Written by serenity | July 1st, 2015

Neelofa dikenali sebagai seorang yang giat berniaga di samping mengacara dan berlakon. Antara produknya yang paling berjaya ialah tudung jenama Naelofar. Untuk menyambut Lebaran, jenama tudung Naelofar mempunyai koleksi Aidilfitri tersendiri.

Untuk itu, satu iklan promosi tudung raya Neelofa telah dihasilkan menampilkan Neelofa mengenakan pelbagai warna dan rekaan tudungnya. Walaupun dalam iklan ini tudung-tudung di bawah jenama Naelofar yang dikenakan oleh Neelofa kelihatan sangat cantik, dia dikritik kerana tidak menampilkan sifat muslimah yang sepatutnya.


 photo nae3.jpg

Iklan berkonsepkan fantasi itu memaparkan beberapa orang lelaki kacak terpesona dengan kejelitaan Neelofa (atau tudung Naelofar yang dikenakan) namun aksi Neelofa disifatkan terlalu ‘gedik’ terhadap lelaki-lelaki tersebut sebagai seorang gadis bertudung.


 photo nae1.jpg
 photo nae2.jpg

Namun begitu, sinematografi iklan ini disifatkan cantik dengan lagu latar yang kena dan menarik. Iklan tersebut yang berjudul “Fantasia Naelofar Raya 2015” boleh ditonton melalui video di bawah. Pada pendapat kami, sama ada anda akan sangat sukakannya, atau sangat membencinya.

Tetapi selepas melihatnya kami pun rasa ingin sambar tudung Naelofar sehelai dua kerana cantik. Apa pendapat anda?

IFTAR@KL hujung minggu ini! Mari kita Solat Terawih Perdana & Rakaman Takbir Raya pada Sabtu 4 Julai ini secara langsung…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 June 2015

106 responses to Iklan Raya Tudung Neelofa Dikritik Tidak Cermin Sifat Sebenar Muslimah Bertudung

  1. beth says:

    Takde pun gedik. banyak lagi pompuan bertudung yg lebih gedik & mengada.
    Cantik tudung naelofar ni.

    0

    0
    • macam2 says:

      Bukanlah nak kate gedik tapi tak bermakna/berkesan di hati. Kalaupun nak habis beribu2 untuk satu iklan pendek, nak sewa mansion mahal2, biarlah yg jenis berilmu. Ni macam takde input.Kalaupun iklan murah, tp dtg dari hati mesti ler jugak sampai ke hati.

      0

      0
      • joyah says:

        Biaq pi la dia. Dah dia orang berduit. Hehe

        0

        0
        • Iklan tudung says:

          Ini adlh konsep ‘ Jual Tudung ‘ dan bukan iklan Tudung ‘ Tutup Aurat mngikut syariaat ‘ .. Org non muslim pun boleh pakai tudung sbb niatnya universal bukan krn Allah samalah dgn iklan ni … Universal.
          Tutup Aurat utk menghalang fitnah dr menimpa seorng wanita bukan mengundang fitnah. Tutup Aurat bukan setakat tudung di kepala yg menutupi rambut tapi mencakupi setiap susuk tubuh perlu di pelihara. Hnya muka dan pergelangan tngn shj di benarkn syarak utk dilihat, ini trmasuklh batinnya iaitu akhlak seorg muslimah kena mengikuti syariaat

          0

          0
        • Anonymous says:

          MANA YG GEDIKNYA??? 1 JE MCM GEDIK CKT YG KONON TERSIPU TERSENGIH GIGIT JARI TU. YG LAIN BIASA JE PUN, NORMAL JE. AKU MENCIK TOL LA BILA AKU BUKA TK SAMA MCM ORG KATA WAKAKA. YG KOMPLEN TU TERLEBIH MKN TEMPE, APE INGAT BERTUDUNG NI NAK KENA STATIK MUKA KETAT ATAU MUKA PENUH KESUCIAN HABIS GILE2 SUCI KE. CUBA RELAX CKT. INI IKLAN TUDUNG. BUKAN IKLAN CARA2 BERDEPAN JANTAN SECARA MUSLIMAH. DIA BUAT KELAINAN JE, BKN YG BLK2 TUNJUK PMPUAN BAJET AYU MEMBELAI TUDUNG JE, ITU DAH SELALU SGT. ADOIYAI. PEREMPUAN BERTUDUNG AKU NAMPAK PUN BNYK NYE TAK ADE LA MUKA KETAT MACAM TENGAH LARI DARI SERANGAN DOSA DAN JALAN KERAS2 WOII. YG BISING TU NTAH2 TENGAH TERGEDIK NGADAP BF. X TAU KE MANA BOLEH NK BER-BF2 NIE.

