Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.

Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.
Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.
Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.
Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.

Moga moga dia diberi hidayah dan ditunjukkan jalan yg benar…
Moga di permudahkan oleh NYA untuk ke jalan kebaikan
alhamdulillah… bagus la klu ade niat mcm tu.. moga niat tu dpt dilaksanakn.. bertambah2 la umat nabi muhamamad s.a.w…
p/s : br tau yg suara aslan dlm narnia tu gune suare dier…
menjelang akhir zaman, islam semakin berkembang.. orng yg tidak disangka2 memeluk dan mengembangkan islam tapi orng yg dah sedia islam sebok nk menjauhi islam.. subhanallah..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
Doakan abang Liam Neeson masuk islam..saya suggest nama Islamnyer ialah Mail Nordin :) aka Mail Lambong …
Tak de nama lain yg lg elok ke??
Tak bleh ker ko cadangkan nama para Nabi ker, tokoh2 ilmuan Islam ker? Sengal!
??? ????? ???….. mail nur din…. air cahaya agama….
AMIN..insyaallah.kita sama2 doakan ;D
alhamdulillah…
Alhamdulillah. dier nie yg berlakon citer taken tu kan? suke sgt cite tuh. tgk lapan kali dah..huhuhu
a’ah…semoga dipercepatkan hidayah dariNYA..insya Allah..(“,)
master qui-gon nak masuk Islam, Alhamdulillah~!!
aku pon dah lima kali layan citer tuh, aku suka cara dia berlakon
btol..suke btol stail die berlakon. Macho dan cool habis..
alhamdulillah.. favourite actorkuu.. huhu
Mari kita doa ramai-ramai supaya beliau masuk Islam. Amin…
alhamdulilah…moga diprmudahkn….
die ni ke pelakon the A team?
aah.. dy la plakonnye…
alhamdullilah.. jom mari semua berdoa..:)
Alhamdulillah…mudah-mudahan dia betul-betul akan menjadi one of us kerana ALLAH SWT. pintu hidayah dah di buka sedikit demi sedikit utk dia tu :)
moga ALLAH memberi hidayah n ketetapan iman pd mu.. dan benar2 menjadi muslim sejati..
I hope its true although most of the news from the Sun (artikel pertama mengenai ini dikeluarkan oleh Sun UK, tabloid yang kureeeeeng dipercayai…) bukan boleh pakai sangat. Walaubagaimanapun, kalau Liam masuk Islam, ALHAMDULILLAH. Moga dipermudahkan jalanNya. Aku pun harap Allah pun bagilah aku hidayah sama…
yg berlakon citer A Team tu. best giler org tua ni. alhamdulillah kalau betul dy nak convert tp klu x btol pun apa salahnya doakan dy dapat hidayah Allah.
alhamdulillah. tambah sorang umat islam :)
Alhamdulillah… Aku memang minat dengan dia ni. Lakonan baguih, muka pun hensem. Ironinya , orang Islam pula banyak yang murtad.
alhamdulillah.
mudah2an dipermudahkan.
suke aku dgr berita2 mcm ni.
:)
semoga Allah membuka pintu hati & d permudahknNya .
mmg xdinafi,ramai org2 dalam industri Hollywood yg nama2 besar dan terkenal mula nak masuk Islam.Alangkah bertuahnya mereka jika hidayah itu benar sampai ke hati.Semoga kemasukan mereka yg benar2 nak peluk islam ni bagi keinsafan pada kita,bahawasanya org yg tidak punya apa2 yg tidak tau apa2..diberi kebaikan oleh Allah dapat dilembutkan hatinya,apa tah lagi kita yang memang ISLAM..Subhanallah!
Alhamdulillah…moga2 Allah memberikan hidayahnya buat saudara Liam Neeson, moga dgn mudah terbuka hatinya untuk menerima Islam yg mulia..
apa2pun minat sgt dgn lakonan dia :)
wah..suka dgr citer camni..Alhamdulliah…
[...] Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem … Continue reading → [...]
Sgt suka dan bersyukur dgr berita ni. Liam Neeson is one of superstar actors, gred A punya. Bukan calang2 org, kaya raya lagi. Harap2 dia terus mendalami Islam dan akhirnya menjadi umat Muhammad sebelum abis umur. Semoga dapat meguatkan syiar Islam di Barat.
ya allah..sucikan hatinya..permudahkan urusannya….kentalkan hatinya dari sgale dugaan utk ke jln mu…..tiupkan roh nur ke jiwanya …kuatkanlah prinsipnya…..mudah2han org2 y bru mnjadi sbhgian keluarga islam turut kuat dlm menempuh ujian hidp dari Allah…all happen wth a reason….
alhamdullilah my favourite actor god bless you
Insyallah u’ll find the way….May Allah bless u… Do read the best seller book AHMED DEEDAT – ‘THE CHOICE’ – it will answer all ur doubt about ISLAM n do hv urself TRANSLATION AL-QURAN for reference to know ISLAM
Welcome Liam Neeson ..ALL THE BEST FOR UR SEARCHING
wah, ra’s al ghul aka musuh batman nak masuk islam?? semoga beliau mendapat hidayah dan petunjuk dariNya.. amin..