Imej Azharina Di Pentas Akhir GV3 Bernilai Lebih RM1 Juta, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Razman Razmi

Hiburan

Imej Azharina Di Pentas Akhir GV3 Bernilai Lebih RM1 Juta, Ini Penjelasan  Pereka Fesyen Razman Razmi

Setiap minggu di Gegar Vaganza 3, Abang Nara ternanti-nanti pakaian dan fesyen yang akan ditampilkan oleh Azharina. Memang unik dan mempunyai konsep yang tersendiri. Tak silap Abang Nara, setiap minggu nilai pakaian beserta aksesori yang digayakan oleh Azharina mencecah ratusan ribu ringgit. Menariknya, untuk konsert akhir GV3, imej yang dibawa oleh Azharian telah melebihi angka RM1 juta. Wow. Terkesima Abang Nara dibuatnya.

azharina

Azharina dan pereka fesyennya, Razman Razmi

Angka tersebut telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai yang tidak percaya gaya fesyen Azharina pada malam itu boleh mencecah angka jutaan ringgit. Enggan membiarkan para penonton berteka-teki, pereka fesyen Razman Razmi yang bertanggungjawab untuk imej Azharina setiap minggu di GV3 tampil memberi penjelasan.

Advertisement

Nilai itu dikira termasuk pihak kami terpaksa bekerja dalam masa yang singkat iaitu mengambil masa dua hari sebelum pertandingan. Saya juga menggunakan empat hingga lima pekerja menyiapkan baju dipakai Azharina.

Ia juga berserta nilai aksesori Cartivia Jewelry yang menaja cincin, subang dan rantai setiap minggu mencecah ratusan ribu.

Selain itu, setiap pereka fesyen juga berbeza-beza caj yang dikenakan. Contohnya jika anda buat dengan Datuk Rizalman sudah tentu lebih mahal kerana mengambil kira pengalaman dia.

Saya baca ramai yang kritik dan anggap saya berangan kerana letak harga mahal-mahal, tapi mereka tidak tahu apa yang kami dan team Azharina lakukan untuk melihat persembahannya berbeza berbanding peserta lain.

Perkara ini sebenarnya sudah dilakukan oleh penyanyi luar negara termasuk Indonesia, mereka tidak lagi pakai pakaian hanya untuk nampak cantik ketika di pentas

azharina

Betul juga penjelasan Razman Razmi ini. Kenalah kira upah, tenaga dan masa yang telah dilaburkan untuk membentuk imej Azharina dalam menilai perkara ini. Yang penting, segala usaha mereka berbaloi selepas Azharina dinobatkan sebagai juara GV3. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

umcced

P.S: Tahun 2017 akan menjelma tidak lama lagi. Tahun baru azam pun kenalah baru kan? Jom kita sambung belajar nak? Universiti Malaya ada menyediakan program diploma eksekutif khas untuk mereka yang bekerja. Macam-macam kursus ditawarkan seperti Pengurusa, Perbankan & Kewangan Islam, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan Teknologi Pembuatan. Insya Allah kejayaan pasti menjadi milik kita sebab dah 21,000 warga bekerja telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...