Written by AbangNara | January 8th, 2015

Fuh~~ Pedas dan tajam sungguh kata-kata Awie yang ditujukan kepada isterinya, Rozana Misbun. Sementelah sijil perkahwinan mereka disahkan palsu, Awie tampil dengan kata-kata yang menzahirkan kekecewaannya terhadap apa yang telah dilakukan oleh Rozana. Tambah menarik, Awie juga turut membuat pengakuan yang harta miliknya dikikis oleh Rozana sepanjang 9 tahun perkahwinan mereka.

awie dan rozana

Bahana sijil nikah palsu pasangan suami isteri ini, ada suara yang mempertikaikan status anak-anak hasil daripada perkongsian mereka. Tampil untuk menjelaskan keadaan, Awie berkata:-

Kalau dia (Rozana) nak aibkan diri ini… saya tak kisah. Saya sudah terbiasa. Tapi jangan sentuh bab anak. Ibu apa yang sanggup mengaibkan anaknya sebegini rupa di saat mereka memerlukan kasih sayang daripada insan bergelar ibu dan bapa.

Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu. Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami.

Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami itu menipu kami. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas isterinya) . Tapi saya memang tertipu.

rozana Awie juga turut memaklumkan yang dia ingin mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sejak dari awal lagi namun telah dihalang oleh Rozana kerana tidak mahu status mereka diketahui umum. Kata Awie lagi:-

Cop sijil perkahwinan kami memang di Malaysia cuma nombor siri saja bertindan dengan pasangan kahwin lain. Jika saya tahu akan masalah ini dari awal kenapa perlu saya sorok. Bahkan sejak awal lagi saya ingin buat pengesahan dan mendaftarkan pernikahan kami.

Tetapi dia halang kerana bimbang berita berkenaan akan diketahui umum sekali gus sampai kepada pengetahuan keluarganya. Dia siap pernah minta supaya diceraikan selepas berita perkahwinan rahsia kami terbongkar di Internet menimbulkan kekecohan

awie Tambah menarik apabila Awie membongkarkan yang Rozana Misbun tidak pernah sekali pun datang melawat anak-anaknya sepanjang 6 bulan yang lalu. Tambah Awie lagi:-

Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.

Sudahlah harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk meraih simpati.

Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu jenis apa gamaknya dia ini

awie dan rozana

Nampaknya Awie pun sudah tidak mampu menahan segala apa yang disimpan selama ini di dalam dadanya. Satu demi satu pendedahan telah dilakukan oleh penyanyi rock ini. Sama-samalah kita nantikan apa yang akan berlaku selanjutnya. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

82 responses to Ibu Apa Yang Sanggup Aibkan Anaknya Sebegini Rupa, Tegur Awie Kepada Rozana Misbun

  1. kak anon says:

    sudah-sudahlah tu…. masa nak kawen sgp pergi thailand nak kawen punya pasal tanpa pengetahuan bekas isteri… dah bercerai mcm2 keluar.. tak tahan perangai la apa la.. pandai pakai pandai simpan.. ni bile dah bercerai semua nak cerita.. amik pengajaran kisah aidil-rita tu ha.. smpi bila xhabis dok jaja kisah rumah tangga.. anak2 yg jd mangsanya

    0

    0
    • ann says:

      simpan je laaa cerita rumah tangga ni..x perlu hebah sana sini. betul kata org, ms syg semuanya indah. bila dah benci semuanya___________ (isi sendiri laa)

      0

      0
      • baby AA says:

        Yg pasti Arni Nazira tersenyum lebar…. :D

        0

        0
        • Anonymous says:

          x payah lah nak nangis rozana hoi, ko dah songlap duit awie. ko bayar je lah kan? gadaikan balik handbeg2 segala barang barang yg ko beli tu. x perlu nak berlakon-lakon. citer ko songlap duit awie dah tersebar divelog-velog. ko berlakon tepi jamban rumah opah ko jer.

          0

          0
        • tok kadie says:

          apa niat kita nak kawin? kalau niat terpesong, ni lah jadinya. muhasabah la wei.

          0

          0
        • Mak jemah says:

          yg terindah nya sementara. opsss…lagu siapakah itu?

