Idea Shawl Cangkuk Hanis Zalikha Tiru Mirage Shawl?

Hiburan

Idea Shawl Cangkuk Hanis Zalikha Tiru Mirage Shawl?

Industri fesyen muslimah adalah satu industri yang sedang giat berkembang di negara ini dan menjadi satu fenomena. Banyak syarikat perniagaan fesyen muslimah tumbuh bagai bertih jagung dipanaskan dalam ketuhar kerana menyedari potensi perniagaan dalam bidang ini. Turut menceburkan diri dalam bidang ini ialah Hanis Zalikha dengan perniagaan Shawl yang diberi nama Cakenisâ„¢ .

 photo 12237066_1223097017706603_1747796103_n.jpg

Gambar: Instagram Hanis Zalikha

Baru-baru ini Cakenis telah memperkenalkan apa yang dikatakan oleh mereka satu inovasi pertama di Malaysia dalam fesyen Shawl muslimah iaitu shawl segera menggunakan cangkuk. Dengan cara ini, shawl boleh dipakai tanpa perlu disemat menggunakan pin, sebaliknya dicangkukkan saja.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram telah memberi komen di Instagram Cakenis mendakwa satu jenama lain telah mengeluarkan shawl cangkuk sejak 2014 iaitu Mirage Instant Pinless Shawl.

Advertisement

 photo image1.jpg  photo image2.jpg Ibu Hanis, Nani Rostam mendakwa tidak mengenali sesiapa yang membuat hijab cangkuk sebelum ini dan lambat memperkenalkan diri.  photo image3.jpg Namun begitu penguna Instagram itu mendakwa kelakar bagi Hanis Zalikha untuk mengatakan idea shawl cangkuk itu ilham dirinya kerana shawl seperti itu sudah wujud sejak 2014, dan meminta kajian dilakukan sebelum membuat pemasaran. Keseluruhan gosip dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

 photo image4.jpg

Namun begitu, ia dibalas oleh Nani dengan analogi sambal tumis.

 photo image5.jpg

Susulan dari itu, pemilik Mirage Instant Pinless Shawl telah memuat naik satu status mengenai perkara itu di akaun Instagram miliknya.


Ia dikira sebagai satu status yang pintar dari pemilik Mirage yang menganggap dia ditiru kerana rekaanya itu bagus dan menyerahkan rezekinya kepada Allah SWT.

Isu tiru-meniru di kalangan syarikat fesyen tudung muslimah bukan perkara baru. Sebelum ini, Neelofar Hijab milik Neelofa juga dituduh oleh pemilik satu jenama tudung lain meniru rekaan tudung miliknya.

Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, agak sukar untuk mempertahankan rekaan fesyen dari ditiru jika ia tidak didaftar sebagai rekaan industrial. Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung, kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar.

Anda keluarkan rekaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya tanamkan keyakinan saja, pelanggan akan tetap membeli tudung yang memiliki kualiti terbaik berdasarkan bajet mereka. Apa pendapat anda? Sumber gosip Forum Cari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...