Written by serenity | February 8th, 2012

Walaupun telah meninggal dunia pada tahun 2009, populariti dan and legasi Michael Jackson cukup kuat untuk membiayai kesemua ahli keluarganya. Tetapi realitinya, ia tidak berlaku, apabila ada ahli keluarga terdekat Michael Jackson bekerja keras untuk terus hidup.


Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail, Joe Jackson, bapa Michael, ditangkap gambarnya oleh kamera CCTV sedang menjual minyak wangi murah di salah sebuah gedung membeli belah yang terletak di Las Vegas. Dia tidak berniaga di kedai mewah seperti kebanyakan selebriti, tetapi hanya di sebuah kiosk kecil di sudut yang tiada pengunjung.

Gambar-gambar yang diambil oleh TMZ menunjukkan warga emas ini hampir tertidur kerana tiada pelanggan. Ini agak ironik kerana lelaki inilah yang membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga mencapai nama besar, tetapi di penghujung usia dia hanya menjadi penjual minyak wangi murah.

Joe Jackson juga kelihatan tidak banyak muncul di khalayak semenjak kematian Michael. Dia seolah-olah memencilkan dirinya, tidak seperti ahli keluarga yang lain.

***

UJIBAKAT TERBUKA pencarian ahli-ahli baru PERMATA Seni Tari yang akan diadakan pada 11-12 Februari 2012 (Sabtu & Ahad) bermula jam 10.00 Pagi -5.00 petang bertempat di Taman Budaya JKKN W.P.K.L, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur.

Pencarian bakat anak-anak kecil PERMATA Seni Tari kini bermula. Serlahkan bakat anak anda di pentas dunia sebagai Duta Kecil Negara.Jangan lupa tarikh uji bakat pada Sabtu dan Ahad ini. Jumpa anda di sana!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to (HOLLYWOOD)Joe Jackson, Bapa Michael Jackson Kini Hanya Jual Minyak Wangi Murah

  1. winnie says:

    sedihh;(

    0

    0
  2. ngokngek says:

    bagus…xgiler glamor..

    0

    0
  3. Bobo says:

    mesti ada sebab kenapa dia diabaikan..

    0

    0
    • bebesouthpark says:

      sebab dia besarkan anak untuk anak jadi hamba dia. dia ni lah yang bertanggungjawab musnahkan childhood michael, sampaikan michael membesar jadi budak kecik terperangkap dalam bdn org besar. michael wariskan anak2 dia dkt mak (bkn bapak) dia sebab ni lah, cos dia tak percaya dah dgn bapak dia.

      so kepada mak bapak yang sibuk sangat nak paksa anak2 kecik keja kuat2 jadi pelakon penyanyi tuh, korang fikir sendiri. effect nya dekat korang dgn anak korang jugak. never rob your child of their childhood

      0

      0
  4. dia ne ada kes dulu dengan anak2 dan ahli keluarga dia yang lain. last2 terkontang kanting. sebab orang kata keluarga jackson sibuk dok kerja harta michael.

    0

    0
  5. dm says:

    dah agak dah… nara ambik cerita dari dailymail je slama ni utk citer luar negara kan? Mcm kisah si miley cyrus tu… sebijik macam dailymail, cuma translate je.

    0

    0
  6. ADE AKU KESAH...!! says:

    SEBURUK-BURUK PERANGAI MCM MANE PUN,,DY TETAP BAPA KITE,,KITA X BOLE ABAIKAN DY MCM TU,,,,KERANA DY KITA ADE DI DUNIA NI…JADIKAN IKTIBAR,,,SAYANGILA AYAH ANDA,,,

    0

    0
  7. betz says:

    Hmm, kalau yang biasa tinggal di sebelah barat ni memang tak heran cerita macam ni. Hubungan parents dengan anak-anak tu ibarat bisnes.

    Kebiasaannya, selepas umur 18 tahun, anak2 disuruh keluar rumah. Dah ada kerja atau tak, pandai2lah survive. Kalau nak tinggal di rumah juga, sila bayar sewa bilik, elektrik dan makan pandai2 cari sendiri. Lepas tu parents tak peduli sangat hidup mati anak kecuali mungkin thanksgiving and christmas jer la nak berkumpul.

    Bila dah besar, anak buat benda yang sama. Ibubapa pandai2 cari makan sendiri. Nak tinggal rumah diorang boleh tapi sila bayar sewa bilik, air dan elektrik. Makanan tak disediakan….

    Kisah benar yer, saya tak reka-reka cerita. Kita yang tengok mak dia terkontang-kanting pulak yang naik sedih. Kat sini berlambak bangunan apartment untuk orang tua-tua sahaja. Dah itu cara hidup yang diorang suka, nak buat macamana.

    Kita orang Asia dan orang Islam pandai-pandailah pilih cara mana kita nak layan anak-anak kita, dan cara mana kita nak layan mak ayah kita.

    0

    0
  8. kasut putih says:

    Mulia kerja tu, dari jadi si gelandangan yang saya rasa pemalas sebenarnya.

    0

    0
  9. Jen says:

    Yes, anak2 semua tak suka ibubapa dia org ni. Masa kecil2 The Jackson 5 tu salu jer dipaksa, sometimes kena pukul father dia org kalau tak nak buat show. Duit, harta time masa kecil2 suma bapa ambik. Sampai besar dia org benci dgn org tua ni. Apa2 pun sedih gak bila anak2 buat ibubapa mcm ni. Itu dulu maybe bila dah tua ni bapa dia org dah brubah tapi anak2 still tak maafkan kisah silam..Kesian..

    0

    0
  10. da princess says:

    kesian sgt…kakak mj spe tu, toya jackson ke hapa, bru ngk die dlm american next top model

    0

    0
  11. jkk kampung says:

    Nara, bapak michael jackson ni jual minyak wangi using Michael Jackson name. Memang business dia sendiri. Takda la hidup “melarat”

    0

    0
  12. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    biasa lah dh lumrah idopppppp bila dh tua tkda sape yg ambek peduli padahal bpak lah yg menjaga dn membuat kn anak2 menjadi kaya raya sampai tk ingat donia lagi…ha…bila dh kaya lupa daratan lupa bapak ! hanya tuhan aje yg akan membalas atas ketidak pedulian ke atas bapak pada anak2 nye ….

    0

    0