Written by Bella | June 24th, 2015

Sebelum ini, ramai yang sudah tahu mengenai kes dimana suami kepada aktres Sharifah Shahora iaitu Raja Mukhriz telah bermain kayu tiga selepas Shahora sendiri mendedahkan perkara tersebut menerusi  media sosial miliknya. Nampaknya, pendedahan berkenaan telah memberikan seribu satu hikmah buat Shahora kerana beliau sudah berjaya memperbaiki rumah tangga mereka yang retak akibat orang ketiga.

Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini.

Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami.

Mungkin bagi orang luar, mereka nampak keburukan apabila saya dedahkan sikap buruk suami. Tetapi ia berhasil bagi saya. Jika tidak, masalah ini mungkin berlarutan tanpa kesudahan. Saya harapkan bersempena dengan berkat bulan Ramadan ini rumah tangga kami dapat kembali normal.

Tambah Shahora, pergolakan rumah tangga beliau memberikan seribu satu pengajaran buatnya dimana sebagai pasangan suami isteri, mereka seharusnya bersikap lebih terbuka dan duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang mereka sedang hadapi sebelum bertindak secara melulu.

Mungkin kami dah tua membuatkan fikiran kami lebih matang. Rasanya jika saya muda, jalan penyelesaian saya adalah berpisah. Atau mungkin melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Seperti yang kita lihat sekarang ini ramai pasangan suami isteri yang bertindak melulu sehingga membunuh kerana masalah yang timbul dalam rumah tangga.

Alhamdullilah, ini adalah satu berita yang agak baik pada bulan Ramadhan yang mulia ini, semoga Sharifah Shahora dan suami akan terus berusaha untuk mempertahakan rumah tangga mereka dan kami mendoakan agar jodoh mereka berkekalan.

Sumber Berita: mStar Online

24 responses to Hubungan Sharifah Shahora Dan Suami Semakin Pulih

  1. Anonymous says:

    Muka suami macam ni pun ada yang nak? Yucks. Kalau rupa sekadar begini, hargailah bini yang ada……syukur-syukurlah banyak2. Serious aku cakap muka kau hodoh

    0

    0
    • yaya says:

      percayelah.lelaki x hensem muke pecah rumah ni kebanyakan memang tahap gatal miang.tau kenape?sebab kebanyakan orang memang x pandang mereka so merekalah yang mengatal terhegeh suke test market dan bile ade si betine gatal yang muke hodoh jugak melayan,, si jantan akan rase diri hebat.ni kisah benar dari pengalaman aku sendiri

      0

      0
      • Lovelyvic says:

        Aku tak sangka muka laki dia mcm ni??
        Kalau stok gini bleh cari pmpn lain…
        Elok bagi je kat pmpn tu…
        Kira elok la ada org yg berselera kat laki camni..
        kasi dia… kasi dia…

        0

        0
        • amoi says:

          siyes aku nak tergelak dgn komen2 korg ni..mmg x nafikan..aku rupa paras somi si SS ni kelaut…tp masih mengatal..bodohnya jantan ni..bini lawa gitu pon ko masih nak wat perangai…cermin dulu diri tu b4 wat perangai..jgn bajet ko ensem sgt…betina yg jd skandal somi SS ni dah mcm xde jantan lain ko nak berselera…hahahahahaa

          aku rasa berdosa plak sbb terdetik gitu jgk…sdgkan tu ciptaan Allah swt..ampun ya somi SS..tp pk la ape yg kami kata ni!

          0

          0
    • Anonymous says:

      tapi hati2 ler..dah nama lelaki, pandai pujuk pandai simpan, kan ke haru tu

      0

      0
    • Tipah says:

      kan!! muka buruk mcm ni pun menggatal. aku rs betina jalang tu pun mesti stok2 muka buruk. Bgs la Shahora terima kau blk, tp Shahora kena hati2 jgn pcaya lg.

      0

      0
    • miss lollipop says:

      jawapan yang bijak shahora.. semoga suami awak sedar akan rupanya, dan bertuah dpt isteri secantik awak..

      0

      0
  2. aku says:

    MADA ADA PERKATAN SEMAKIN MEMBAIK?
    SEMAKIN BAIK LAA BELLA OIIII…

    TAK PUN BERTAMBAH BAIK….

    0

    0
  3. chillex says:

    MEMBAIK

    hmmmm.

    0

    0
  4. Mulut minta cili says:

    Hahahahaha muka HODOH tahap cipan..!!!! Weiii bersyukur la ko dpt bini CANTIK.. Ada hati nak menggatal.. Muka mcm hantu langsuir dah ha aku tengok.. hahahaha

    0

    0
  5. bb says:

    apa semakin MEMBAIK.?

    0

    0
  6. hiks says:

    inner feeling aku rasa,gosip husben ade perempuan lain tu direka cerita jek sebab nak promote drama dia kat tv3 malam. hiks

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bini dia cantik ke…biasa2 jer aku tengok…ishhh..laki muka pecah rumah…pecah tembuk pn ad jgk org nk..pompuan tu cuma nk poket tebal dia je kot..klau y lain tu mlm2 leh pejam mata atau ttp lampu…aku tengok muka laki sahora ni pn emmmmm…no komen la..

