kuala Lumpur adalah 7 kali seminggu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Kapal terbang berlepas jam 5.20 petang. Untuk hari Selasa, Khamis dan Sabtu pula penerbangan dari jam 7.20 pagi. Dapatkan harga berbaloi-baloi dengan menempah tiket seawal 7 hari (waktu promosi) di airasia.com serendah RM99 (all-in). Setibanya di lapangan terbang Labuan, kami naik van dan menuju ke Tiara Labuan Hotel iaitu penginapan sepanjang berada di Labuan.

Tiara Labuan Hotel ini cukup selesa. Bilik cantik dan kemas. Senang cakap, best!. Harga tengok seperti dibawah.

Dah check in, kami singgah Restoran Mr Crab Seafood & Steamboat untuk makan tengah hari. Restoran ni pilihan utama penggemar seafood kat sini. Ketam dan udang galah besar-besar pulak. Kenyang perut.

Lepas makan tengah hari, kami bersiar-siar tengok tempat-tempat menarik seperti Patau-Patau Water Village, Labuan History Museum, World War II Memorial, Chimney Museum, dan Peace Park & Surrender Point.

Kemudian, kami ke Labuan International Sea Sports Complex. Kat sini jadi tumpuan orang ramai beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Gerai makanan dan hiburan pun ada. Suka sukan ekstrem? Naik Flying fox jika tak gentar pada ketinggian.

Hari Kedua Di Labuan

Aktiviti semakin menyeronokkan dan kami dibawa ke Pulau Rusukan Besar dari Marina Labuan.

Perjalanan 20-30 minit dengan menaiki bot. Sampai je di sana, terpegun mata melihat pemandangan yang cantik! Seterusnya kami dibawa bersiar-siar di sekitar Pulau Rusukan Besar. Jika ditanya seindah mana pulau ini, jawapannya anggap sahaja “Maldives versi Malaysia”. Wah!

Memandangkan cuaca baik dan hari yang cukup cerah, kami buat aktiviti air yang ada iaitu snorkelling dan diving. Walaupun tidak mahir berenang, jaket keselamatan disediakan dan masih berpeluang menikmati keindahan pulau.

Jika datang sehari sahaja, pakej 1 day trip sesuai untuk anda. Kos RM150/pax untuk dewasa dan RM60/pax untuk kanak-kanak. Namun kalau teringin nak rasai pengalaman bermalam di pulau, pakej 2 day 1 night yang kami sarankan. Kos cuma RM380/pax untuk dewasa dan RM190/pax untuk kanak-kanak.

Pakej 1 Day Trip :

Pakej 2 Day 1 Night :

Balik je dari Pulau Rusukan Besar, kami ke Labuan International Sea Sports Complex sekali lagi untuk naik Parahu Larai belayar ke Pulau Papan. Harga RM15/pax.

Pulau Papan terkenal di kalangan pelancong luar. Ramai dari China dan Taiwan datang ke sini.

Kat Pulau Papan ada “Super Sunday Party” setiap minggu. Dari jam 9 pagi sampai 7.30 malam. Jika gemarkan sukan air, cuba naik Sofa Boat. Best!

Pakej Pulau Papan Di Labuan :

Hari Ketiga Di Labuan

Hari terakhir kami di Labuan. Lepas check out dari Tiara Labuan Hotel, makan tengah hari di Lazenda Hotel. Tempat ni santai dan ada pelbagai menu. Makanan ala western dan masakan tempatan. Dua-dua sedap.

Perut dah kenyang, kami shopping jap kat kedai Duty Free Shopping beli ole-ole untuk bawa balik. Banyak pilihan coklat yang ada. Pilih je. Harga pun berpatutan.

Sebelum balik, kami juga diberi peluang untuk cuba “buggy ride” di International Golf Club. Seronok rasai sendiri pengalaman main golf.

Selesai semuanya termasuk makan malam, kami beramai-ramai ke lapangan terbang ambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur bersama AirAsia. Walau letih dan penat, percutian ini menyeronokkan.

Kesimpulannya, Labuan adalah tempat paling syok untuk menyelam di Malaysia. Lautnya sungguh cantik dan rugi kalau tak pernah datang sini sedangkan dalam negara je. Malah di Labuan juga ada menawarkan kursus lesen Padi (Professional Association of Diving Instructors) yang kompetitif untuk ke semua pulau lain yang ada di Malaysia.

Terima kasih AirAsia sudi bawa BeautifulNara merasai pengalaman bercuti di Labuan. Awesome!

Terima kasih juga kepada pihak LDA Travel & Tours, Tiara Labuan Hotel, Palm Beach Resort & Spa, Lazenda Hotel, Emma Glorious Tours, Pulau Papan di Labuan, Mr Crab Seafood & Steamboat Restaurant dan Labuan International Golf Club kerana bantu menguruskan, menyediakan penginapan dan makanan kami sepanjang berada di Labuan.

Jom cuti-cuti Malaysia, dekat je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...