          0

          0
        • aku tak minat neelofa pun says:

          Tak gedik pun aku tengok. Bukan dia bukak tutup baju pun. Biasa je rase. Ni la namanya marketing strategy. Asal dpt menarik pelanggan sudah, pembeli sendiri pk la tujuan n niat asal pakai tudung. Salahkan penjuai watpa. Dorg yg jual tudung ni, dpt je pahala sbb jual barang yg menutup aurat. Pembeli pun InsyaAllah dpt sbb nak menutup aurat. Yg kurang pahala nya yg dok pakat mengata ni la. Aiyokkk ceq taktauuuu.

          0

          0
      • Anonymous says:

        ok je iklan neh..ohsem.
        tudung pun cantek2.

        owh tu haa malik marcus tu..huhu

        tajuk lagu neh i belong to you -caro emerald

        0

        0
        • aku says:

          Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah :

          “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An Nur:60)

          Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah :

          “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al Ahzab:33)

          Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

          Abul A’la al Maududi berkata; “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :

          Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
          Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir / musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

          Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

          0

          0
      • julie says:

        setuju. mesej tak sampai. perhaps lebih afdal models perempuan digunakan utk tunjukkan tema “wanita mengagumi wanita” instead of men.

        0

        0
      • e'eiii.. ko tak pakai sepender ye. says:

        yang tak setuju ni semua ahkak2 peminat tudung nelopa yang selalu bukak blog & pesbuk kt opis.. kt opis aku, ahkak2 ni dah la mulut laser. asal kerja masuk terus merungut, buat group whtsapp semata2 nak kutuk bos.. sekarang kencang meniaga kuih raya pulekkk… semua ni pemakai tudung nelopak. dahulunye paridah. sekarang dah downgrade.

        0

        0
      • ntahpape says:

        motif iklan ni? xnampak pon macam tengah iklan kan tudung…ke aku yang buta iklan?

        0

        0
    • gossipgurl says:

      aku tengok sampai habis video ni, for sure, matlamat dia tercapai sebab aku terasa nak beli tudung. yang pelik, tudung2 ak beli sebelum ni, dia pakai cantik, aku pakai xberapa nak masuk, pehal ntah. hahahahahah.

      baju dia pakai dalam video ni pon cantik, xde ketat2. part labuh tudung tu, ala, korang adjust la bagi labuh sket. cara orang pakai tudung xsama, dia buat iklan promote tudung je tu, jgn susah2 pk..

      yang condemn pasal dia sewa mansion ke ape ke, xpelah, tuhan bagi rezeki lebih dekat dia, dia pon buat lebih2. insya allah, someday, ada la rezeki kau jugak, mane tau..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Betul. Cantik gila dia dlm ni even mekap natural je. Ak pn byk kali g kedai nk bli tudung ni. Tp bila ak try xmasuk ngn muka ak. Xsama mcm dia pakai.

        0

        0
    • kimmidoll says:

      thats why.. tak nampak pon mana gediknye.. tak terkinja-kinja pon.. sopan jek..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ntah..ok je iklan tu..lain dr yg lain pon ye..nt adela tudung lain yg bt iklan cenggini gak..btw bukan fan lofa k..kui3

        0

        0
    • aku tak minat neelofa pun says:

      Iklan ni boleh bawak ke peringkat international. Iklan cenggini baru dorg rase nak tengok, bkn iklan murahan. Pakai omputih plak tu. Kalau ade rezeki, mungkin ade antara mereka yg rasa nak cuba pakai. Sbb cantik ni. Dia habis byk modal pun utk promote tudung jugak, so pahala lebih dpt kat dia la kan..insyaAllah.

      0

      0
    • Anon says:

      Suka iklan tu. Ok lah. Tahniah semoga berjaya dan murah rezeki lagi.proud of you neelofa.

      0

      0
  2. nina says:

    cantik sangat…. x tau ape yang gedik nya

    0

    0
  3. lara_hati says:

    Neelofa cantik dalam video ni , cantik dari selalu rasanya. Macam ada peningkatan pada ekpsresi muka ketika lakonan wpun tanpa dialog. Lagu sedap, tudung2 semua cantik.