          0

          0
        • Saya Sokong Awie says:

          ingat lagi..pernah keluar cerita awie pergi “berubat” akibat terkena buatan orang. ini lah kisahnya yg sebenar. yg x tahu menahu..tolong diam please. paham2 sajalah “mainan” wanita materialistik. tertunduk dek si suami. aku percaya awie dah “sedar”. topeng kejahatan akhirnya telah ditelanjangkan…..nampak semua. amin.

          0

          0
        • ima says:

          bt pe dia senyum lebar dia pn dh ada hidup sendiri dh lama move on, mungkin ad sebb smua ni jadi skang ni Tuhan byr cash

          0

          0
        • zairin says:

          Maknanya abg awie ni sdh tersedar dr Sihir yg dikenakan?. Apa2 pun kenalah redha Qada dn Qadar. Yg penting keadaan diri sudah pulih. Stop berbalas tuduhan. Masing2 adalh kedua ibu bapa kpd ank2 mrk. Tdk perlu buka aib masing2 sbb yg malu adalh ank2 abg awie sndri. Buka cerita sihir ni nnti bila kwn2 ank2 mrk baca, kwn2 tu akan mengejek mrk yg ibu mrk ini adalh Witch. Nampk gayanya abg awie ni masih sygkn arni. Bnyk kes spt abg awie. Apa2 pun minta abg awie dekatkn diri dgn Allah swt. Move on. Smua ini pngajaran buat kita Hamba-Nya yg lemah & hina.

          0

          0
        • joey graceffa says:

          hanez suraya u better be ready la ok. nasib u pon akan jadi mcm si rozana ni nanti. Tuhan balas atas bumi jugak, bahagia atas kesengsaraan org lain (arni nazira and liyana manan)

          0

          0
        • murukuya sateri says:

          Mana penyajak bangla dengan sajak rozana tu?

          0

          0
        • Anonymous says:

          aku rasa nara dh ban pnyajak bngla tu,dlm entri smlm ade komen yg mngamuk suruh nara block..ramai yg mnyampah..aku baca pun rasa nk baling pasu kat dahi tu..x lawak lngsung..skrg pasal isu wan maimunah pulak…ramai la pulak pakat tiru..x tau sape yg mulakan..fst2 tu lawak la juga,tp ramai sgt dh yg ikut,rasa mcm taik je,mluat

          0

          0
        • Rita Ora says:

          biarlah makamah yg tentukan. kita tengok je. dah penat baca kisah retis bercerai. tuh, rita rudaini tu..sampai naik muak aku ni ha. tunggu perkembangan je. biar saluran perundangan yg menentukan. awie bersabar. jangan nampak awak tu goyah bro. halus bro….yg benar akan terpancar jua. kl bukan besar bro. tenanggggg…

          0

          0
        • Anonymous says:

          kur kur kur…

          0

          0
      • Suckka says:

        kesian awie. kerja teruk2. suami mana yg tk naik angin tiba2 duit dlm bank habis walhal bini berjoli ?….kalau aku pun sepak terajang juga depan bank. sesuai…

        0

        0
        • melati kur kur kur says:

          stim tengok awie. macho…berjambang…oh…abang awie. pinang lah aku.

          0

          0
        • mutiara says:

          tak boleh salahkan sebelah pihak.
          bukan ke sebelum ini dah ada statement yg awie sekat apa2 cara perhubungan isteri dgn anak2, yg sampai media sosial pon die sekat..lupakah?
          rozana neh pon materialistik betol..nyampah ngn pompuan cam neh.
          pastu kaki tipu.adoiii..
          tapi nampak ayat2 awie cam nyesal je cerai ngn arni nazira sekarang..’kalaulah aku tau………….’

          0

          0
      • mariam rossa says:

        next fasha- jejai siti- dato k hanez- romie memey- norman mana tahu akan terjadi mcm awie rozana nih..so simpan la sweet2 tu,nt jd mcm ni,wat malu jer..tuduh mnuduh,bgadoh mcm org skizo..diam2 dah la,anak2 tngah mmbesar tu..dgn bini pun buat mcm guni,blasah ikut sdap je,loser tahap jamban la mamat ni..x payah nk bnostalgia dgn arni,arni tu bini org dah,x pasal org kata ko gila talak

        0

        0
        • kay says:

          Gile ko ni doakan org lain yg bkn2..bkn keje kite nk doakan keruntuhan rumahtangga org lain..nape ko xnak masukkan diri ko dlm list yg ko sebutkan ni..

