Written by AbangNara | September 8th, 2016

Nama Felixia Yeap tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu ketika dahulu Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap cukup popular dengan nama gelaran :”amoi bertudung”. Selepas memeluk Islam dan berkahwin, Felixia Yeap terus istiqamah dalam memakai tudung dan berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Sekian lama berdiam diri, Felixia tampil memberikan pendapatnya selepas kontroversi Uqasha Senrose membuka tudung dan Safiey Ilias kembali menjadi pondan.
felixia yeapSeperti yang kita ketahui, Felixia Yeap telah berhijrah dengan memakai tudung dan tidak memakai baju yang mencolok mata sebelum memeluk Islam lagi. Sebelum itu, Felixia memang cukup dikenali sebagai model tak cukup kain dan pernah menjadi model Playboy. Jadi kata-kata nasihat Felixia sememangnya boleh diterima pakai kerana dirinya sendiri pernah mengalami apa yang Uqasha dan Safiey alami. Kata Felixia:-

Benarlah bila orang berkata…hijrah itu sebenarnya mudah.
Istiqomah itu yang susah.
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.

Mengejutkan?
Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.
Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.
Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat…daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.

Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.
Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.
Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.

Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.
Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.

Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.
Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.
Tetapi itulah manusia.

Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah…bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.
Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.
Lebih baik perlahan tetapi istiqomah…daripada laju tetapi cepat mengalah.
Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah…bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.

Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.
Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.

Daripada bekas model P*****y ini.
Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.

felixia yeap

Mendalam sungguh kata-kata Felixia Yeap. Abang Nara paling suka part “berhijrah kerana Allah bukan kerana manusia”. Memang padu ayat tersebut. Kalau kita berhijrah kerana nak berbusiness, kerana dengar cakap orang, memang tak lama lah. Berhijrah kerana ingin menjadi diri sendiri lebih baik. Tak adalah dengar tohmahan orang terus rasa nak jadi pondan balik. Tak gitu? Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 responses to Hijrah Itu Mudah, Istiqamah Itu Susah – Felixia Yeap

  1. noni says:

    ok nextttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!

    1

    0
    • Anonymous says:

      Kpd sesiapa yg dah berhijrah lps tu terasa mcm diri hipokrit/letih berbuat baik, kalau tak malu kpd Allah atau masyarakat, malu lah pd golongan mualaf. Mereka tetap istiqomah berhijrah kerana mengharapkan redha ALLAH semata-mata dan bukan sebab2 lain. Kita ni yg dilahirkan beragama mcm mana pulak boleh fikir bila dah berhijrah tu hipokrit? Letih buat baik? Itu kerana hijrah yg sebab2nya mereka sendiri yg tau. Yg pasti bukan kerana penciptanya.

      0

      1
      • Boh says:

        Mualaf tu lain. Diorang peluk islam sbb hati memang nak peluk (regardless la peluk sbb nk kawin ke apa). Tu pilihan mereka. Tapi yg memang lahir terus kena register sebagai islam ni, ko ingat semua org rela ke? Kat malaysia ni takde pilihan. Lahir2 je terus kena daftar jd islam.. no choice, kena paksa. Yes, memang ada yg tak ikhlas.. itu kenyataannya. Takyah nk bengang dgn apa yg aku ckp ni dan takyah nk ceramah aku psl islam.. aku hanya ckp kenyataan senario yg tak ramai berani nk suarakan. Lagi 1, perlukan felixia yeap ni highlight yg dia tu bekas model playboy setiap kali keluarkan pape starement? Mcm bangga lak ko tu ex model playboy.. istiqamah la sgt. Sebenarnya dia ni bukan playboy bunny dlm erti kata sebenar pun… dia cuma bergambar sekali dua dgn costume bunny je… terus declare diri sebagai playboy bunny. Kalo ko nk tau sebetul2nya playboy bunny tu yg tinggal ngan hugh hefner kat playboy mansion tu kat US sana nuuuuu… kalo ko tak tinggal sana dan jd gundik hugh, ko bukan playboy bunny… ko hanya memperagakan costume bunny jerrr…. perasan si felixia nih…