    0

    0
  4. ggg says:

    kenapa environment dlm iklan nie mcm western2 sgt, sume mat salleh…tak sesuai !!

    0

    0
  5. qila says:

    stylo.. simple.. smart n elegant! yg penting hijab naelofar labuh n sopan!

    0

    0
  6. mak jemah says:

    memandai je abg nara….usah timbulkan kontroversi puasa2 ni…buat marah org je..iklan tudung, ok la….takde le gedik pun…..setakat sengih je pon…..tak de bersentuhan pun…statement mengundang kontroversi je ko ni…sat lg kena banned mcm shila amzah baru ko ada akal

    0

    0
    • shila gemok says:

      ko ingat habang nara heran dgn shila amzah gemok tu? media satu malaysia ban shila amzah. peminat pun setakat penduduk china PPRT. dah tentulah habang nara tulis berdasarkan komen org ramai pada video tu. -_-

      0

      0
  7. timah timun says:

    apa yg gedik nya? biasa je. cantik tudung. harga pun mesti cantik kan..

    0

    0
  8. cik teratai says:

    elegant……

    0

    0
  9. MAMA LIZA says:

    Menarik, umpama tonton iklan negara arab.segalanya secara sederhana, menarik.

    0

    0
  10. Saggi says:

    What has this video got to do with The Hijab?? From what I see is that , it looks more to being flirtatious je.

    And more to westernized, why didn’t she use lagu nasyid ker , kerana Hijab kan digunakan oleh orang2 kiter and not westernized people.

    My opinion je.

    0

    0
    • anon anon says:

      Agreed. As if, pakai tudung neelofa nanti ramai lelaki tergoda dengan you. That defeats the purpose of tudung.

      nevertheless, i think the ad is beautifully done.

      0

      0
    • Sipudden says:

      sejak bila pulak hijab hanya di pakai oleh orang2 kita je? hijab ni universal..kena la think out the box kalau nk maju..jgn nk sempit sgt otak tu..org luaq boleh promote produk dorang kat kita org timur ni kenapa kita xleh nk promote hasil produk kita kt org barat? ni la org panggil business strategi..apa da…

      0

      0
    • ANon says:

      Alah..tak payah la ko cliche sangat… asal tudong je.. nasyid..skrg ni majoriti pompuan Msia pakai tudong..so dah tak boleh judge tudung tu melambangkan level alim @ keimanan seseorang… pakai tudong pon rock…hip hop dan sebagainya…

      0

      0
    • saggi ting tong says:

      org kita guna bahasa melayu. xperlu “westernized” sgt. sekian.

      0

      0
    • Susie says:

      Ingat orang west tak minat pakai tudung ke. Simple, elegant,black or pastel dan practical,plus fabric yg bagus dan sesuai mmg pilihan mereka. Yg ada skrg berjumpai2 mcm christmas tree mrk tidak akan berkenan. Saya tahu taste orang west. Tudung neelofa ini boleh pergi jauh. Even international busana akan senang menerimanya. Try go further neelofa. You can do it. market ke dubai, paris dan byk lagi tmpt. I think you know better.saya tengok iklan ini very impressive. Mampu menembusi pasaran luar. Kami doakan you berjaya. Harga utk tmptan murah le sikit supaya orang macm saya mampu beli. All the best naelofa jadikan jenama kebangaan tanah air.

      0

      0
  11. Anonymous says:

    tak nampak gedik pun?

    0

    0
  12. anne says:

    Sedap pulak lagu tu. Ape ye tajuknya?

    0

    0
  13. Mysterious says:

    Sape tau lagu dalam ni apa? Sedap weih lagu dia. Nak download.

    0

    0
  14. me says:

    xde gedik pun..tlg la nara, tau la nk bnyk kan visiter blog, tp x baik kot buat tajuk kontroversi camtu, bln puasa ni nara.

    0

    0
  15. norah says:

    Gosh …. beautiful …… i belong to u….

    0

    0
  16. sssss says:

    ok je…cantik tudung2 dia……..

