Written by AbangNara | June 18th, 2012

Lama sungguh tidak mendengar cerita tentang Heliza Helmi. Rupa-rupanya Heliza Helmi sedang sibuk membuat persiapan untuk melancarkan koleksi hijabnya sendiri. Abang Nara suka dengan jenis tudung yang dikeluarkan kerana tidak terlalu mengikut fesyen-fesyen tudung yang semakin pelik sejak kebelakangan ini.

heliza helmi hijab

Cantik kan? Selain daripada tudung, Heliza turut menjual telekung yang diberi n ama “Heliza Instant Telekung”. Ini semestinya satu produk yang agak unik. Tak gitu?Lagi 8 keping gambar Heliza menggayakan koleksi hijabnya sendiri dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada blog Heliza Helmi Hijab.