Written by serenity | September 14th, 2016

Semalam, seorang pembaca bernama Amalina Annuar telah menghantar kepada kami satu artikel mengenai filem Pekak yang dianggapnya tidak bersandar kepada realiti kehidupan orang kelainan upaya (OKU).
 photo pekak the movie banner.png
Dalam entri ini, kami akan menyiarkan satu kenyataan yang dihantar oleh Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran (Hear Me) Malaysia mengenai filem “Pekak”.

Merujuk kepada filem Pekak yang ditayang bermula 1 September 2016 baru-baru ini, kami dari Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) ingin menyatakan bantahan terhadap tayangan filem yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor.

Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami yang rata-rata mempunyai anak yang menghidapi masalah pendengaran.

Sejujurnya menurut pendapat kami, filem ini adalah sangat tidak sesuai untuk ditayangkan. Selain di penuhi dengan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas, keganasan dan rokok, filem Pekak ini seakan-akan memperlekehkan kedudukan dan maruah Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran.


 photo 1_2.jpg
 


Realiti sebenar majoriti kehidupan OKU pendengaran adalah jauh berbeza daripada apa yang ditayangkan di dalam filem ini. Untuk pengetahuan pihak umum, persatuan Hear Me mengumpulkan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan majoriti daripada anak-anak kami samada memakai alat bantuan pendengaran (Hearing Aids) atau implan koklea (seperti watak yang dimainkan oleh pelakon Zahiril).

Malangnya, informasi berkenaan dengan implan koklea dan juga jalan cerita yang digunakan dalam filem ini adalah kurang tepat dengan fakta dan realiti serta tidak membantu dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran pihak penonton tentang isu masalah pendengaran dan secara khususnya implan koklea.

Dengan mengaitkan implan koklea dengan kegiatan haram seperti dadah dan seks terbuka, ini sedikit sebanyak akan merosakkan pandangan masyarakat terhadap mereka yang memakai implan koklea dan bakal mengganggu emosi anak-anak implan koklea yang akan membesar dengan tanggapan masyarakat yang serong terhadap mereka.


 photo 2_2.jpg

Kami ingin menggesa pihak penerbit dan pengarah filem Pekak untuk memohon maaf secara terbuka kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah golongan OKU Pendengaran, terutamanya bagi mereka yang memakai implan koklea. Kehidupan sebagai seorang OKU Pendengaran sudahpun sedia penuh dengan cabaran dan dugaan menghadapi masyarakat Malaysia yang masih lagi kurang pendedahan terhadap keadaan dan situasi mereka. Tidak perlulah pihak penerbitan filem membantu untuk menambahkan lagi masalah kepada mereka.

Kepada pihak Lembaga Penapisan Filem, kami berhadap agar filem Pekak ini diharamkan daripada tayangan umum di Malaysia seperti mana negara jiran Brunei telah laksanakan. Biarlah masyarakat Malaysia menonton filem-filem bermesejkan unsur-unsur positif yang bolehmeningkatkan produktiviti dan melahirkan budaya yang lebih harmoni.

Kami juga ingin menyeru kepada semua pihak untuk menunjukkan budaya belas kasihan dan empati terhadap golongan OKU Pendengaran yang cuba untuk memperbaiki kehidupan mereka dan memperjuangkan hak mereka.

Berilah sokongan dan bantuan kepada ibubapa yang berusaha bekerja mencari rezeki yang halal dalam mengumpul dana untuk memberikan anugerah koklea implan kepada anak masing-masing.

Sekian.

Norziba Fazlina Abdul Ghani, Presiden
Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me)
PPM-019-10-23062015
PIC: Maryam Sakinah Abang Abdullah, Bendahari Persatuan 0132335364

Disokong oleh:
Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (Ikram Health)
Wanita IKRAM Malaysia
Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA)
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)

Untuk maklumat lanjut mengenai persatuan Hear Me, anda boleh ke blog mereka. Secara peribadi, penulis masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini. Mungkin juga penulis akan meluangkan masa untuk menontonnya nanti kerana curiga dengan jalan ceritanya. Sila tuliskan pendapat anda mengenai permohonan Hear Me ini di ruangan komen.-beautifulnara.com

65 responses to ‘Hear Me’ Mohon Haramkan Tayangan ‘Pekak’, Penerbit Dan Pengarah Minta Maaf

  1. sexy khan says:

    tanya pendapat mereka yang pekak. adakah mereka merasakan filem ini memang berfaedah??