        0

        0
        • teh cap boh says:

          ape ke bangang statement ko ni…mmg aku xnk ceramah ko psl agama sbb bg aku ko lg ‘bijak’ dan ‘arif’ bab2 agama ni drpd aku…klu ko mmg bijak dlm bab agama msti ko penah dgr satu hadis ni kann “setiap anak y dilahirkan adalah suci seperti kain putih,mak ayah laa y mencorak anak sama ada nk jd yahudi,nasrani,islam atau majusi”…so,klu ko islam nti bl ko ade anak jgn letak nme anak ko islam sbb ape??sbb ko xnk paksa anak ko jd islam biar die sndri tentukan agama die sndri..blh??x pyh nk azankan kat telinga ank ko nti fhm…ko islam dn ko nk anak ko jd kristian ko didik laa ank ko jd kristian..xde sape nk halang..tp kat akhirat nti ko jwb laa sndri camni kat dpn Allah..blh??

          0

          0
        • pengkaji manusia says:

          bersyukur la lahir dlm Islam. sedangkan berbilion manusia yg dulu kafir, mencari agama yg benar dan mereka bertemu Islam.

          apa yg u ckp ni mmg ada benarnya. ramai yg hnye lahir islam tapi tidak mempraktiskan amalan islam. sbb itu jiwa mereka x tenang. jln ke syurga tu mmg nmpk mmbosankan. tp if u mngaku u islam follow the rules. x mmpu buat semua, cuba semampunya sbb in the end kalo x ikut rules dan kiamat itu pasti. lu pikior la sndiri.

          dah pernah jumpa mnusia yg buka tutup aurat mcm buka tutup lmpu. bila ditegur, mereka tiada jwpn. ada yg semasa bljr di luar negara x tutup aurat. balik mlysia tutup aurat. betul sgt kata felixia tu. kalo buat sesuatu kerana mnusia x mampu kita beristiqomah.

          0

          0
  2. Anonymous says:

    biarlah kita berhijrah keranan ALLAH dan bkn MANUSIA
    klau kita berhijrah kerana manusia..memg iman akn goyah..contohnya ap y trjadi ngan uqasha n safiey…jln ke syurga dh menanti…tpi?????????mls nk komen lebih2….nti dia akn ckp kubur lain2…tpi kita sbgi umat Islam berhak menegur mereka…

    0

    0
  3. 123 says:

    Haih, selfie je kerja minah ni

    1

    0
    • Hello says:

      Dia cantik. Biarlah. Ko mampu??
      Harap2 dgn dia selalu selpi dpt promote hijab kpd yg blm berhijab tu.

      0

      1
  4. Anonymous says:

    saya kesihan dengan artis2 malaysia ni, mereka berhijrah pun sebenar nya nak PEMINAT/HATERS mereka DIAM diri dan tak menghentam mereka tentang tudung/menonjol/dll.. kalau tak ikut cakap peminat, kerjaya mereka akan terganggu. takda orang nak ambil job.

    Biar lah mereka dengan diri mereka sendiri, saya pasti mereka mempunyai otak sendiri untuk berubah. Saya tahulah menegur itu adalah perlu untuk sesama islam, tetapi biarlah teguran itu dalam nada yang lembut dan selesa. Seperti teguran ustaz kepada senrose, Tapi itu lah, orang pun masih menghentam ustaz itu juga. Kepada mereka yang selalu menghentam dan keyboard warrior tu, cermin lah diri kamu sendiri, saya tahu di INTERNET ni orang takan tahu siapa yang comment, tapi Allah tahu.

    Kesihan Artis2 tu nak SEDAP kan hati kamu wahai rakyat Malaysia, itu sudah salah, bukan untuk Allah. Seboleh2 nya biar lah mereka sendiri untuk berubah demi Allah, BUKAN untuk kamu wahai rakyat Malaysia.

    0

    0
  5. nur sanJat says:

    Muahaha. …

    0

    0
  6. Hamba ALLAH says:

    Semoga kita semua dapat taufiq dan hidayah dari ALLAH s.w.t…amiiiin YA ALLAH

    0

    1
  7. amoiKeyEl says:

    betol jgk ape yg amoi ni ckp ..tp yg ak perasan lps dia kawen..selfie nmpk tgn nmpk ank rmbut xde pon nk ‘crop’ compare cara dia selfie sblm dia kawen ..nobody is perfect ..

