Written by AbangNara | August 6th, 2010

Terkesima Abang Nara membaca satu fakta tentang kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS). Rupa-rupanya secara purata ada 17 orang mati akibat kemalangan yang berlaku di seluruh Malaysia. Bayangkanlah berapa banyak pulak kemalangan dan kematian yang bakal berlaku tak lama lagi apabila Hari Raya menjelma. Naik bulu roma memikirkannya.

mufors

Kadang-kadang tue kita sebenarnya dah memandu secara berhemah. Cuma pemandu-pemandu lain dan keadaan jalan raya yang terlalu teruk menyebabkan eksiden nie terjadi jugak. Rasanya semua orang tahu betapa stressnya memandu di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Bila otak dah stress, pemandu-pemandu di Malaysia nie tak dapat berfikir secara normal. Padahnya nanti, eksiden jugak yang terjadi.

mufors

Mengikut pengetahuan Abang Nara lah, selalunya mereka yang terlibat dengan kemalangan maut ini ialah pemandu-pemandu dan pembonceng-pembonceng motor. Diorang bukannya mat rempit tapi kalau dah traffic jam macam kat atas tue, confirmlah akan menyelit-nyelit dan mencelah-celah kan? Pernah satu hari Abang Nara on the way pergi office ternampak 3 kemalangan maut yang semuanya melibatkan pemandu motor. Bahayakan?

mufors

Di kesempatan ini (lagi-lagi menjelang Hari Raya), Abang Nara nak mengajak pelajar-pelajar universiti dan kolej untuk join satu pertandingan anjuran MUFORS. Pertandingan ini diberi nama MUFORS Road Reels. Caranya mudah sangat. Anda cuma perlu buat satu video pendek yang bertemakan “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey”. Hadiah yang ditawarkan memang sangat lumayan:-

CATEGORY AWARDS PRIZE (INDIVIDUAL) PRIZE (UNI/COLLEGE)
Short Film Champion

First Runner-up

Second Runner-up

RM10,000

RM 8,000

RM 5,000

RM3,000

RM2,000

RM1,000

Public Service Announcement (PSA) / Mini-documentary Champion

First Runner-up

Second Runner-up

RM10,000

RM 8,000

RM 5,000

RM3,000

RM2,000

RM1,000

Animation short Champion                            First Runner-up

Second Runner-up

RM10,000

RM 8,000

RM 5,000

RM3,000

RM2,000

RM1,000

MUFORS adalah satu projek komuniti yang telah dicipta untuk memberi platform kepada semua pemandu Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka tentang keselamatan jalan raya. Matlamat MUFORS yang paling utama ialah untuk mengajak kesemua rakyat Malaysia berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan jalan raya satu tempat yang lebih selamat buat semua orang.

Sebab itulah diwujudkan pertandingan MUFORS Road Reels ini. Tarikh tutup pertandingan ini ialah 30 Oktober 2010. Jadi anda-anda yang mahu join ada lebih kurang 2 bulan untuk mencipta satu filem pendek yang mantap. Kalau dapat nombor 1 boleh dapat RM10,000 tue beb!!!

Maklumat lanjut sila layari www.mufors.org.my.

Sebelum terlupa, sila tengok dan hayati video pesanan keselamatan jalan raya daripada Datuk Siti Nurhaliza sebelum balik kampung time Hari Raya nanti.

Ingatlah orang yang tersayang, berhati-hatilah di jalan raya. Hargailah nyawa kita sendiri. Biar lambat asal selamat sampai kampung nanti.

51 responses to Ingatlah Orang Tersayang, Berhati-Hatilah Di Jalan Raya

  1. niniCekelatCelup says:

    gerunnnya..saye baru nak wat lesen kete.huhuhu.

  2. ratu hantu says:

    …………..