    0

    0
    • joe says:

      Tema cerita ini adalah seorang insan pekak. Jalan cerita boleh jadi lain-lain. Dia nak cerita yg org terdesak sanggup buat apa saja. Moral story nya masih ada.

      Yang acah-acah kondem cerita ni sebenanya sebab ini bukan cerita usop haslam anak beranak je. Dalam KL Gengster 2 ada scene Rosyam Nor londeh seluar rogol Syira Iskandar depan abang2 dia atas meja macam buat show. Adegan tu ada korang kondem? Apa pentingnya adegan tu utk cerita tu? Apa nilai moral dgn tunjuk Rosyam Noor tujah si adik Jai dpn Jai? At last siap diangkat pulak film tu sbg award-winning.

      Terbalikkan kereta polis tu apa pulak moral nya? Hisap dadah ketul2 sampai high bedal semua org apa moral nya? Apa beza adegan dalam Pekak dgn KL Gengster? Bila Munafik tunjuk adegan puja memuja syaitan apa nilai moral yg diangkat?

      Tak ada beza pun sebenarnya. Yang agung-agungkan setiap adegan dalam KL Gengster dan Munafik akhirnya bash film Pekak macam orang tak ada pedoman. Kelakar beb. Kesimpulannya – Pekak ni mangsa politik film saja.

      Korang semua nak cakap pasal nilai murni dalam filem? Tak payah mengarut dik. Tu semua tahyul

      0

      0
      • X says:

        Dik mana pulak yg kau sekolahkan nie??Filem Melayu skg semua sampah!Pekak lagi jijik.

        0

        0
      • Reader says:

        Kau jd pekak dulu pastu ko tgk blk cite ni okey..

        0

        0
      • pengkaji manusia says:

        halo cerita hollywood lg byk yg ada moral drpd movie melayu… e.g pursuit of happynesd, forrest gump, pay it forward… even katun mcm Lion King atau cerita Nemo lg ada story dan moral dibuat tnpa memasukkan sex, drugs atau bohsia. korang yg buat movie melayu ni x kira production mne pun la, x pyh nk buat excuse bajet ciput. story line korang buat pun x snggup aku nk tgk. kalo kata sume cerita yg aku sebuy tu ada babak sex, x ade pun. tp ramai aje org nk tonton. x mningkat lgsung. maaf la aku komen straight forward. realitinya x de org berakal nk tgk movie melayu yg mcm ni.

        0

        0
        • anonymous says:

          cerita hollywood lagi banyak yang tak ada moral langsung. Cerita pasal dadah, seks, rogol kanak2, etc. Jangan agungkan sangat cerita Hollywod yang KEBANYAKKANNYA TAK BERMORAL LANGSUNG.

          Biasalahkan, MELAYU HANYA BERANI TIKAM MELAYU. BILA KENA BANGSA ASING, LUTUT MENGGIGIL, SELUAR BASAH SEBAB TERKENCING. Betul kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA. Lupa akan asal usul dek sibuk terhegeh2 bangsa asing. Amat memalukan!

          0

          0
        • . says:

          Pekak ni filem melayu lupa.Filem hollywood nak romen pun tak sempat.apatah asyik berkepit saja kehulu kehilir.Sampah sangat Pekak.Acacah world amani ooi.

          0

          0
        • abuden says:

          hmm pursuit of happiness ada element homeless, forrest gump ada elemen sex. read between the lines k, jgn tgk movie straight je.

          kalau lion king cartoon, banding la dgn upin ipin. pekak bukan cartoon kn? tak fair ah kalo banding cmtu. so pengajaran utk ko, jgn pk straight fwd je.

          0

          0
    • eena says:

      kite yg normal ni pn rs filem ni mmg jauh dr realiti sbnr kehidupan OKU pendengaran..apetah lg mereka2 yg tergolong dr golongan OKU tu sndri..nk kate realistik.. mane realistik nye? buat cite show sendiri mmg cmni la gamaknye..