    0

    0
  17. lova says:

    tertunggu2 kegedikan neelofa…

    0

    0
  18. Anonymous says:

    cantek amat.. promosi tudung neelofa menjadilah haha terus minat tetiba kat shawl ni.. TQ abg nara tolong promosikan shawl ini pada kami.. hehe
    tajuk tu biasalah.. kang klu tajuk tak best korg mesti tak nak tgk isi dalamannya kan.. haaa dah tgk isi dalaman br korg tau shawl ni cantek amat. hik3x

    0

    0
  19. aty says:

    cantek amat.. promosi tudung neelofa menjadilah haha terus minat tetiba kat shawl ni.. TQ abg nara tolong promosikan shawl ini pada kami.. hehe
    tajuk tu biasalah.. kang klu tajuk tak best korg mesti tak nak tgk isi dalamannya kan.. haaa dah tgk isi dalaman br korg tau shawl ni cantek amat. hik3x

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Cantik tudung..mane ada gedik..apa daa..

    0

    0
    • Anonymous says:

      tak gedik tp cara tu cam nk menggoda je…cam desprate sgt..hahaha..

      0

      0
      • Anastasia says:

        Jangan hirau apa orang ckp neelofa. Ramai yg jeles dekat you. Sekurang-kurangnya you gigih berniaga dan mencari rezeki sendiri, kaya pun dgn duit usaha sendiri bukan layor kekayaan orang. Byk berdoa pada Allah. Mohon petunjuk dan perlindungan darinya.

        0

        0
  21. salinakomez says:

    handsomeeeeeeeeeeeeeee awhh

    0

    0
  22. Nona maness says:

    Sederhana … tudung nya pon cantik..labuh. xde yg gedik pon..

    0

    0
  23. Kyra Lydia Luvs EL says:

    apa yg gediknya..? Takde bersentuhan langsung antara Neelofa dgn model2 lelaki tu. Tudung cantik2! Neelofa cantik. Model lelaki handsome! Advertisement yg baik dan lain dari lain! Syabas Neelofa.

    0

    0
  24. aku says:

    abg nara mcm jeles jeee hahahaha

    0

    0
  25. lolavida says:

    ape yg gedik nye..
    nmpak ok je..sian neelofa..wat ape pun msti kne kecam…

    0

    0
  26. munah says:

    Bukan berhijab ninuntuk jaga aurat daripada pandangan mata lelaki? Pehal lepas pakai tudung lagi ramai tengok? Tak contradict ke dengan tujuan berhijab? Chma aku suka mat saleh dalam iklan ni semua jadi balaci…..mungkin neloafa nak bagtahu yangbpakai tudung dia bukan level gadis2 kampung…level pakai roll royce duduk mansion bijak2 main catur bukan dam abang aji. Yudung dia pun boleh tahan mahal…..

    0

    0
    • Anita says:

      xmahal sgt la tdung die banding fareeda jauh beza. aryani pun mahal…

      0

      0
    • choi says:

      Aku rasa die nk smpaikan yg pakai tudung ni bukan cikai2, boleh pergi jauh. Normal la, kite pakai la tudung cmne pun, lelaki tetap akan pandang. Kalau xnk pandangan lelaki tu jauh perginye, pakai la labuh2, tutup ape yg patut. Tu je. Cume die nk tunjuk betapa cantikne tudung2 die. Pakai tudung dan bpakaian kemas bukan untuk tarik perhatian org lain. Mmg x boleh nafi org tetap akan pandang sbb nmpk kemas dan cantik. Xkan nak selekeh2. Dalam islam pn tuntut kite kemas, cantik dan bersih. Cume niat pakai tudung tu ats diri sendiri. Baik mcmni, drpd pakai seksi2 lg hazab nengokkan.

      0

      0
      • jeni says:

        Takat pakai kemas, abang kakak airforce pakai uniform lagi kemas…..pengawas sekolah lagik kemas dan comel.

        0

        0
  27. Lola says:

    Yg ckp gedik tu sengal… best sgt vedeo ni… Superb…go nealofa

    0

    0
  28. Ikhlas says:

    Best best best jer… gedik sket part main mata tu ka? Standard la tu muehehehee. Think positive di bulan mulia ini u ols.. Beautiful & brilliant Nelopa.. Congratttss! :)) #supportmelayu #melayubukanhanjing

    0

    0
  29. adudu says:

    lain orang, lain pendapatnye. tapi bagi saya, okay je. superb and exclusive.

    0

    0
  30. opie says:

    takde le gedik… jz adakah tujuan pakai tudung neelofar ni supaya semua lelaki tergoda dan terpikat ek?

