Written by Bella | February 9th, 2017

Sah bergelar suami kepada pemuzik, Genervie Kam, penyanyi Hazama kini sedang melalui fasa baru dalam perkahwinan campur. Meskipun sibuk dengan kerjayanya, Hazama tidak menjadikan ia satu alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dalam membimbing isterinya.

Hazama mendidik isterinya yang bergelar mualaf dengan teknik teladan mengikut sesuatu situasi dan tidak terlalu memaksa Genervie untuk memahami apa yang dituntut oleh agama Islam.

Alhamdulillah, kini kami melangkah ke fasa baru dalam kehidupan dan semuanya berjalan lancar. Dia adalah wanita yang baik dan saya juga turut menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbingnya.

Bila ada sesuatu situasi, lebih mudah untuk saya memberikan contoh dan teladan kepadanya. Kalau sekadar bercakap dan bercerita, mungkin sukar untuk dia faham. Contohnya, apabila berlaku sesuatu situasi, saya akan kaitkan dengan contoh yang berkaitan dengan agama. Dia lebih mudah faham dengan cara begitu kerana dia nampak sendiri pengajaran daripada apa yang berlaku.

Berbicara mengenai perancangan mereka untuk berbulan madu, Hazama akui ia bukanlah satu perkara yang begitu penting buat mereka. Buat Hazama, beliau tidak terlalu memikirkan tempat istimewa untuk beliau dan Genervie meluangkan masa bersama.

Dalam mendidik seseorang tentang agama terutama sekali mualaf haruslah dilakukan tanpa paksaan ataupun terburu-buru. Biarlah mereka memahami setiap perkara didalam Islam perlahan-lahan agar betul-betul mendalami apa yang dituntut dalam agama.

Sumber Berita : Harian Metro

12 responses to Hazama Tidak Terlalu Memaksa Dalam Membimbing Isteri

  1. Anonymous says:

    Boringnya jadi wife hazama ni. Majlis pun mula2 kata tak nak. Honeymoon pun kata tak perlu. Perempuan nak juga dilayan manja. Ini kawin simpan kat rumah, balik nak f je. Please la.

    4

    8
    • Anonymous says:

      dulu x minat hazama. setelah tengok dia dlm mentor tv3 last week terus jd suka. yg paling aku benci.. si black. org pergi audition gelak2 mcm beruk la bai. hazama ni ada otak..tahu hormati org. respek dia…

      20

      0
      • Anonymous says:

        kan….aku pun respek bila dia layannn je akak dr perak ke manatah yg dtg teman anak sedara dia odisen…aku tgu2 gak x de ke sekuriti nak soh akak ni stop dan kuar tp last2 tersentuh hati tgk hazaman & azmeer layan baik je dorg tu…

        6

        0
    • mak c kina says:

      majlis kenduri xwajib…honeymoon pun xwajib…mgkn hazama ada perancangn utk pergi honeymoon semasa ulangtahun perkahwinan mereka nnt..

      layanan manja utk isteri bkn setakat pergi honeymoon je ye dik..kt rmh pun suami blh beri layanan yg manja & baik..

      2

      0
  2. Sabahbilang says:

    Right tu..manjakn lah wife,ppuan ne mmg x byk ckp x suka meminta2 apa lg pgantin baru tp husbnd tu sndri msti pndai jaga hti wife..l0ve hazama n wife..

    9

    0
  3. Anonymous says:

    Diorang ni nampak sempoi kat luar & tak tunjuk romantic kat public. Org mcm ni lah kita relak & tak menyampah tengok perangai mereka. Korang lebih suka pengantin baru yg mana? Yg sempoi relak gini & yg romantic berkepit giler memanjang? Macamlah dia je yg baru kawin…semua nak sawit sawit bagai selalu??

    15

    0
  4. kakmah says:

    tempoh belajar pun Islam bg 7 tahun utk mualaf.tk pyhla kita kita jd ustazah melampau nk srh dia bertudung lingkup bagai.yg lahir islam pun ramai yang dik telanjang lagi.

    mendidik biar berhemah.kita pun kena tahu hukum bab mualaf ni.jangan cepat nak menghukum sangat.jadi takut orang bkn islam nak mendekati Islam

    daj lebih 7 tahun tk solat tk puasa tak ttp aurat blhlah korang nk letak hukum,

    lagi pun Allah tengok akhir hidup kita jadi apa

    kalau wardina yang kita kutuk dulu sekarang lebih baik dari kita
    kalau miss nina pun tudungnya kini lagi labuh dari kita

    taknak ke jadi kan panduan dlm mendidik lagi.

    24

    0
  5. Jemah says:

    Love Hazama dan wife.:-)

    3

    0
  6. Sabahbilang says:

    Bila tgk cara kakak ipar sy mndidik dn mgh0rmati abg sy dgn cra islam(tiap2 masa cuti krismas) drg da kawin lebi 22thn sgt2 mgkagumkan..abg slung n abg ke2 msuk islam,ipar2 sy brbilang bngsa hehehe moga hazama n wife pun mcm tu jg k..bhgia ke ank cucu amin.

    6

    0
  7. sentap says:

    bagi la dia masa…yg islam pun x ikut cara islam sgt pun…btudung tanggal tudung…pki baju klo boleh nak nmpk alur kopek bagai…

    5

    0
  8. bukan haters... says:

    Ramai tak kira artis atau bukan…
    kurang sangat mereka yg kawin campur
    rumahtangga pertahan…
    sebab ini tanggong jawab yg berat…
    bila kita nak bimbing mualaf…
    kita sendiri wajib…
    jadi tauladan yg baik pd dia…
    bak kata pepatah…
    jgn jadi mcm ketam….
    kalau kurang dlm bab agama..
    semolek2 nya…
    Sama2 pimpin tangan…
    gi…kelas agama
    kita yg sesama bangsa..agama..budaya..
    terombang ambing…
    inikan dia…tetamu istimewa..
    yg sewajarnya..
    kita layan dgn keistimewaan yg ada pd kita…

    2

    0

Leave a Comment

Optional