      0

      0
    • minah jambu says:

      ape sebenar nye masalah citer ni ? citer pekak ok pe gak nye..kenape sound macm marah aje dorang ni ngan tk puas hati kenape ni ? eh tk paham lah minah jambu kalau cmni..mungkin kt depan tu nak kena tarok BADAK baru ok kalau tarok PEKAK aje mungkin tk ok pada dorang ni..lain kali cuba tarok pulak tajok PEKAK BADAK tkan dorang nak marah lagi kan ? ini bukan menghina atau mengeji orang yg semacm ini kite2 pon rasa simpati ngan orang2 oku ni ..kadang2 orang yg normal pon PEKAK BADAK …!

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    penerbit/pengarah x buat research agaknyer…pke nak untung jer…sudah nyer filem ke laut!

    0

    0
  3. amana says:

    amani ni mmg bajet bagus…nak pergi international dengan film sampah..padahal bnyak ja film indie yang xde unsur seks or keganasan yang boleh listed untuk dpt anugerah..xde alasan utk dorg nak ‘berkarya’ (lah sangat tu). train to busan tu xda plak unsur seks dadah dll tapi dapat je review 7.2/10 drpd rotten tomatoes…so xpayah nak terkebelakang sgtla dlm berkarya..please amani tgglkan perception ko ttg maksud deep movie dengan genre lain pulak..

    0

    0
    • abuden says:

      hehe sedih tgk malaysian critic malaysian sndiri. ni bukan membangkitkan lg, ni menyakitkan. train to busan tu naik sbb org busan sendiri sokong smp ke situ, kita smp bila xkn maju kalau ada sejuta org cm ko ni.

      0

      0
  4. bile ada cerita yang lain skit…ada je tak kene…bukak minda…kenape nak kene pikir yang negatif aje…bole je yang negatif tuh dijadikan iktibar…

    kesimpulan: orang pekak jual dadah sebab nak bayar kos perubatan/implan…tapi last last dia rasa sia sia pun buat bende tuh…kalau kite penonton tgk pun…kite dah bole nilai…”buat bende tak elok, pulangan dia pun tak elok”

    mana la malaysia ni citernye nak maju kalau dok asyik citer nak yang sama jerrr….

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju dengan awak

      0

      0
      • kutikura says:

        Aku hampir nak kena cabul dengan kazen aku yang bisu….orang cakap nafsu orang pekak or bisu ni agak luar biasa. Jadi aku setujulah dengam crita ni. Aku memang dah tak pergi rumah makcik aku walau hari raya..semua family tak tahu cerita…biarlah aku simpan aib dia.

        0

        0
        • LL says:

          Kutikura,
          Pasal cousin kau sorang buat mcm tu kt kau kau tak boleh la nak generalize semua org bisu/pekak mcm tu. Lagi satu, cemana kau boleh ckp kau simpan aib cousin kau bila kau citer pasal cousin kau kt blog ni?

          0

          0
        • Hrush says:

          eh rilek la LL oi si kutikura ni kau tak tahu pon identiti dia siapa so takde isu sebar aib kat sini sbb kau tak kenal dia mahupun cousin dia. lain lah kalau dia comment pakai acc facebook dia yang orang boleh tgk gambar and profile dia, itu boleh lah kau kata bukak aib. duh

          0

          0
    • Anonymous says:

      I agree with u. We live in denial.

      0

      0
    • laila says:

      i agree with u. Kita nis suka cerita yang simple. macam drama pukul 7.00. Malas nk berfikir..!

      0

      0
    • tak minat says:

      masalahnya takde kelainan pun.. cerita melayu mmg suka unsur macam tu dibesar2kan.. yang negative sibuk nak suruh orang buka minda masukkan dlm minda.. yang positif mana.. susah nak cari cerita yang positif. Sbb tu akhlak maasyarakat makin parah.

