Written by AbangNara | October 7th, 2014

Ya bukan semua wanita boleh menerima kenyataan yang dirinya dimadukan, Jika ia berlaku terhadap anda, itu adalah ujian yang amat besar. Rumah tangga Erma Fatima dan Bade sebelum ini didakwa umpama retak menanti belah apabila suaminya itu berkahwin lagi, namun ternyata itu semua adalah dakwaan palsu semata-mata. Buktinya Erma telah berkongsi gambar dirinya menyambut Hari Raya Haji bersama madunya itu baru-baru ini.

erma fatima dan madu
Untuk anda yang tidak tahu, madu Erma Fatima ini bernama Aida. Aida telah berkahwin dengan Bade sekitar bulan Mei yang lalu. Apa pun, Abang Nara terharu membaca kata-kata Erma Fatima mengenai kehidupan bermadu. Sesungguhnya kalau kita mengambil semua perkara daripada sudut yang positif, pasti akan ada hikmahnya. Kata Erma menerusi Berita Harian:-

Tiada sebab untuk saya bermusuh dengan dia (Aida). Hidup di dunia ini pun sementara saja. Saya berkahwin dengan suami sudah 24 tahun. Andai dia pilih untuk kahwin lain, maknanya dia inginkan kebahagiaan. Saya pun nak tengok dia bahagia.

Kalau cara itu (berkahwin lain) yang mampu saya buat untuk membahagiakan dia, saya reda. Poligami ini mungkin juga satu tugasan dari Tuhan untuk ajar saya jadi ikhlas. Dan ternyata saya sedang melalui ujian itu.

Saya tak peduli. Tiada cinta yang kekal pun di dunia ini. Kenapa saya perlu berperang dan bermusuh hanya untuk berebut cinta. Bagi saya, cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian. Namun kita tetap bertahan meneruskan kehidupan.

Lihat saja contoh, cerita Romeo dan Juliet, Laila Majnun atau Uda dan Dara. Semua cinta yang dipapar hancur di tengah jalan. Tapi itu juga cerita cinta agung yang dibanggakan seluruh pelusuk dunia. Mungkin saya boleh dapat apa saja yang dimahukan di dunia ini tapi bukan cinta.

Kami berdua dalam proses kenal mengenal. Dia cuba menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru. Ia bukan perkara mudah dan dia sanggup lakukannya. Itu juga bererti dia benar-benar cintakan suami saya.

Dalam erti kata lain, hidup bermadu ini ujian hebat buat saya dan dia (Aida). Saya sendiri tidak kejar bahagia tapi nak sangat mencari erti sebenar keikhlasan. Saya mahu ikhlas menerima dia sebagai adik demi kebahagiaan mereka.

erma fatima dan madu

Rasa nak menitik air mata membaca kata-kata penuh puitis daripada Erma Fatima ini. Sesungguhnya kebahagiaan itu perlu dicari, bukannya dinanti. Hidup bermadu bukan mudah, namun terpulang pada kita untuk menambahkan lagi kesusahan tersebut atau berusaha untuk menjadikan ia lebih senang sedikit. Respek Abang Nara pada Erma. Semoga mereka sekeluarga terus bahagia. Sama-samalah kita doakan.

[flowplayer id=”29791″]

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Hidup Bermadu Ujian Hebat Buat Saya Dan Aida – Erma Fatima

  1. […] Untuk anda yang tidak tahu, madu Erma Fatima ini bernama Aida. Aida telah berkahwin dengan Bade sekitar bulan Mei yang lalu. Apa pun, Abang Nara terharu membaca …read more […]

    0

    0
    • Tina says:

      ye la, ko kawin dah lama. naluri seks kau dah tak sehangat dulu.
      akak paham, suami jadi sebagai soul mate je. you love him but not in love with him.
      cuba laki kau nak nikah lain waktu ko muda2 dulu…rasanya x kot.
      whatever la, bukan aku yg nk duduk sebungbung ngan ko.

      0

      0
      • Mawar Hitam says:

        Saya adalah seorang isteri kedua.

        Kami baru setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung anak sulong kami beberapa bulan. Saya sudah tidak tahan hidup bermadu. Saya selalu ditinggalkan keseorangan. Sehingga saya sering menyalahkan diri sendiri kerana berkahwin dengan suami dahulu tanpa berfikir panjang. Untuk pengetahuan, perkahwinan kami direstui oleh ibu-bapa saya dan kenduri diadakan secara besar-besaran seperti org lain. Tapi saya tidak bahagia kerana sering ditinggalkan sendirian. Suami memang menjalankan sistem giliran yg betul tapi desakan hati tidak sanggup lagi hidup begini. Saya selalu menangis sendirian dan sering terlintas dalam fikiran untuk bercerai. Patutkah saya memohon cerai ? Tolong nasihatkan saya…sesungguhnya saya telah melakukan sembahayang dan membaca Quran supaya Allah beri petunjuk pada saya. Tapi hati saya sering tewas dengan keadaan ini. Bantu lah saya ustaz. Apa yang harus saya lakukan ?