          0

          0
        • mariam rossa says:

          mana aku berdoa,aku kata mana tahu..x faham diam2 la..aku x masuk snarai sb aku ni kan binii ko..^•••^

          0

          0
    • ustajah pilihan yo says:

      masa ‘sedap’ xde plak bunyik…dah ‘tawar’ cmni dia punya bising hoiii canang satu dunia!!

      0

      0
      • Anonymous says:

        dah kena asap nasi kangkang…mana tak sewel si laki.
        perempuan sekarang x boleh percaya…hatilah ye.

        0

        0
        • minah jambu tk suka hipokrit says:

          kalau bini awie kasi nasi kangkang ngan awie masa jadi laki bini dulu rozana ni mesti berdosa besar kan buat laki macm tu dulu huh ! jangan kate kasi nasi kangkang ngan laki niat nk buat laki pon dh berdosa !!!!!!!!!! cian awieeeee…bersabar ye awie semoga Allah bersama mu.

          0

          0
      • Anonymous says:

        weyh klu dah pangai mcm bedebah, ko nk gak ke ingat masa sedap tu.
        sape yg bangang sgt dh mcm2 dibuat, masih xnak bunyi sbb memikirkan pepatah basi ko tu..

        0

        0
    • Anonana says:

      mrampas kbahagiaan isteri sy..poyo nya awieeeee..sume salah ko letak kat rozana..ckp bukan main hebat tokay kelab ni!!!!! arni patut bsyukur jodoh dia stakat tu dgn awie..skurg2 nya hubby dia boleh bntuk arni dari awie yg biarkan bini rambut berkarat..

      0

      0
      • Era says:

        ko pun akan jadi biul juga kalau bini kau sembur asap kemenyan kat muka ko. jangan nak tuduh org. awie pergi berubat tu sebab apa? dia dah nampak sekarang. yg mana putih yg mana hitam. kalau x tahu citer sebenar…ko senyap…

        0

        0
        • anon getel says:

          mcm la ko tahu sgt..sume tu boleh timbul fitnah ngok!!!!entah2 ko ni awie..takut nya aku..gengsterrr mai..booo

          0

          0
    • zarra says:

      Come on laaa… Cm tak perlu petik nama Arni. Dia dah cukup bahagia dah.

      Cehhh rampas kebahagian bekas isteri saya??? Phuiii la jantan.
      Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Tolong lah. Both of u aibkan anak2 bila both of o bg kenyataan balas pukul canang buruk masing2.

      Hello 9 tahun baru tahu die pompuan yang cemana???

      And now nak tanya selama ni awie lelaki yang mcm mana?
      Yang putung tunang ngn erra kawen dgn org lain kena tangkap basah? Yang kawin dekat siam tipu bini tua then ceraikan pulak bini tua? Come on lah bro! shame on u!

      0

      0
    • Anonymous says:

      Saya bernikah baru bukan untuk bercerai. Saya mahu bina satu penghidupan dan mencari keredaan kasih sayang dunia akhirat – Ayat Awie waktu baru kahwin dgn minah ni. Lepas tu wedding reception Rozana berbusana gown berkemban seperti kokesyen iteeww akhirat katanya.

      http://cholericworld.blogspot.com.au/2006/10/mari-mengata-awiepart-2.html

      0

      0
    • mami jarum says:

      Buka keaiban? Awie ni artis, bininya separa artisla. Cakap apepun orang ambil tahu. Sampai hanis zalikha nak kena lamar atas pentas gegar vaganza, orang hentam. Ni lagi kes rumah tangga. Memang kat Malaysia gemar cerita2 begini. Nasihat saya kepada Awie, kahwin baru, ramai lagi perempuan solehah dan sudi menerima awie, contohnya Erra Fazira. Sijil nikah, hak penjagaan dan nafkah – settlekan di mahkamah. Kalau rozana mampu, bagi dia, jgn banyak gaduh. Kita laki, man…, bila dah settle, ckp dengan wartawan, no komen. Tahu2 je bro, ko dah honey moon kat krabi.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Harap semua terlerai dan akan ada kesimpulannya. saya yakin awie pada pihak yg benar. sahkan dia sudah kembali aftif dgn teater dan filem. jikalau awie tau yang dia bersalah maka dia tidak akan rancang untuk giat dlm seni. Apapun saya akan terus sokong dan minat awie :)