    0

    1
    • greenfingers says:

      Sng cite xyah duk suka selpie2 ni. Aku cukup heran ngan pompuan2 bertudung, tp dia pnya selpie mcm nk mengemis pujian. Mekap tebal, bertudung, dan selpie. Berlambak-lambak. Dh lari dr konsep asal bertudung utk tutup aurat. Klu korang yg duk ckp apa salahnya selfie, aku nk tanya satu soklan ja. Selpie smpi tersenyum ayu, selpie sambil buat muka duckface tu tujuan dia bkn nk menarik pandangan orang ka??

      0

      0
      • Saper2 je la says:

        Ape nk herannya…yg pakai purdah pn sakan selfie..caption kemain gatey…tunggu jodoh tunggu imam….bukan boleh ditegor, marah wooo ayat x mcm org berniqab…ye la ‘at least depa pakai purdah tutup aurat x pa la selfie pun’ ~ ayat pembela niqabis kaki selfie…lantak kome le chiiiooowww

        0

        0
  8. Lavender says:

    Wow! ~~ Deep! Salute!! :)

    0

    0
  9. Bondy says:

    Sudahlah moi. Lu pun tak habis2 selfie. Kejar glamer jugak

    1

    0
    • Damai says:

      HELLO, WPUN DIA SELFIE, DIA MASIH BERHIJAB TAK BUKA KAN, MULUT2 MCM GINI BUAT ORG YG INGIN HIJRAH KE ARAH KEBAIKAAN TAPI BLM CUKUP KUAT IMAN DIA AKAN JADI GOYANG, DIA ITU MUAALAF MMG BANYAK HARUS DIPELAJARI TAPI YG BORN TO BE MUSLIM SENDIRI BGM, KERANA MULUT SEPERTI BONDY LAH YG MEROSAKKAN SEMUA

      0

      0
      • Mem Besar says:

        Takyah la kamu nk sentap.. Kamu ni org gaji felixia yeap ke yg beria2 sgt nk defense dia. Org mcm kamu la merosakkan masyarakat ni.. kena brainwash sejak kecik. Kesian2. Pegi la mampos.

        0

        0
        • just my 2 cents says:

          ko ni mmg bodoh ennn…tu la kecik2 x nk mampos…da besar bodoh nak mampos…bile back up kata org gaji,,bile back up kata sepupu sepapat…ap mslh ntah…ni la org bodoh x gheti nk blaja…

          0

          0
        • Anonymous says:

          Yes my 2 cents..
          Ko pun selayaknya mampos je. Bawak sial kat dunia. Menyusahkab org ja kejenya.

          0

          0
        • Anonymous says:

          dah la tu. gi basuh pinggan kat dapur. jgn lupa buang tahi kucing k.

          0

          0
  10. Anonymous says:

    Sy ttp xsuke ayat abg nara

    1

    0
  11. patricia says:

    kalau xsebab kawin dengan lelaki islam kaya masuk islam x felicia?

    1

    0
    • Anonymous says:

      Betulllll sangat tu patricia..

      1

      0
    • kendall jenner says:

      mulut2 mcm korang nilah yg membantut istiqamah seseorang…kalau dia tak ikhlas sekalipun, apa salahnya doakan dia jd muslimah paling ikhlas dlm menyembah Allah?? bila seseorang tu nak istiqomah, kita cerca dia, hina dia, esok2 dia dh kembali ke jalan yg salah, kita hentam lagi…nak apa sebenarnya ya? yang tak istiqomah tu mmg salah, tp yang mulut mcm cilaka ni pun sama2 ada sumbangan. pelik dgn manusia yang sentiasa lihat sesuatu dr sudut yg negatif…kufur nikmat yg diberi…kalau islam, syukurlah yang kau dilahirkan islam..xperlu nk convert2 mcm felixia ni…kalau mmg bertudung litup, syukurlah yg kau diberikan keikhlasan dlm menutup aurat, doakan saudara muslimah lain seikhlas kau dlm menutup aurat…
      *nak gosip, gosip jgk, tapi jgn smpai mempertikai iman, ibadah orang, jgan hina org mcm org tu takde mak bapak, esok2 anak kau kena hina apa kau rasa?