  3. ratu hantu says:

    saya pn bru dpt lesen…

  4. Gadis Melayu says:

    tak sanggop tgok pic org yg nyorok bawah lori tu…
    mat rempit agaknya…

    • jimmy says:

      uii betul betul.. tak sanggup tgk.. teringat mase sy jatuh motor dulu terlanggar sikit dr belakang.. almost jadi arwah..

      kalau drive tu banyak2 la bersabar.. biar lambat asal sampai. & baca doa dulu sebelum drive

    • pika says:

      tak semestinya dia tu mat rempit.. mungkin dia tu penunggang biasa.. cuba ousing sket, mungki lori tu brek mengejut, motor tu tak sempat elak…

  5. natts says:

    takut nya..aku hari2 drive ke KL..minta selamat lah perjalanan aku..selamanya..mmg ada pemandu yg kurang ajar,memotong ikut suka, kuar masuk lgsg tak bagi signal….Ya Allah, lindungi hambaMu yg hina ini..selamat kan keluarga aku dari perkara2 yg tidak di ingini.. Amin..

    • Gadis Melayu says:

      Amin…
      kene hati2 jg, itu yg penting…
      memandu ikut peraturan bukan perasaan…nasihat utk sya jg dan semua org…

  6. Reena says:

    Koman-koman jem kat KL ni ampun lagi. Jakarta punya jem lagi teruk. Tengok cara pemanduan road users dorang, lagi takottt…berani mati punya!

  7. datin says:

    ei…mat rempit ke,sape ke…aku tetap tak sampai hati tgk bla dah jd cam tu…tak semua yg bwk moto tu mat rempit kan?ciannyee……

  8. SWEET says:

    EEE TAKUTNYA
    BILA NAK RAYA NIH
    LAGI LA BYK KEMALANGAN

  9. amirah says:

    adoii..ngerinya gambar tuuu..nauzubillah

  10. mesin basuh says:

    salam perkenalan….

  11. mesin basuh says:

    petua selalu mak aku bagi kan, “bawak kete slow”…sebab bila slow kite sempat nak ambik ape2 tindakan kalau situasi kritikal. yang jadi camtu sebab laju

    • budaklagi says:

      bwk slow blh tp jgn terlalu slow.. nanti org blkg mrh trus dilanggarnya bontot keta. tereksiden jugak akhirnya…. huhuhuuu

  12. kiki says:

    tkotnye kite..

  13. cili says:

    kalu bwk or naik kenderaan dr mula destinasi sampai ke destinasi di tuju, jgn putus beristighfar. sebutlah kalimah2 Tuhan. Insya Allah selamat. sbb kdg2 bila kita lupa Tuhan, syaitan pun mengiringi kita sekali. tu yg lalai…

  14. ratu hantu says:

    kalu nek moto paling gerun kalu lalu tepi loriii..mcm nk msuk ja bwh lori tu…skrng ni pn klu bergesel ckit pn dh xcdent n maut…

  15. mijie says:

    banyak faktor,

    jalan raya, bilangan kenderaan, sikap pemandu dan mcm2 lagi

  16. sumayyah says:

    Ya Allah, tak sanggup tgk..sedih sgt2 & takut..
    adik laki sy g keje ari2 nek moto..setiap hari doakan keselamatan dia ngan pesan kat dia hati2 bwk moto tu..
    itu jer yg mampu kita buat..
    Semoga kemalangan jalan raya berkurangan d musim perayaan yg bakal menjelma ni…
    Tak sanggup dah tgk berita kemalangan & kematian lg..huhuhu…

  17. aku harap semua selamat terutamanya di musim perayaan nanti…

  18. baca doa says:

    jgn lupe baca doa kenderaan sebelum memulakan perjalanan, insyaalah selamat

  19. Fuuhhh…

    mule2 tengok gamba jem tu, bese jer…

    lepas tu, terbeliak bijik mata bile tengok orang tersepit kat tayar… seram rasa nak naik moto…

  20. rayban says:

    pandu cermat jiwa selamat inagt orang yang tersayang

  21. miss nisa says:

    sbb tu la pentingnye ada life insurans…bawak kete,kete eksiden takpe sbb kete ada insurans yg diwajibkan oleh kerajaan malaysian sblm kite renew road-tax tiap2 taun tu..kete kemik sana kemik sini insurans cover,tp org yg kt dlm kete tu klo kemik sana sini,klo lumpuh ke takleh jalan,takleh keje,sape yg nak tolong klo takde insurans…

    pesanan drp ejen insurans…hehe…

  22. lulu says:

    raya tak raya ..ari2 insiden kt msia , asal bukak jer online news paper ..mesti ader kes mati insiden ……susah nak ckp ,,kt tmpat aku ni dlm setahun less 5 kes insiden mati ,kalo benda ni berlaku setahun tak abis ckp kt tv sini (ireland)