    0

    0
    • aa says:

      hanez suraya kata dia di pihak yg benar sampai sanggup “putus” dgn romie. dia pun merancang untuk giat dlm seni balik tp kene reject. tup2 bertunang jugak. so apa kes? tak semestinya nak bergiat semula dlm seni tu, boleh menunjukkan org tu tak bersalah/tak menipu.

      ni lg satu, salahkan isteri no. 2 sbb kacau kebahagiaan isteri no. 1. lafaz qabul masa akad isteri no. 2 siapa yg buat? yg jatuhkan talak pada isteri no. 1 tu siapa yg lafaz?

      spesies yg tak nak muhasabah diri, asyik tuding jari kat orang lain.

      0

      0
      • murukuya sateri says:

        Dia muhasabah dah lah tu…..tu yang cerai
        banyak perempuan yang buat suami jadi orangbodoh ikut cakap diaorang…kampung aku pun banyak……
        tapi yang banyak lelaki semulajadi bodoh..ikut jerrr cakap bini walau makan nasi lauk kat luar….
        lagi dayus laki yang biar bini kerja..dia asyik main karom….

        0

        0
        • zairin says:

          I luv u muruku …. betul sgt2 . Main karom , dam , tak pun ?uduk berjam2 di kdi kopi sambil berdekah2 ktawa. Ada tu suami asyik sembang ktawa trbahak2 smpi tdk kira azan berkumandang tp isteri buat kerja kedai kopi tu. Nasib baik kedai tu comel jer. Depan rumah sy ni. Kesiankan istri.

          Maaf nak tnya apa maksud Murukuya Sateri tu ?. Susah benar nak sebut. Makhraj sebutan tu unik betul. Ada tajwid tak nak sebut tu.
          Hihihihi … spt bhs tamillah.

          0

          0
  3. Hannah says:

    Harap semua terlerai dan akan ada kesimpulannya. saya yakin awie pada pihak yg benar. sahkan dia sudah kembali aftif dgn teater dan filem. jikalau awie tau yang dia bersalah maka dia tidak akan rancang untuk giat dlm seni. Apapun saya akan terus sokong dan minat awie :)

    0

    0
  4. ila says:

    uweekk…muntah ijau bila baca ayat ni…
    Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya..

    menggatai sama2…sib baik arni dah bahagia la ni..

    0

    0
    • lol says:

      Rozana merampas kebahagiaan bekas isteri…
      Dulu seronok2 bersama sekarang baru menyesal lahkan…

      0

      0
    • LOLA says:

      Aku rs lah,mula2 awie nk gatal2 je..Bila dua2 dh rapat,si pmpn kukuhkan hbungan dgn “mengikat”.Lelama bila dh terkena “asap” smpi snggup jd bodoh..Itulah akibatnya bila menjebakkan diri pada wanita nie.Awie tetap salah,sama gatal.Tp Rozano ni lebih teruk,selain mrmpas kebahagian,guna2 org(klu betul),mengikis, mengebas duit,adjust muka,menipu,berpura2(belakon) tp hakikatnya hazab.

      0

      0
  5. Rose says:

    Awie..you are loser.. cer semak balik statement awie masa bcerai dgn arni.. mcmana awie pisahkan anak dgn ibu kandung.. teruk awie ni. Malanglah wife baru awie nanti.. confirm!!

    0

    0
  6. nuri says:

    elehhh awie ni…tunjuk baik kat public padahal gangster ada club lagi.. takyah la nak cari kesalahan bini ko sebab ko nak tutup kesalahan ko.yg ko tumbuk bini ko sampai lebam sana sini tapi still org anggap dia ni suci murni..takde plak stesen tv nak bann ko ye. sibuk cakap bini ko rampas kebahagiaan ko, padahal ko same naik masa tu. pastu kata kikis harta ko la, tak jenguk anak2 selama 6 bln la… phhhuuuuiiiii tu sume alasan sampah!!