        Pembaca, lelaki dan wanita, silalah bantu jawabkan….

        0

        0
        • kak gajah says:

          kalau suami tu mampu berlaku adil, kenapa nak mintak cerai? syukurlah ko ada rezeki dpt kawen, walaupun hidup poligami. at least ada suami dan zuriat.. takdelaa tua nanti hidup sorang-sorang.

          0

          0
      • NGO Pernikahan says:

        kureng bersetuju dgn si erma. kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip, cinta agung atau dugaab tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat. ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum adam. mahu jadi iklas itu bagus tapi pada realiti nya, para suami banyak yg cicir menjalankan tanggungjawab. good luck anyway.

        0

        0
      • Rooney says:

        kalau aku jadi laki dia, aku pun kawin lain juga weh. muka erma ni monyok je. tengok pun tak stim. next? hahahaha

        0

        0
        • Ko Ghaser? says:

          buat mcm bekas bini ni datuk kay…..dpt yg lain lagi kaya dan loaded.
          cam tu la perempuan bijak. ikhlas? org yg betul2 nk cari iklas releks je. x yah nk pung pang pung pang dlm media. terpulang…

          0

          0
        • Anonymous says:

          rooney gay boleh kawen banyak tak??? ko takut bermadu ngan laki lain x??

          0

          0
    • Olga says:

      x payah nk iklas sangat la haih. kau pun dah nak jadi nenek x lama lagi. lain la kami yg muda mudi…saham masih tinggi. ini pesanan utk bakal2 isteri yg dah kena reject laki. terpaksa telan….

      0

      0
    • Mak Andam Terlampau says:

      tak lawa…kena la kekal dlm perkahwinan khen?
      cuba lawa…dah lama cari mat salleh cam nurul wahab dan ajai.
      korang ghase?

      0

      0
      • hahahaha..adoiiii… sapa tgk drama slot pukul 7 mlm yg sama aje cerita ‘kawin tanpa cinta’.. dah elok2 , isteri asshole yg keras dan amat membenci suami dah semakin lembut dan menerima suami, mak si suami pulak boleh cadangkan pada watak gadis yg menaruh perasaan pada anaknya si suami agar duduk menumpang di rumah anaknya itu. Sedangkan selama ni dia selalu nasihatkan gadis tu agar lupakan anaknya kerana mereka tak ada jodoh. Kalau betul2, tak mungkin mak si suami tu ‘menyiram minyak pada api’ sbb dia tahu sgt perasaan gadis tu pada anaknya.Nampak sgt penulis dgn idea 20 sen utk memanjangkan cerita… Hahahahahaha! Sedih aku penulisan cerita tempatan…

        0

        0
      • yuyu says:

        sape kate? ade je yang lawa tu dah menjanda x kawen2..ade jgk yg menjanda x lawa tp cepat je kawen balik..hahaha jgn le bias sgt pd paras rupe nok. Jodoh tu Allah yg tentukan. Kawan aku ramai je x brapa nk lawa tp kawen dah semua ada anak bahagia je hidop. Yg lawa2 smpai skang ada yg x kawen2 lg. Boipren pun on off memanjang. Kesiannn kalau hidup bergantung paras rupa. Hati dan sikap yg penting bohhh…

        0

        0
  2. Amiza says:

    bermadu ibarat masakan…ada yg suka; ada yg x suka. terserah.

    0

    0
  3. gundek nara says:

    kesian kat bini ko nara…my turn next?

    0

    0
  4. melati says:

    bagus la Erma, kau makan hati berulam jantung tiap2 mlm jadi second hand car gitu.

    0

    0
  5. ann says:

    bukan semua madu tak baik…mcm sy sendiri dijaga oleh mak tiri setelah ayah meninggal dunia..ibu kandung saya berkahwin lain namun ibu tiri saya menjaga kami semua sehingga kami dewasa…bagi saya ibu saya hanya mak tiri saya sahaja…kandung atau tiri hanya lah pada nama sahaja yang penting ikhlas pada satu sama lain…saya tak nafiikan sebagai wanita mesti ibu tiri saya sedih kerana ayah mengahwini ibu saya namun dia tetap jaga kami dengan ikhlas setelah ayah meninggal dunia…semua terpulang pada niat seseorang kan nak jadi baik atau buruk…:)

