Hilang Suara Di Pagi Hari Persembahan, Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2

Hiburan

Hilang Suara Di Pagi Hari Persembahan, Faradhiya Hampir Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2

Faradhiya merupakan salah seorang peserta feveret Abang Nara dalam Gegar Vaganza 2. Tiap-tiap minggu Abang Nara memang menunggu persembahan daripadanya. Namun persembahan Faradhiya di minggu suku akhir dan separuh akhir agak mengecewakan. Buktinya, pada minggu lalu, Faradhiya mendapat tempat kedua tercorot. Rupa-rupanya Faradhiya mengalami masalah kehilangan suara yang hampir menyebabkan dia menarik diri dari Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza 2

Advertisement

Patutlah pada persembahan minggu lalu, nyanyian Faradhiya tidak selantang yang diharapkan. Part tarik pun tak tarik. Nasib baiklah Datuk Ramli MS memujuk Faradhiya dan menukar susunan lagu untuk disesuaikan dengan suara Faradhiya yang hilang. Kata Faradhiya.

Terus terang saya cakap, jika bukan kerana Datuk Ramli MS (juri tetap) yang memujuk, mungkin saya sudah menarik diri sebelum bertanding. Sebenarnya sejak persembahan minggu lalu, saya kerap batuk dan tekak terasa gatal. Saya sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk. Sehari sebelum pertandingan, suara saya semakin pulih dan saya sudah yakin boleh menyanyi dengan baik. Tetapi dugaan berlaku, pada pagi hari persembahan, suara saya hilang terus dan langsung tidak boleh menyanyi.

Demi Allah, memang saya gelabah dan mula seram sejuk kerana sehari sebelum itu, suara saya sudah pulih dan menjalani raptai seperti biasa. Saya cuba juga untuk menyanyi di rumah sebelum ke tempat latihan tetapi memang suara saya tidak mencapai nada yang ditetapkan. Pada masa itu, saya berkata pada diri sendiri, apa guna saya bertanding jika tidak mampu. Saya tidak mahu memalukan diri sendiri menyanyi dengan suara yang hilang.

Sewaktu menjalani sesi latihan terakhir kira-kira pukul 5 petang (Ahad lalu), saya sudah hilang keyakinan diri dan berasa tidak bersedia untuk bertanding. Saya ada memberitahu Ramli, jika memang tiada apa yang boleh dilakukan, lebih baik saya tarik diri sahaja. Tetapi dia menegah dan berkata akan mengubah sedikit susunan lagu mengikut kemampuan suara saya pada ketika itu. Pada mulanya saya risau lagu akan kedengaran sumbang, tetapi Ramli berkata tidak mengapa, sekurang-kurangnya orang tahu tekak saya sakit.

gegar vaganza 2

Tiada apa yang lebih menakutkan buat seorang penyanyi selain daripada kehilangan suara. Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2. Diharap suara Faradhiya akan kembali pulih seperti biasa, sekaligus dapat memberikan persembahan yang memukau. Mana tahu ada rezeki boleh bergelar juara Gegar Vaganza 2. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...