Written by Bella | February 13th, 2017

Gara-gara mengenakan pakaian dengan corak celoreng seperti askar, penyanyi Hazama telah menerima kecaman dan mencetuskan kontroversi di media sosial.

Sebuah laman Facebook iaitu Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia telah mempersoalkan tindakan Hazama mengenakan fesyen berkenaan ketika konsert Mentor Milenia berlangsung baru-baru ini. Status berkenaan  juga menunjukkan rasa kesal kerana orang ramai dengan sewenang-wenangnya boleh memakai baju tentera.

Menurut beberapa sumber, tiada orang awam yang boleh mengenakan seragam celoreng dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

Walaubagaimanapun, masih ada pengguna media sosial yang mempertahankan Hazama kerana baju dengan corak sedemikian begitu banyaj dijual di pasaran.

Benar juga apa yang dikatakan oleh beberapa pengguna media sosial, baju dengan corak celoreng memang banyak dijual di pasaran. Kalau hendak memandang serius sesuatu perkara lebih baik untuk ambil tindakan pada mereka yang menjual sahaja bukan? Tiada orang jual tiada juga pembelinya.

Sumber Berita : Facebook Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia

41 responses to Hazama Dikecam Kerana Berpakaian Fesyen Celoreng Mirip Tentera

  1. Anonymous says:

    sukati dia ler nak pakai baju apa,asal tak telanjang jadi juri sudah.sibuk je korang ni.

    27

    0
    • bbycumil says:

      pakai baju celoreng pon nk kecam..lain la dia pakai pangkat2 kat baju tu..haih rakyat malaysia berjiwa sensitip

      27

      0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      skarang kan pesen macm gitu punye baju ape yg nak di heran kan ! minah jambu pon ada minah jambu pakai ngan jeans..salah ke pakai baju yg semacm gitu ? orang bodoh aje yg akan cakap baju tu tk boleh pakai …! kalau tk boleh pakai kenape ada jual ? bodoh macm kerbau orang2 ni semua huh !

      0

      0
  2. Ohyeah.. says:

    Selagi tk dipatentkan celoreng khas utk anggota ATM jgn dipertikai pekara hak.
    Berlambak celoreng bundle dari korea dan singapura..
    Dulu2 askar pencen g kebun dan menoreh pakai celoreng. Skg pun ada. Boleh ke?

    43

    0
  3. Anonymous says:

    apalah bodoh orang yang kecam tu. itu kamu punya pasai lah bersusah payah nak dapat kan uniform, kerna itu memang kerja kamu. celoreng seperti ni banyak yang di jual di kedai2, and bukan nya ada tertera nama ATM pun. pergi lah boikot semua kedai yang ada jual baju camo tu..

    29

    0
  4. Anonymous says:

    Tak nak tengok org guna baju celoreng gitu?? Korang yg fanatic sangat tu pergilah kutip semua baju, beg, seluar celoreng kat kedai. Belambak kat pasar malam baju gitu dijual….hampehlah korang ni.

    24

    0
  5. Anonymous says:

    Oh malaysia..benda mcm ni pn boleh buat gaduh.. hati masing2 sgt sensitif… semua pn x boleh.. duduk rumh je la bwh selimut

    13

    0
  6. suzukadoreamon says:

    bukan saja baju celoreng tentera aku tgk org dok pakai…celoreng bomba pun org dok pakai gk tp rileks ja..xdak nk bising2 pun..apa ingt tentera ja ka kja ngn kerajaan??jaga keamanan negara??besalh tu..org pakai baju colereng cm tu sbb tgk color dia cntik..menarik..da boom…rilek suda bro…#jgnkecamsaya…#hanyapendapat…peace yooo

    20

    0
  7. Anonymous says:

    isu ni mmg besar…….
    hmm…tpi nk buat cane xde pntauan…
    banyak negatifnya

    2

    9
  8. anon says:

    gambar first yg duduk tu, nampak mcm angkuh je, dia ni popular sngt ke??? perasan je lebih..

    0

    19
  9. Anonymous says:

    iollss dari kecik dah pakai baju corak celoreng ni.. pakcik askar pangkat besar pon tak pernah marah.. bangga lagi ada..

    11

    0
  10. tecit says:

    Ntahnyee. Kecohh la yg ckp tu. Klu ko xnak bagi sgt org pakai. Jgn salahkn org yg membeli. Pegi suruh gomen sekat mane2 supplier yg kluarkan bju or kain corak celoreng. Koseee nak layannn.

    9

    0
  11. anon says:

    Hak dia nak berpakaian mcm mana pun. tapi kena tengok tempatlah pulak….sesuai ke tak dengan majlis yang dihadiri…..jgn jadi bodoh sombong dah.

    2

    1
  12. Anonymous says:

    Mmg salah pun..

    1

    13
  13. PEAH SINGA says:

    BISING LEBIH GEN ASKAR.. NANTI MAU MATI SEMUA SAMA KAIN KAPAN MANA PAKAI BAJU ASKAR

    6

    1
  14. meluataku says:

    dia ni nak jadi mcm ala2 hiphop obersea ker?
    try la pakai senonoh skit…buruk upenya..
    dah la rupa cenggitu, mulut kadang puaka gak dia ni..