      0

      0
      • lalala says:

        ye laa kn.. psl dkwah tu 1 hal.. ni kate nak tunjuk realiti, this is life lh, ade hitam putih lh ape.. nape tunjuk yg hitam je.. nape tak tunjuk jugak yg putih tu.. dh dia buat psl OKU desperado, knape tak tonjolkn psatuan2 yg mmg khas utk mbantu golongan2 ni maju dlm khidupan? byk kot ‘support group’ yg available, mmg ade laa org2 yg suke mncemuh, tpi insan2 yg sudi mbantu lg rmai.. konon nak tunjuk sgt realiti, why don’t u show that part of reality jugak? seni lh sgt kn..

        0

        0
        • cintakubukandiataskertas says:

          mana ko tau cite dia ending cmni? tah tah ada pekak 2. tp sbb korg condemn, mungkin takde dh la. xsmpt dia nk tnjuk psl persatuan persatuan ni sbb mulut korg lahabau sgt. peace peace no war

          0

          0
  5. BOYCOTTFilemSampah says:

    Agree ! Please banned all stupid movie .

    0

    0
  6. jejai says:

    ini semua poyo….marketing strategy

    0

    0
  7. Rude says:

    Athlete Paralympic Malaysia harumkan nama negara, FILEM SAMPAH ni pulak nak jatuhkan martabat OKU.

    0

    0
  8. sya.. says:

    Tipikal Malaysia..suka cerita mat n minah rempit.tak pon hantu gomak.please lah keluar dari kepompong ni.sila hidup dan layari alam nyata.banyak lagi real life yang kena bongkar kat luar sana.ni salah satu je…

    0

    0
    • MAYA says:

      Betol !!!!
      Belajar laa dari filem Afgan… Korea…Jepon…
      depa dah nun jauh ke sana…kita masih ngan cinta..hantu..rempit x3

      Adussss

      0

      0
  9. AthleteParalympic says:

    Athlete Paralympic Malaysia sibuk harumkan nama negara, FILEM SAMPAH pulak sibuk jatuhkan martabat OKU. Wajib BOYCOTT! Salute Brunei dah banned filem sampah ni. Malaysia patut buat yang sama.

    0

    0
    • sayangMalaysia says:

      ala selama ni ko mana pnah sokong atlet paralimpik pn kn…. knal pn idok…..skang bru pemes bru nk up kn depa…. typical

      0

      0
  10. Hani says:

    Kat Malaysia kalau buat cerita berunsur positif mcm filem Redha tu..mmg xde lah penonton.Tak laku….
    Filem sampah jugak yg nak ditengok.Lagi lagi kalo ada adegan seks yg detail.Berebut2 beli tiket dan think positif kononnya.
    Contoh dh ada….nak salahkan penerbit dan pengarah yg nak untung peduli apa nilai moral.Letak sikit sikit buat syarat jer supaya nampak positif.
    Mentaliti org kita ni patut diubah..sbb tu berlambak drama sampah kat TV.Kita komplen pun apa guna…sbb drama mcm tu dpt sambutan.Cuba mentaliti tak sampah…mmg tak laku la drama dan filem murahan mcm ni.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Tengok promo kat TV pun dah boleh agak cerita ni agak tidak bermoral dan tidak menggambarkan kehidupan OKU Pendengaran sebenarnya. Saya ada dua orang kakak yang OKU Pendengaran saya rasa filem ini sangat tidak adil kepada mereka.

    0

    0
  12. Shakillawati says:

    Kalau camtu cite mami jarum hina org mamak penang, cite polis evo hina polis yg takde hubungan baik sesama rakan sekerja, cite bujang lapuk hina org yg blom kawin, cite isabella hina pemuzii bagai tiada masa depan…. and the list goes on and on and onnnnn… kalau nak kira sensitiviti, maka tiada wujud la filem, drama swasta, telenovela, sinetron.. bla3…. sensitifnyerrr org kita…. sampai ke tahap bodoh.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Win

      0

      0
      • not interested says:

        kalau dah mmg macam tu mind setting memang lah ‘takkan wujud filem — yang berkualiti’.. tapi kalau mind setting nak buat filem yang bermoral, yang mewujudkan aura moral tinggi dalam masyarakat sehingga masyarakat menjadi lebih baik akan jadilah filem yang elok… cuma kena lah buat homework lebih sikit, baca buku ke, bukan home work gi kelab bukan-bukan.. Bukan highlight benda yang merosakkan atas alasan itu adalah reality kehidupan. Realiti yang tak baik itu mmg ramai yang kurang bernasib baik telah pun merasainya.. tapi wujudkanlah harapan untuk kehidupan yang lebih baik..contoh kehidupan bermaruah, sopan, moral tinggi…miskin tak semestinya kena hilang maruah hilang adab, malah ramai orang miskin yang kekurangan boleh hidup dengan jiwa yang kaya.. lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang memang perkara buruk tu berleluasa.. tonjolkanlah benda yang baik,