    0

    0
  8. blame yurself says:

    Jgn caya 100% sgt Shahora,tkut ade mkna lain.dh lma lki ko ngn pompuan tu,igt snang2 nk break gtu.ati2 lh ye.
    Bla aku tgk muka lki ko..sah2 pompuan tu nk duit lki ko je.tp lki ni trlbih prasan ckit..igt prsan laku lh bla ade pompuan usha.ptut nya syukur bini ko msih nk ko..klu x 20 thun mnduda tau.

    0

    0
  9. Biskut says:

    Hok oloh…ingat kan hensem sgt td smpai ada scandal. Muka gini pun ada yg nak ke? mmg takde taste langsung la scandal dia tu..

    0

    0
  10. SHIMIL says:

    Alhamdulillah..bagusla kak..masih ade jodoh lagi..saya dgn suami saya plak dlm proses nk bercerai di sebabkan org ketiga after 1 year saya fight for my marriage..tp xpela saya yakin pasti ada hikmah…jagalah rumah tangga baik2…semoga dgn apa yg dh jd menjadi pengajaran buat akak..amin…

    0

    0
    • wanna gv u a big hug ... says:

      Hai kak shimil …. ingtkn akak citer dulu tu … marriage akk da ok. Sedih giler dengar …. raser nak meleleh airmata. Akk ok tak skrng ni?. Sy raser nak tarik jer rambut pompuan tu. Klu akk shimil akak sy … sy cari pompuan langsuir tu kat umah dia. X pe kak , kat uni sy kenal ada akk tu ank berderet smbng stdy sbb dulu tak lps, masa tu dia innocent giler. Bila dia citer hal marriage mcm perfect giler. Sy bg 1 demi 1soalan almaklumlh sy terlebih bijak. Instinct sy kuat. Lps tu sy kata akk cuba buat ni. Lastly pecah tembelang. Tak guna jantn ni, dia main giler dgn seketeri dia. Akk tu ada bg ubat kuat tp dia hala kot lain bkn bini dia.

      0

      0
      • SHIMIL says:

        Dear..akak alhamdulillah okay…rse sedih tu mmg ada tp akak kuatkan semangat…thanks for the story yg best tu..akak pn harap nasib akak akan baik mcm kwn adik tu..kalo adik nk pg serang pompuan tu pn xguna sbb MIL akak da masuk campur n pompuan tu pn dlm diam da byk kali pg umah MIL akak..dorg siap bincang pasal wedding dorg lg dgn MIL akak..tp xpela…akak redha..bukan akak lemah atau bodoh..tp akak pn ade maruah..akak xnk da jd alat dorg…depan akak punye la ckp syg akak mcm anak sndiri x anggap menantu..tp belakang akak tuhan je yg tau smp MIL akak ckp dye x terima akak dlm family dye lg..apa salah akak pn akak xtau..tp xpela..akak ade family sndiri xperlu kot akak rse nk terhegeh2 lg kt dorg…akak cume harap lpsni akak blh trsenyum…

        0

        0
    • Anonymous says:

      Lps tu akk tu kata tak pelah, awk boleh madukn sy tp laki dia ceraikn dia jugak sbb kata dia pompuan sundalbolong tu tak nk madu. Rupanya dah lama buat keje. Kuarga pompuan tu punyela happy, siap kata ‘ Laki ko da suka ank mkcik.’ Masa bisns dulu fmly akk tu bnyk tolong x hubby sbb dia ank org berada, laki kocek kerin je. Dah kaya lupa smua. Kluarga akk tu baik sngt smpi kene pijak kpala. Smua perkara baik buruk ada HIKMAH. Tak smpi setahun kot akk tu dpt jodoh org bujang, Baik, muda , hndsme wlpn ank akk tu lbh 5 org sbb dia kawin muda. Lgpun akk tu cantik tall n slim. Kak shimil pun dpt jodoh yg baik2 jugak.

      0

      0
    • wanna gv u a big hug ... says:

      Kak shimil stay strong …. kay. Jage diri baik2. Kesihtn dan jiwa serta mental terutama spritual. Akk vougekn diri .. hihihihi janji tutup aurat. Dulu abg sy pun ada senget skit. Sy kata klu dia jd kwin lg jngn ngaku sy adk, biar sis in lw bawa lari ank. Padan muka abg sy. Sis bkn msian. Dia pikir balik trus x jd. Hilang ank dgn adk, dia x sanggup. Sis in law … tiptop mmg cantek pandai masak cuma kuat cemburu skit. Pompuan tu?. Mmg tak trbanding dgn SIL. Apa sbnrnya dlm otak org laki2 pun sy x tau. Terkejut bila tau Hubby akk sahora tu. Unxpctd le. Abg sy mmg hndsme pilih skandal … mak aii pompuan tu ? sy pun terkejut.

      0

      0
  11. MANGGA says:

    TTBE RASA NAK MUNTAH.. SARIPAH XYAH RISO LA.. SCARY KOT.

    0

    0
  12. mojo says:

    loya gak..wlaupun bulan pose.

    0

    0