    0

    12
    • My says:

      Kamu pun ape kurangnya..cara teguran pun x beradap ada hati nak kondem org.psl rupa tu bkn dia cipta sndri.elok je smpurna tatau tang mana yg x eloknya.sblom komen igt tuhan dlu syggg..kat akhirat nnt merangkak la awk nk mnx mf pada dia.

      10

      1
  15. Puteri senja says:

    Suma yg cakap tak salah tu bangang terang2 ada undang undang tidak bole berpakaian anggota sesuka hati..bengap

    2

    18
    • Anonymous says:

      kalau ada undang2, tegakkan la undang2 tu, biar bukak mata masyarakat yg benda tu tidak boleh pakai. jgn pandai ckp itu salah ini salah jea. org yg bijak bukan hnya dgn kata2 tp seiring dengan perbuatan. jgn nk kecoh kt cini

      8

      0
    • Puteri Senjakala says:

      Hazama pakai kot celoreng. Dia TAK pakai uniform anggota tentera .
      Sedap ja jari jemari si senja ngata org bangang bengap!! Itu lah, tuhan beri mata tak nk melihat betol2.
      Jelas ko yg tk berapa cerdik senja..

      5

      0
  16. hazami says:

    slhkn la designer baju tu ..hentam hazama xdpt ape ..rmi yg pki design mcm ni sblm ni..pesal hazama yg kna sorg

    3

    0
  17. EatInside says:

    Dan dan je nak hentam Hazama. Ak tgk rmi je kat luar sn pki beg celoreng2 tu.seluar,bju. Berlambak jual. Knp ko tak amek gmbr penjual je pastu utarakan kat gov. Gov pn tk amek tndkn ko plak nak bsng. Suh r kastam ke rampas2 sume tu. Ada apa hal bsng2 kat si pemakai.blerghh

    5

    0
  18. Mak kau hijau says:

    Tahukah anda, salah satu punca UFO tak singgah di malaysia adalah disebakan mentaliti rakyatnya?

    16

    0
  19. intan says:

    dulu-dulu minat gak
    atas sampai bawah celoreng
    dari camisol, kasut pon
    weddding dress pon cita-cita nak celoreng gak
    xprnh dgq plak xleh

    0

    0
  20. Shhhhh???? says:

    Alamak anak2 saya byk baju n suar coloreng2 nmpk kt kdai ja msti ank2 nak beli smngt nk pakai bju cam askar.. Hmm so xleh pakai kena buang ka huhuhu… ????????????

    1

    0
  21. Yekeni says:

    Wow! I am not sure of the law on this in Malaysia so I shall not touch on that aspect.

    Tapi I ada seluar celoreng gini… harem style… so nice… one of my favourite pants. It’s fashion. As long as the item tak betul2 ikut mcm uniform army, siap dengan rank dan name tag, untuk tujuan to impersonate, tak salah rasanya.

    0

    0
  22. ABC says:

    sebagai seorang pegawai undang2 sy dipanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar. apa yg mnjadi kesalahan ialah jika kita memiliki memakai uniform tentera tanpa izin. diulangi sekali lagi “uniform”. baju melayu or palazo or jaket or singlet or kain pasang baju kurung cadar or apa2 sahaja objek bercorak celoreng tidak dikategorikan sebagai uniform. sapa2 rakyat malaysia or rakyat negara mana sekalipun boleh guna corak celoreng ni. warga army mohon jgn sensitif sgt ye. hazama x pakai “uniform” tentera. cuma jaket corak celoreng. klu x percaya pergilah buat repot polis. kes hazama ni bukan kesalahan undang2 malaysia dn bukan kesalahan undang2 akhirat. sekian

    15

    0
  23. february says:

    hebat sgt ke baju celoreng ni…

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Yele tu ABC huhuh

    0

    1
  25. Yana says:

    orang melayu ni kalau tak kecam orang tak sah.. pakai baju je ponnn.. yg askar byk plak tacing.. jd askar mmg hati terus jadi tisu ke? ptut bangga la orang nk jadi mcm korg…

    1

    0
  26. Piah says:

    Agak2 kalau hazama pakai spenda celoreng ada x orang nak kecoh?

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Adehhhh…. abg akak ATM, tgk betul2. Ini baju askar ke? Pattern celoreng macam ni berlambak. Tudung pun guna design macam x marah pulak. Opsss lupa nak glamer kan…jadi viral kan…sbb Hazama.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Corak baju die x nampak pun mcm sama sebijik corak celoreng tentera, warna je mcm sama…kecoh betul, takat baju aje pun..lain kali suh hazama pakai baju celoreng ala2 kem PLKN udah la pasni, mesti xda org nak kecam…hahahahahaha…

    0

    0
  29. IKAN says:

    tahnye heran la. aku dulu beli kain celoreng2 kat nagoya semeter buat beg. pastu de lebih aku buat eye mask. pasni aku nak buat spenda pulak. corak celoreng je kot. ngarut betulla orang malaysia ni. makin lama makin bodoh pulak gayanye.

    0

    0
  30. nina says:

    aku ada beli beg susu celoreng. dulu tak tahu takleh pakai. dah beli mahal takleh pakai. ada dok sangkut kat umah tu. nak buat macam mana. kang pakai kata salah. padahal bawa beg susu je pon. jual kat mudah laku tak hahahaha. macam hazama ni mungkin dia tak tahu takleh pakai. kalau tau dia takkan pakai walaupon tajaan. pendapat aku lerrr..

    0

    0

Leave a Comment

Optional