Written by serenity | October 24th, 2011

Ada yang meminta kami kemas kini cerita tentang Ida Nerina dalam bahagian komen entri lepas. Jadi kami telah melakukan sedikit ‘intipan’ tentang apa yang sedang dilakukan oleh pelakon wanita yang berbakat itu.

Hasil carian kami ialah Ida Nerina sedang dalam persediaan untuk mementaskan sebuah teater berjudul What’ll Break You /Apocalips yang bakal berlangsung pada 3 hingga 13 November ini di Pentas 2, KLPac, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bukan itu saja, Ida akan menjadi pengarah teater ini yang membariskan pelakon-pelakon seperti Zahim Albakri, Gavin Yap, Vince Chong, Stephanie Van Driesen, Tania Khan dan Ash Nair. Teater ini diterbitkan oleh Susan Lankester dan ditulis oleh Ivan Yeo.

Menerusi blog Ida Nerina, kami dapati dia adalah penulis pojok di The Star di mana dia menceritakan tentang kehidupannya. Dia baru saja mendapatkan kerusi roda baru yang dinamakannya Jessica Rabbit. Menurut Ida, kerusi rodanya super ringan, kalis bom dan berwarna merah menyala.

Ida Nerina mungkin tidak berlakon secara aktif lagi tetapi dia kini sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang kreatif yang lain. Dia sentiasa bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang menceriakannya. Kami juga dengar cerita dia telah hadir menonton sebuah teater di ibu kota dan kelihatan ceria beberapa hari lepas.

Korang boleh mendekati hasil kerjanya dengan hadir ke teater What’ll Break You /Apocalips. Tiket boleh dibeli di laman web KLPac dan ilassotickets. Untuk berita terkini tentang Ida, ikuti beliau di blog dan Facebook. Kredit foto www.idanerina.net.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Ida Nerina Kini Mengarah Teater What’ll Break You / Apocalips

  1. saya ok jer! says:

    nara. boleh tutup blog awak. sudah semakin boring. siapa setuju. LIKE LIKE LIKE :)

    0

    0
    • Akak Nak Juga says:

      Kau ambik sibijik DISLIKE dr aku dr hati yg tulus ikhlas…. jom DISLIKE reramai sampai kena hide komen mangkuk ni…

      0

      0
    • Kehkeh says:

      Mesti kau ni pengusaha blog lain yang dengki kat Nara kan. Huhuhu. Aku rasa menten best je blog Nara kalau tak makin best.

      0

      0
      • HoNeY bEe says:

        kalau boring jgnla jenguk sini…

        mcm2 je perangai manusia ni…

        aduhai…

        0

        0
        • Selitone Cold Steve Austin 3:17 says:

          Ida Nerina ni pernah berlakon disamping Sabri Yunus dalam sebuah sitkom. aku dah lupa tajuk sitkom tu… Aku puji sangat-sangat sitkom tu kerana berjaya mengandingkan mereka berdua. Walaupun latar belakang keduanya berbeza, tetapi apabila mereka berdua berlakon, mereka amat profesional serta dapat membawa watak mereka dengan baik. Memang menarik dan amat meghiburkan. Sayangnya sitkom itu tidak lama.

          0

          0
        • Suri says:

          Dia ni sempoi..nmpk urban tp boleh je berlakon jd kampung, siap ckp Terengganu/kelantan punyer slang dlm filem apa dulu tu

          0

          0
        • anon says:

          aku suka dia time dia masuk amazing race.suka dengan sikap kesukanan, keberanian & keselambaan dia.

          0

          0
        • fikaaa says:

          suka dia berlakon. best! sgt talented. all the best for you, ida :)

          0

          0
    • minah jambu 24jam mengadap computer says:

      ape kau ni ! tknak tengok jangan baca lah bahlol ! kenape komen kau ni ada kt blog nara ni ! stupid ! bang nara jangan ban minah jambu ok minah jambu minah baik2 ok lov u bang naraaaaa

      0

      0
    • weehoo says:

      dengki nya lah manusia. kau rasa boring jgn jenguk. apa yg susah sgt.

      0

      0
  2. baju kebaya dot-dot says:

    All the best, Ida!

    0

    0
  3. tipah dangdut says:

    bestnye kerusi roda super ringan,kalis bom (???) dan kaler merah menyala ala jessica rabbit…

    0

    0
  4. Kak Nab says:

    dulu seksi nk mampos budak ida nih..siap bikini tepi pantai…sekarang? harap dapat menginsafkan kita semua….

    0

    0
  5. acha yahya says:

    eyh, saya ok jer! kalo ko x suke, ko x ya la bukak blog bang nara ni..

    yang ko sebok2 bace apehal.. aku suke jer! name pown blog hiburan artis!!

    0

    0
  6. kipaslipas says:

    inilah namanya hukum karma.. suda tersurat… mungkin apa yang terjadi menyedarkan dia ke arah yang lebih baek…mudah mudahan kekal selamanya

    0

    0
  7. borneo girl says:

    confius,dia ni da lumpuh ke?psal apa?

    0

    0
  8. hehehe says:

    rsnye dia lumpuh coz jatuh tangga ms gaduh gan x hubby dia…rsnye b4 dia jd pelakon dia nie lawyer kan…mak dia pun lawyer gak…kalo x silap lar…tp mmg seksi siap tindik lidah rsnye dia nie…dl cr idup dia ala2 barat tp skrg nie x tau lar…

    0

    0
  9. anti ida_nerina says:

    dulu mak aku n kawan2 dia penah teserempak dgn ida ni kat sebuah hotel.ngan kwn2 mat salleh dia… masa tu dia msh duk kt kerusi roda lg..punya lah berlagak…. ingat nk bgambar dgn dia la kot. leh buat muka sombong. start ari tu terus mak aku menyampah nk tgok dia kt mana2 media cetak.

    0

    0
    • Lucy Suka Selipar says:

      sombong adalah subjektif sayang.
      kalau betul pon, mintak2 dia berubah yek.

      0

      0
    • aku bukan ida nerina says:

      mak ko yg sentap terlebih. x dpt brgambo, terus boikot!
      aparah!

      0

      0
    • Apat says:

      Mak kau tu pn x beragak asal jumpa artis terus nk sakan begambar bagai mungkin dia ada meeting penting kee nk pi kacau buat apa.. skang nk men sentap2 plak

      0

      0
  10. guess says:

    rindu Ida Nerina kat Amazing race asia dulu

    0

    0
  11. rain... says:

    aik.. takkan aku sorg je yg komen…… haha… lalalala…

    0

    0
  12. yaya says:

    aq rase blog nie up 2 date ape..
    best jew,,…lau ttop msty bosan..
    hmm,blog lain cntoh oh artis..
    lg boring…ctew lame

    0

    0