Hot FM AM Krew Tawar RM50,000 Untuk Para Pendengarnya

Hiburan

Hot FM AM Krew Tawar RM50,000 Untuk Para Pendengarnya

Hot FM bakal menawarkan RM50,000 kepada pendengar stesen tersebut bermula 7 April 2014 ini melalui kempen Kunci AM Krew. Melalui ruang frekuensi Hot FM, pendengar hanya perlu menantikan isyarat panggilan yang bakal kedengaran pada waktu- waktu tertentu sepanjang hari dan sekiranya mereka adalah pendengar ke lapan (8), mereka dikehendaki menjawab satu soalan mudah daripada Hot FM AM KREW.

hot fm am krewDengan menjawab dengan tepat, satu kunci akan diberikan kepada mereka di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM50,000 nanti. Selain itu, saguhati sebanyak RM100 juga akan diberikan kepada pendengar yang berjaya menjawab dengan tepat. Namun sekiranya mereka merupakan pemanggil ke lapan di waktu bonus, selain kunci, mereka akan membawa pulang RM500.

Advertisement


Tidak tertumpu kepada tetuang udara Hot FM, kali ini kempen ini diperluaskan melalui pelbagai medium seperti laman sosial rasmi stesen itu iaitu melalui akaun Instagram, Facebook serta Twitter – @hotfm976. Bagi mereka yang aktif, mereka juga boleh mengejar rakan Hot FM Jazz Hybrid Zoomerz pada waktu-waktu tertentu. Manakala bagi mereka yang lebih suka menonton televisyen, mereka juga berpeluang memenangi kunci tersebut melalui saluran geng TV Hot FM iaitu TV3 dan TV9.

hotfm
Bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, acara kemuncak Kunci AM Krew ini bakal berlangsung pada 26 April 2014 di mana salah seorang pemegang kunci tersebut bakal membawa pulang salah satu hadiah bernilai RM50,000 dalam bentuk seperti berikut:

  • Down payment rumah
  • Deposit kereta
  • Pakej perkahwinan
  • Percutian keluarga
  • Ubah suai rumah
  • Pembayaran bil untuk setahun
  • Perbelanjaan membeli-belah
  • Dana pendidikan

Teruskan mendengar Hot FM bagi mendapatkan informasi terkini mengenai kempen ini. Pedengar juga disarankan untuk melayari laman web rasmi Hot FM bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam kempen ini. Kata KUNCInya, bersedialah menjadi pemanggil ke lapan untuk melayakkan diri menjadi pemegang kunci yang bakal menjadikan hadiah utama RM50,000 milik anda! Segalanya bermula pada 7 April ini shingga 25 April 2014.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...