      0

      0
    • manusia sejati says:

      tuh nama da jodoh dye….bebal,,
      ko spe nk persoal dye kawen ngn spe….marion counter kawen lelaki islam kaya jgk..ade dye tutup aurat…x jgk ennnnn ,,,pendirian memasing la bungoksss

      0

      0
  12. patricia says:

    kalau xsebab kawin dengan lelaki islam kaya awk masuk islam x felicia?

    0

    0
  13. Anakmami says:

    Choiii. Felixia pun korang nk hentam.. dia tu chinese muslim, dulu model pla*** lagi.. mmg mustahil nk berubah drastik terus dari bukan islam pakai sexy kpd muslim menutup aurat.. sekurang2 nya dia usaha menjadi baik.. boleh pulak korang nk nampak negatif dia rajin selfie tak crop gambar nampak rambut sikit tu..tak pndang mcmana dia struggle jaga iman dia, nk tutup aurat, tak balik pd agama dia sbelum nie.. aku yg islam smenjak lahir pun mengaku kdg pemakaian tak lah solehah mana.. tp kita sbrg muslim kena sokong sesama muslim..sntiasa pndg positif dan tak hukum orang..secara tak lgsg kita bantu muallaf nie bg semangat kt diorg..

    0

    0
    • Dia says:

      betul tuu….. kita@saya yg dah azali ISLAM nee pon kadang2 over dr non muslim. terasa malu sendiri lak kat minah nee. nawaitu tuu kena betul tp siapa kita tuk hukum seseorang tuu.. ALLAH tuu 1 tak 2@3… tanamkan dlm diri, setiap apa yg kita buat kerana mencari redha ALLAH… insyaallah, semoga dipermudahkan segala2 urusan kita di dunia & akhirat… aamiin

      0

      0
    • gerrrrrr says:

      apa??? pakai tudung nampak anak jari kaki comey tu??? cer sebut aurat pompuan sampai mane??? tutup elok2 la ikut suruhan

      0

      0
  14. ku says:

    cerita yg hangat diperkata,kan…tidak habis lagi ke..

    pasal uqasha dan safiey Ilias tu 2 watak yg berbeza..tetapi tetap 1 agama yg berpandukan al quran & hadith.
    mereka 2 ini boleh berfikir akan tindak tanduk yg telah mereka lakukan. mengenai uqasha pula,..shingga ada ustaz yg sudi menulis & mmberi teguran kepadanya…sedangkn ramai lgi yg seangkatan dgnnya bertudung krna org lain, krna cinta, krna gagal dlm sesuatu prkara..trnyata bukn kerana Allah mahu pun tuntutan agama. kita lihat ramai lgi yg hingga ke akhir hayatnya tdak pernah mngenakn tudung.
    Apakh kita mahu terusan mnyalahi agama..?Nauzubillahminzalik…trnyata kita yg mnzalimi diri sndri. kita sntiasa memikirkn pandangan, tomahan & cacian org..tetapi kita lupa akn Allah swt dan ibubapa kandung sndri…
    (Maaf sya bukan hndak mnjadi ustzh celup,..krna sya sndiri tdak sempurna)

    sya mngaku..dulu sya seorg yg jahil,..sejahil2nya,..tdak solat, tdak brtudung,..berpuasa,..iye sya berpuasa tetapi sekdar menahan lapar & dahaga..puasa yg sia2. kemudian bila umur semakin meningkat walaupun telah mencecah 20an..sya berfkir..utk bertudung,..then sya brtudung, tetapi tidak solat & tetap brpuasa. masih lgi terasa diri tdak betul. sya kata utk apa sya bertudung..? bila dngar ceramah agama ustaz & ustazah kata begitu & begini..sya mula terfikir akan azab yg akan ayah dan emak sya tanggung kelak. kesian mereka,kan.
    kemudian sya mula bljar solat..sedgkn umur dh tua…arrr trfkir lgi utk apa solat?
    kemudian bila sya dh bertudung, bersolat & brpuasa..jiwa itu rasa lain. sya sudah x glamer…tpi x apalh Allah itu ada.
    mngenai safiey Ilias pula,..tdak sepatutnya dia membuka pekungnya sndri. drpda dia menuju kebaikkan kemudian brpatah semula,..bila baca kata2 dia sya trfkir,..Allah masih sygkan dia..dia punyai segalanya. rasanya bukan kerana tomahan dan cacian…sebbnya masa dia muncul hritu rakyat malaysia tdak tahu siapa safiey ilias. rmai yg tdak knal. dia sndri yg cari publisiti murahan. mngkin untuk cari glamer seketika agar org mngenali dia yg bergelar jutawan muda. ntahlah…
    kita hanya mampu lihat persekitaran manusia yg ada di dunia ini.

