Written by AbangNara | October 24th, 2017

Dipanjangkan usia untuk hidup di bumi Malaysia ini selama 34 tahun, Abang Nara boleh katakan kehidupan ini penuh dengan cabaran, dugaan dan ujian. Hidup memang tidak selalunya indah. Namun kepayahan dan kesukaran yang ditempuhi mengajar Abang Nara erti bersyukur dengan apa yang ada, melihat apa yang terjadi daripada segi positif dan bergembira dengan “every little thing in life”.

sekarang ini isteri dan anak-anak dah cukup untuk gembirakan diri ini

Abang Nara masih ingat lagi betapa gelapnya dunia ketika anak sulung Abang Nara iaitu Aariz telah didiagnosis dengan “autism” pada usia 3 tahun. Isteri Abang Nara jangan cakaplah. Tiap-tiap hari dia menangis. Sebulan dua jugaklah kami berdua bersedih. Satu malam Abang Nara terfikir “sampai bila aku nak down sedih macam nie? Aku kena buat something”. Sejak itu, Abang Nara melihat apa yang terjadi terhadap Aariz secara positif. Pergi hantar dia terapi, luangkan lebih banyak masa, banyakkan berborak dan cuba memahami apa yang dia mahukan. Sekarang ini Alhamdulillah Aariz dah dikategorikan sebagai kanak-kanak normal.

Bagi Abang Nara, pengalaman dengan Aariz ini mengajar erti dugaan dan ujian itu sebahagian daripada lumrah kehidupan. Bergantung kepada kita bagaimana untuk menempuhinya. Jangan hanya lihat apa ujian yang hadir itu dari sisi negatif sahaja. Pasti ada sisi positifnya. Bak kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Perkara paling penting perlu kita ingat ialah setiap orang mempunyai ujian dan dugaan yang berbeza-beza. Cara nak menghadapinya pun berbeza-beza. Contohnya macam video #KitaOk di atas. Ada yang meniaga air kelapa tapi tak laku sebab cuaca hujan, ada nelayan yang pulang dengan tangan kosong selepas seharian mencari rezeki, ada yang dah berpuluh tahun menjalankan perniagaan keluarga dan macam-macam lagilah. Suka Abang Nara tengok positiviti di dalam minda mereka. Cabaran-cabaran sebegini memang akan sentiasa ada, tapi kita tak perlulah terlalu memikirkannya sampai jadi stress sepanjang masa.

Untuk makluman, #KitaOK ini adalah satu inisiatif sosial media untuk menyebarkan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita sentiasa bersyukur dengan setiap perkara kecil yang terjadi dalam hidup kita. Contohnya macam dapat makan maruku di rumah jiran bersempena Deepavali, masa Gong Xi Fa Chai boleh makan limau Mandarin sampai lebam dan sebagainya. Dah banyak dah perkongsian menarik menerusi hashtag #KitaOK yang boleh dibaca di laman sosial. Tengah trending sekarang nie!!

Bila baca balik apa yang dikongsikan menerusi #hastag ini, sesungguhnya Abang Nara bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Terlalu banyak benda-benda best ada di Malaysia ini. Cuma biasalah kadangkala kita “take things for granted”. Tutup sebelah mata dan tak sedar ia sebenarnya adalah satu nikmat yang perlu kita syukuri. Tak gitu? Apa pula kisah hidup anda? Kongsikan di laman sosial dengan hashtag #KitaOK dan jangan lupa layari www.kitaok.com.



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Hidup Ini Tak Selalunya Indah, Ujian & Cabaran Yang Hadir Mengajar Kita Erti Kesyukuran #KitaOK

  1. ketam batu says:

    Betulkah autism boleh jadi normal?

    4

    0
    • Anonymous says:

      Brgantung jgk pd tahap ringan atau beratnya % autism yg dihidapi..yg penting terapi.. asuhan. sokongan..ketelitian n kesabaran yg cukup padu /tinggi..nk 100% normal mmg ada keajaiban dr yg maha ESA..

      9

      0
    • Anonymous says:

      Rare case tapi mild autism boleh pulih.
      Manakala severe autism boleh kurangkan tetapi tidak pulih sepenuhnya. Terapi menjangkau RM3K sebulan dengan pakar di hospital swasta. Manakala terapi oleh hospital kerajaan ada tetapi jarak antara satu temujanji ke temujanji yang lain agak jauh.

      Apa pun TAHNIAH ABANG NARA. You, your wife and your family are very vey strong and deserve recognition for not giving up.

      Please write more on live stories to balance your gossip column with mere gossip. I believe netizens want to know more about you.

