Written by Bella | August 10th, 2015

Beberapa hari lepas, peminat industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita dimana penyanyi Hazami telah dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara selepas disahkan mempunyai penyakit Diverticular Disease.

Selepas melakukan pemeriksaan melalui kaedah Endoscopy, doktor mengesahkan ia adalah kanser yang kini telah mengakibatkan pendarahan dalaman yang banyak apabila ketulan didalam perut beliau pecah.

Menurut abang kepada Hazami  iaitu Azahari Ahmad penyanyi tersebut sudah tidak boleh mengawal dirinya untuk membuang air besar dan terpaksa memakai lampin buat masa ini.

Doktor sudah mengesahkan yang penyakitnya adalah kanser dan buat masa sekarang, Hazami perlu bergantung dengan darah tambahan yang dimasukkan ke dalam badannya. Hazami sekarang tidak boleh kawal dirinya membuang air besar dan setiap kali dia terpaksa buang air besar, darah akan keluar. Itu yang kami pakaikan dia lampin.

Sebelum sampai di hospital pun dia sudah pitam kerana kehilangan banyak darah. Badan dia menjadi lemah ekoran penyakitnya itu.  Doktor terpaksa memasukkan kamera ke dalam badan Hazami untuk memeriksa apa yang terjadi terhadap ususnya .

Walaupun, mengamalkan cara pemakanan yang baik badan beliau tetap menyusut dan Hazami sendiri tidak menyangka bahawa keadaan itu adalah disebabkan penyakit kanser.

Agak sedih sebenarnya mendengar berita bahawa Hazami disahkan menghidapi kanser. Mari sama-sama kita doakan agar Hazami diberikan kekuatan untuk melawan kanser tersebut dan tidak pernah berputus asa. InshaAllah.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

13 responses to Hazami Hidap Kanser Usus: Akan Jalani Pembedahan Dengan Secepat Mungkin

  1. yeke says:

    Stay strong. DOA to Allah. Dia yang beri kamu segala nikmat di atas muka bumi INI.

    0

    0
  2. emm says:

    Ya Allah..kau sembuhknlah penyakitnya..

    0

    0
  3. semek says:

    syafakallah

    0

    0
  4. Jemah says:

    Ya Allah, mudah mudahan kau sembuhkan sakit Hazami Ya Allah. Mudah mudahan segalanya pulih. Aamiin Ya Rabb Al Aamiin

    0

    0
  5. adudu says:

    Allah… semoga Hazami sembuh dengan cepat.
    amalkan minum lemon suam setiap pagi (tanpa gula)
    sebab lemon mampu bunuh sel kanser lagi kuat drpd kimoterapi

    0

    0
  6. Anonymous says:

    be strong..paksa diri utk solat tahajud…
    even wearing pampers..if ada org tolong clean… clean kan..then tak perlu ambik wudhu dgn air yg banyak…cukup dgn syarat je…. paksa diri!

    sentiasa berzikir…baca surah al ikhlas…. sentiasa…

    try to drink air campuran lemon and baking soda setiap pagi…
    walaupun sikit…

    Semoga Allah meringankan beban mu wahai hamba Allah

    0

    0
  7. minah jambu nice girl says:

    semoga cepat sembuh cepat sehat…pantang nye jangan makan daging lembu atau pon daging kambing inshallah penyakit itu akan baik..semoga allah bersama mu hazami..we lov u..

    0

    0
  8. pembaca... says:

    Innalillahwainnalillahirojion…
    Semoga cepat sembuh..

    0

    0
  9. Sometime says:

    Nara, diverticular disease is not a cancer. Make ur statement right. Cancer is a death sentence!

    0

    0
  10. sofia says:

    semoga cepat sembuh.doa pada Allah.tetap dirikan solat. stay positif..

    0

    0
  11. wangbipuhhanhu says:

    Ya Allah berikanlah kesembuhan pada insan ini..
    kasihanilah dia…
    buat hazami be strong…jaga permakanan dan amalkan ayat2 alquran..byk2 berdoa..Inshallah setiap penyakit ada penawarnya

    0

    0
  12. shane says:

    Allahu Akbar..berilah kesembuhan pada hambaMu ini Ya Allah. Pulihkanlah dan sihatkanlah ia. Amin. Stay strong Hazami. You can beat this INSHAALLAH. jgn lupa sentiasa berdoa dan berzikir.

    0

    0