    0

    0
  6. minah jambu telajak laris merah says:

    kalau la minah jambu huh minah jambu tknk bermadu madu ni pasal madu ni racun babtu minah jambu kalau kawinnnnnnnnn minah jambu dapat tau laki minah jambu dia kawin lainnnnnnn minah jambu dengan secepat kilat gi mintak cerai ! minah jambu tknk share share laki ni….laki memang la suka kalau dia kawin lagiii pasal dia dapat sondol kiri n sondol kanannnnn….bini ajeeeee yg makan hati kena hipokrit laki punya pasal……

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Suami dia teringin kan anak la tu. Rasanya Emma ni macam Umi Aida juga tiada anak sendiri . Cuma anak anak angkat. Kaum lelaki ni bila dah berumur dan keintiman dgn isteri dah pudar mula la mencari penganti.

    0

    0
  8. Nonama says:

    Alhamdulillah kak Erma mudahan akak sentiasa mendapat taufik dan hidayah. Payung Emas menanti akak di Syurga yang abadi….Aamiin….

    0

    0
  9. Just want to say your article is as surprising. The clarity in your post is just cool and
    i could assume you are an expert on this subject.

    Fine with your permission allow me to grab your
    feed to keep up to date with forthcoming post.
    Thanks a million and please continue the enjoyable work.

    0

    0
    • Zu Mohd says:

      aku meluat tol kalo tetibe ade komen omputeh pastu cakap cam nak tulis jurnal lak….nak tulis style ilmiah blah laa wei ni tempat gossip doh

      0

      0
  10. Nurul says:

    Kalau aku diberi dugaan macam ni satu hari nanti (nauzubillah) aku akan ingat kata2 erma ni untuk dijadikan panduan.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    btl juga ap y erma ckp…klau nk gaduh2 n nk cerai pn dh tua…dh le erma x ad ank sendiri…hendak x nk terpaksa terima ngan redha…pasrah jer..

    0

    0
  12. sentap says:

    khen… tu penting dapat laki lembut. berani ke org nak pndang? tak kan.. susah dapat laki sado…ade je yg nak menumpang kasih gtu.. bior kan la erma dgn madu dye. bukan dorang je bmadu. rmai lg bmadu. ok je pon.. stiap pbuatan, msti niat kerane Allah Taala… baru ikhlas tu ade.. ok. paham eh

    0

    0
  13. Asal Tutup Aurat Jer Kira Muslimah says:

    angkat kaki la, Erma. you deserve love and respect.

    Pompuan Melayu ni aku tak faham betol… walau jantan tu bagi dia sakit mcm mane pun.. dier tetap x tau sakit… x tau malu… lolsss… kelakar la korang.. tak der maruah langsung…

    pompuan Melayu ni yg dia tahu, bila suami cari betina lain, punyalah nak salahkan si betina lain… padahal suami diorang yg dh tak der selera dgn diorang (mcm kes Hanez)

    If si suami dh bersikap sampai tahap cari betina lain, tiba masanya (TIBA MASANYA) utk si isteri memulakan hidup baru (secara berhemah. jgn la terpekik terlolong satu Malaysia mcm bini Romie bf Hanez). Mulakan hidup baru atau si isteri akan selamanya menjadi dayus.

    Percayalah, si isteri yg bijak pandai mcm Erma, lebih berhak utk memperoleh kasih sayang sejati drp insan bernama lelaki yang tahu menghargai dirimu (note: harga diri).

    “Madu yang kononnya syurga” is never on the menu. it’s a lie made by men who already sick of you romantically and sexually. The real Madu is when you are the one who asked him to marry another one.

    Move on.

    0

    0
  14. estazah gediks berlaki banyak says:

    ENTERFRAME!!

    Nara update status abby abady yang muat naik turun sms dia ngan norman hakim yang ala2 manja itu di instagram/facebook. Sehari tanpa kontroversi tiada sah bagi AA.

    0

    0
  15. Ain says:

    Menitik air mata dengan kata-kata “Cinta yang agung ialah cinta yang tak kesampaian…” Adus…

    0

    0
  16. layla says:

    Orang kedua tu Kena reti bahasa Sikit Bila Dah ambik laki orang..Tolong respeck isteri pertama

    0

    0
  17. layla says:

    SAya Baru tahu SAya dimadukan selepas 7tahun mereka berkhawin.memang sakitnya hati Allah je yg tahu.nak salahkan suami?nak salahkan bini dia?nak menidakkan apa yang Dah berlaku??Bila Dah berbelas tahun khawin XKAN la xda sayang Dan kasih.isteri mana nak mereka dimadukan.Bagi suami fahamilah kelukaan Yang isteri lalui.jika diikutkan wanita lah paling banyak berjaya dlm membina kehidupan bahagia..ketentuuan tetap ketentuan..

    0

    0