Ibadah Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Dengan Zabeeh

Hiburan

Ibadah Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Dengan Zabeeh

Minggu hadapan umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Selain daripada menunaikan haji, kita digalakkan untuk melakukan ibadah qurban di hari yang mulia ini. Qurban adalah satu bentuk pengorbanan dan perkongsian, lebih-lebih lagi kepada umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Abang Nara tertarik dengan perkhidmatan daripada www.zabeeh.com.my yang memudahkan rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk melakukan ibadah qurban dan juga aqiqah buat umat Islam di luar negara.

qurban zabeeh

Advertisement

Seperti yang kita tahu, umat Islam di negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Bangladesh dan Thailand tidaklah bernasib baik seperti kita. Ada yang hidup di dalam kedaifan serta kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setahun boleh kira berapa kali mereka makan makanan seperti daging lembu dan kambing. Peka dengan masalah ini, Zabeeh Services Sdn Bhd menyediakan peluang untuk kita melaksanakan ibadah qurban serta akikah luar negara dengan cara mudah, murah dan mengikut shariah bagi membantu umat-umat Islam di negara tersebut.

qurban zabeeh

Berpengalaman lebih daripada 8 tahun, antara kelebihan dan keistimewaan yang dibawakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd buat mereka yang berminat melakukan ibadah qurban luar negara ialah:

  1. Harga yang murah ( 1 bahagian lembu RM300, 1 ekor kambing RM550 & 1 ekor lembu RM2100)
  2. Tempahan boleh dilakukan secara online menerusi laman web www.zabeeh.com.my atau secara telefon
  3. Ada sijil pengesahan qurban yang dilakukan. Di dalam sijil dinyatakan tempat dan masa ibadah qurban dilakukan.
  4. Dapat memberi peluang buat umat Islam di luar negara merasai daging qurban
  5. Dapat rebut peluang membuat pahala kerana ibadah qurban di dalam Malaysia agak mahal dan terhad
qurban zabeeh

antara contoh ibadah qurban Zabeeh

Abang Nara pasti ramai yang berminat. Zabeeh Services Sdn Bhd masih membuka tempahan untuk mereka yang ingin melakukan ibadah qurban sempena Hari Raya Aidiladha ini (tarikh last ialah 22 September ini). Ada beberapa cara mudah untuk anda melakukannya. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa caranya (pilih salah satu sahaja):-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Qurban Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Qurban”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

qurban zabeeh

Senang kan? Insya Allah Abang Nara pun akan melakukan ibadah qurban ini menerusi perkhidmatan Zabeeh Services Sdn Bhd. Daripada testimonial yang Abang Nara baca di Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online, memang semua yang menggunakan khidmat mereka melahirkan rasa puas hati. Jom kita tengok beberapa gambar ketika ibadah ini dilakukan.

qurban zabeeh

qurban zabeeh

qurban zabeeh

Ibadah Qurban ini datangnya setahun sekali. Jadi rebutlah peluang ini untuk melakukannya. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...