Ifa Raziah Sahkan Terima Gelaran Datuk : Minta Orang Ramai Tidak Pertikaikan

Hiburan

Ifa Raziah Sahkan Terima Gelaran Datuk : Minta Orang Ramai Tidak Pertikaikan

Minggu lepas, ada sumber yang mengatakan penyanyi Ifa Raziah sebenarya sudah bergelar Datuk. Namun, ada yang kurang percaya dengan berita berkenaan kerana seperti biasa jika seorang selebriti menerima anugerah tersebut, pasti ia akan diumumkan di dada akhbar.

Advertisement

Tidak mahu ada yang terus membuat andaian mereka sendiri, Ifa menerusi portal mStar Online mengakui beliau telah menerima penganugerahan tersebut secara sah daripada salah satu raja yang berada di negera Malaysia.

Ya, saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja.

Menurut Ifa, anugerah tersebut cukup bermakna buat dirinya. Walaubagaimanapun, Ifa sebenarnya tidak kisah sama ada mahu dipanggil dengan gelaran tersebut atau tidak.

Ifa buat masa ini menggunakan gelaran Datuk yang diterimanya untuk perniagaan dan urusan rasmi sahaja.

Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta. Tidak apalah kalau ada orang yang mempertikaikan gelaran itu, saya hanya tersenyum, sama ada layak atau tidak hanya pihak yang memberikan gelaran itu sahaja yang tahu. Siapalah kita untuk mempertikaikannya.

Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu.

Wah, tahniah kami ucapkan kepada Ifa Raziah atas gelaran yang diterima. Biasalah, pasti akan ada yang mempertikaikan kalau ada artis yang menerima anugerah berkenaan. Apa-apa pun, kalau sudah rezeki takkanlah hendak tolak pula?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...