    0

    0
  31. Ap la says:

    mane ad gedik…aku tengok ok jer..mandai2 jer bang nara ni tau..cantik la tudung y lofa pakai tu..orgnya cantik klau pakai tudung ap pn ttp cantik..skg ramai y suka pakai fesyen cam ni…klau ala2 fareeda tu skg dh kureng skt….

    0

    0
  32. shera says:

    -iklan yang telah mencapai satu tahap yang tinggi. Berbaloi melabur.
    -jalan cerita yang membawa konsep elegen sesuai dengan brand jenama Neelofa.
    -pendapat individu saya : terpesona dengan pemakaian tudung adalah sesuatu yang positif.

    0

    0
  33. sotong hitam says:

    gedik?? sikit pun tidak!!!!, tapi banyak mempromosi lelaki yg berwajah tampan…nelofa ni kan sebenarnye very pretty, …pretty desperate for man….the advertisement shows it all!!! but in anyway memang tudung die lawa, cume personally I think cara pengiklanan tu tak kene dgn tudung yg dipromosikan…

    0

    0
    • sotong putih says:

      neelofa desperate for men? hahaha kalo muka neelofa mcm azwan ali versi bapuk mungkin ayat kau sangat tepat dan sesuai lagi jitu.

      0

      0
  34. nuri says:

    awat laa semua lelaki dalam iklan tu.. pastu mcm nak tunjuk kemewahan jek.. terpulang laa.. tapi gedik mmg takde cume manja adalah

    0

    0
  35. isma says:

    tudung memang cantik2…memang terasa nak beli…tapi lagu..suasana..jalan cerita iklan ni tak sesuai dengan benda yg hendak di promo…kalu iklan dress singkat seksi atau iklan perfume sesuai…iklan ni mmg cantik tapi tak sesuai dengan produk tudung

    0

    0
  36. donat says:

    pehal pulak aku google nama Malik Marcus keluar gambar awang hitam?

    0

    0
  37. anon says:

    bagus lofa ni muda2 dah berjaya,planning pun bagus,marketing semua lengkap..desain tudung dia pun bagus simple and elegant..tak macm sesetengah tudung yng sgt hodoh tapi mahal…..tulah orng cakap kalau berseni dan ada bakat dlm diri hasilnya pasti memberangsangkan ..bravo to lofa

    0

    0
  38. Lopak gedik says:

    Motif ko hajak sume laki ensem msok dlm iklan ko?..nmpk sgt la desprate nye lopak ni nk blaki..byk lg idea nk bg iklan ko tu nmpk lg muslimah..ni x..

    Btw, iklan ni cntk..cme jejantans n flirting tu mcm xsswai jek utk ade dlm iklan ni..yucks..

    0

    0
  39. Rakyat malaysia banyak jahil says:

    Korg yg kate video ni ok tu sbnrnya dah buta hati sbb asyik baca gosip je.bukak ceramah kat tv lgsg x.
    tujuan hijab utk mengelakkan pandangan bukan muhrim. Ni dok promote pakai tudung dia banyak lelaki tergoda. Jadah pe pakai tudung duk goda jantan. Duk tersua2 pi kt tmpt jantan ramai. Jadah pe jadah

    0

    0
  40. kecik says:

    description dekat video tu–> this syawal transform yourself from plain to glam with the latest shawls from naelofar hijab’s raya collection. well-made, exquisitely crafted and embellished with the finest swarovski crystals, ANY GIRL wearing these wonderful creations will exude confidence and grace. EVERY STEPS she makes radiates with APPEAL, CATCHING THE ATTENTION of ANYONE WHO SETS THEIR EYES ON HER.

    catching the attention of anyone who sets eyes on her. Konsep tudung tu sendiri untuk menutup segala fitnah seorang wanita. To cover the aurah. Bukan untuk TARIK PERHATIAN SETIAP MATA.

    sudahlah korang yg menidakkan ni, sume mate hati dah kene tutup dengan trend & fashion & glamour. Pegila korang dengan nafsu nafsi korang yg xpenah habis tu. Besarkanla lagi nafsu tu. Pegila cari baju raye. Sampai sesak2 jalan raye. Even puase2 pon xpe. Berjuang berhabis2an demi mendapatkan baju raye n tudung raye yg EYES CATCHING bak kate neelofa. Rebut. Rebutlah semua perhatian lelaki2 kat luar tu wahai perempuan/wanita/muslimah. Ini yang diajar oleh semua pereka2 fesyen nowadays kan..

    Lupekan jelah ramadhan dah semakin berlalu pergi tu.

