Written by AbangNara | December 2nd, 2014

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pernah dikaitkan dengan hubungan cinta satu ketika dahulu. Namun selepas kedua-duanya menafikan, cerita mengenai mereka terus senyap. Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus yang Shaheizy Sam telah kembali kepada bekas kekasihnya, Puteri Najuwa. Sekali lagi desas-desus tersebut mati begitu sahaja. Kali ini timbul pula khabar angin yang menyatakan hubungan antara Sam dan Syatilla mekar kembali. Hmmmmm.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Desas-desus ini semakin bertiup kencang apabila Syatilla Melvin dilihat menghabiskan masa bersama ibu Sam, Khaty Fauziah. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Syatilla telah dilihat meluangkan bersama Khaty Fauziah dan beberapa lagi orang rakan. Sekiranya memang benar Sam dan Syatilla kembali menjalinkan hubungan, ini mungkin bermakna yang hubungan mereka direstui oleh si ibu.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Malah Syatilla Melvin baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaheizy Sam adalah antara lelaki paling rapat dalam hidupnya. Kata Syatilla menerusi Kosmo:-

Kami kawan rapat. Dia antara lelaki paling rapat saya. Saya tidak berani hendak cakap ya atau tidak mengenai hubungan kami. Apa-apa yang terjadi saya terima. Bagi saya, dia seorang lelaki yang mudah untuk dibawa berbincang dan ringan tulang apabila saya meminta tolong.

syatilla melvin dan shaheizy sam

Abang Nara berdoa agar desas-desus ini menjadi kenyataan. Umur Shaheizy Sam pun dah semakin meningkat. Memang sesuai benar untuk menjadi seorang suami. Lagipun Sam dan Syatilla bak pinang dibelah dua. Nampak gaya hubungan pun macam dah direstu. Semoga ada sinar penamat yang bahagia untuk kisah ini. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to Hubungan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Kembali Mekar?

  1. minah jambu tlajak habis merah says:

    dh nyampah dpt pes huh ! kalau dh rapat buat apa tunggu lama lama kawin suda laaaaaaaaaa…nk tunggu sampai putus baru nk berpikir ?

    0

    0
  2. MAKDARA says:

    cantiknya

    0

    0
  3. Munirah says:

    Sluar tu naper rupho gitu..iksss2 dah macam kena gigit tikus ja lubang2 tu..duit banyak..sluar reject juga yang ko pakai…

    0

    0
  4. rentung says:

    iya la tu…aritu nampak dorang ni coffee berdua kat GE Mall….

    0

    0
  5. piah says:

    Jangan terhengeh2 sudah…baik dengan mak kalau anak taknak pun susah…
    jadikanlah jejai dan fasha sandha sebagai precedent kes…

    0

    0
  6. manggis... says:

    Iyolah…..tu…..erkkkkkk……:?

    0

    0
  7. manggis... says:

    Iyolah……tu…..erkkkkkk……:?

    0

    0
  8. faxura says:

    KENAPA SUME GF SHAHEIZY SAM SEKSI2.
    KENAPA TAK PILIH FAZURA TAK PON AKU.
    KENAPA KENAPA KENAPA?

    0

    0
  9. meri says:

    why fazura? takda bezanya dgn dia ni pon, tolongla cadangkan yg beriman sket

    0

    0
  10. Greetings from Ohio! I’m bored at work so I decided to
    browse your website on my iphone during lunch break.
    I enjoy the info you provide here and can’t wait to take a look when I get
    home. I’m surprised at how quick your blog loaded on my cell
    phone .. I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, great blog!

    0

    0
  11. PINKY says:

    pe jadah nyelaa seluar cenggitu..x malu ke kat mak sam tu..hmm mak sam pon pk sejuta kali kot nak wat menantu hahaha

    0

    0
    • Anonymous says:

      mak sam kesah ke???tgk la anak dia bini si bong tu pakai cemana? mak borek anak rintik la uolss

      0

      0
  12. Anon says:

    e’eh fesyen seluar terbaru ke tu? nasib tak rabak kat celah tengah.

    0

    0
  13. carren says:

    sy suka dgn ppuan ne..sokong klu btl mrk bersama….

    0

    0
  14. brader says:

    kebanyakan llki mmg taste dorg ppuan yg seksi,bergaya,berketrampilan,personaliti menarik.sapa xsuka dgn sesuatu yg menarik dan cantik…

    0

    0
  15. mama aqil says:

    kesian..kurang duit..jom blikan jeans.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    cantik seluar..nanti balik rumah kang aku koyak semua seluar jeans mcm dlm gambo tu.stylo beb!fesyen rabak..hahahahaha

    0

    0
  17. Amy Dangerous says:

    Rsanya bkn psl Syatila Melvin ni nk jd mnantu tp mummy SS ni mmg peramah dan cpt mesra dgn smua org. Org mcm ni mmg ramai kwn dan ank org blh jd mcm ank dia gak. Ingt lg SS pnh ckp kt tv yg mummy dia ala YB…pntang org tgok atau snyum kt dia, msti dia tny khabar wlaupn tk knal. Tp klau mmg SS bcinta dgn SM apa slhnya.

    0

    0
  18. Anonnonn says:

    Diorang memang bercinta, daripada 2012 lg dorg couple. aku kenal si tilla tu..

    0

    0
  19. Kiki says:

    Boringgg

    0

    0
  20. […] rapat Syatilla Melvin dengan ibu Shaheizy Sam memang sudah diketahui ramai. Namun sejauh mana hubungan Syatilla dan Shaheizy, hanyalah diketahui […]

    0

    0
  21. […] rapat Syatilla Melvin dengan ibu Shaheizy Sam memang sudah diketahui ramai. Namun sejauh mana hubungan Syatilla dan Shaheizy, hanyalah diketahui […]

    0

    0
  22. […] tampil membuat penafian. Kini khabar angin itu kembali bertiup kencang, lebih-lebih lagi selepas Syatilla sering memuatnaik gambar dirinya bersama ahli keluarga Shaheizy Sam, sekaligus membayangkan kemesraan yang telah lama […]

    0

    0
  23. […] tampil membuat penafian. Kini khabar angin itu kembali bertiup kencang, lebih-lebih lagi selepas Syatilla sering memuatnaik gambar dirinya bersama ahli keluarga Shaheizy Sam, sekaligus membayangkan kemesraan yang telah lama […]

    0

    0