Written by AbangNara | April 14th, 2015

Yeah~~~ Orang-orang utara bolehlah bersiap sedia untuk merasai sendiri gegaran Hot FM Hot JAM yang bakal berlangsung di Juru Auto City, Pulau Pinang pada 18 April ini. Kali terakhir Hot FM muncul dengan konsert Hot FM Big Jam adalah pada 2012 yang bertempat di Kuala Terengganu. Setelah hampir 3 tahun menyepi, Hot FM Hot JAM muncul kembali dengan penjenamaan baharu yang lebih mantap dan segar. Tengok senarai-senarai artis yang bakal buat persembahan pun dah rasa teruja yang amat.

hot fm hot jam

Kehadiran Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Forteen, Dayang Nurfaizah bersama protegenya, Azmil dan Bunkface pasti akan membuatkan mereka yang hadir tidak senang duduk. Hot FM Hot JAM akan bermula pada jam 2 petang sehingga 7 malam akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai-penyampai radio Hot FM seperti  Fara Fauzana, AG, Ikhwan, Deen, Fizie, Haziq, Liza serta juara Projek Radio, Tun Nadia. Awesome!!!!

Kalau anda berada jauh dari Juru Auto City dan tidak mahu melepaskan peluang merasai kehangatan Hot FM Hot JAM, tak perlu risau kerana anda boleh mendengarnya menerusi siaran luar radio Hot FM. Untuk makluman, pada Februari lalu, Hot FM telah pun menyambut hari jadinya yang ke 9. Jadi bolehlah dikatakan Hot FM Hot JAM ini adalah usaha keras stesen radio ini untuk menghargai dan mendekati pendengar-pendengar mereka.

Nantikan kehangatan pecah pentas Hot Jam daripada barisan artis serta penyampai Hot FM pada 18 April 2015 di Juru Auto City, Pulau Pinang dari jam 2 petang hingga 7malam. Simpan tarikh tersbut untuk janji temu anda bersama Hot FM! Informasi lanjut dan terkini mengenai Hot Jam ini boleh didapati melalui laman media sosial rasmi iaitu hotfm976 bagi Facebook, Twitter dan Instagram. Jangan lupa layari www.hotfm.com.my untuk maklumat terkini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Hot FM Hot JAM Bakal Gegarkan Juru Auto City, Pulau Pinang 18 April Ini

  1. NALIYA says:

    benci btol aku dgr hot jammed skang nie… yg 3 owg tue. haziq,liza & deen. ntah hape2. gelak x hingat dunia! sndri wat lawak sndri gelak. kdg2 x lawak mane pun. it’s so annoying! nape am krew 3 owg dj pn aku still leh layan…?? yg blah petang siyesly skit telinga,sakit ati,sakit otak aku dengar. so nasihat aku…plz…control ur attitude wlupun jz suara jer. xyah nak jerit2 sgt n gelak tue control. nie pndngan aku.

    0

    0
  2. safiq copot says:

    pengurusan hot fm..sedar2 la stesen anda da jadi hot2 chicken shit fm..

    0

    0
  3. aini says:

    suka layan hotfm waktu pagi terutama panggilan hangit & top 5 tp bila ptg rasa cam dah x best je…

    0

    0
  4. Ibu says:

    sesiapa yg plan nak pi situ la ni musim ujan lebat angin kuat je petang2 & for sure jem nak masuk area tu

    0

    0
  5. melati says:

    Kalau terbabit gan TV3suku…memang boring…iklan byk sgt..

    0

    0
  6. Siti Anisa says:

    semoga sukses betul-betul menggegerkan.

    0

    0