    0

    0
    • anon anon says:

      Best comment today.

      0

      0
    • anny says:

      Betul awak cakap…dah lari dr konsep sebenar… mcm iklan perfume pun ada… tudung cantik, naelofa cantik, view cantik, lagu best tapi menjadi tarikan lelaki mcm iklan perfume tu je yg x cantik….

      0

      0
  41. Tok Jie says:

    hmmm..

    tak tau mana part tergediknya sebab…..confuse iklan ni pasal tudung ke, pasal kemewahan ke atau nak tunjuk lelaki wajah pan-asian.

    anyways, the tudung looks nice, but the message tak berapa nak sampai.

    keep up the effort.

    0

    0
  42. Miss Vaganza says:

    hok aloh la Nara ni..punyala haku nak tgk kot nealopa tu gedik2 sentuh2 laki tu sampai hujung x jumpa gedik tang mana.ko tau x gedik tu mcm mana nara?ko mampu x buat iklan tarap antarabangsa mcm ni?jgn nak cari salah org ja..dah rezeki dia kan.xnampak owh mana gedik nya tu

    0

    0
  43. nana nano says:

    xde gedik pun..ok je…muslimah tau..baju pun longgar..sopan je..

    0

    0
  44. miss h says:

    Setuju..tak de pun yang gedik2.. paling gedik pun time dia gigit jari tu kot waktu dok tengok persembahan tu.. Cuma, video ni macam lari konsep. Pakai tudung, nak jual tudung suppose be promote kt orang perempuan la. Kalau dia gantikan semua model2 lelaki tu dengan model2 perempuan yang terpesona tengok dia pakai tudung tu, rasanya lagi sweet. Sebab konsep bertudung, kita bertutup dan bukan nak tarik attention mana2 lelaki. Kita bukan nak dipandang.

    0

    0
  45. Ayam Afrika says:

    Maybe iklan ni sesuai dgn iklan minyak wangi atau seumpamanya..nampak lebih prestige. Tp kalau untuk tudung maybe mcm x sesuai sepenuhnya..tp sy kagum dgn keberanian yg ditonjol utk buat iklan ni.

    Tp ada unsur psikologi utk iklan ni..yela pki tudung ni leh nmpk vogue sbb org yg kaya gile pakai, pas2 leh buat laki yg hensem2 terpikat…so ia buatkan wanita nak try pki tudung ni, janji ada aura mcm dlm iklan…pas2 org akan cite “ko pakai tudung yg mcm dlm iklan 2?”..mesti kembang hidung.

    Papepun kalau iklan berunsur raya, better ada unsur2 hari raya..tp mcm x kena…still a good effort on it.

    P.S. – Yg kaum laki akan risau tgk iklan ni..sbb ppuan akan berfantasi akan berkahwin dgn laki pan asian n kaya gile kentang..sedangkan laki yg cukup agama n bertanggungjawab dah cukup.

    0

    0
  46. Joyah Pok Pek says:

    mak aikh dempak nyer kasut??? taste x boleh blah western semua..lagu pun..sewa mansion kereta mahal2..nak kata gedik tu x lah sgt tapi apa yg nak di smpaikan dlm iklan nih..rasanya kalau ak pakai tudung Lopak x der pun org suka bagai cmtu..dia minat tgk rupa paras bukan tudung atau budi bahasa..klise sgt iklan nih

    0

    0
  47. Anonymous says:

    Aku suka lah iklan dia..ala2 international gitu..hehe

    0

    0
  48. jane doe says:

    Macalister Mansion, Penang, perfect!!

    0

    0
  49. mili says:

    ok jer tang mane yg gedik nye….bile tgk iklan ni rase nk g beli je tudung macam tu..dgn tk langsung die dah galakkan org pakai tudung dan merancakkan lagi industri penjualan tudung…..daripade tukang manghentam kat sini …at least she brave enough to make a different..so sbelum komen menghentam ke ape kite tanya pada diri kita ape pencapian kite yg boleh dibanggakan…mcm abg nara ok lah buat gosip provokasi copy paste dah masuk duit iklan…yg tukang komen hentam dapat aper?kalu kate dapat pahale tak tau lah…

    0

    0
  50. Anonymous says:

    Ade scene dlm iklan tu mcm muzik video blank space..kebetulan mungkin..tp aku suke..hehe

    0

    0
  51. puteri salju says:

    Azwan Ali lagi gedik..hahahaaa

    0

    0
  52. Aku says:

    Bila mengamalkan hanya sebahagian Islam, perkara yg tidak boleh dibolehkan, tidak zuhud, populariti, itulah dunia akhir zaman. Ramai umat Islam bertopengkan hya dgn nama Allah. Jika sebenar2nya hidup hanyalah kerana Dia, pastinya lain dunia ini.

