Ini Respon Elle Zada Terhadap Isu Saman Yang Bakal Difailkan Oleh Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Hiburan

Ini Respon Elle Zada Terhadap Isu Saman Yang Bakal Difailkan Oleh Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel yang dipetik daripada portal Utusan Online dimana pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mahu memfailkan saman terhadap label pakaian Elle Zada atas segala kontroversi yang berlaku tahun lepas dimana pihak mereka gagal untuk menyiapkan baju yang sudah ditempah oleh pembeli, agen dan stokis.

Advertisement

Malah, Sam juga memberitahu beliau dan isteri tidak mendapat bayaran yang dijanjikan Elle Zada dan nama mereka juga terjejas akibat apa yang terjadi sebelum ini.

Susulan itu, pihak Elle Zada menerusi laman web mereka telah memberikan kenyataan balas berhubung isu saman berkenaan.  Elle Zada memaklumkan Sam dan Syatilla bukan sahaja duta tetapi merupakan rakan kongsi bagi label pakaian tersebut.

Berikut kenyataan penuh Elle Zada :-

Terima kasih kami ucapkan kepada supporters ELLE ZADA yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Tak henti-henti kami menerima mesej dan panggilan telefon daripada mereka yang menyokong kami serta tahu perkara sebenar. By now, mungkin ramai yang ingin tahu dari pihak kami sendiri tentang berita online Utusan Malaysia semalam, “Sam, Syatilla bakal saman ELLE ZADA”.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan business partner kami dalam menjayakan Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016. Kami masih belum menerima sebarang saman, tetapi kami bersedia untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan akan menjawab sebarang tindakan saman yang dimaksudkan.

Pihak ELLE ZADA telah beberapa kali menghubungi pihak Sam & Syatilla sehingga Januari 2017 tetapi mereka memilih untuk mendiamkan diri dan kami tidak menerima sebarang ‘update’ sehingga laporan melalui Utusan Malaysia semalam. Kenyataan yang diberikan oleh Syatilla Melvin di artikel Utusan Malaysia seolah-olah menggambarkan tanggungjawab mereka adalah sebagai duta dan bukan sebagai rakan kongsi dalam projek tersebut. Kami sudah menghubungi Syatilla Melvin semalam tetapi masih belum menerima sebarang respon.

We have the full account of what had happened before, during and after the project. We had established our roles clearly and we believe Sam Syatilla and team should be clear of theirs.

ELLE ZADA bersedia untuk menjawab sebarang saman yang bakal difailkan oleh pihak Sam & Syatilla berkenaan perjanjian dan persetujuan bersama sebagai rakan kongsi projek tahun lepas kerana kami tidak menyembunyikan apa-apa daripada mereka.

Sebaik-baiknya isu ini diselesaikan dengan cara baik, tetapi sekiranya pihak Sam & Syatilla memilih untuk memutar fakta dengan media, kami mengalu-alukan pihak media untuk menghubungi kami dan mendapatkan gambaran sebenar tentang kolobrasi kami dengan Sam & Syatilla.

Sejak Projek Raya 2016 ELLE ZADA x SAM SYATILLA, ELLE ZADA telah memilih untuk mendiamkan diri untuk komen apa-apa tentang kolobrasi dengan Sam & Syatilla kepada pihak media meskipun kami dihujani pelbagai soalan. Bukan kerana kami ingin lepas tangan, atau kerana kami cuba menipu seperti yang didakwa sebaliknya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang lebih lanjut. Kami berusaha memelihara nama baik Sam dan Syatilla walaupun ketika projek mengalami krisis.

We chose to keep it down on social media to enable the entire team to refocus on our number one stakeholder, which is our customers. Selama beberapa bulan ini, pihak kami FOKUS menyusun kembali strategi dalam mengembangkan sayap pemakaian patuh syariah ke peringkat tertinggi. Pada kami, isu ini tidak akan mengalihkan perhatian kami dari fokus utama, iaitu untuk mengembangkan sayap business dan menggembirakan hati pelanggan kami yang telah berada di sisi kami sejak kami memulakan perjuangan ini lagi; way before we even know Sam & Syatilla.

We’ve revamped our processes, got our team together, and we have great surprises coming your way! Last year has served as a great lesson for us to become better and stronger. Now we are ready to go for 2017.

PS: Pihak ELLE ZADA sehabis mungkin telah berusaha menguruskan proses refund kepada pelanggan yang terlibat (kami memilih untuk tidak menyusahkan Sam & Syatilla dalam proses tersebut sebagai business partner yang bersama-sama berkongsi untung rugi projek raya ini). Sekiranya masih ada customer dan agen yang belum menerima refund dari Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016, mohon jasa baik untuk menghubungi kami kerana ada juga customer yang belum respon dan kami sendiri telah cuba beberapa kali namun tidak dapat menghubungi mereka.

Kami yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Have a blessed day to all!

ELLE ZADA

Isu begini mungkin ada salah faham. Cubalah kedua-dua pihak berbincang sebaiknya untuk selesaikan segala perkara diluar mahkamah.

Sumber Berita : Elle Zada

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...