        0

        0
    • komarad says:

      cite redha tu ada….tapi takde org gi tengok pula…

      0

      0
      • carilah yang baik says:

        ye ke citer Redha bagus.. saya belum tengok.. takpe, pembuat filem kena buat banyak-banyak filem baik.. bila semua filem baik.. lama-lama orang akan tengok.. biasakan yang betul.. dan betulkan yang biasa… macam juga kejahatan, masa manusia baik dan naif dulu, kejahatan ni orang tak biasa.. tapi bila dah selalu disogokkan, manusia jadi biasa.. tak rasa benda tu teruk..

        0

        0
  13. Beresz says:

    Bukan felem ni menang kat Russia ke? Pekak citer ni lebih kepada Pekak Badak. Orang yang tegar buat jahat tak nak dengar kebaikan. Bukan dituju pada orang cacat. Tapi tu lah..buat la ending citer tu jadi baik ke, dapat balasan ke…baru ada moral utk masyarakat. Ye ye oo je aku ni..

    0

    0
  14. JIMBO says:

    Memang aku kecewa dengan dorang ni. Aku punya saudara yang bisu & pekak. Dorang keje kilang utk cari rezeki. Pedulik apa, janji halal. Lepas tu meniaga air & gula2. Part time ada la buat pasang2 paip, cat rumah, bela2 peralatan yg rosak. Tapi filem ni bikin malu orang pekak je.

    0

    0
  15. kiah pekasam says:

    realitinya di sini!

    memang la realiti masalah sosial..memane kat dunia ni ha ade masalah sosial…tp minoriti je kot masalah tu dikalangan orang kelainan upaya…
    buat la cerita pasal paralimpik ke, pasal tahfiz yg buta ke..buat citer pasal caliph buskers ke…pasal OKU yg berjaya masuk university and jadi org berjaye ke…macamane diorg naik dr bawah…alahai…itu pon kiah kena ajar ke? buat filem ni motif nye nak ajar masyarakat..nak celikkn mata masyarakat..nak bagi semangat kat ibu bapa yg ade anak2 OKU and bg semangat kat orang2 OKU tu sendiri..diorg ni aset ko paham…tu ha Professor Templer tu…autistic ko tau! Die professor ko tau! ko ce tgk cite jepon tu ha..dah la..nak sambung minom sirap la dari layan amani emo

    0

    0
  16. c taz says:

    filem pekak tdak setanding dngn movie PENSIL..sapa prnh tngok movie pensil lbh bgus dan bnyk pngajaran yg brguna utk smua.. sekian..

    0

    0
  17. dina says:

    Brunei haramkan citer ni?
    malunye laaaaaaa…..
    harap producer n director filem kat Malaysia ni ambik iktibar lah hukum hakam sebagai orang beragama Islam. pelakon pun jangan lah jadi mcm tunggul. contohi lah artis lain yg dah berhijrah. x salah nak berkarya….tapi fikirlah berkat ke tak karya korang tu.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Tak payah tengok susah ape…aku tak minat cerita2 tak bermoral cmni…bsik layan alif 7 dimensi

    0

    0
  19. minahtampoi says:

    puii sharifah amani siap keluarkan statement lagi orang brunei rugi sal ceta ni tak di siarkan di pawagam tak lulus sensor.. yang rugi tu dia lah sebab tak dapat untung dari brunei hahahaha go brush up your senses. orang oku harumkan nama malaysia filmbi plank jatuhkan taraf mereka.. pakai nama lain lah atleast, gatal ke gedik ke sesuai ngan jalan ceta tu

    0

    0
  20. SabarjeLab says:

    Tiada nilai positive dlm Filem and drama Melayu kt Msia…teruk…sakit hati…marah…malu tgk adegan tak tahu malu org2 melayu islam…(ada sesetengah drama+ filem kemasyarakat sgt yg bagus tak dinafikan) … brunei haramkan sgt bagus untuk memelihara akhlak anak2 remaja mereka….kita malaysia?? Perlukah menyanjungi karya begini?!

