Hazama Dikecam Kerana Berpakaian Fesyen Celoreng Mirip Tentera

Hiburan

Hazama Dikecam Kerana Berpakaian Fesyen Celoreng Mirip Tentera

Gara-gara mengenakan pakaian dengan corak celoreng seperti askar, penyanyi Hazama telah menerima kecaman dan mencetuskan kontroversi di media sosial.

Advertisement

Sebuah laman Facebook iaitu Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia telah mempersoalkan tindakan Hazama mengenakan fesyen berkenaan ketika konsert Mentor Milenia berlangsung baru-baru ini. Status berkenaan  juga menunjukkan rasa kesal kerana orang ramai dengan sewenang-wenangnya boleh memakai baju tentera.

Menurut beberapa sumber, tiada orang awam yang boleh mengenakan seragam celoreng dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

Walaubagaimanapun, masih ada pengguna media sosial yang mempertahankan Hazama kerana baju dengan corak sedemikian begitu banyaj dijual di pasaran.

Benar juga apa yang dikatakan oleh beberapa pengguna media sosial, baju dengan corak celoreng memang banyak dijual di pasaran. Kalau hendak memandang serius sesuatu perkara lebih baik untuk ambil tindakan pada mereka yang menjual sahaja bukan? Tiada orang jual tiada juga pembelinya.

Sumber Berita : Facebook Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...