    0

    0
  15. melati says:

    Aku tgk muka amoi ni dr dulu lagi memang muka nk kena ludah…!!!!! tetiba jew muncul, ni mesti Jualan tudung tak laku.@ nk ikut mcm Neelofa bergambor dgn Pegawai gomen pastu propa kater nk jual luar Negeri lah….memang Pokai punya org jew Promote cam tu..!!! Tgk Dato Vida @ Dati Alifff siap sponsor sanaer sini…….bukan cam Neelofa bergambar dgn Pegawai Gomen bermodal kan air liur jew pastu propa pasal nk berniaga kat Obersi lah nk serbu kilang Obersi lah..!!!! peniaga Pokai jew guna pegawai Gomen untuk propa…!!!!.wakakakaakaaa..!!

    0

    0
  16. Ai Lin says:

    sedih dgn mentaliti masyarakat kita….saya cina muslim dh hampir 37 tahun menganuti agama islam, dh sepanjang saya belajar mendalami agama islam, menjalani cara islam tidak berhenti org mengata, mempertikaikan ape yg saya lakukan…sedangkan masyarakat patut bg galakan n sokongan bkn mengata, xkira ape pekerjaan dia sblm nie…kalo masyarakat luar dh mencemuh, menghina, mengata ape perlakuan yg diajari dlm islam boleh di contohi oleh mereka yg jahil agama n ingin memperbetulkan hidup mereka… sedangkan family Buddha saya amat menghormati ape yg saya anuti n tidak pernah skali memperlekehkan agama yg saya anuti skrg… agama lain lebih fhm kenapa kita sesama agama tidak boleh membantu n memberi sokongn pd golongan ini…

    0

    0
    • Anonymous says:

      teruskan istiqomah. itu hnye ujian duniawi. tiada sesapa lps dari ujian utk mmprtingkatkan tahap sebgai mukmin. tp ade kala kita ni tergoda dgn kilauan glamer. mne lbeh seronok, clubbing atau ke majlis ilmu. bg org yg mmikirkan kmungkinan maut bila2 saja, kita x trpikir utk buat dosa.

      sering lah brcmpur dgn org yg positif, insyaaAllah kitacakan brjaya mngendalikan iman kita

      0

      0
  17. jemahlawa says:

    sumpah! aku malu sebagai muslim sejati..biar siapa pun dia yang menegur biar pun dia belum cukup sempurna utk menegur tapi aku malu kerana dia baru mengenal agama Allah setahun jagung tapi dia tetap kuat utk mempertahankan diri untuk mencari keredhaan di jalan Allah sedangkan aku yang lahir sejati sebagai muslim belum tentu kuat seperti dia..wallahualallam..

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Berhijrah kerana Allah bukan manusia and no least in Islam. Either you are in or not. Takde sebab cliché utk penyedap hati… dia tak berhijab tapi at least dia solat or dia berhijab tapi tak solat. Kau ingat kau hebat sangat nak negotiate dengan hukum Allah. Either you are in or out.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Choiii. Felixia pun korang nk hentam.. dia tu chinese muslim, dulu model pla*** lagi.. mmg mustahil nk berubah drastik terus dari bukan islam pakai sexy kpd muslim menutup aurat.. sekurang2 nya dia usaha menjadi baik.. boleh pulak korang nk nampak negatif dia rajin selfie tak crop gambar nampak rambut sikit tu..tak pndang mcmana dia struggle jaga iman dia, nk tutup aurat, tak balik pd agama dia sbelum nie.. aku yg islam smenjak lahir pun mengaku kdg pemakaian tak lah solehah mana.. tp kita sbrg muslim kena sokong sesama muslim..sntiasa pndg positif dan tak hukum orang..secara tak lgsg kita bantu muallaf nie bg semangat kt diorg..