    0

    0
  21. salam dri brunei says:

    Patutlah Brunei tak luluskan filem ni so now I know why. And Sharifah Amani, you should read this! Brunei bukan tak tahu menilai seni tapi cerita ni tak bermoral utk belia. Cerita ni byk unsur negatif dan tak patut ditayankan bagi kanak2 bawah umur dan Brunei adalah negara hudud. Jangan sukahati menghina industri Brunei. Awak tu berlakon bukannya hebat sgt and Brunei tak rugi apa2 pun kalau tak tengok cerita ni :) Bukannya mendatang faedah pun and takde pelajaran yg boleh diambil. Cerita ini seakan2 lebih menggalakan remaja utk membuat perkara yg tidak senonoh dan sebagainya

    0

    0
  22. pekakbadak says:

    hadoy..hadoyy..cite ni masuk PEKAK tu..bkn utk org PEKAK..cite ni sarcasm untuk masyarakat sekeliling yg PEKAK xnmpk ape yg berlaku dlm cite ni….tuhla dok hadam sgt dgn drama tv yg ntah hape2 ntah..bile filem berat skit dh xleh nk paham maksud tersirat n tersurat

    0

    0
  23. Ngek says:

    Amani n geng, kalu dari crite ni ada yg terpengaruh dan mencontohinya, ko doalah byk2 agar tak dpt saham sekali. K bai.

    0

    0
  24. otai x berbisa says:

    itu hanyalah cerita kalau nak di ikutkan banyak lagi cerita yg boleh mempengaruhi masyarakat bagi yg pekak mahupun yg mendengar kecuali org buta, kalau nak diharamkan haramkan lah semua cerita berunsurkan keganasan dan lucah baik cerita melayu maupun cerita orang putih. tq

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Isu ni xbesar..hanya sebab ketengahkn gol pekak..so npk mcm besar sgt2..btw..jujurnya sy yg berdepan dgn multiple disable dpt lihat persekitaran mrk yg dipengaruhi unsur2 negatif..contoh budak LD terlibat kes buli n pukul,n byk lgi..ats tiket OKU maka terleps dr hukuman..ada golongan PEKAK yg terlibat dgn mslh moral ttp mgkin dlm skla kecil..kite kene phm..mereka yg kurang upaya dr segi pendengaran..tttapi fizikal adlh sempurna..sdgkn budk sindrom down pon mmpunyai keinginan nafsu yg agak ketara berbanding yg normal..bkn semua ye..jd mereka yg ‘pekak’ ni pon ada naluri dan keinginan yg sama..mugkin yg terlibat dlm mslh sosial ni hanya skala yg kecil..untuk memohon alat bantu dgr dr jabatn sosial mmg perlu mengikut prosedur..yg benr2 susah dan berkelayakan akan didahulukan..jd melalui filem PEKAK ini..pelakon bertindak mngedar dadah adlh utk mndptkn alat bntu dgr dgn cepat..jd jgnlah kita mengkritik tnpa melihat real life sebenar…mgkin pengolahn jln cerita dgn memaprkn unsur negatif tdak elok..tp persekitaran makro kite sudah mmpengaruhi akal minda ank2 untuk mengikut perkara yg x elok..gajet adlh pengaruh terbesar kpd ank2 kite..mengapa kite xkritik filem luar seperti harry poter,batman,spiderman..adkah itu mumcul dlm realiti ank2 kite?file 2012 ..adkah kuasa manusia mngatsi kehebatan kuasa Allah SWT?..filem sebegini tidk anda kritik..hanya keran PEKAK itu abnormal..terlibat dgn njis dadah maka tes diperbesarkan..mrk juga mnusia yg ada keingin dn kehendak…sedangkan yg kurang upaya dr segi fizikal spt kudung tgn ada terlibat dlm njis dadah..jd..buka mata,minda bhwa kite ni manusia..OKU yg ada akal dan sempurna akal akn dihisab..OKU ug tk sempurna akal syurga tempatnya spt DOWN..OKU ni ade pelbagai kategori..jd kite as msyarakat yg kene dengar n lihat..bkn turut PEKAK

