Written by AbangNara | January 13th, 2015

Belum terlambat rasanya untuk Abang Nara ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pembaca BeautifulNara. Apa azam tahun baru anda? Abang Nara sejak dah berusia 30-an ini ada satu je azam. Nak hidup lebih sihat dan tampak lebih kacak bergaya sesuai mengikut kematangan. Abang Nara pasti ramai yang berazam macam itu jugak kan? Pembaca-pembaca BeautifulNara yang gadis/awek/bini orang pun mesti nak tampil lebih jelita dan menawan kan? Abang Nara ada fesyen yang sangat sesuai untuk anda semua!!!
hidy clearance saleAbang Nara dan wife memang selalu pergi beli baju kat HiDY di Wangsa Melawati. Baju-bajunya unik. Paling Abang Nara suka ialah kainnya yang lembut. Selesa sangat pakai. Jadi sempena tahun baru ini, HiDY ada buat clearance sale sebelum rekaan terbaru mereka sampai. Harga murah sangat-sangat. Sesuai sangat untuk kaum Adam & Hawa yang nak tampil dengan imej baru sempena tahun 2015 ini. Jom kita tengok apa yang tengah sales!!!

hidy clearance sale

1. Baju tunic HiDY ini memang amat selesai dipakai untuk jalan-jalan atau ke pejabat. RM50 sahaja. Mana nak cari baju secantik ini pada harga yang amat awesome. Sila beli sekarang di sini.

hidy clearance sale2. Kalau gi jumpa pakwe tercinta dengan baju cotton kurti HiDY ini pasti akan buatkan si dia jatuh cinta sekali lagi dengan anda. Harga selepas diskaun hanya RM30 dan RM80 sahaja. Murah habis dah tue. 

hidy clearance sale

3. RM50 dah boleh dapat kasut Crochet Espadrilles yang amat selesa ini. Mana ada kasut yang jual harga semurah ini kat kedai? Walaupun murah, jangan risau kerana kualitinya dijamin awesome. Sangat sesuai dipakai waktu santai atau berwindow shopping. Selesa!!!

hidy clearance sale

4. Rambang mata kalau jadi perempuan tak tahu nak pilih design mana satu untuk baju kurung shantung silk HiDY ini. Semuanya cantik-cantik. Sangat sesuai dipakai masa hari Jumaat atau pergi kenduri. Memang confirm ramai yang akan jatuh cinta dengan keayuan anda.

hidy clearance sale

5. Ingat lelaki je ke boleh pakai kain pelikat? HiDY pelekat blouse ini memang amat selesa dan unik untuk digayakan oleh kaum Hawa. Wife Abang Nara ada sehelai yang ini. Kalau keluar makan malam dia suka pakai. Tak panas katanya. Selesa sangat-sangat.

hidy clearance sale

6. Kasut Zana Peep HiDY ini kalau bawak pergi ofis mesti ramai yang akan bertanya kat mana korang beli. Warna hitam menyerlahkan keeleganan, manakala warna peach menyerlahkan sisi ayu. Semuanya pun sesuai untuk anda. Banyak lagi pilihan warna yang ada.

hidy clearance sale

Clearance sale ini akan berlangsung sehingga 16 Januari 2015 di laman web www.hidy.com.my. Penghantaran percuma akan diberikan dengan pembelian RM300 ke atas. Jadi kongsi-kongsilah beli dengan member. Banyak lagi baju, kasut, tudung dan macam-macam lagi yang boleh anda dapatkan dengan harga amat berbaloi sempena jualan ini. Silalah bersegera kerana stok amat terhad. Selamat bershopping!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Imej Baru Di Tahun Baru Dengan HiDY

  1. Anonymous says:

    mahal sangat baju kain tenun (kain pelekat) yg dah siap tu… beli kain tenun yang lom jahit dapat 4m lagi baru separuh harga… huhuhu

    0

    0