Hidup Lebih Awesome Dengan Applikasi RHB Lifestyle Privileges

Hiburan

Hidup Lebih Awesome Dengan Applikasi RHB Lifestyle Privileges

Menarik. Itu yang Abang Nara dapat simpulkan apabila memuat turun dan menggunakan applikasi RHB Lifestyle Privileges untuk beberapa hari. Applikasi yang boleh digunakan oleh pemilik smartphone Android dan iPhone teramatlah simple tetapi fungsinya memang awesome. Sekali guna confirm akan terus guna lagi dan lagi.

rhb lifestyle privileges

Advertisement

RHB Lifestyle Privileges memberikan peluang kepada penggunanya untuk mendapatkan pelbagai tawaran dan faedah. Selain itu, ia juga memudahkan pencarian lokasi cawangan bank RHB. Tak berapa faham? Meh Abang Nara terangkan 3 fungsi applikasi RHB Lifestyle Privileges:-

1. Kupon – lebih kurang sama seperti laman web berkupon, applikasi RHB Lifestyle Privileges menawarkan pengguna RHB Now pelbagai tawaran/diskaun/kupon yang menarik. Boleh beli mana tawaran yang bersesuaian menerusi applikasi ini, terus pergi ke kedai tersebut dan redeem kupon menerusi QR Code yang terdapat di dalam applikasinya. Senang kan? Tak payah print. Semuanya ada di dalam applikasi RHB Lifestyle Privileges ini.

rhb lifestyle privileges

2. Privileges – jangan confuse pulak dengan kupon kerana ia adalah 2 perkara yang berbeza. Privileges ini menunjukkan tawaran yang ada di sekeliling khas buat pengguna kad RHB. Contoh macam Abang Nara ada kat The Curve dan teringin nak tahu ada apa promosi untuk kad RHB di The Curve, Abang Nara hanya perlu keluarkan telefon bimbit, check applikasi RHB Lifestyle Privileges dan promosi-promosi berdekatan akan dipaparkan di papan skrin telefon Abang Nara.

rhb lifestyle privileges

3. Augmented Reality Locator – menggunakan kamera pada smartphone, RHB Lifestyle Privileges boleh memberitahu anda cawangan bank RHB yang berdekatan secara realtime. Cuma arahkan je kamera smartphone anda pada bangunan di sekeliling dan woila, terus tahu mana bank RHB dekat-dekat situ. AR Locator ini juga boleh digunakan sesama untuk mencari Privileges berdekatan.

rhb lifestyle privileges

Best kan? Ke ada yang tak faham lagi? Ish, ish, ish. Tak apa jangan risau. Abang Nara akan menghadiri event RHB Lifestyle Privileges di LG West, IOI City Mall (berdekatan Poh Kong) yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini (Abang Nara akan hadiri event pada hari 14 Jun). Jadi Abang Nara nak jemput korang semua untuk hadir beramai-ramai. Banyak tawaran, diskaun, kupon dan paling penting, Abang Nara akan ajar korang cara nak gunakan applikasi RHB Lifestyle Privileges ini. Buat masa ini, muat turun dulu applikasi ini di Google Play dan Apple App Store. Kita jumpa di sana nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...