    0

    0
  26. Jaja Karen says:

    when i first watched Pekak trailer, what came first into my mind was.. “okay this is a lil bit different. about someone who has hearing problem became a “pusher” or a drug dealer to someone who do not have any idea what pusher is. everything else is cliche for me. drug issue, free sex issue, usage of drugs, open sex, private party, anak load who does nothing to his living except taking drugs, budak flat whos living in a very miserable life with friends and bla bla bla. and it suprised me when people making so much negative noise out of it and take it as an insult to the disabled. dude, have you ever seen Anak Halal?

    0

    0
    • Berezs says:

      Jaja keran. betul tu..the truth always hurt. Bila hurt mulalah derang menjerit jadi keyboard warrior. Hari tu pasal harrassment ada related dgn ustaz kazim. Tak selidik tak apa2 terus kondem mcm ustaz tu yg punya angkara. Hakikatnya majority anak muda di malaysia dah ”teruk sangat” tapi kita pejam mata. Aku kerja 7 eleven dulu, selamba pagi2 remaja lelaki melayu beri arak. Bila sampai terkena kat anak cucu kita baru kita jerit yg kerajaan tak buat apa2. Padahal pembinaan adab akhlak aqidah masyarakat ‘bermula’ dari rumah bukan dari sekolah bukan dari university bukan dari tempat kerja. Pincang dirumah, pincanglah pembawaan anak2 itu.

      0

      0
  27. Ingat mati says:

    Sahabat sekalian, meh fikir sekejap… selepas kita mati kita masuk alam barzakh, berapa tahun di situ? sampai kiamat…. mungkin 10 tahun, 20 tahun? 100 tahun? Wallahualam. Lepas tu alam akhirat: Padang Mahsyar…. ribuan tahun. Lepas tu di titian sirat.. ada yang mengatakan 15 000 tahun. 5000 tahun mendaki, 5000 tahun mendatar, 5000 menurun… main ribuan tahun je… (sila cari rujukan – cari untuk kebenaran dengan ikhlas) dunia kita sekarang berapa tahun? Wallahualam.. tapi biasanya 100 tahun pun payah… yang time enjoy, cakap sesuka hati, buat kelakuan sesuka hati, keluarkan idea sesuka hati, ikut perasaan sesuka hati, ikut logic yang tak berapa logic sesuka hati.. berapa tahun?… 10 tahun.. 20 tahun.. 30 tahun? Berbaloi ke dengan 10, 20 tahun tu enjoy untuk merana ribuan tahun… or selama-lamanya? Nauzubillah. Moga kita semua tersedar dan dilindungi Allah.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    I berdepan dgn ramai oku even fzikal or multiple disable..bila kite dlm kelompok mereka kite akn phm situasi sebenar mereka..utk oku spt deaf,blind,bisu yg tiada mslh pembelajaran dan akal normal spt yg dipapar dlm filem PEKAK..yes mmg ade yg terlibt dgn social issues but dlm skla kecil dn terpencil..igt..naluri mrk same spt kite yg normal fizikal..Realitinya..msih ade segelintir parents yg xtau kegiatan ank2 ini krn mrk juga pndai menipu kite..sedangkn anak2 syurga juga ada habit mengambil brang,menyorok brg,mencuri di kelas khad..tetapi…kita phm situasi dan kekurangan yg mrka alami..filem PEKAK adalh filem yg menonjolkn kehidupn seorg yg pekak yg terlibt dgn njis dadah dgn niat mmbeli apd krn..niat xmenghalkn cara..ni wjud cume xdiketahui krn ats kad n nama OKU…kite kene igt..naluri dn keinginan mrk same spt kite yg normal n sempurna

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Sye tk bleh kte ape sbb filem tu sye tk tngok lgi jdi sye cme nk nsihatkan supye lpas nie tlong wat filem yg ade moral dan pngajaran brulah dpat mbgubah persepsi msyarakat di luar sne tu……renung2kan….

    0

    0