Written by AbangNara | December 31st, 2014

Sepatutnya hari ini Zarina Zainuddin akan mengadakan satu sidang media untuk memperkenalkan suami dan madu yang telah berkongsi hidup dengannya selama 21 tahun. Mengikut perancangan, mereka bertiga bakal bersanding untuk menyambut ulangtahun perkahwinan masing-masing. Namun menghormati tragedi banjir dan nasib mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia, Zarina Zainuddin telah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis-majlis tersebut. Satu langkah yang amat bijak dan penuh berhemah daripada pelakon ini.

zarina zainuddin

Nampaknya para peminat terpaksalah menunggu lama sedikit untuk mengetahui identiti suami dan madu Zarina Zainuddin. Abang Nara tertarik membaca punca sebenarnya Zarina mahu memperkenalkan identiti 2 orang penting di dalam hidupnya. Rupa-rupanya ramai lelaki gatal di luar sana yang ingin mengorat dirinya. Tak boleh salahkan mereka. Zarina memang seorang ‘hot mom’. Kata Zarina:-

Dek jarang memuat naik gambar suami di laman sosial dan hanya memuat naik gambar bersama anak saja, ramai pula yang fikir bukan bukan.

Sampai satu tahap orang ingat saya sebenarnya janda. Biasalah bila tak pernah tayang suami di khalayak ramai, mulalah orang berteka teki.

Lebih teruk apabila saya yang turut bekerjaya sebagai ahli perniagaan, ada pula lelaki yang mula ambil kesempatan dan menggatal. Yalah atas dasar kerja, saya beri nombor telefon bimbit tanpa prejudis.

Saya pun sudah minta izin suami dan madu untuk mengadakan majlis berkenaan. Dulu di awalan perkahwinan biasalah kalau tak sebulu dengan madu.

Tapi sekian lama saya dan madu sudah okey. Perlahan lahan saya cuba masuk hidupnya dan begitu juga dengan madu. Alhamdulillah saya tahu kedudukan saya sebagai isteri kedua.

Kini hubungan dengan madu semakin baik termasuk keluarga masing masing

zarina zainuddin

Sama-samalah kita nantikan tarikh baru dari Zarina Zainuddin untuk majlis pengenalan suami dan madunya. Tak sabar nak menanti. Sumber Berita Harian.

P.S: Bangunan tinggi di Dubai sehingga menggapai awan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Hormati Mangsa Banjir, Zarina Zainuddin Tangguh Perkenal Suami & Madu

  1. nana says:

    Alhamdulillah..baguslah..tapi lagi bagus knalkan suami cpt tuk elak fitnah

    0
    0
    • Anonymous says:

      anak tiri kahwin, dia pun beriya buat persiapan. bagusnya dia ni. bermadu tu tak semuanye pahit kalau isteri no 2 sedar kedudukan dia.

      0
      0
      • minah jambu rambut kerinting says:

        pasal laki dia pandai ambek hati bini2 adil untok bagi2 masa nafkah dn sebagai nye syukurrrrr alhamdulillah zarina dapat laki yg baik walau pon berbini dua…lov u zarinaaaaaaaaaa..

        0
        0
  2. Anonymous says:

    Perlu ker??? AAK!!!!

    0
    0
  3. perlulah ,, nnt org banyak bunyi – kedaionlinemy.com

    0
    0
  4. mrs E says:

    Who cares ?

    0
    0
  5. Anonymous says:

    lantak ko lah…

    0
    0
  6. tehah says:

    Betul tu.. Bg mangsa banjir bertenang dulu.. Balik rumah dulu..dah okay semua baru baca pengumuman ko tu. Kesian depa nanti tak tau pulak sapa laki ko tu.

    0
    0
  7. taulamedaa says:

    madu ngan Rafidah Aziz …arwah boss AP Melayu bagitau

    0
    0
    • minah jambu rambut kerinting says:

      madu ngan rafidah aziz ?????????? biar betol ! kalau gitu cepat2 la kasi kenal n tunjok gambar laki zarina ngan rafidah aziz mesti hepeningggggggggg…. !

      0
      0
    • org says:

      biar betol. suami rafidah aziz kan dah meninggal

      0
      0
  8. malisa says:

    Ala dah google dari maklumat yg dimuat naik zarina dkt ig.kalau x silap gambar kad kahwin ke apa si zarina. Madu dia duu kalau x silap org berjawatan di dbkl.addura mkrg tu owner dia sekali dgn madu dia la. N madu dia tulang belakang sy suami dia sekarang.besar gak la company tu coz addura mkrg tu subsidiary kepada sy dikendali suami dan madu zarina.nama apa x ingat.yg pasti bkn rafidah aziz la

    0
    0
  9. Banjir Di Celah Kangkang says:

    Zarina nie dia amalkan makan ‘jamu bonda basah spesial’ ..Itu pasal zuami dia tak mampu tinggalkan dia sbb anu dia mencengkam hebat.

    0
    0
  10. bunga api says:

    yeke sbb hormati mansa banjir?bukan sbb org sibuk psl banjir,so xde masa nak tgk psl dia?takut tak dpt perhatian la tu

    0
    0
  11. anona says:

    best gak tengok dia blakon jadi mak sara ali dalam drama satu hari

    0
    0