Written by AbangNara | August 17th, 2015

Jeng, jeng, jeng. Rasanya semua orang tahu hubungan ‘teman tapi mesra’ yang terjalin di antara Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos. Azwan Kombos satu ketika dahulu pernah mengakui ‘boleh jatuh cinta’ dengan Ezzaty tetapi enggan menganggap hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan kerana tidak mahu merosakkan persahabatan yang terjalin.. Ironinya, hubungan mereka berdua kini dilihat berantakan selepas Azwan Kombos memuatnaik gambarnya bersama seorang artis baru iaitu Natasha Charmaine Rickson.

azwan dan natasha

Azwan Kombos dan Natasha

Menariknya, gambar yang dimuatnaik oleh Azwan bersama Natasha ini adalah ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion week di mana Ezzaty Abdullah turut sama hadir. Cuma Ezzaty hadir berseorangan dan tidak ditemani oleh sesiapa. Agak pelik juga apabila Azwan Kombos tidak menemani Ezzaty tetapi hadir dengan wanita lain, sekaligus menimbulkan persoalan tentang status hubungan mereka.

ezzaty

Diminta memberi penjelasan oleh Berita Harian, Ezzaty dilihat meluahkan kata-kata kecewa dan enggan lagi dikaitkan dengan Azwan Kombos. Kata Ezzaty:-

Kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai hal ini. Kalau boleh, tak payah lagi kaitkan kami berdua. Dia (Azwan) bebas berkawan dengan sesiapa dan begitu juga saya. Bagi pihak saya, tak ada masalah antara kami. Lagipun buat masa sekarang saya sibuk dengan kerja seni. Mungkin juga dia perlukan kawan kerana saya terlalu sibuk.

Saya tak pasti sama ada wujud perempuan lain di antara kami. Mungkin juga wanita itu kawan dia. Kawan seperjuangan dia. Dia bebas berkawan macam saya cakap tadi. Saya tak tahu menahu. Saya hanya berserah pada takdir. Saya terima apa sahaja yang tertulis. Saya pernah lalui perkara sama. Saya sudah cukup kuat untuk semua ini. Mungkin ini tempoh untuk dia mengenali sesiapa dan mungkin juga saya bukan pilihan dia.

ezzaty

Azwan Kombos dan Natasha

Sebagai ulangan untuk menyegarkan ingatan anda, ini adalah kata-kata Azwan Kombos satu ketika dahulu tentang hubungannya dengan Ezzaty Abdullah:-

Macam apa yang saya pernah cakap sebelum ini, saya memang berkawan rapat dengan Ezzaty. Saya kenal dia sudah lebih daripada lima bulan. Dan saya rasa kalau untuk jatuh cinta dengannya suatu hari pun boleh. Tapi saya tak mahu rosakkan persahabatan kami disebabkan cinta. Sebab apabila sudah bercinta dan jika bukan jodoh bersama, mungkin sukar untuk kami berkawan rapat semula seperti sekarang.

ezzaty

Untuk makluman, Ezzaty satu ketika dahulu pernah putus tunang sementara Azwan Kombos dahulu pernah gagal dalam percintaan dengan Nad Zainal. Hmmmm. Nampak gayanya memang tiada jodoh antara mereka berdua. Tak apalah. Masing-masing masih muda. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Tak gitu?

P.S: Proton Saga Plus, varian terbaru Saga

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Hubungan Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos Berantakan Kerana Kehadiran Orang Ketiga?

  1. cik mek molek says:

    tahap berlakon kelaut………
    sibuk nk cite psal kesah cinta .. bye lahhhhhh

    0

    0
    • Anonymous says:

      APO MANGANG NEH..TU GAMBAR LAST SAH2 SAME2 KE FESYEN WEEK TU..APO BONDO LAH

      0

      0
      • SIAPA KAU??? says:

        Apa buruk nya nama KOMBOS ?? Sama buruk dengan nama MAEMBONG….
        Kau langsung tak famous…ramai tak kenal kau…. pedulik taik lah kisah cinta kau… bila dah menang award kerana bakat kau, kau boleh contact si Nara utk gossip kau…ok??

        0

        0
  2. hero says:

    taste dia perempuan yg macm ni ye…oooooooo

    1

    0
  3. adudu says:

    azwan kombos ni siapa. kalau masuk BN je mesti pasal gosip cintan cintun. duhh.

    0

    0
  4. pinana says:

    aku start following IG lepas kenal putus dgn NAD.. tp dia not bad lakonan..
    best jgk.. aku suka tgk

    0

    0
  5. Anonymous says:

    klu drpd ayt ezzaty ni mmg mereka berdua ada kuch kuch hota hai melainkan ezzaty bertepuk sebelah tangan. tp azwan sebelum ni prnh jg bagi hint suka dgn ezzaty. tp itulah mungkin masa tu masih tahap angau, jd semuanya indah. dah lama2 br tau perasaan tu sementara je. tak pa, masih panjang lg perjalanan. stabilkan dlu kerjaya.

    0

    0
  6. zaza says:

    azwan dulu frust menonggeng lps nad tinggalkan dia sbb mastu dia mmg btol2 serius dn masatu xda sape kenal dia so nad lah dunia dia sepenuhnya.tmpt dia bergntug sbb tu kuar kes nad tanggung mkn minum bf. skrg nama dia dh naik rasanya dia dh tk perlukan kisah cinta lg mcm dulu lg. dia cuma perlukan publisiti.

    0

    0
  7. mia says:

    kadang2 nk tergelak pulak aku bila baca komen artis suam2 kuku ni.. Kalo nk elak soalan wartawan, keluar la ayat klise saya terlalu sibuk, tak ade masa nk bercinta la..choiii sngat. Artis popular pon xde pung pang kate masing2 sibuk sngt2..

    0

    0
  8. faizah says:

    aku nampak dia dgn natasha kat klcc macam baru lps tgk wayang. ahaiiii remuk hati aku

    0

    0
  9. Clark Chris says:

    Pelakon Azwan Kombos tidak menyalahkan tindakan teman wanitanya Ezzaty Abdullah selepas aktres itu mengeluarkan kenyataan enggan dikaitkan dengannya lagi Azwan 30 menjelaskan Ezzaty berkata demikian kerana timbul salah faham dalam hubungan . HTML5 shim and Respond.

    0

    0