    0

    0
  20. Hakak jemah says:

    Alahaiii, psl uqasha bukak tudung hbs semua org ko nk intebiu la pulak. Bsr sgt ke hal dia bukak tudung blk ni? Lantak dia la weh. Nk jdk hape pn. Bukannya dia xcukup akal nk pk dosa pahala pn. Kita ada mata tgkkn je. Jaga je amalan msg2. Xyh la intebiu sana sini nk komen psl isu remeh temeh ni.
    Alahaiii.. Kalau x psl berbalas2 respon psl putus cinta yg berhari2, berbalas2 intebiu psl bukak tudung pakai tudung lak!
    Blog ni mmg suke hapdet cite2 gini je kn??

    0

    0
  21. Anak melayu says:

    Betul ank mami. Felixia sndiri mgaku iman dia pn ada turun naik,kdg tudung labuh,kdg selendang, skurang2nya dia mjadikn dirinya sbagai cntoh dlm mnasihati kdua2 insan tbabit. Smoga kt smua di dlm pliharaan Allah S.W.T hendakNya. Amin..

    0

    0
  22. nia says:

    atleast UQASHA bukak tudung takde gambar2 separuh bogel ke ape . biarlah dia nk bhijab ke bukak hijab ke . yg ex BITCH ni diam2 SUDAH la mcm bagus sgt pulak . BITCH ARE ALWAYS BITCH ! cuba suami BITCH NI miskin xmana BITCH ni terima .

    0

    0
    • joyah says:

      Awk nie saya takut kena bakar je nanti…jaga mulot tu..takut awk yg rentung dalam api neraka… lahir islam tu xmenjadikan awak ahli syurga nk mnghentam orang dengan bahasa kesat

      0

      0
    • hhhjj says:

      aduhai.masa dia hamabr separuh bogel tu. dia dh islam ke?apa do masalah kau.bff uqasha ke macam mana ni.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ringan berat mulut Nia membitchkan org. FYI, masa dia playboy bunny, dia belum Islam. Uqasha sebelum berhijab pun kafir ke?

      0

      0
    • mak jemah tepi tingkap says:

      alooo nia, ko pandai guna google x. jgn kerana nk mnyokong satu pihak, kita mnghina pihak lain. no, no, no…

      situasi sperti oqasha atau safie sali punye kes pula, pd pndgn makjemah la kan, daripada dh kertu nnti dia org buat perangai elok juga lah dia habiskan skrg tapi itu pun jika izrail belum dtg mnjemput pulang laa kan.

      nk ckp bebyk pun x guna sbb iman bkn bleh diwarisi atau dijual beli. makjemah hnye doakan semua kita akan selamat di akhirat nnti so maafkan makjemah jika ada tersinggung ye

      0

      0
  23. Embun says:

    Jangan lihat dan nilai seseorang dari permulaan hidup mereka. Lihat dan nilai mcm mana akhir hidup mereka bila dijemput pulang Allah S.W.T

    0

    0
  24. nia says:

    FELIXIA was B*T*C* atleast uqasha Bukak hijab takpena ada gambar worst mcm u B**** !

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Dalam erti kata mmg dh blh nak puaskan hati manusia…

    0

    0
  26. neon says:

    Hello Nia(4.51pm). u ckp uqasha takde gambar worst. abis gambar dia bercium mulut penuh bernafsu dgn nabil tu apa kes..

    0

    0
  27. Yoep says:

    Pompuan ni memang jenis cepat sentap eh? Kat FB dia pun bukan boleh salah sikit. Pasal kucing pun dia boleh leter peminat dia berjela. Kat sini pun rajin nak back up diri ratu selfie ni

    0

    0
  28. aina says:

    ye ker suami Felixia kaya sgt ..xbaik tuduh2..biaslah malaysian..hahahaha

    0

    0