      14

      0
    • AbangNara says:

      yes bergantung pada tahap keseriusan autisme. anak abang nara mild tapi tahap tinggi sikit. nasib baik dapat kesan awal. so buat terapi apa sepatutnya alhamdulillah skang dah mild yang bawah. doc pun kata tak perlu jumpa diorang dah.

      11

      0
      • ash says:

        Nara
        anak 1st & 2nd u sebaya anak sy
        cuma sy belum berani utk yg ketiga hehehe
        Congrats!!!
        Alhamdulillah dua2 anak sy pass autism test tu,
        sy nk tahu mcmane keadaan Aariz sebelum dikesan autism
        maksud nye mmg both of u x perasan ke atau x tahu?
        boleh share?

        2

        0
  2. noreen says:

    autism is a long life development disability there is no cure but you can help them to live a normal life.

    5

    0
    • AbangNara says:

      yup betul. dapat normal life dah kira ok dah. teringat dulu awal-awal masuk tempat bising sikit pun dah menangis tak berhenti.

      6

      0
  3. Ros says:

    Yup, kami OK. Sebab kami dah mula tidak harapkan government. Sebab mereka tak boleh diharap dah. Bumi malaysia dah tergadai ke China. Cina penipu dalam negara x balik kg, orang kg dia dok mai.

    3

    2
    • ohyeah.. says:

      aku masih lagi berharap kpd kerajaan sebab bila sakit pening aku g hospital kerajaan. murah jer weh! aku pun OK sebab aku belanja ikut kemampuan. aku masih OK sebab aku tak mahu jual atau gadai tanah aku kat sapa2 pun..

      5

      0
    • wekkkkkkk says:

      baru 1 negeri di di tawan dh 3 dekat, tapi isu cerun runtuh di kawasan pembinaan rumah dh di “SPIN”..salahkan kerajaan Pusat pulak..Kerajaan Negeri yg skrg, x layak jdi Kerajaan Persekutuan/Pusat akan dtg…baru maslaah ini, dh pening dh x leh selesai…asik2 nk siasat…asik2 nk siasat. Org dh byk mati, nk siasat ketinggian & keadaan tnh pulak…puuiiiiiiiiiiiiii.

      0

      2
  4. apple hijau says:

    Sy sentiasa OK #kitaok walaupun sentiasa diuji dgn brbagai penyakit kronik..trakhir ini sy ada batu karang yg dh besar dlm 3cm dlm kidney kiri..sakit jgn citer x trkata…bila dia mengepit dipangkal pelvic..tgh wait rwtn selnjutnya di spital..alternatif sy minum herba & biji barley..tapi sy happy & brsyukur kerana setiap ujian itu nikmat kehidupan didunia..dgn sakit juga sy sentiasa dkt dgn yg maha pencipta..amiin..

    4

    0
  5. bininara says:

    aku rasa yang cacat nara ni bukan nya anak dia. Otak dia biul and ini semua allah turunkan bala cos he got a blog yang menjatuhkan maruah orang, mengaibkan orang…baru ada akai. hang pi repair gigi hang lah nara………………padan nuka hang ameeen…

    0

    12
    • gudang petai says:

      @ bininara
      jangan suka padankan muka orang. dan jgn suka2 jadi spokeperson utk Allah..mana kau tau ni bala dari Allah? jgn nasib sama balik pada kau atau keturunan kau sudahlah. Autisme skrg sesuatu yg rampant. jangan terkejut kalau anak kau terkene.
      abg nara, ini hikmah dri Allah. jagalah anak syurga tu.

      2

      0
  6. wekkkkkkk says:

    org kutuk kita, org bangkang kita, org fitnah kita di belakang atau di blog Nara ni dgn kutukan ayat TAK MANIS, kita OK je dan TAK BALAS DGN KATA2 KUANG AJAR, kita masih OK. Tapi bila org amek laki kita ke, curi wang kita ke, ketuk kita ke, kutuk bangsa kita ke, kutuk agama kita ke, kidnap anak ke, rogol anak ke, ..ha yg ini x OK…mesti amek tindakan.

    1

    0
  7. Anonymous says:

    hi nara ta da news on fazura n fatta ka saya hairan bila beli buku kat book store ta da kisah fazura n fatta amin yg lain lain artis semua da kluar edisi masing msing na cari EH kluaran august kat brunei pon ta ada yg lain sept oct semua ada…..pls post more news on faz tq.

    0

    2
    • Anonymous says:

      Apa ni orang tengah cakap congrats kat abang nara. U boleh tukar topik. Respect lah ceria abang nara ni dan anak dia. Bukannya hari2 pun. Huhu

      1

      0

Leave a Comment

Optional