Written by Bella | August 2nd, 2015

Bukan mudah untuk menceburi bidang seni dan mengecapi populariti seperti sekarang, Indah Ruhaila merasa terkejut apabila beliau kini dituduh sudah lupa diri dan mula berlagak diva sehinggakan pihak urusan beliau sudah tidak tahan dengan kerenahnya lagi.

Indah masih Indah yang dahulu. Sama sahaja. Nak berubah untuk apa kerana Indah tahu pahit getir dilalui selama ini. Tak tahu pula kenapa hal sebegini boleh berbangkit. Indah dengan pihak pengurusan pun sejak puasa lalu tidak bertemu atau mengadakan mesyuarat bersama. Indah ada dihantar ucapan raya oleh pihak pengurusan dan mereka tak ada cakap apa-apa pula mengenai perkara ini.

Buat Indah, jika benar beliau sudah tidak ingat akan asal usulnya dan mula berlagak sombong beliau bersedia untuk bertemu empat mata dengan mereka yang sebarkan cerita berkenaan dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Jika betul ada pihak yang berasakan Indah sudah diva, datang berdepan jumpa dan kita bawa bincang. Jangan cakap sahaja seperti baling batu sembunyi tangan. Hal ini boleh bawa bincang. Saya hanya manusia biasa.

Penyanyi lagu Percayalah yang pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 dan top 5 Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini berharap pihak yang mengenali dan pernah berurusan dengannya tidak pantas menjatuh hukuman serta mencipta spekulasi sendiri.

Mungkin tuduhan tersebut hanya gosip semata? Wallahualam. Apa pun sebagai seorang artis jangan pernah lupa dimana tempat anda berdiri sebelum ini dan selalulah merendah diri dimana sahaja anda berada. Populariti itu boleh datang dan hilang hanya dalam sekelip mata.

Sumber Berita: Berita Harian

7 responses to Indah Ruhaila Jawab Gosip Sudah Lupa Diri Dan Berlagak Diva

  1. minah jambu says:

    hehe…jangan nk jadi pengarot eh ..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    err…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Weh kes macam ni pun nak dijadikan topik ke? Biasalah. Takkan nak senyum memanjang kat semua orang macam takde kerja lain. Nanti orang kata nak tunjuk peramah pulak. Pastu kata orang gila sebab senyum kat orang yang tak kenal. Tah papelah

    0

    0
    • KATIJA HARUN says:

      kann si ayda jebat yg terlebih ramah happy pon org meluat diam pon org meluat jugak,manusia ni mmg xpuas ada je yg xkena

      0

      0
  4. sakit mata says:

    Err…bro sape minah ni?

    0

    0
  5. anon says:

    sapo ni

    0

    0
  6. lantawi carotan says:

    tindah ruihaila ni penyanyi baru yang meningkat naik sejak dua menjak ni lantaran suara dia yg tinggi, perfect dan sedap didengar. bakal peganti dayang nurfaizah, rafeah buang dengan anita sarawak

    0

    0