    0

    0
  7. aini says:

    sdhla awie…dulu ms bercerai ngan arni mcm2 hal buruk arni diceritakan…skrg apa dh jd??? nasi dh jadi bubur…salahkn la diri sendiri dulu sblm salahkn org lain apatah lg wanita2 yg dikutuk tu adalah ibu kpda anak2 kamu…

    0

    0
  8. peah semamboo says:

    Hakkktuihhhh laa awie. Ni semua POYO!!!!.
    Masa ceraikan arni dulu mcm2 dia burukkan arni. Ni dh bcerai
    Kali ke2 pun masih anggap diri tu suci lg. Org lain sume salah.
    Terimalah hakikat kesalahan diri sendiri. Yg ko pegi kawin koboi
    kat siam tu apekejadah?

    0

    0
    • nek jebon says:

      A ah la..Aku igt lg.dia ckp arni asik beli mekap mahal2 muka mcmtu jgk.eih tak leh cayasgt dia mcmle dia sorang je betul dlm donia yg fana ini.

      0

      0
  9. Neraca says:

    Allah kn Maha Adil..cmne kita wat org..satu ari
    akn kena blik.rsa2 nye wife yg ni lg teruk kot.
    Walaupn Arni tu kira prampas tp x lah kki kikis kot.
    Yg scond lg teruk mnghbiskn duit ko spjg 9 thun.
    Pas tu pndai reka2 cite pulokk.habis lh ko Awie..

    0

    0
  10. cinta antara benua says:

    emm kifarah utk awie… renung2kan …

    amboii nuri kemain tajam komen… bff rozana kerr??

    0

    0
    • halija misebun says:

      Bkn bff rozana.rozana tu mana ada bff.sume kawan dah cau bila tau perangai jembalang dia.yg tu of cos la halijaa misebun.kakak dia yg lengan beso balak tu tp hari2 pakai sexy maut.hahaha

      0

      0
  11. cinta antara benua says:

    kifarah utk awie gituuuu….

    kemainn tajam komen ko nuri..
    bff rozana kerr??

    0

    0
  12. Anonymous says:

    walau siapa pun bekas isteri…tolonglah jgn buka aibnya.jasanya melahirkan zuriat suami tak terbalas dengan segunung intan pun.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    bila awie tak syg lagi rozana.. tak bersyukur punya isteri.. ia sudah terlambat!!

    moga awie jumpa yg lebih baik!

    0

    0
  14. Ex gf Awie says:

    Bak kata pepatah omputih “What goes around..comes around”.. Ex wife dia sekarang senyum lebar. Awie..awie..sume nye salah orang kan..?

    0

    0
  15. ibu says:

    isteri kikis harta suami, tak logik lah…anyway kasih ibu membawa ke syurga, masa mati pun nama ibu juga yg disebut untuk dibawa bersama..bukan nama engko awie

    0

    0
  16. nenek lampir says:

    Perempuan yang diburukkan tu adalah orang yang pernah die sayang. Walaupun katakanlah rozana tu betul salah tapi lelaki macam ni patut dielakkan. Hati2 cari pasangan yer.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dulu Erra dan Awie putus tunang gara2 kes Awie dgn Arni Nazira..Arni Nazira trima KARMAnya dan msuk Si Rosana dlm hdup Awie..Arni pula mngundur sbb Awie kahwin Rahsia dgn Rosana..heboh psal story Awie kutuk bekas istri dia dlu juga..skrg giliran Rosana yg kena..Apa yg btul di pihak Awie??? Sedangkan Arwah ibunya sblum mnggal brpesan pada Awie supaya jadi manusia yg berguna..kita renung2kan la..

      0

      0
  17. Anonymous says:

    dua2 salah

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Dulu kutuk arni mcm². . pemalas la.. Blik kg anak kene gigit nyamuk pon kecoh 1malaya… now ..????hmmm

    0

    0
  19. siti says:

    peringatan utk semua kaum wanita..jgn biarkan diri tertipu dgn tipu helah lelaki hidung belang.masa nk,smua indah.ble dh barai baru igt bekas isteri.klu kau lelaki yg baik sepjg tempoh perkahwinan tu insyaAllah kau blh bimbing isteri kau.poligami x salah,tp klu dh awl2 ada niat nk rahsiakan perkahwinan baik xpyh.yg merana confirm si isteri..