    • huhu.... says:

      tu lah bezanya barat dan timur..

      kat sini kalau nampak lampu kuning siap sedia utk tekan minyak utk pecut

      kalau kita bagi signal minta jalan….lagi kena himpit

      kalau di U.S. kalau nampak pejalan kaki nak cross, jauh lagi depa dah siap berhenti kereta….bagi laluan

      org sini belum sampai tahap civic minded di barat sana….sehingga itu maka teruskan membilang jumlah kemalangan yg tak putus2 dr m,sia.

  23. kupiah merah says:

    em apapun yang penting harus berhati-hati semasa memandu.. jangan memandu terlalu laju dan ingat orang tersayang

  24. zuleum2309 says:

    kalau nak tgk yang lagi gerun…bukak blog ni..www.ondscene.blogspot.com… sebagai peringatan bersama..

  25. Izat says:

    Salam

    Gambar diambil dari blog website http://ondscene.blogspot.com/ ,kenapa tiada langsung kredit yang diberikan kepada pemilik blog tu?

  26. pening says:

    Mmg mengerikan..hati2lah ketika djlnraya..ingtlah Allah & org tersayang..jgn memandu ikut perasaan…

  27. wak kordi says:

    apasal pulak siti yang bagi pesanan keselamatan jalan raya. bukan dia dengan laki dia ke kena saman polis kemain banyak. speeding la, menghalang lalu lintas la, so layak ke pemandu spesis mcm ni nak bagi pesanan keselamatan jalan raya. ini ibarat porn-star bagi nasihat jauhi seks bebas. atau pesakit diabetis kudung kaki bagi petua hindari kencing manis. cuba la pilih atendan bilik mayat ke, doktor A&E ke, penggali kubur ke yg bagi nasihat.

  28. aku paling takut naik moto, ade lesen kete je. tu pun bwk kete cam siput (dilorong yg betul)…
    negara kita ni byk sesgt eksiden sbb jalan raya kot, best sgt, tu psl org merempit tak hengat. cuba klu jln tu ntah apa2, kompem org slow punye pahtu rosak kete sbb dok lompat2 sgt….
    kpd kekwn abg2 kakak2 dan adik2 seme, berhati2lah dijalan raya sentiasa bkn time2 raye je, eksiden ni tak kira raye ke cuti skolah ke tak ke…… ingatlah org yg tersyg…

  29. honeysha says:

    erm…sy lak seorg pmpuan y bwk moto ari2.kdg2 gerun gk klu ad pnunggang moto lelaki y duk cucuk2 kt blkg moto sy.tao la diorg laju+pro dr sy tp sy tkt…tkt sy ttbe brek nti diorg lak langgar sy.dlm jem pn sy bwk slow je,tkt ad kete ttbe tuka lorong ikut dan.

    dlm kl ni jrg gler nk tgk pmpuan bwk moto…sy pn serun klu eksiden.sbnrnye da 2x sy jth moto…klu kali ke3 mau fobia truk sy.nk bli kete xmpu.nk naek knderaan awm,expense die lg byk dr gune moto.mtk kete ayh,ayh xkasi.so,ksudahannye sy mperjudikan nyawe ats jln ry tiap2 ari ler.huhu

  30. […] Ingatlah Orang Tersayang, Berhati-Hatilah Di Jalan Raya (48) […]

  31. porno izle says:

    hello it is my first post on this website and to start with I would like to thank for the great quality information, which I were able to find in this and all previous posts , it really helped me a lot. I will definitely add this blog on my google reader ;) Also, I would like to ask – don’t you mind if I will quate some information from your website since I am writing articles for the Associated Content, Ezine and other articles directories (this is my part time job)? It would really help me with some of mine articles. Of course, I will mention your blog name or URL (not all articles directories allows URL’s , so I can’t 100% promise that you will get a direct link to your blog).

  32. learn to dj says:

    Hello. I wanted to inquire some thing…is this a wordpress blog as we are thinking about moving across to WP. Furthermore did you make this design yourself? Cheers.