Ikuti Keputusan Penuh Siaran Langsung ABPBH 2010 Hanya Di BeautifulNara

Hiburan

Ikuti Keputusan Penuh Siaran Langsung ABPBH 2010 Hanya Di BeautifulNara

 

keputusan abpbh2010

Advertisement

Gambar di atas ialah gambar Datuk Siti Nurhaliza berposing bersama Usop di Genting Highland. Khabarnya Datuk Siti akan membuat persembahan istimewa malam ini di siaran langsung ABPBH2010. Nantikan update keputusan penuh dan ulasan ABPBH2010 secara live bersama Abang Nara di sini.

Untuk anda yang tinggal di oversea, anda boleh menonton live streaming ABPBH2010 di laman web ABPBH TV3.Jangan lupa follow Twitter Abang Nara untuk ulasan yang pedas memulas.

Tahniah kepada Shaheizy Sam yang merangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2010.

Keputusan penuh ABPBH2010:

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense (mati-mati ingatkan Ana Rafali/Altimet/Sohaimi menang)
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha (ha amik kau. Memang jauh dari tekaan gua. Lisa ~~~)
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail (seriously tak faham napa dia leh menang setiap tahun. Anyway tahniah)
4. Artis Komedi Wanita Popular – Noor Khiriah (yes she deserve it)
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani (Tahniah)
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi (cuba lagi tahun depan Zizan)
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak (pergh. mesti fight dengan Shaheizy Sam)
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan (muka nak nangis terharu sangat)
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani (cantiknya baju Lisa)
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali (first time tengok Ana tak pakai baju kurung)
17. Pelakon Filem Lelaki Popular –Shaheizy Sam (Abang Nara dah agak dah)
18. Penyanyi Wanita Popular – Yuna (tahniah. Anda memang hebat)
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam

Ulasan siaran langsung ABPBH2010:

1. Perghhhhh. Sedap gila suara Lan.
2. Ok serius cantik pentas ABPBH.
3, Pergh. Mantap suara Kak Ning ngan Farhan.
4. Adira comei gila…..
5. Mantap gila gabung Adira, Ning, Farhan dan Lan. Awesome.
6. Hahahaha. Dah keluar dah Kak Engku, Sharifah Shahira dan Ziza. Meletop!!!
7. Cantiknya Datuk Siti, Siti tarik diri semua contestan happy. Hahahaha
8, Fasha Sandhaaaa cun gak. Kesimpulannya semua cun.
9. Sebutan nama Shah Jazsle jadi bahan lawak pengacara.
10. Tema malam ni moden klasik.
11. Cantik Tiz Zaqyah tersenyum dalam kekalahan.
12. Lawak gila Zizan!!!
13. Faizal Ismail memang compem akan menang penyampai radio lelaki popular. Berharap sangat Abang Jem menang.
14. Noor Khiriah pantang tapi Kak Sharifah Shahira sampaikan ucapan. Sumpah lawak.
15. Pecah perut dengan lawak Zizan, Kak Engku ngan Sharifah Shahira.
16. Mantap persembahan Hujan. I like ~~~
17. Perghhhhhhh. Smart gila Ashraff Muslim dan Shahir.
18. Sharifah taknak kalau Tiz Zaqyah ok jer. Hahahaha
19. Kekekekek.Kelakar lawak Kak Engku nyanyi lagu Kalau Berpacaran versi omputih.
20. Ala, abang Sohaimi tak ada nyanyi lagu Kalau Berpacaran. Huhuhu. Sedih
21. Ana Raffali nampak makin kurus ah. Cantik
22. Kah kah kah. Lawak akak Sharifah Shahira pasal Halim Othman memang kelakar.
23. Cantik sangat Irma Hasmie. Ngorat leh?
24. Mantap gila nie persembahan Johan, Nabil, Along, Zizan ngan Angah.|
25, Lelaki yang dicium oleh FAFAU rasanya abang dia.
26. Pergh cantik Aida Aris, Aida Khaleeda ngan Sheera Iskandar.
27. Anuar Zain memang penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia. Mantap!!!
28. Cantiknya Juliana Evans ngan Natasha Hudson.
29. Cantik gila gila Lisa Surihani.
30. Yuna sudah kembali…. Yeah. U rock baby.
31. Lagu kedua nyanyian Yuna ialah PENAKUT. Memang best lagu tue. Dapatkan album Yuna di 7 Eleven.
32. Rita Rudaini jangan terberanak kat situ pulak. Hahaha.
33. Confirm ramai awek-awek cair dengan kehandsomean Shaheizy Sam.
34. Ella you rock girl !!!!
35, Suara Ella tetap maintain meletop. Kagum
36. Aduh Kak Nita. Kenapa gitu ~~~ Huuhuhuh, Nenek vogue. Kelas sungguh
37. Yuna ialah contoh usaha itu tangga kejayaan.”
38. Muahahahah Lawak gila Usop Hantu Kak Limah Balik Rumah.
39. Bagus Sam bawak mak dia naik atas.
40. Cantik baju Datuk Siti. Persembahan pun comel je.
41. Ala tomeinya Siti nyanyi lagu Wondergirls.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...