    0

    0
  20. Syuhadah Anuar says:

    LOL. SHUT UP WOMAN BEATER.

    0

    0
  21. kayutiga says:

    Arni rampass dr erra…rozana rampas dr arni

    0

    0
  22. dina says:

    jantan jenis apa ni tak pandai didik isteri …kahwin 2 kali dah.
    apa pun kesalahan perlu ke nak belasah isteri yg dah 3 kali gadai nyawa nak lahirkan zuriat utk ko…stupid ass hole la ko ni awie….elok pun duit ko kena kikis kalau tak ko bukak lagi nite club maksiat tu!

    0

    0
  23. jendela dan pintu menusuk ke ??? says:

    balasan ke tak, Allah je yang tahu. yang penting, kita tahu Awie salah, sebab sila buat pilihan. tapi, rozana lagi salah. pasal awie ada club ke gangster ke, tu hak awie. tak boleh nak cakap apalah. awie yang pilih business tu. yang aku tahu, (tak tahulah sahih ke tidak, aku just cakap, Wallahualam, ni cuma apa yang aku dengar),

    awie ada banyak duit dalam akaun dia hasil dia jd artis, tup tup bila nak keluarkan duit sbb awie rancang nak bukak restoran, bini dia mcm nak x nak je. rupa2 nya awie gi bank, tgk duit dlm akaun dari ratus2 ribu jd 2 ratus je. honestly, kalau iolls jd awie pun mmg i dh belasah muka rozana ni.

    apapun, hrp awie sedar and tgk balik diri sendiri. all the best awie!

    0

    0
  24. nyaknyok says:

    Apa2 hal, ko tumbuk bini ko kan awie? Tu menunjukkan ko mmg lelaki x guna. “Merampas kegembiraan bekas isteri saya” konon…. puuuiii… statement yg melayakkan ko jd juara lelaki paling gampang di Malaysia. Esok anak2 ko besar, diorang sndri yg akan menilai betapa bangangnya bapak diorang n betapa kejamnya ko buat kat mak diorang. Whatever kesalahan dia pd kau tu dh jd x de makna sbb ko pukul dia. Hanya sidayus yg gampang aje pukul bini. Sapala pompuan bodoh yg akan kawin ngan samdol hangit mcm kau ni lps ni. X sabar aku nk tgk episod kebangangan ko yg selanjutnya.

    0

    0
  25. tok selampit says:

    Amboiii , dulu bukan main lagi beritahu wartawan ,tak nak tahu berapa kali kita main ke time baru baru kahwin ngan rozana ni…. ah ko hina arni teruk truk ckp dia sengaja perangkap ko tangkap basah paksa ko kahwin ngan dia, kesian erra jadi magsa.. puikkk nye jantan tak guna… sume pompan ko salah kan lama lama 10 bini pun sume salah…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Masa nak kawin bukan main lain. Senyap2 takut orang tau. Tapi bila nak bercerai heboh satu dunia, biar semua orang ketawakan. Apa la pasangan ni. Kesah rumahtangga jangan la dihebohkan di media sosial. Kesian anak2 bila baca nanti. Sama2 bersalah. Sama2 ada kelemahan masing2. Kan lebih baik bercerai secara aman.

    0

    0
  27. erra vs arni vs rozana says:

    hahhh..awie ni hot sangat le kot…dari erra pajira yang cun melecun ko lompat ke arenii najira..pehtu lompat ke rojana..ni nanti silap2 ko lompat ke erra pajira balik,,tapi haku sukeeee…haaaa..kalo udah jodohhh kome 2..

    rojana ni kejap ak nampak lawoo..kejap ak nampak mcam sampah..aiiii..udoh2 leee awieee..ceraikan ajeeeee..