    Renung2kan dan selamat beramal, selamat berpuasa.

    0

    0
  53. SETAJAH says:

    KAMON LAH! LETS THINK POSITIVE SO POSTIVE LAH YG KITA NAMPAK IF WE THINK NEGATIVE SO KITA AKAN PANDANG IN A NEGATIVE SIDE/WAY. OK. TAKDE MASALAH LAH VIDEO NI, NEELOPA TUTUP AURAT CUMA MUNGKIN ADALAH NAMPAK SEDIKIT “GEDIK” MASA MAMAT2 MAIN MUZIK BUT OVERALL NICE LOPA! WELL DONE.

    0

    0
  54. mawar says:

    tak de salah pun dlm iklan ni..yg korang sibuk2 ckp itu ini…apa yg i paham moral of the story perempuan berhijab pun cantik..okbai

    0

    0
  55. Lisa says:

    Love..Love..Love… Mmg classic. Lagu pun best… Trus rasa nakbeli..

    0

    0
  56. nuar says:

    ok ler drpde citer pasai berzikir tapi peluk bagai tuh…

    0

    0
  57. pedot says:

    ok jaaa….

    0

    0
  58. lina says:

    tak over atau gedik pun, biaser jer, bukan ade adegan pegang tangan atau berpelukan. org yg komen gedik tu tolong buka mata besar sikit

    0

    0
  59. Elizabeth Tam says:

    Stripper shoes!!!! Hahaha!

    0

    0
  60. unefemmeestunefemme says:

    come on women of malaysia. you don’t need men’s admiration to feel and to know that you are beautiful.

    0

    0
  61. sara says:

    yg gedik nye…tudung fynn jamal…mluat aku tgk model die telentok2 ala fyn jamal…bajet manja leteww…hahah

    0

    0
  62. BOB says:

    suke tgk…xperlu nk seksi2 utk tarik perhatian lelaki…menutup aurat itu lebih indah…

    0

    0
  63. mak c kina says:

    aku rse lebih sesuai klu model yg terpesona tu wanita..baru la msj tu sampai..sbb tudung tu utk kegunaan wanita..lelaki tergoda sbb cntk bkn sbb tudung..ataupun klu nk sgt lelaki tergoda pd wanita berhijab lbh baik klu model wanita tu ramai..x pun suami hadiah kan pd isteri sempena raye ni…

    0

    0
  64. Mama says:

    Nice

    0

    0
  65. kakmona says:

    eklan ni utk market malaysia ke market eropah?? sume muke pan asian lakinye. neway tudung mmg ade yg mnarik tp eklan ni mcm terlampau klassssyy gtu la. x sweet & simple utk tudung (suke 1 eklan tudung dlm 2 ~ 3 thn lepas, eklan tudung pearl haya ke hajaba ntah, yg irma hasmie jd model dia tu. yg mata irma hasmie jd mata burung tu)

    0

    0
  66. AKu manusia says:

    Eloknya kalau lebih ramai wanita bersama2 berganding dengan Neelofa..
    cantik dia mmg anugerah.. tp lebih manis kalau dia buat video dengan all sisters.. pastu ade kan scene sket la mamat2 ensem ngorat dia.. pakaian mmg salute.. all the best Neelofa.. taste dia mmg tinggi.. :)

    0

    0
  67. mojo says:

    ttp kayu dan fake.cantik?biasa je.muka blur.

    0

    0
  68. Qaseh says:

    bertudung tp tak menutup aurat sepenuhnya. check balik duration 2:17 . Kain neelofa yg terbelah, menampakan betisnya yg gebu. jika benar2 ingin menutup aurat . jangan la tutup atas tp bawah terbuka.

    0

    0
  69. olie says:

    biase je iklan nye… kalau jalan muke tak de expresi tak de pulak org nk tengoj..haha..

    mane nak cari tudung tu..semua online out of stock…uwaaaa

    0

    0
  70. Anonymous says:

    Org nya cantek pakai tudung Rm10.00 pun nmpk cantek.

    0

    0