    0

    0
  28. lalalla says:

    kalau dah tau bini kau kikis duit sampai 9 tahun…kenapa br sekarang kau nak meroyan. kenapa bila dah jadi mcm ni, kau br nak kecoh satu dunia. semua lah salah bini kau..kau tu takde salahlah ye Abang Awie oiii! selamba giler cakap Rozana merampas kebahagiaan dia dgn arni…Awie ni otak letak kat kepala lutut ke apa ni?? Nampak kebodohan dia kat situ.. Arni kalau baca comment2 org kat cni mesti dia tersenyum sambil makan ice cream..hahahha :)

    0

    0
  29. anon anon says:

    Wah wah wahhh.

    Merampas kebahagian bekas isteri? wah wah wahhhhh. Perempuaaannnnnnn jugak yang salah yaaaa?

    0

    0
  30. tinot says:

    Aku pernah baca dulu masa cerai ngn arni dia ada cakap arni ni tak bertanggjwb.anak2 pun kat rumah bagi makan maggi je.kesian anak2..yg tu memang haku igt haku pernah baca statement dia kat paper.slang mcmni plak.haku rasa awie mmg gitula pwrangai dia.bile dia tak ske.semua buruk.tapibila jmpa yg lg jahat can rozana ni haa amik Kau..Baru nak sedar diri.haku rasa dulu takde masalah pun ngn arni.dia tu yg crewet Sgt.biasela dlm rumahtagga nobody perfect.yg rozana ni memang truely hazab haku tgk

    0

    0
    • asal tutup aurat jer kira muslimah says:

      ya. aku pun ingat lagi apa yg dia ckp psl arni dulu masa tgh konflik going thru the battle.

      Awie always has issues with himself, his narcissistic behavior.
      He needs to deal with it either go to a rehab, seeing a therapist or a counselor or whatever kind of helps available out there. (not by getting another woman and another woman and another woman…)
      —> don’t try to change a man or stop him from changing
      Let him deal with it himself.

      the worst part is, some women with low self-worth and low self-esteem (if they got any) attracted to this kind of man.

      The type of people we allow to be in our life tells us a lot about ourselves.

      0

      0
  31. dikcik says:

    wahhhh awie…la ni baru tau mana permata mana kaca….tu laaaa ubah laa perangai tu….bawak la bertaubat….

    0

    0
  32. Ibu says:

    rasanya erra fazira dah pernah nampak siapa awie sebelum ni tu yg tak menjadi plus wpun masa tu ada scandal dgn arni nazira, erra ni jenis berhati2 tengok caranya

    0

    0
  33. dua2 poyo says:

    pd aku dlm hal ni dua2 memg salah…masing2 nk tunjuk baik..tapi hakikatnya dua2 memg ke laut…dlu masa sayang bukan main lagi…tpi bila dh x sayang dalam kain semua nk cite kat umum…memalukan betul la…cukup la wat pengajaran tentang kes aidil n rita…enth smpi bila kesudahan nya…..

    0

    0
  34. 5078 says:

    ibu mana yang tidak sayangkan anak
    ayah mana yang tidak sayangkan anak
    buatlah yang terbaik untuk anak-anak

    0

    0
  35. sha says:

    Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya

    Yg ni aku ternganga…bahagia ka???

    0

    0
  36. isteri kepada suami says:

    mana ada suami isteri yang perfect. mesti ada buruk/kekurangan. masing2 simpan sbb dh nama pun suami isteri. bila dlm keadaan mcm ni, haruslah timbulkan semua keburukan tu. apa2 pun, perbuatan menundukkan suami menggunakan sihir adalah syirik.

    0

    0
  37. Tina says:

    Awie..redhala dengan apa yg terjadi..kerana setiap yg ada didunia adalah bersifat sementara..walaupun ditimpa bermacam2 masalah dalam kehidupan..awie banyakkan bersabar dan muhasabah diri..banyakkan meminta pada Allah swt..meminta ketenangan hati..istighfar banyak2..kalau ada rezeki lebih..pergilah mengerjakan umrah atau haji..mungkin Awie dapat ketenangan disana..mmg sakit kalau diri dilanda masalah tapi itula ujian Allah swt pada kita supaya Kita tidak lupa dan akan sentiasa mengingati DIA..saya meminati Awie..dan selaly mengikuti perkembangan Awie..Awie stay kool ya dan kurangkan rasa amarah..saya sayang Awie..

    0

    0